Wednesday, May 17, 2006

Barcelona vs Arsenal

Aku cukup berdebar-debar nak menunggu pukul 2 pagi esok. Perlawanan akhir Liga Juara Juara antara Arsenal dengan Barcelona. Aku tak rasa pressure pun sebab Arsenal turun sebagai pasukan bawah anjing (underdog). Barcelona memang kuat. Tapi tak bermakna yang kuat akan menang. Bola tu bulat macam fishball. Tak semestinya Negeri Sembilan Naza tak boleh kalahkan Barcelona. Mana la tau setiap kali player Barcelona nak skor aje kena tiang, kena tiang, kena tiang. Lepas tu Pemain Negeri Sembilan Naza pulak tak sengaja skor dari jauh. Boleh menang jugak kan?

Hari ni aku nak buat review sikit pasal final match ni.



Inilah Arsene Wenger, Manager Arsenal. Orang Perancis. Dia ni muka kedut-kedut. Mungkin masa muda-muda dulu dia banyak kali kena rembat dekat muka. Sampai berbirat-birat muka dia. Mungkin jugak dia selalu tidur kat dalam kelas dengan muka disembamkan atas meja. Bangun tidor aje muka berbirat-birat. Sempena Hari Guru, cikgu dia sumpah dia supaya birat-birat dia tak hilang. Muka dia jugak ada iras-iras Mr Bean. Tapi aku tak pernah pulak dengar dia buat lawak. Serius je aku nampak dia ni. Walaupun begitu, dia seorang Manager yang bagus dari segi taktikal.



Ini pulak ialah Frank Rijkaard. Manager Barcelona. Orang Belanda. Dia ni dulu rambut tebal-tebal. Sama dengan gang dia Ruud Gullit. Rambut dia tebal sebab satu hari tu rambut dia terbelit-belit dengan Ruud Gullit. Sebab tu Ruud Gullit pun rambut tebal-tebal. Dia ni sejak jadi manager aku tengok kool aje. Masa jadi player dulu memang ganas gila. Dalam satu perlawanan World Cup tahun 90 kalau tak silap aku, dia kena Kad Merah sebab gaduh dengan Rudi Voeller (Germany). Sebelum keluar padang tu dia ludah muka Rudy Voeller tu. Memang kurang ajar sungguh. Pengotor. Sebab tu la aku rasa team dia boleh kalah kali ni. Heh heh heh.



Ini Team Arsenal. Kunci kejayaan Arsenal bergantung kepada Thierry Henry (duduk dan pegang sijil warna merah) yang terel tu. Bukan bermaksud dia gantung kunci kat leher, tapi dia la key player untuk Arsenal. Kalau takde dia, aku rasa Arsenal kalah malam ni. Jadi kalau Barcelona nak menang mudah, kena upah pembunuh upahan untuk bunuh dia sebelum match.




Ini pulak Barcelona. Key playernya ialah Ronaldinho (berdiri - 3 dari kanan). Dia ni memang genius bola. Dia golek-golek bola tu mudah je macam gentel-gentel telor pulak. yang membuatkan dia terel ialah gigi jongangnya yang macam Mr Os. Kalau dia kesejukan, gigi-gigi dia akan mengigil dan mengeluarkan volume bunyi yang lebih kuat daripada gigi orang lain. Kalau nak kalahkan Barcelona, kena upah doktor gigi jahat untuk kapak gigi kapak dia yang dua batang tu supaya dia injured dan tak boleh main. Aku rasa macam nak gigit-gigit je gigi dia ni.

Kesimpulannya, aku pun tak tau sapa yang menang dalam match ni sebab tak habis lagi. Kalau dah habis game ni nanti baru aku tahu sapa menang. Tapi, ikut ramalan aku secara statistik propesional, Barcelona akan menang 2-1. Kalau ikut harapan aku sebagai fanatik Arsenal, Arsenal akan menang 2-1 jugak.

Sekian.

Monday, May 15, 2006

Kalamun Kodi

Heh heh.. hari ni aku dah masuk kerja Maxis balik. Dah 2 minggu aku menganggur. Habis duit aku tengok wayang hari-hari. Banyak gak cerita aku tengok. MI3, She's The Man, Poseidon, Hils Have Eyes (macam sial), Man Laksa pun aku tengok. Heh heh heh.

Hari ni kepala otak masih lagi mood cuti. Malas je rasa nak buat kerja. Tapi esok aku dah start project kat Nilai balik. Erghhh... malasnya!

Ok. Aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke derjah 4 pada tahun 1987 tu. Kali ni kelas aku ialah kelas 4A2. Cikgu kelas aku bernama Cikgu Zariana. Orangnya gempal tapi tak gemuk. Berkulit black sweet. Pakai tudung, pakai spek. Comel jugak orangnya. Kalau dia pakai baju kebaya mau tejojol bijik mata tengok dia punya 'punggung di dada'. Suara dia macam halilintar membelah bumi. Kalau dia menjerit, sampai 2 pelaung boleh dengar suara dia. Dia seorang yang tegas, berhati ibu dan kadang-kadang garang. Seorang jurulatih hoki sekolah. Kalau nak dengar suara dia menjerit, masa time lawan hoki antara sekolah la. Masa tahun tu dia masih lagi anak dara. Masa aku darjah 6 baru dia kawin. Cukup la tu description untuk dia.

Ustazah yang mengajar aku ialah Ustazah Ngatiah. Masa tu dia masih anak dara lagi. Apa la aku ni balik-balik anak dara. balik-balik anak dara. Macam perangai duda gian pulak. Haa.. Ustazah Ngatiah berkulit putih, pakai tudung labuh, dan pakai spek mata bulat besar. Macam mahatma Ghandi version wanita la. Dia ni garang. Tapi dia mengajar secara "jelas, terang dan nyata". Sama macam teori Tajwid Izhar Halqi yang dia ajar aku dulu.

Anak-anak sekalian..

Izhar Halqi akan terjadi apabila Nun mati atau tanwin bertemu dengan 6 huruh iaitu Alif/Hamzah, Ain, Ghen, Ha pedas, Kho, dan Ha tak pedas. Bila izhar halqi berlaku, maka bunyi "N" dalam hurup nun mati atau tanwin itu hendaklah dibunyikan dengan jelas. Paham ke? Jangan tanya aku pulak sapa yang bunuh Nun tu sampai dia boleh mati pulak. Nak kena pelempang cuba la tanya.

Sekian pelajaran kita hari ni murid murid. Mari nyanyi lagu kalamunkodi beramai-ramai.

Kalaaamuunn kodi mulllaayyumannusama uhu. Tanazzaan bla bla bla waniyyati.. waniyyati..

p/s: yang bla bla bla tu sebab aku pun dah tak ingat. Dah lama tak tengok pelajaran Muqaddam yang dikelolakan oleh Ustaz Hasan Azzahari kat TV1 masa petang.

Ehh.. dah habis ke entry aku hari ni. Kira habis la.... heh heh heh.. tak sengaja pulak nak abiskan. Tapi sebab dah nyanyi lagu "kalamun kodi" terpaksa la abis.

