Wednesday, September 12, 2007

Entry Boring + Result UPSR

Aku mintak maaf banyak-banyak sebab dah lama tak update. Aku agak sibuk last week. Bukan sibuk buat kerja. Tapi sibuk membaca satu blog ni. Aku korek cerita blog dia dari 2 tahun lepas sampai la yang the latest. Seminggu baru habis baca. Bagus cerita-cerita dia. Sampai malas aku nak update blog. Jangan tanya la blog sapa yang aku baca, bukan blog aku la. Ha ha ha.

Aku agak sedih untuk meninggalkan Sekolah Kebangsaan Gombak Setia pada penghujung 1989 tu. Tapi sedih-sedih aku takde la sampai menangis sedu sedan aeroback. Sedih gitu-gitu je la. Empat tahun aku bersekolah kat situ, banyak kenangan pahit, manis, suka, duka, stim, 3 rasa, paprik, dan lain-lain lagi yang aku tempuhi kat situ. Susah nak lupa ooo.

Aku dapat tahu aku kena sambung belajar kat Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia. Ada kawan-kawan baik aku yang kena gi Sekolah Menengah Sri Gombak. Ini ikut rumah kat mana la. Bapak aku sibuk nak masukkan aku kat Maktab Tentera Diraja (MTD) kat Sungai Besi sana. Aku tak mau la sebab kat sana banyak gay (bebudak MTD jangan marah aaa). Lagi pun aku tak minat jadi askar, nanti kalau kena bom hilang kaki macam cerita Prebet Lapok yang dilakonkan oleh A.R Badul. Aku nak masuk sekolah agama. Aku ada plan dengan kengkawan aku untuk masuk Sekolah Agama kat Kajang, tak silap aku nama dia Maahad Hamidiah ke apa entah. Tapi aku tak dapat pun sekolah tu. Mungkin sebab aku tak apply pun. Plan aje lebih heheheh.

Result UPSR aku? Cuba la teka aku dapat berapa.

Below is my sijil. Cehh.. cakap omputeh!


Haih...

Seperti yang dijangka.. aku dapat 4A 1B. Bapak aku macam marah jugak sebab aku tak dapat 5A. Anak cikgu (perempuan) yang duduk kat bawah rumah aku tu dapat 5A. Abih nak buat camana.. aku memang bangang sikit English ni. Kalau Bahasa Negeri Sembilan aku pandai la grammar dia. Lagipun, UPSR bukan boleh apply untuk interview kerja. Kalau aku tau, dapat 5E pun tak apa. Sure aku dapat 5 cap jari kat muka aku (pelempang bapak aku). Hmmm... yang sebenarnya aku frust jugak sebab tak dapat 5A, sebab kengkawan aku yang lagi bengap dari aku pun bole dapat 5A.

Ahh.. boringnya cerita aku kali ni. Ni la akibatnya kalau update blog dalam keadaan boring. Aku selit teka teki laa..

1. Ada tiga budak, sorang nama Ali, sorang nama Abu, sorang lagi nama Aku. Ali ada kat atas Abu. Abu ada kat atas Aku. Bila Ali berak, Abu elak. Sapa yang kena taik Ali?

2. Ali (takde nama lain ke?) nak pergi satu majlis makan-makan kat rumah orang kaya. Rumah orang kaya ni dikelilingi oleh pagar. Kalau nak masuk, kena speaking english kat security guard untuk bukak pintu pagar. Masalahnya Ali tak tahu nak speaking English. Macam mana Ali nak masuk?

Ahhh.. tu teka-teki masa kekecik dulu. Yang ni teka-teki baru.

3. Dalam banyak-banyak bulan, bulan apa yang bila dia datang, kita kena ke tepi?


Selamat berpuasa.

Bye.

20 comments:

  1. aku nak jawab teka teki:

    1. Abu jugak yg kena sebab Ali berak cair, so tersembur kena Abu. Aku tak kena sebab pakai payung.

    2. Ali ckp,"bowleyy towlongg bukark kenn pinteuu pagger?" << slang ala ala mat saleh.

    3. Datang bulan. serius kena ketepi, kalau ko buat hal tanak ketepi time ni, siap la ko.. heh.

    ReplyDelete
  2. apa ni taiko... tak mengancam ler kali ni cerita ko... kasik kaw kaw skit ler.. apa rrraa punyer teka teki... asik asik ali, asik asik ali. Selamat berpuasa ya.... ekau pasang polito tak tahun ni? anak den dah mintak dah teh kau, nanti eden nak odar polito lah kek kodai.

    ReplyDelete
  3. selamat menyambut ramadhan al-mubarak.

    ReplyDelete
  4. weh satu sekolah la kita ... aku batch UPSR 1993, skrg mmg tinggal kat gombak setia.

