Monday, December 04, 2006

Cliche

Heh heh heh.. aku ingat aku boleh kerja dengan majalah Ujang la...


Sikit-sikit lama-lama jadi bukit,
Banyak-banyak sekejap je jadi bukit.

Marahkan nyamuk kelambu di bakar,
Marahkan tungau seluar dalam di bakar.

Takde rotan, akar pun berguna juga
Takde rotan, penampar pun berguna juga

Alah bisa tegal biasa,
Alahh.. biasa lah tu.

Merokok membahayakan kesihatan
Merogol membahayakan kemaluan

Kerana mulut santan binasa
Kerana bontot (jenis lebar punya) jamban binasa

Kepimpinan melaui teladan
Kesamsengan melalui terajang
Kelucahan melalui telanjang

Negara bersih rakyat sihat
Negara bersin rakyat berjangkit selsema.

Ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi.
Ikut resmi awek seksi, semakin tunduk semakin nampak isi.

Diam-diam ubi, semakin lama semakin berisi,
Diam-diam Abu, dapat anak nama Zaidee.
(ini ditujukan khas untuk kawan lama aku yang bernama Zaidee Bin Abu. Jangan marah aaa)

Kalau kail panjang sejengkal,
Bermakna lebih kurang 7 ke 8 inci la kail tu.

Membujur lalu melintang patah,
Sila beri laluan kepada melintang.

Orang berbudi kita berbahasa
Orang berbodi kita kata dia tough. (Bodi = otot lengan)

Semoga terhibur.

17 comments:

  1. hehhe....betoi betoi....
    hang memang ada bakat untuk keja kat majalah ujang...

    ReplyDelete
  2. gerun aku bace pantun ko tu..eh pantun ke papatah melayu tu ar??..(konpius sendri..)

    ReplyDelete
  3. isk..isk..
    jauh panggang dari ponggong la ko ni..

    ReplyDelete
  4. Kecik tapak tangan, nyiru kutadahkan
    Kecik seluar dalam, terpaksa ku "free willy"kan

    ReplyDelete
  5. sengal otak betul.. berhamburan lunch ku..

    bro taiko.. join ujang part time jadi taiko serba tauu.. TST.. ala-ala profesor serba tauu

    ReplyDelete
  6. *gelak depan komputer*

    tengah conduct training terbace blog taiko, terus rosak minda aku nihh..hilang concentration!

    ReplyDelete
  7. tak sangka betul ko ni pandai buat lawak kan... tapi yag peliknya secara "live" baik semacam je.. pemalu kot..?

    ReplyDelete
  8. dah lama x baca ujang.. tp baca kat sini pun orait gak ;p

    ReplyDelete
  9. "Ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi.
    Ikut resmi awek seksi, semakin tunduk semakin nampak isi."


    Ini paling kelakar laaaaa!

    ReplyDelete
  10. Brape lama ko pikir nak tulis2 benda2 nie taiko? hehehe... Bagus2... Nanti aku nak buat majalah, aku ambik ko jadi penulis jenputan....

    ReplyDelete
  11. Bukan salah ibu mengandung,
    salah ayah menyorong

    ReplyDelete
  12. Bukan salah ayah menyorong,
    Kalau salah takkan mengandung?

    ReplyDelete
  13. hahahahaa!
    hampeh ko. opismate aku pelik tgk aku gelak sorang depan pc.

    ..ko buat majalah sendiri la weih.

    ReplyDelete
  14. 13May: Buat pengetahuan kau, atuk aku nama Ujang.

    Mastura: Pantun boleh, pepatah pun boleh.

    unpelagged: heh heh.. kelakar.. kelakar..

    Cipan: heh heh.. kelakar.. kelakar..

    HMN: cadangan anda akan dipertimbangkan dalam mesyuarat PIBG nanti.

    Noraru: heh heh..

    youthgonewild: memang akuy pemalu. sebab ada kemaluan.

    achik: aku pun dah lama tak baca ujang. mahal. Blog aku pree aje.

    Zetty; part part macam ni suka la kau ye.. heh heh

    Uda; ada la dalam setengah jam.

    lily; aku akan balas dalam posting seterusnya.

    nadya: ok gak tu kan.. kalau ada majalah 'Taiko'.. jutawan aku nanti!

    ReplyDelete
  15. hahahhahaha!
    ade ade je idea ko ni eh..?

    ReplyDelete
  16. baru harini terjumpa blog ni dan saye terhibur sekali! hehehe

    ReplyDelete