Thursday, May 11, 2006

Mustapa Kamal Makan Gula Yuppie (takde kena mengena langsung tajuk ni)

Masa aku darjah 3 dulu, cikgu kelas aku ada 3 orang. Memula Cikgu Maimon. Cikgu Maimon ajar satu semester aje. Lepas tu dia pindah ke mana entah. Ikut laki dia la tu. Lepas tu Cikgu Mustapa ganti. Cikgu Mustapa ni macam cikgu baru aje. Takde la hensem macam Mustapa Kamal atau Mustapa Maarof. Lemah lembut orangnya. Bukan lemah lembut macam sotong, tapi tak garang langsung. . Tak pernah pukul budak pun. Budak pun tak pernah pukul dia. Main permainan "Pukul Berapa Datuk Harimau" pun tak pernah jugak.

Satu hari Cikgu Mustapa sakit. Dia masuk hospital. Aku tak pasti dia sakit apa. Yang pastinya bukan sakit tuan. Masa dia duk hospital tu, ada cikgu sementara yang ganti. Cikgu pompuan. Nama dia Uppi. Nasib baik tak Yuppie (nama gula-gulal lembik). Sempoi giler nama cikgu ni. Macam nama orang yang lahir tahun 30an. Contohnya, nama uwan aku "WOK" aje dan nama atuk aku "UJANG" aje. Walaupun nama uwan aku WOK tapi dia tak pernah diundang dalam rancangan masakan "Wok With Yan". Mungkin kalau rancangan "Yan with Wok" dia akan diundang. Begitu jugak dengan atuk aku. Walaupun nama dia Ujang, tapi satu sen pun tak dapat royalti jualan Majalah Ujang. Cakap pasal majalah ni, aku cukup suka dengan 2 buah majalah kanak-kanak yang top masa tu iaitu BAMBINO dan jugak BUJAL. Ada jugak majalah lain seperti KUNTUM dan Dewan Pelajar. Tapi tak best sangat. Playboy aku tak baca, tapi masa tu aku tau la lambang Playboy ialah kepala arnab.

Berbalik kepada cerita cikgu kelas. Cikgu Uppi ni anak dara lagi masa tu. Dia adalah cikgu yang baik dan sporting. Ehh.. apasal kalau orang tu baik, kita cakap orang tu "sporting" ha? Adakah dia suka bersukan atau dia ada kereta sport? Ke.. sepatutnya supporting? Entah la aku pun tak tau. (sambung balik)... Haaa, masa last day Cikgu Uppi mengajar kitorang, dia bawak kitorang semua datang rumah dia kat Kampung Simpang 3 kat Gombak sana. Mak dia dah siapkan masak mihun goreng dah. Banyak jugak aku makan mihun masa tu. Dah la time lunch, mihun tu sedap la pulak. Tapi, yang sebenarnya kalau tak sedap pun, aku memang buruk lantak. Buruk semasa melantak. Selepas melantak aku akan jadi lawa balik.

Exam akhir tahun masa darjah 3 tu aku dapat nombor 5. Aku kongsi nombor 5 dengan budak yang bernama Norfazeena sebab markah sama banyak. Kat sekolah ni yang dapat hadiah ialah budak yang dapat nombor 1,2, dan 3 aje. Apa la punya kedekut sekolah ni. Bagi la sampai nombor lapan.

Masa hari penyampaian hadiah tu, kelas 3A2, 3A4 dan 3A6 combind untuk buat persembahan Dikir Barat. Aku setakat main kompang aje. Main belasah aje aku lempang lempang kompang tu. Janji ada bunyik. Member aku yang lawan berat badan dengan aku iaitu Hizzal jadi tukang karut. Dia pakai tanjak. Tapi masa dia tunduk untuk bagi penghormatan dekat penonton, tanjak dia jatuh tergolek-golek. ha ha ha .. kelakar sungguh. Tak kelakar ke? Kalau ada rakaman video sure kelakar punya. Tak kelakar jugak?

Cuti Sekolah tahun tu keluarga sebelah Abah aku bercuti dekat Cameron Highland beramai-ramai. Dalam 5 buah family kalau tak silap aku. Kitorang duduk kat Bungalow Bank Negara. Abah aku kan kerja kat Bank Negara. Rasa macam orang kaya la pulak. Apa taknya, dalam rumah siap ada pasang unggun api untuk panaskan badan. Macam dalam cerita koboi dalam TV pulak. Selepas balik dari Cameron Highland tu yang badan aku seperti dipam-pam. Tak caya tanya la mak aku!

Itu je la cerita untuk tahun 1986. Kita jumpa lagi tahun depan. Selamat Bercuti...

Wednesday, May 10, 2006

Song of the year - 1986

Tajuk: Saya Anak Malaysia.

1953, bulan lima aku dilahirkan
Di sebuah negeri yang diberi nama
Negeri Sembilan

Selepas itu aku dibesarkan
Di negeri Kelantan
Aku belajar di sekolah orang putih
dekat dengan Pasir Putih

Lepas sekolah aku merayau
Negeri mat salleh aku merantau
Tempat orang indah sekali
Tapi Malaysia tetap di hatiiii

Saaaayaaaa.. anak Malaysia
Saaaaaya anak Malaysia
Saaaaaya anak Malaysia
Saaaaaya anak Malaysia.

KOMEN:

Lagu ni nyanyian Dr. Sam Rasputin. Dulu aku ingat nama dia Dr. Sam Rasputing. Tak pasal-pasal aku ingat dia suka isap puting. Dia duduk kat Taman Melati dulu. Kadang-kadang aku nampak dia bawak van masa aku main bola kat court takraw. Janggut panjang macam Osama Laden. Orangnya kurus dan sempoi. Aku tak pasti dia ni Doktor apa. Jangan Doktor yang enjek tangan sendiri sudahh..

Kat mana entah Dr Sam ni sekarang. Industri muzik Malaysia ni kekurangan orang yang macam Dr Sam ni. Walaupun suara tak sedap sangat, tapi ada karakter tersendiri. Adakah aku patut buat Album dengan lagu-lagu yang simple dan menarik untuk setiap golongan lepas tu masuk Nominee AIM dan menang tanpa disangka walaupun orang tak pernah dengar nama aku? AKu pun dah malas nak kerja as a proffessional. Ada sapa nak jadi investor untuk tanggung belanja buat album?

p/s: sapa ada MP3 lagu Dr Sam ni boleh email kat aku?

Tuesday, May 09, 2006

Gila Bola

Masa dulu aku cukup suka main bola sepak. Aku main bolasepak sama dengan budak-budak besar. Budak-budak besar yang aku maksudkan dekat sini ialah yang dah sekolah menengah la. Along sungguh terel main bola. Dia selalunya akan menjadi ketua pasukan kalau ada lawan bola antara blok-blok kat Taman Melati tu.

Mula-mula aku memang tak pandai main bola. Tendang pun tonjol je. Korang tau ke apa yang dimaksudkan dengan tendang tonjol? Tendang tonjol ialah tendang dengan hujung jari. Kalau main pakai kaki ayam, sure sakit punya ibu jari. Kesian ayam, banyak binatang lain lagi yang tak pakai selipar, ayam jugak yang kena. Dah la ayam tandoori sedap.

