Tuesday, February 27, 2007

Kenangan Bersama Seluar Kepam

Masa darjah 5 dulu, aku gi sekolah pakai seluar panjang kaler biru. Disebabkan bapak aku tak berduit, dia belikan aku sehelai je seluar sekolah yang kaler blue tu. Bermakna, kalau aku pakai hari isnin, seluar tu dah jadi kepam, sampai hari jumaat la aku pakai seluar kepam.

Tapi, selalunya hari isnin dah kepam. Kenapa boleh kepam? Sebab seluar tu la aku guna untuk bermain bola masa rehat. Tambahan pula, masa pendidikan jasmani pun pakai seluar sebab aku takde track bottom untuk mengcover my humps. My hump.. My hump.. My hump.. My Hump.. Spending all your money on me as many time on me. Cekidaut.. Ciss ada lagu selingan pulak.

Berbalik kepada cerita seluar kepam. Haa.. padang sekolah aku pulak jenis yang botak punya. Maksud aku ialah takde rumput. Kalau korang ni orang yang botak, jangan la kecik ati pulak ye. Aku takde niat nak kutuk orang botak macam korang ni walaupun kekngkadang aku tengok macam tembikai busuk pun ada. Maksud aku ialah kepala betul. Kalau 'kepala yang lagi satu' tu, memang la botak. Maksud aku dengan 'kepala yang lagi satu' ialah kepala lutut. Banyak pulak aku punya maksud aku. Macam kompius pulak kalau baca cerita aku kat paragraph ni.

Apa tadi? haa.. cerita pasal padang botak. Macam padang jarak padang tekukur pun ada. Dah la botak, berdebu pulak tu. Semua itu adalah faktor-faktor geografi yang menyebabkan seluar aku kepam pada hari Isnin. Nak ditambahkan lagi perisa sedap cerita aku ni, aku memang tak pakai seluar dalam masa sekolah rendah dulu. Bapak aku tak cukup bajet nak beli seluar dalam. Tak silap aku, seluar dalam dia sendiri pun dah ada lubang. Bila nak ganti aku pun tak tau.

Nak dijadikan cerita, seluar aku ni memang hobi dia nak koyak kat celah kangkang. Dah 2-3 kali mak aku jahit pun, dia koyak balik. Last2 aku je la yang jahit sendiri. Berjasa jugak seluar kepam tu kat aku. Oleh kerana dialah aku pandai menjahit.

satu hari tu masa pendidikan jasmani, aku terjatuh dan terkangkang. Koyak lama seluar aku kat celah bedah, eh.. celah kangkang tu pun terkoyak kembali. Kira macam luka lama berdarah kembali la. Dah la tak pakai sepender. Aku pun tak tau la ada orang lain nampak tak. Takkan aku nak tanya sorang-sorang pulak "kau ada nampak aku punya anu?". Gilo apo?

Itulah kisah aku dan seluar kepam aku. Moga ianya menjadi pengajaran untuk sahabat mengharungi hidup yang penuh cabaran di masa mendatang.

Sekian terima kasih. Sila tepuk tangan sebab cerita dah habis.

Thursday, February 15, 2007

Nota Kematian

Semalam aku baru balik dari Sabah. Pejam celik pejam celik, dah sebulan aku duduk Sabah. Waiter breakfast cafe kat Promenade Hotel tu pun dah muak tengok muka aku. Everytime aku masuk cafe untuk breakfast, aku rasa macam diorang bercakap dalam hati "Mamat ni tak ingat nak balik ghumah ke?" Cisss.. ingat aku dok hotel tu free ke? Company bayar tau!

Ok jugak life kat Sabah. Cuma yang tak best sebab Subuh cepat sangat, maghrib pun cepat. Aku ingat asal-usul nama sabah ni Subuh lah, sebab cepat sangat Subuh. Kalau tak pun, mungkin nama asal sabah ialah Basah. Basah sebab dekat dengan laut. Tapi, bukankah sabah negeri di bawah bayu? Mungkin bayu laut. Bergantung jugak pada angin monsun barat daya atau angin monsun timur laut.

Nasib baik la wife aku datang Sabah last Saturday. Baru la teruja sikit nak gi melancong sampai ke Ranau dan Pulau Manukan dan Pulau Sapi, dan sebagainya. Dapat jugak lah memadu asmara.

Aku sekarang ni tengah addict cerita Death Note. Cerita pasal seorang remaja yang menjumpai buku 'Death Note' kepunyaan Tuhan Kematian. Kalau dia tulis nama sesiapa kat dalam buku tu, orang tu akan mati. Dia boleh manipulate cara kematian, time kematian, dan sebagainya. Ni tak masuk dalam kematian pucuk. Wahhh.. Imagine kalau korang dapat death note, nama sapa yang korang nak tulis?

Imagine jugak kalau ada Fart Note? Nama sapa yang kita tulis tu akan kentut dalam masa 40 saat selepas nama dia ditulis. Boleh kenakan orang ni. Best siot. Contoh:

Nama: Siti Nurhaliza - Akan terkentut semasa membuat persembahan live di kaca TV. Dia mestilah meletakkan mikropon di bontotnya semasa kentut supaya jelas kedengaran kentutnya berbunyi kuat pada speaker.

Nama: George W. Bush - Akan terkentut melalui mulut setiap kali bercakap bohong. Bau kentut mestilah sama dengan bau longkang.
Best kan? wahhh best best best best.

What happen kalau ada Sex Note? more interesting rite? ha ha ha ha

p/s: Death Note Anime boleh ditonton di www.youtube.com. Movie 'Death Note 2' masih lagi ditayangkan di pawagam. Sila tonton.

Monday, February 05, 2007

Bra

Aku malas la nak cerita hari ni. Aku paste aje la gambar2 ni. Member aku yg email kat aku.




Cehh.. Nasib baik tak sampai hurup Z.


A: sepatutnya sesuai untuk 'Anak dara baru baligh'


B: Sepatutnya sesuai untuk 'Bola Tenis'



C: Sepatutnya sesuai untuk 'Cayalahhh'



D: Sepatutnya sesuai untuk 'Dah Kawin'



DD: Sepatutnya sesuai untuk 'Dah Dapat Anak 5'



E: Sepatutnya sesuai untuk 'Eh... biar betul!'



F: Yang ni sesuai.. tak pun 'Fewwwittttt'



G: Sepatutnya sesuai untuk 'Gillerrrrr'



H: Sepatutnya sesuai untuk 'Hantu Kopek'
Heheheh... Jangan marah aaa..

Teka-teki: Dalam banyak-banyak Bra.. Bra apa yang paling besar?