    ReplyDelete
  5. MTD mmg banyak gay. Diorg je tak ngaku... huehuehueh.

    Jawapan teka-teki: Bulan sabit merah.

    Selamat berpuasa dude!

    ReplyDelete
  6. MTD mmg bnyk gay, seperti juga MCKK (em see gay gay) hahaha!!!!

    jawapan teka teki :
    1) ko la kena sbb dok bwh abu... haha!!!

    2) die kata 'oooohhh pening' (seakan2 bunyi 'opening') sbb dier pening tatau ckp omputeh.... pintu pon bukak...

    3) am'BULAN' la...

    p.s. selamat berpuasa semua.... (terrer tak aku jwb teka teki ko... hahaha!!!! gelak riak nie...)

    ReplyDelete
  7. hahuu..
    mlas tul ko nk ngedit blog sdiri..
    teka-teki pn psl ali jek..
    lenkali tukar la name aming ke atan ke. ahhaa..

    slamat bpose..slamat pg trawih..kalo balik sesat aku xtau..
    pas ni ble la ko pkai suar raya thun lepas...hehee

    ReplyDelete
  8. Aku nak jawab teka teki ..

    jawapan nya :

    1. Taiko head
    2. Taiko gay
    3. dan Taiko Mat Bulan

    mekaciiiihhh!!!

    slamakk posa bro..

    hehe
    TheOne

    ReplyDelete
  9. tensii je tgk teka teki..
    x suke teka teki..suke bg je..x suke teka..
    nway..nasib baik ade jawapan uda..tenang sikit jiwa..sbb mcm ada logika..

    nway,selamat berpuasa & mohon maaf~

    ReplyDelete
  10. 'sedu sedan aeroback' itu macamana? ha ha

    Aku cuma nak jawap no. 3 : Datang bulan kot....

    Selamat berpuasa bro'. Bertarawikh di mana tahun ni? :)

    ReplyDelete
  11. selamat puasa...

    aku pun malas nak komen..

    ha h...... (malas nak sambung gelak)

    ReplyDelete
  12. selamat posa dude!

    aku pun malas nak komen...tergelak2 baca komen depa kat atas tuh..hahha hahha

    ReplyDelete
  13. nazz: hang memang bijak! cuma jawapan nombor 3 tu betul.. tapi tak sama dengan jawapan sebenar.

    maksu: den tak sobot 'polito'.. den sobot 'pelito' instead.

    nanane: selamat berbukak puasa kalau dah masuk maghrib.

    faizal: setia sungguh kau dengan gombak setia ya? cuba nyanyi lagu 'Setia' sekali aku nak dengar. he he

    boogie: bulan sabit merah? jawapan tu hampir tepat!

    uda: hang memang terer.. semua jawapan betul!!!! sila ambik hadiah kat kaunter lapan ya..

    ahmad: seluar raya tahun lepas dah takleh pakai sebab dah londeh. hihihi

    anonymous: selamat berpuasa. kalau kau nak beli nasik kandar time tengahari, inform aku ya?

    peej: yaaa.. jawapan uda memang betul.. mungkin dia dah dapat soalan bocor dari kementerian. selamat berpuasa jugak, kalau kau tak period hari ni. heheh

    blackpurple: sedu sedan aeroback tu macam kereta proton persona yang macam gen-2 tapi sedan. heheh.. aku terawih kat bandar puteri puchong (kat rumah) hehe.

    tenno: selamat berpuasa jugak. kalau nak bukak puasa kat kl, inform aku.

    13may: jangan gelak lebih-lebih, nanti terbatal puasa. ok gak kalau terbatal puasa... boleh gi makan nasik. hehe.

    ReplyDelete
  14. Dulu² nyer UPSR bukan 4A je ker? Naper ko bleh jd 5A?

    ReplyDelete
  15. Cheh. Entry ni nak eksyen dapat 4A lah tu he he

    Selamat Berposa Taiko.

    ReplyDelete
  16. ecececeeee.. eksyennyer dpt 4A, ckp omputeh lagik double eksyen :P

    Selamat berpuasa :D

    ReplyDelete
  17. arsenal top of the table !!! ooh la la !!!

    ReplyDelete
  18. hehehe teka teki zaman sekarang adventure memikior kan jawapannya!

    ReplyDelete
  19. aku pon ada gak kwn nama ali, dulu memang bangang nak mampuih,tapi aku pon tak tau apa dah jadik, skang ni dgr citer da jadik pensyarah,memang dia pya rezeki...

    ReplyDelete
  20. hahhaa aku MTD tapi aku tak gay!
    tapi ada 2 org gay zaman aku.
    hahahhaaaa

    ReplyDelete