Masa dulu kitorang pakai bola jenama TANGO. Bola Tango ni bukannya bola macam zaman sekarang ni. Ni bola besar dan berat punya. Kalau kena air ia akan bertambah berat. Aku tak la timbang bola tu. Tapi aku tau la ianya lebih berat sebab susah nak sepak. Kalau berani tanduk la bola tu masa bola tu basah. Kalau nak tergeliat tengkuk korang buat la. Aku tak bertanggungjawab.

Selalunya aku main bola sebagai bek. Bek bermaksud defender, Bukannya aku jadi pompom boy yang menyanyikan lagu "bek bek kambing" kat tepi padang. Budak budak besar semuanya nak jadi striker. Budak-budak kecik pulak yang jadi bek. Kalau kena serang, kitorang serbu la ramai-ramai kat striker yang tengah bawak bola tu. Kadang-kadang aku main jahat jugak. Aku sepak kaki brother tu. Tapi kaki aku yang sakit. Dia punya tulang macam besi. Aku punya tulang macam kayu. Kalah la aku. Selalunya striker-striker ni berani main 'curik ayam' (offside) sebab takde penjaga garisan. Hah.. tengok tu! Ayam jugak lagi yang kena. Padahal banyak binatang lain lagi yang boleh kena curik. Kesian ayam.

Masa aku darjah 3 tu (tahun 86) ada World Cup kat Mexico. Aku, Abah dan Along akan berjaga untuk tengok bola. Masa dulu aku sokong Brazil. Aku sokong Brazil sebab Along dengan Abah pun sokong Brazil. Pemain Brazil masa tu yang aku ingat ialah Zico, Socrates, Falcao, dan Careca. Tapi Brazil kalah ditangan France masa Quarter Final dalam penentuan penalti. Kecewa je aku. Sejak Brazil menang World Cup 94, aku dah tak sokong Brazil dah.

Masa tu France punya star ialah Michel Platini yang rambut kusut masai tu. World Cup 86 Argentina yang jadi champion, kalahkan Jerman Barat 3-2 masa final. Aku tengok game final tu. Sungguh mendebarkan sebab Argentina dah leading 2-0, lepas tu German boleh score jadi 2-2 pulak. Nasib baik si Burruchaga skor untuk Argentina lepas tu. Maradona masa tu tengah top giler. Madonna pun tengah top jugak masa tu. Menyanyi kat konsert pakai coli je. Respek sungguh aku. Kalau Marsha AF3 buat camtu pun ok gak.

Masa dulu aku siap gunting gambar-gambar player kat suratkhabar dan tampal dalam buku kosong. Aku asingkan satu atau 2 pages untuk satu player. Ni Along jugak yang ajar aku. Entah mana entah buku-buku tu sekarang. Kalau jual sekarang ni sure laku punya. Yang aku ingat dalam tu ada gambar Maradona, Zico, Platini, Boniek (Poland), Altobelli (Italy), Rummenigge (Jerman), Lineker (England), Peter Shielton (England), Dino Zoff (Italy).. arghh.. banyak laa.. tak ingat aku! Gambar Madonna takde la. Cyndi Lauper pun takde.

Heh heh. Sebenarnya aku tengah tak sabar nak tunggu World Cup ni. Empat tahun sekali tu beb. World Cup 2002 aku takde anak lagi. World Cup 2006 dah 3 dah anak aku. Menakjubkan sungguh la. Inilah keajaiban dunia. World Cup 2010 entah-entah anak aku dah jadi 6. Ha ha ha ha (Gelak macam gangster kat tempat minum beer).

Sunday, May 07, 2006

Baring Tengah Jalan

Aku ada kawan satu kelas yang bernama Ady Nor. Dia ni kurus-kering macam Saipul Apek. Kalau dia kurus-kering, aku gemuk-basah la. Muka dia pun hitam macam negro. Rambut macam daun kelapa. Pendek kata, kalau buat signboard "Kawasan Kemalangan" dia layak la jadi model signboard tu. Macam mana aku boleh baik dengan dia aku pun tak ingat.

Haa.. aku rasa sebab dia pernah bawak mainan kereta kat sekolah dulu. Mainan kereta ni daripada kartun "MASK". Bukan kartun The MASK lakonan Jim Carrey tu. Ni kartun pasal kereta boleh jadi kapal, motor boleh jadi helikopter, aeroplane boleh jadi traktor bajak dan lain-lain lagi. Kira seangkatan dengan Transformers jugak la. Kartun Mask ni menjadi Fenomena budak-budak sekolah masa tu la sebab kat kedai mainan ada jual semua jenis kenderaan dalam kartun tu. Mahal jugak. Anak orang kaya je boleh beli. Ady Nor ni bukannya kaya pun. Aku rasa dia pinjam kereta tu kat orang lain, then claim dia punya.

Aku pernah pinjam kereta si Ady Nor ni bawak balik ke rumah. Disebabkan dia ni ada kepentingan kat aku, aku pun baik la dengan dia. Kadang-kadang aku lepak kat rumah dia lepas balik sekolah sebab nak tengok video Michael Jackson. Terel gak si Ady ni menari macam Michael Jackson tersepit kat cermin besar. Tapi aku tengok dia ni bukan macam Michael Jackson. Ada la macam salah seekor hantu dalam video klip Michael Jackson lagu Thriller. Seram gak video klip tu. Lagi seram la dari Hantu Gigi Pendekar Bujang Lapok. Tapi aku tengok Ady tu tak seram la sebab dia masih hidup.

Yang tak bestnya pasal Ady ni ialah dia suka pinjam barang orang dan buat macam harta dia. Dia pernah pinjam aku punya harmonika yang aku bawak pergi sekolah jugak kerana aku nak berlagak. Dia kata nak pinjam sehari je. Esoknya aku mintak la balik tapi dia kata harmonika aku dah kena curik. Aku tak percaya sangat kat dia ni. Balik sekolah tu aku rush dia kat rumah. Dari jauh lagi aku dah dengar bunyik dia main harmonika kat rumah dia tu. Bila dia nampak aku datang, dia pun tersengeh sambil cakap "Aku dah ambik balik harmonika ni kat budak yang curik tu". Cisss.. Dah la air liur penuh dalam harmonika tu. Aku balik terpaksa basuh dengan sabun.

Satu hari tu aku lepak-lepak la dengan dia untuk berpeleseran sebab tak tau nak buat apa. Dia pun bagi aku idea:

Ady: Ehh... kau nak duit tak?
Aku: Nak la.. macam mana?
Ady: Kau baring kat tengah jalan tu. Nanti ada kereta berhenti. Orang tu nanti akan kesian dekat kau, dia bagi la dalam seringgit.
Aku: Eh.. kau biar betul?
Ady: Betull.. member aku pernah buat. Dapat!

Aku pun dengan lurus bendulnya pergi la baring kat tengah jalan raya tu. Tapi ada sorang Pakcik yang sedang berjalan kaki pulak nampak. Pakcik tu menjerit. "Hoi!! kau nak mampos ke baring tengah jalan tu??!!!" Aku pun terus bangun dan lari. Si Ady ni terkekeh-kekeh gelak kat aku. P***mak betul. Lepas tu aku dah tak kawan sangat dengan si Ady ni dah. Sanggup dia pergunakan aku yang lurus bendul ni untuk buat eksperimen.

Mana kau sekarang Ady? Dah mampos ke belum? Kalau dah mampos, aku sedekahkan Alfatihah aje la. Alfaaatihah!!

