Inilah lencana sekolah aku dulu.
Bezanya bila dah masuk sekolah menengah ni yang pertama ialah dari segi pakaian. Dulu pakai seluar biru, sekarang dah pakai seluar hijau. Sebaliknya, dulu otak lebih hijau, sekarang otak dah lebih biru. Hari Jumaat pulak kena pakai baju melayu dengan samping warna biru muda dengan songkok. Kalau balik sekolah, samping tu jadi selempang ajer, macam cerita-cerita silat. Selalunya samping tu dijadikan senjata untuk libas orang. Cara melibas adalah secara back hand, tapi belum sempat samping tu tegang, kita rentap balik samping tu sampai ada bunyi 'pop' kuat-kuat (paham ke?). Kalau kena muka, boleh senak muka dan jadi warna merah. Yang berkulit hitam pulak akan jadi kaler coklat la sebab kalau kaler hitam campur kaler merah boleh jadi kaler coklat. Ni aku agak ajer ni, kalau nak tau betul ke tidak, korang test la dekat muka Sami Value.
Beza yang kedua ialah, masa darjah enam aku lah senior. Masuk tingkatan satu, dah jadi macam budak darjah satu balik. Aku dengar bebudak Gombak Setia ni ramai yang gangster-gangster. Rupanya gangster taik kucing. Kalau sanggup ponteng sekolah semata-mata nak nengok cerita Gaban, gangster apa namanya tu? Ceh.. itu macam aku aje tu. He he he.
Dari segi akademik pulak (ceh.. akademik), masa tu ada dua bidang aje yang ditawarkan iaitu bidang Perdagangan ataupun bidang Perusahaan. Dada bidang tak termasuk dalam bidang ni. Rule of thumb untuk pemecahan bidang senang saja - Yang pandai masuk perdagangan, yang kurang pandai masuk perusahaan. Semua subjek sama je, kecuali kemahiran hidup. Kemahiran hidup ni amat penting bak kata pepatah; 'Kau Pandai-pandai La Macam Mana Nak Idup'. Kalau perdagangan ada la belajar pengurusan dan akaun. Yang perusahaan ni belajar pertukangan dan kerja logam. Oh! lupa pulak, yang perempuan ada belajar sains rumah tangga. Ni belajar masak-masak, jahit-jahit, basuh-basuh, gosok-gosok (gosok baju tau), dan kahwin-kahwin sambil minum kopi kacip fatimah.
Dari segi cikgu pulak.... cis!!! aku cukup bengang dengan sorang cikgu ni... nama dia Tambhy Dorai. (to be continued.. he he he)
jangan nak tipu.. tipu dosa... tulis betul2 dan jujur, dah ada ker orang jual kopi kacip fatimah time tu?
ReplyDeletesamping ke sampin taiko?..byk dah nih kesalahan2 ko dalam berblog nih..hahah
ReplyDeletesampin ke tampin?
ReplyDeletesamping ke simpang?
ReplyDeletesampin ke samsul aripin?
ReplyDeletesamsul aripin ke sesumpah..?
ReplyDeletecuoissss..aku dah terjangkit dah!!
Kita pun dulu skolah kat situ. Tapi kita ni junior la. Masuk sana 1993. Org x panggil SMKGS or Gombak Setia... Tapi nama glemer skolah tu is "MenKeb". Btol x?
ReplyDeleteBarulah kini ku ketahui yang era fazira tu sekolah rupanya.
ReplyDeleteceh! potong stim betoi...bila nak sambung nih??!!
ReplyDeletehahha
banyak org glemer skolah situ woo
ReplyDeleteek eleh, sekerat jalan.....maleh tul kalo camni...
ReplyDeletegila lazat dapat bagi sedas libasan samping tu.. nak nak lagi kalau samping sekolah agama yg kaler hijau tu.. lepas main ujan, samping dah basah, siap la cari bontot sape utk jadi mangsa..
ReplyDeletekot erra satu batch ngan kau eh, sure dia chenta la ngan kau.
ReplyDeleteaku dulu form one pun masuk yg kemahiran hidup masak masak sume tu walaupun aku lelaki. aku pun tak tahu mcm mana aku boleh pilih yg tu.
ReplyDelete---------------------------
http://topgeararchive.blogspot.com
ahaha..
ReplyDeleteade plak ponteng psl cite gaban..
mmg xmcm gaban langsung..
hihi..
Hai taiko, skolah semenkeb gak ke?? sy pon dr skolah tu gak.. batch 2002 till 2006.. hello senoir!! :)
ReplyDeletewalah pada make bahasa apa to?
ReplyDeleteJika Anda membutuhkan info tentang kampus STMIK silahkan klik website kami di http://jak-stik.ac.id
Once you've chosen a topic, do some research and narrow down the main argument you'd like to make.
ReplyDeleteonline custom essays
From there, you'll need to write an outline and flesh out your essay, which should consist of an introduction, body, and conclusion.