Thursday, May 04, 2006

Cemolot

Korang ingat tak bila first timenya korang rasa tertarik dengan orang yang lain jantina dengan korang? Maksud aku bukannya ada orang tak sengaja tarik tangan korang atau tarik rambut korang. Tapi rasa macam 'cantik menarik tertarik kau memang dabomb' la. Of coz, soalan ni tak applicable kalau korang daripada dulu sampai sekarang bernaluri homoseks. Tarikan antara lelaki dengan pompuan ni adalah fitrah manusia. Kalau takde tarikan ni macam mana la manusia nak berkembang biak kan?

Sebenarnya aku nak cerita kat sini bahawa masa aku darjah 3 tu, dalam kelas aku dah ada gossip-gossip si A NAK si B, si C NAK si D. Perkataan yang digunakan pun ialah 'NAK'. Bukan setakat tu, diorang dah pandai lukis gambar love dengan anak panah tembus kat tetengah love tu. Aku tak terlibat pun dalam NAK kat budak pompuan lain. Tapi aku perasan la ada budak pompuan lain yang macam NAK kat aku. Tak ramai. Ada la dalam 2-3 orang. Aku rasa mungkin diorang NAK kat aku sebab aku ni penyeri majlis dalam kelas tu kot? Sekati korang la kalau nak kata aku perasan. Tapi sayang, diorang cuma bertepuk sebelah tangan. He he he..

Aku rasa kalau ada yang minat kat aku pun, sebab aku kelakar. Memang dari dulu sampai sekarang aku ni jadi Pak Lawak dalam kelas. Kalau nak kata rupa, memang la aku tak hensem. Hensem lagi kawan aku yang orang panggil Hemsem. Aku punya dahi luas, pusat dalam, rambut ikal mayang, kaki ayam, kuda-kuda tak kuat, main gitar tak pandai, nyanyi selalu salah tune, tak kaya tapi berpelajaran.

Masa tu, cerita kat TV bukannya ada sensor sangat. Setiap cerita yang ada kapel laki dengan pompuan mesti ada scene cemolot (cium mulut). Kalau diorang keluarkan scene celutut (cium lutut) atau cebontot, rasa macam tak applicable pulak. Korang tengok tak cerita V? Bukan vandetta. Tapi cerita series kat TV pasal manusia lawan Alien macam Cicak. Cerita banyak mengajar aku bahawa lelaki kalau minat kat pompuan mesti cemolot. Pompuan dalam cerita tu pun seksi jugak. Sorang nama Lydia (baik), sorang nama Dayana (jahat). Tapi bagi aku Dayana lagi cun. Heh heh heh..

Alamak.. wife aku dah call la. Nak antar maid aku gi medical check up la. Aku nak cerita pasal lain tercerita pasal lain pulak. Tapi takpe la. Janji ada update. Selamat bekerja.

Wednesday, May 03, 2006

Gubra

Kontrek aku dengan Maxis abis last week. So, ni aku tengah menganggur la ni. Boss aku masih lagi nak maintain aku kat Maxis tapi dengar cerita kontrek aku ada sangkut kat bahagian finance ke apa ke jadah entah. Lagipun, aku nak rest dalam seminggu dua sempena hari buruh 2 hari lepas.

Semalam aku tengok Gubra dengan wife aku kat Midvalley. OK jugak cerita dia. Bagi aku, takde la teruk sangat seperti yang digembar-gemburkan. Banyak education yang terselit secara tersurat dan tersirat kat dalam movie tu. Macam ada udang sebalik batu la. Kalau orang tak paham atau salah paham, macam-macam kritik akan dikeluarkan.

Yasmin Ahmad mengajak kita berfikir. Bukan telan bulat-bulat and then, keluarkan taik. Even, kalau kita nak makan pun, jangan main telan aje. Pilih mana satu daging, mana satu tulang, mana satu sayur, mana satu serai. Rasa dulu makanan tu betul-betul, kunyah betul-betul, telan betul-betul, sistem pencernaan pun cerna betul-betul, baru boleh keluarkan taik yang panjang-panjang macam taik izham-miyake.

Ok la.. aku takleh update selalu blog aku. Chow.

Ni aku kat cyber cafe. Kang banyak pulak kena bayar.

Wednesday, April 26, 2006

Budak Gemuk Tak Sedar Diri

Kalau korang nak tau, aku bukanlah dilahirkan jadi budak gemuk. Badan aku kecik je masa kecik-kecik dulu. Maksud aku bukanlah kenit atau pun bantut, tapi tak gemuk la. Korang nak tau tak macam mana aku boleh jadi budak gemuk masa sekolah rendah dulu?

Ceritanya macam ni.

Setiap 6 bulan sekali, semua murid-murid kena timbang berat badan dan jugak ketinggian. Rekod berat dan tinggi ni akan dimasukkan ke dalam Report Card. Aku pun tak ingat masa tu berat aku berapa kati. Cis.. macam nak beli ikan kat pasar pulak. Masa tu orang beli barang masih lagi pakai unit ukuran kati. Ada jugak yang pakai Kilo. Cakap pasal kati dan kilo ni aku teringat satu cerita joke yang aku pernah baca kat email aku dulu.

Ceritanya macam ni (setelah diubahsuai).

Mak Kiah: Bro, kau bagi Makcik kacang panjang tu.
Peniaga Sayur: Makcik nak berapa kilo?
Mak Kiah: Ish!! kalau pakai KILO panjang sangat tu. Bagi 2 meter dah la.

Paham ke tak paham? kalau tak paham, abaikan aje la cerita ni.

Kita berbalik kepada cerita yang aku nak cerita sebenarnya. Haaa.. ada sorang klasmet aku bernama Hizzal. Dia ni takde la gemuk sangat tapi berisi jugak la orangnya. Isi kat sini tentulah lemak di badan. Tiap kali dia timbang, dia mesti lebih berat dari aku. Aku pun macam nak chalen je dia dalam bab timbang menimbang ni. Jadi aku saja je makan banyak banyak supaya berat badan aku makin bertambah selari dengan jumlah makanan yang aku makan. Sebab tu la aku jadi budak gemuk masa tu. takde la gemuk sangat, tapi gemuk jugak la. Kegemukan aku bertambah hari demi hari sampai la aku jadi budak gemuk betul.

Itu je la cerita aku macam mana aku boleh jadi gemuk. Sebab makan banyak la. Kalau makan sikit, mana boleh gemuk. Masa dulu aku aktif la jugak. Hari-hari mesti main bola. Walaupun aku gemuk, tapi aku terel main bola. Suruh la aku jadi golkeeper ke, defender ke, midfield ke, sterika ke.. semua aku boleh main. Main ping pong boleh, main takraw boleh, main-main boleh. Cuma main badminton je aku tak terel. Aku tak minat main badminton sebab aku tak terel. Aku tak terel sebab aku tak minat. Aku tak minat sebab aku tak terel. Dia pusing-pusing macam tu la.

kadang-kadang aku pelik tengok kengkawan aku, makan punyalah banyak. Kalah Badak air. Tapi badan cekeding aje. Kalah mentadak mentadu. Aku takleh makan lebih sikit. Mesti badan cepat naik. Bengang je. Korang tak dapat feel ke rintihan batin aku ni? So, sekarang ni aku tengah kontrol makan aku. Aku tak makan nasik dah. Makan lauk dengan sayur je. AKu rasa seluar aku dah longgar dah ni. Ok la tu kot? Setahun lagi jadi la aku macam Brad Pitt. Tak dapat Brad Pitt, Rosyam Noor pun jadi la....

Tuesday, April 25, 2006

Sebab Tak Dapat Nombor 1

Aku rasa aku nak cerita perihal kat sekolah la pulak hari ni. Masa aku darjah 3 tu aku mengalami culture shock disebabkan sistem pembelajaran yang lain kat sekolah ni. Subjek-subjek lain aku boleh terima dengan baik jugak la. Tapi subjek English aku susah sikit nak terima. Teacher English aku masa tu Perempuan India. Nama dia aku tak ingat sangat tapi start dari huruf 'O'. Bukan Orangina, Otromen atau pun Osman. Aku tak ingatlah!

Dia ni kira tahap Minachi yang cun jugak la walaupun 'fade to black' sikit. Pakai pun ranggi sikit la seperti Skirt Pendek dan Skirt Panjang untuk menyerlahkan lagi keseksiannya yang sedikit pun tak membuatkan aku teruja. Nak skodeng pun aku tak selera. Kalau terskodeng pun tak nampak apa-apa. Kena taruk lampu baru nampak. Kadang-kadang dia kalerkan rambut dia warna blond sikit. Nak tiru kumpulan Roxxette agaknya.

Selingan: Lagu Too Phat dan Inul

Banyak orang billang diriku seksii
Seksi-seksi sekali
Dari hujung rambut hingga hujung kaki
Semua menatapku


Kita sambung balik cerita tadi. Haa... Teacher English aku ni mengajar macam la aku ni dah pandai speaking. Aku masa tu perlu pengisian vocab lagi. Setakat Noun, Pronoun, Verb tu aku ada la sikit-sikit. Apa yang dia cakap pun aku tak paham. Disebabkan aku tak paham, aku pun malas nak dengar, disebabkan aku malas nak dengar, aku pun tak paham, disebabkan aku tak paham, terus aku bengap Subjek English, disebabkan aku bengap subjek English, aku tak pernah dapat nombor satu masa sekolah rendah.

Masa peperiksaaan pertengahan tahun aku dapat nombor 7 je. Aku memang saja je pilih nombor 7 sebab tu David Beckham tiru aku. Lagipun banyak benda-benda yang 7 kat dunia ni. Contohnya Surah AlFatihah ada 7 ayat, Langit 7 lapis, Bumi 7 lapis, pelangi ada 7 warna dan macam-macam lagi la. Aku rasa jarak markah aku dengan nombor satu iaitu Radzilawatee dalam belasan markah aje. Tapi nombor 1 sampai nombor 6 punya English semua 90+. Aku je dalam 80 markah. Kalau English aku terel, kurang-kurang aku boleh dapat nombor 2 tau. Tapi diorang takleh kalahkan aku dalam Maths la.. Aku la the King of the Matematik kat sekolah tu dulu. Cikgu pun tabik dengan aku. Ha ha ha ha. Bongkak... bongkak..

Subjek Agama Islam pulak diajar oleh Ustazah Saputriwani. Aku boleh ingat nama dia sampai sekarang ni sebab aku bayangkan nama dia tu ada iras-iras sapu tangan putri wangi. Cakap pasal puteri wangi ni, aku teringat yang Mak suka beli sabun basuh cap Puteri Emas. Sabun ni kira tahap sabun cap ayam jugak la tapi kelebihan dia, kalau beli sepeket dapat percuma seutas pinggan. Mak beli sabun ni dah lama dah. Sampai sekarang, jumlah pinggan nasik kat rumah aku boleh buat kenduri kawin la banyaknya. Itu pun dah sedekah kat sedara mara. Kalau sepuluh tahun lagi Mak istiqomah beli sabun ni, boleh jadi jutawan pinggan punyalah. Aku pun pau pinggan mak ni dalam sepuluh ekor.

Berbalik kepada cerita Ustazah Saputriwani. Cun gak ustazah ni. Masa dia mengajar aku tu dia masih lagi anak dara. Tapi dia mengajar tak lama. Gossip-gossip mengatakan sebab dia ingin berkahwin dan menghabiskan zaman daranya. Siapalah teruna yang jadi laki dia aku pun tak tahu. Mungkin namanya Sarungkakimasam. Dia tak ajak pun aku pergi kenduri. Entah-entah sekarang ni anak dia pun dah jadi anak dara. Aku takde kontek number dia jadi jangan tanya aku macam mana nak jadi menantu dia. Kalau korang rajin, korang search la dekat google.

Kawan baik aku kat sekolah ni takde yang spesel. Semua aku kawan termasuklah 2 orang budak Orang Asli yang bernama Riminin dan Inyaris. Diorang ni Orang Asli yang duduk kat Batu 12 Gombak sana. Yang speselnya kat Riminin dengan Inyaris ni, dia tak masuk kelas Moral tapi belajar Agama Islam jugak. Terel jugak dia tulis alip ba ta. Tapi orang tulis dari kanan ke kiri, dia tulis dari kiri ke kanan. Dia terpaksa tunggu ustazah tulis huruf jawi tu sampai habis satu row, baru dia copy dari kanan ke kiri. Dah la tulis huruf ya macam itik je. Memang la hurup ya macam itik. Sebenarnya diorang ni jadi kawan baik aku masa aku darjah 4. Nanti la aku cerita.

Chow

Monday, April 24, 2006

Kereta, Muntah, Dan Rock Kapak

Tak silap aku Abah beli kereta baru tahun 1986 ni. Korang jangan terperanjat pulak kalau aku bagitau kereta apa yang Abah beli. Nak tau ke kereta apa?

HONDA CIVIC.

Jangan korang bayangkan Honda Civic Ferio, EK, atau Gen 8 punya. Ini 2nd generation punya. Ketot je kereta ni. Macam Katak. Kaler Biru. Nombor Plat WM3861. Abah jual motor Yamaha WW7397 tu. Dengan adanya kereta ni, Abah gi kerja naik kereta la pulak.

Kereta ni takde aircond. Nasib baik ada cassete player. Itu pun cap ayam punya. Bunyi pun tak sedap sebab takde tweeter dan subwoofer. Aku naik kereta ni selalunya time nak balik kampung. Masa dulu aku cukup tak suka naik kereta lama-lama. Tak kira la kereta jenis apa pun. Kalau kereta tu pasang air cond, pening kepala aku. Aircond dulu-dulu bau dia semacam la. Aku tak pasti la bau tu datang dari aircond ataupun sebab barang-barang dalam kereta tu yang membuatkan bau aircond tu macam tu. Sengit semacam je. Aku cukup prefer duduk dekat tepi tingkap supaya aku boleh sentiasa hirup udara segar kat luar. Terjulur je kepala aku kat luar. Kalau ada tiang kat tepi, sure benjol dahi aku yang luas ni kena tiang tu.

Kalau nak balik Kuala Pilah, kena lalu Bukit Putus. Aku peratikan Bukit tu takde pulak putus-putus. Bersambung je jalan raya tu. Apa yang putus entah. Mungkin sebab banyak kemalangan ngeri kat situ yang melibatkan bas putus, lori putus, kepala putus atau pun tali perut putus. Dia punya jalan macam ular. Bagi yang tak biasa lalu kat situ, mesti ngeri punya. Jalan dia betul-betul tepi gaung. Kalau terbabas sure jatuh bawah. Yelah, mana boleh jatuh atas. Kalau kita boleh jatuh atas, sure kita boleh naik bawah. Ini namanya teori kata berlawan seerti. Boleh jadi cikgu BM aku lepas ni.

Selalunya lepas pada Bukit Putus tu aku akan pening-pening lalat dan rasa nak muntah. Walaupun aku tak pernah tengok lalat yang pening tu muntah-muntah, tapi aku rasakan dunia ini umpama pusing-pusing seperti gasing di angkasa hingga membuatkan aku tak dapat menahan muntah. Bukan aku sorang saja, adik beradik aku yang lain pun muntah jugak. Muntah sebab bau muntah. Lepas muntah tu baru lah lega. Selepas lega tu barulah boleh layan lagu yang berkumandang kat cassete player.
Selalunya lagu yang dipasang ialah lagu-lagu irama 60 an seperti A.Rahman Hassan, Ahmad Jais, J. Kamisah, Jeffridin, M.Sharif dan sebagainya. Aku siap boleh hafal lirik lagu "Jandaku" nyanyian M. sharif yang tak best tu. Kalau pasang kaset Alleycats tu OK la jugak.

Masa tu lagu-lagu rock baru nak menambat hati para pendengar kat Malaysia. Kumpulan-kumpulan macam Search, Lefthanded, Burnmarks (Lagu: Secebis Rayuan), Putra (Lagu: Nazirah), SYJ, Sofea (Lagu: Bunga Padang Pasir) dan entah apa entah lagi baru nak muncul. Along selalu rakam lagu-lagu rock tru radio aje. Mak dengan Abah cukup tak suka dengan lagu-lagu rock ni masa tu. Diorang kata semua kumpulan rock tu Hisap Dadah sebab rambut panjang-panjang. Padahal yang isap dadah ialah Raja Pop Jamal Abdillah. Tapi aku tak kira.. rock tetap rock.

Antara bukti yang menunjukkan aku dah rock sejak darjah 3 ialah contengan yang aku buat kat beg sekolah aku. Antara contengan yang aku ingat ialah:

1. DIO
2. IRON MAIDEN
3. AC/DC

Semua tulisan-tulisan tu aku tiru macam yang Along tulis kat buku sekolah dia. Sebab tu la dia belajar bangang. Hahahahah...

Satu hari tu aku ikut Abah pergi pasar malam dekat Kem Wardiben dekat simpang 4 Wangsa Maju sana. Ada orang jual kaset. Disebabkan takde duit nak beli kaset, aku cilok la satu kaset Iron Maiden. Aku ingat tokeh kaset tu (india) tak perasan. Last-last dia tahan aku dan rampas balik kaset yang aku cilok tu sambil bagi warning "Lagi satu kali you curik, aku hantar kat Balai Polis". Gabra aku masa tu. Nasib baik Abah tak tau. Kalau tak, sure aku kena penampar. Melepas aku nak dengar Iron Maiden. Walaupun nama kumpulan ni Iron Maiden, tapi takde seorang pun yang berketurunan Mamak. Heh Heh heh..

Tapi, sekarang ni aku nengok abah dan mak dah boleh accept lagu-lagu rock ni. Bagus lah tu.. syukur. Mak pun dah rambut panjang dah. Boleh la ajak headbang. (kepala hotak engkau)

Chow. Nak balik dah.

The Greatest Albums - Part 1



1. METALLICA - ..AND JUSTICE FOR ALL



2. NIRVANA - NEVERMIND



3. CROMOK - IMAGE OF PURITY

Itu sahaja hari ni. Enjoy the music. He he he

Friday, April 21, 2006

Ikan Sepat Dari Loji Najis

Korang pernah makan ikan sepat? Err.. sebelum tu baik aku tanya korang kenal ke ikan sepat yang mana satu? Kelakar jugak nama ikan ni. SEPAT. Apsal nama-nama ikan macam kelaka aje ha? Ada ikan nyok-nyok, ikan tongkol (bukan kontol), ikan puyu (bukan poyo), ikan kaloi, ikan senohong, ikan lampam, ikan jenahak.. macam-macam nama la. Siapa yang bagi nama-nama ikan tu aku pun tak tau. Suka hati diorang je nak bagi nama ikan tu macam la diorang yang melahirkan ikan tu. Bagi la nama sedap-sedap sikit. Kecik ati ikan-ikan tu sebab manusia namakan dengan nama tak sedap. Cuba kalau korang punya nama ditukar menjadi Sepat Bin Puyu, Talapia Binti Kaloi, Haji Buntal Bin Haji Tongkol, apa perasaan korang? Sure malu korang nak pegi Jabatan Pendaftaran buat Mykad tahun lepas. Alamak, Mykad aku dah siap tapi tak ambik lagi la. Next week aje la. Last week aku cakap "next week" jugak yang bermakna this week. Teruk betul aku ni. Procrastinational.

Haa.. sebenarnya aku nak cerita pasal ikan sepat aje. Terkonar kat tempat lain pulak.

Apa kena mengena ikan sepat dalam riwayat hidup aku pulak? Sebenarnya ini riwayat hidup Bangcik. Tapi sebab cerita ni quite OK, aku tulis jugak la. Macam ni cerita dia:

Bangcik ada seorang kawan yang dipanggil Eloi. Eloi adalah seorang budak yang suka menjala ikan. Mana dia cilok jala tu aku pun tak tau (ayat standard aku). Eloi suka praktis menjala dekat sungai. Tapi sebab kat sungai susah nak dapat ikan, maka Eloi pun nekad untuk pergi menjala dekat Loji Taik kat Flat DBKL berdekatan dengan Sekolah Gombak Setia tu. Dengan menjala dekat loji tu, dia mendapat hasil yang lumayan. Banyak dapat ikan sepat kat sana.

Loji taik tu daripada dulu sampai sekarang ada orang bukak warung makan kat sebelah dia. Aku pun pelik apasal la diorang tergamak nak bukak kedai makan kat situ. Sebab kalau aku drive tru kat situ, selalu terbau busuk macam bau taik orang (memang bau taik orang pun). Aku tulis 'terbau' kat situ bermaksud aku tak sengaja bau. Takkan la aku ni sewel sangat untuk jalan-jalan carik bau. Yang peliknya lagi, ada pulak sambutan dari pelanggan. Apa ilmu tokeh warung tu pakai aku pun tak tau la. Mungkin ilmu geografi.

Satu hari, Eloi telah berjaya mengajak Bangcik untuk escort dia pergi menjala kat loji taik tu. Memang banyak jugak dapat ikan sepat. Aku tak dapat bayangkan macam mana diorang boleh tak geli geleman bila menjala kat Loji taik yang sudah semestinya ada banyak taik orang termasuklah taik keluarga aku jugak. Masa tu Loji Taik Taman Melati takde lagi. Jadi, semua taik-taik orang Taman Melati akan dihalakan ke loji taik tu. Sebab tu aku konfirm bahawa taik-taik family aku tu ada kat dalam loji yang Eloi dan Bangcik jala ikan sepat tu walaupun kat taik tu takde name tag atau label.

Setelah penat menjala, Bangcik pun bawak la balik ikan-ikan sepat tu kat rumah dengan harapan Mak akan gembira untuk menggoreng atau memasak lomak cili api kegomaran family aku. Bangcik dah siap basuh ikan tu bersih-bersih. Tapi mak tanya "Mano kau dapek ikan ni?". Bangcik pun cakap la dia jala. Bila mak aku tanya kat mana dia jala, nasib baik la Bangcik jujur cakap dia jala kat loji taik sana. Hi hi hi. Mak aku suruh buang je ikan tu. Nasib baik la mak aku tak masak lomak cili api. Kalau tak sure tak payah taruk kunyit pun kuah boleh jadi kaler kuning. Uwek!!

Itulah dia cerita Bangcik aku menjala ikan sepat.

Lepas ni baik korang hati-hati kalau beli ikan sepat masin. Mana la tau kot-kot diorang jala kat loji taik jugak. Apa? Korang baru lepas makan tengahari tadi? Muntahkan! Muntahkan!

Haaa.. bila cakap pasal ikan ni, aku pun teringat masa kekecik dulu Angah pernah cakap yang ikan sardin dalam tin tu ada campur dengan siput babi. Betul ke tidak aku pun tak pasti. Tapi disebabkan Mak masak sambal ikan sardin memang sedap giler, aku belasah jugak makan. Kadang-kadang sampai 2 pinggan. Memang sedap betul sambal sardin mak buat. Ni yang buat aku nak tepon mak untuk mintak masak sardin je weekend ni. Aku masak pun sedap jugak. Tak caya tanya la wife aku. Sampai dia menjilat kuali kalau aku masak. He he he.

Akhir kata, sila baca pantun di bawah:

Ikan kekek mak iloi iloi,
Ikan gelama mak ilai ilai,
Jangan pergi menjala dengan Eloi,
Sebab ikan tu takleh buat gulai.

Siakap senohong,
Gelama Ikan duri,
Bercakap bohong,
Lama-lama boleh Jadi Menteri. (sapa makan cili dia rasa pedas)

Tuesday, April 18, 2006

Cara Balik Sekolah

Jarak antara Rumah aku dengan Sekolah Gombak Setia tu ada la lebih kurang 8 km. Kalau sekolah petang, aku masuk pukul 1 tengahari dan balik pukul 6.30 petang. Aku gerak daripada rumah dalam pukul 11.30 pagi. Selalunya aku naik Bas Mini Nombor 15 untuk ke sekolah. Masa tu tambang bas mini 50 sen je. Tak kira la turun kat Gombak atau pun kat Sentral Market, tetap 50 sen jugak. Lain dengan bas Sri Jaya atau Bas Len Seng. Kalau bas Sri Jaya dan Len Seng, dia punya tambang ikut jarak. Tapi walaupun tambang bas mini tu 50 sen, budak2 sekolah bayar 20 sen aje dan tak dapat tiket. Duit tambang kitorang tu mungkin konduktor bas dengan drebar bas tu agih-agihkan sesama sendiri. Kira macam Badan (Ajis Satar) dan Nyawa (S shamsudin) dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok la. Satu untuk kau, satu untuk aku, dua untuk kau, dua untuk aku, tiga untuk kau, tiga untuk aku. Eyyy lepas tiga apa da? (Bedal da!). Bedal da! untuk kau, Bedal da! untuk aku. Heyy.. dalam dunia mana ada hurup bedal da!. Hey.. dalam dunia mana ada hurup bedal da! untuk kau, Hey... dalam dunia mana ada hurup bedal da! untuk aku.

Sambung cerita.

Kalau balik pulak, selalunya jalan kaki. Boleh save doposen duit tambang tu. Kadang-kadang, naik bas jugak. Tapi bergayut kat tangga bas sebab bas dah penuh sebab ramai orang balik kerja. Mula-mula tu seram jugak nak naik bas gayut-gayut. Lama-lama best jugak. Rasa macam naik perahu layar je.Yang paling duduk bergayut ni kadang-kadang konduktor bas tak sempat nak mintak duit tambang. Dah la tak payah jalan kaki, dapat save doposen pulak. Boleh la beli air sirap. Eh.. selalunya kat depan sekolah kan ada usahawan kecil yang meniaga air, keropok dan sebagainya tu kan. Berebut-rebut budak beli makanan dan minuman kat diorang ni walaupun tak sedap. Antara menu yang aku ingat ialah:

1. Sengkuang potong nipis dan lebar, sapu dengan sos apa benda entah (warna merah) dan tabur serbuk kacang. Best
2. Mi dan mihun goreng masuk dalam plastik. Sesenduk aje dalam plastik tu. Tapi doposen. Makan pun direct terus dalam plastik aje. Kadang-kadang air liur pun merata-rata kat bibir plastik tu. Yek!
3. Keropok lekor nipis-nipis, seposen sekeping.

Ehh.. tadi aku cakap tak sedap, tapi lepas aku tulis menu ni terasa macam sedap la pulak. Patut la aku pun beli. Heh heh heh. (Sudah la.. engkau tu tolak taik dengan sampah je, lain semua kau bedal) <-- suara gema.

Sebenarnya ada alternatif lain untuk balik dari sekolah selain daripada jalan kaki atau pun naik bas. Korang nak tau apa? Jawapannya ialah "TUMPANG". Tak kira la tumpang lori atau pun kereta orang, atau pun motor orang. Janji boleh sampai Taman Melati. Lepak kat tepi jalan, lepas tu main tahan je apa kenderaan yang lalu. Cara tahan pun guna ibu jari macam tanda good. Nasib la. Kadang-kadang dapat, kadang-kadang tak dapat. Kalau dapat lori paling best. Sebab boleh naik ramai-ramai kat belakang lori tu. Syokk ooo naik belakang lori, angin kuat. Ada sekali tu aku dengan bangcik dapat tahan kereta BMW. Ni orang Melayu kaya ni. Dalam kereta tu siap dia Pakcik tu bagi ceramah lagi suruh belajar rajin-rajin dan lain-lain nasihat standard orang dewasa kat bebudak sekolah. Tak cukup dengan itu, dia bagi la pulak sorang 50 sen sebelum kitorang turun dari kereta tu. Masa dulu kalau dpat 50 sen rasa macam dapat 50 hinggit. Best giller oo.. Cayalah pakcik tu! Semoga Allah mencucuri rahmat kat engkau pakcik.

Bila mak aku tau, aku selalu tumpang orang bila balik sekolah, mak dah tak galakkan aku tumpang orang dah. Mak kata ada sindiket curik budak sekolah untuk jadi tukang mintak sedekah (which is true). Aku pun tak berani sangat nak tumpang orang kecuali kalau naik lori ramai-ramai sebab kalau kena culik ramai-ramai, takdelah menyesal sangat. Mungkin kalau kanak-kanak bersatu, boleh mengalahkan sindiket jahat macam geng drama Cili Padi yang ada sorang budak gemuk tu. Tak silap aku nama budak gemuk dalam cerita Cili Padi tu ialah Syafiq. Nasib baik nama aku bukan Syafiq. Kalau tak, sure orang ingat aku la pelakon cerita Cili Padi tu heh heh.

Satu hari tu, aku tengah tunggu bas dengan Bangcik untuk balik rumah. Tetiba je ada sorang mamat tu berhenti dan offer kiorang untuk tumpang dia naik motor. Mamat tu pakai spek itam. Aku dengan Bangchik cakap tak naka tumpang, tapi dia still jugak nak tolong hantar kitoang balik. AKu dah cuak jugak masa tu sebab aku memang saspek mamat tu ketua sindiket culik budak kat Gombak tu. Last-last Mamat tu blah jugak. Nasib baik dia tak culik kitorang bebetul. Kalau tak, sure dah kena liwat atau pun kena jadi pemintak sedekah. Syukur Alhamdulillah.

Bila pikir-pikir pasal safety ni, aku menyokong jugak yang bebudak sekolah ni kena ada handphone. Bagi aku, tak kisahla isu negatif apa pun yang orang cakap akan terjadi kalau bebudak sekolah ada handphone tapi bagi aku.. SAFETY FIRST. Safety issue akan eliminate segala perkara negatif tentang 'handphone untuk budak sekolah'. Tinggal responsible mak bapak untuk educate anak-anak masing-masing. The word is simple: EDUCATE, but yet, hard to implement.

Bak kata pepatah, melentur bulu biarlah dari rebung, jangan jadi seperti angkat batang, keluar cacing gelang-gelang. Saya taiko melaporkan..

Friday, April 14, 2006

K***ng Mabuk

Masa aku darjah 3, Bangchik darjah 5, Along pulak tingkatan 1. Along sekolah kat Sekolah Menengah Tinggi Setapak atau lebih glamer dengan nama High School. Bangri anak Makmbong yang sebaya dengan Along dapat masuk Sekolah Dato' Abdul razak (SDAR) kat Seremban sana. Dalam Family besar aku ni masih wujud lagi membanding-bandingkan prestasi anak-anak masing-masing. Kalau diambik dari sudut positif, mungkin anak-anak akan rasa tercabar dan ingin bersaing secara sihat. Tapi kalau anak-anak tu salah paham, mungkin dia akan rasa downgraded dan kecik ati sebab mak bapaknya puji anak orang lain.

Disebabkan sekolah Along jauh daripada rumah, Abah telah bersetuju untuk belikan Along sebuah Basikal BMX berjenama Shimano kalau tak silap aku. Aku rasa basikal dia jenis lokal punya la. Sebab dia punya kepala handle punya skru tu bukan skru elengki (allen key heh heh). Basikal tu kaler biru. Abah bagi basikal tu kat Along dengan syarat dia tak bawak secara gila-gila atau pun sebenarnya Abah sebut "jangan bawak macam keling mabuk". Mintak maaf la kalau ada pembaca blog aku ni berbangsa India. Aku bukan nak kutuk korang. Aku nak cerita benda yang betul aje ni.

Heh heh.. cakap pasal keling ni aku teringat satu kejadian yang berlaku baru-baru ni jugak. Dalam tahun lepas kalau tak silap aku. Aku pergi kenduri rumah sedara aku kat Ampang. Angah sampai lambat sebab dia eksiden terlanggar budak India yang bawak Motor macam Melayu Mabuk. Mak punya la kecoh cerita dekat Makcik-Makcik aku yang lain.

"Angah eksiden" kata mak.
"Langgar apa?" tanya makcik aku
"Langgar anak koling. Gilo boto anak Koling tu.. Koling kalau bawak motor memang macam tu. Koling mabuk agak eh"

Kalau korang nak tau, masa Mak cakap macam tu, ada perempuan India (jiran sedara aku tu) tengah makan dengan anak beranak dia kat belakang Mak. Aci tu jeling je Mak. Mak tak perasan pun. Aku kontrol je gelak supaya tak terjadi perbalahan sesama kaum. Bila aku cakap kat mak, yang belakang Mak ada Aci tu dan Aci tu jeling je kat Mak, Mak sengih je macam kerang wangi. He he he he.

Apa aku nak cerita tadi? haaa.. Cerita pasal Basikal Along kan?

Walaupun Along berjanji tak nak bawak basikal tu macam keling mabuk, tapi dia tetap bawak jugak basikal tu macam tu. Tak sampai beberapa bulan, patah handle basikal tu. Dia eksiden terlanggar tiang lampu. Dia kata ada kereta nak langgar tapi tengok muka dia aku dah tau dah yang dia kelentong. Dia suka lumba-lumba basikal dengan member dia yang bernama Kondor masa balik dari sekolah. Terpaksa la hantar basikal tu kat bengkel welding untuk patri bodi basikal tu. Lepas basikal tu elok, dia bawak balik basikal tu macam orang gila. Willy la.. jack jack tayar belakang la.

Ada satu hari tu Abah suruh Along hantar aku pi gunting rambut kat Kampung Wira Jaya sana. Kat kedai tu murah sikit compare dengan kedai kat Taman Melati. Nak sampai kat Wira jaya tu ada la jalan turun bukit. Aku duduk membonceng kat tetengah bodi basikal tu. Ada ke masa turun bukit tu pun dia kayuh basikal tu. Punya la laju. Kecut usus perut aku. Gila betul. Kalau terjatuh tu sure jadi kemalangan maut punya.

Aku tak ingat sampai bila Along pakai basikal tu pergi sekolah. Basikal tu jahannam jugak akhirnya. Lepas tu Along pegi sekolah naik Bas Sekolah. Balik Sekolah pun naik Bas Sekolah. Aku dengan Bangcik je yang pegi sekolah jalan kaki. Balik sekolah pun jalan kaki. Dah la beg berat.

Itu je la aku nak cerita hari ni. Selamat bercuti dan berhati-hatilah di jalan raya. Tak kira la korang bawak motor ke, kereta ke, jalan kaki ke, naik bas ke. Jangan lah memandu secara mabuk kalau tak nak eksiden. Ingat, jalan raya tu bukan bapak tiri laki mak kita yang punya. Ianya milik bersama. Last but not least, kalau rasa nak terkencing sangat pun, jangan la kencing kat tepi jalan. Buruk sangat rupanya. Ada jugak 2-3 kes yang aku nampak selamba aje mamat tu kencing tepi jalan. Kalau pompuan nak jugak aku skodeng. Alang-alang dah tak malu sangat tu, kencing la kat tengah jalan. Ada berani?

Apa la minggu ni aku bayak cerita pasal kencing aje? Aku nak kena 'kencing' lagi dalam masa terdekat ni?

Thursday, April 13, 2006

Ridikeles!!

Hari Selasa lepas aku gi Melaka kejap. On the way balik ke KL tu aku singgah kat R&R Ayer Keroh sebab aku nak gi toilet. Aku bukannya suka sangat masuk toilet awam ni melainkan kalau dah sampai perintah darurat. Bila sampai aje kat luar toilet tu aku terperanjat bila ternampak signboard seperti di bawah:

Gambar ni tak clear sangat sebab aku ambik pakai camera phone. Kawasan tu pun gelap sikit. Biar aku clearkan dekat sini apa yang dia tulis kat situ.

1. Tutup Paip.... Jimatkan Air
2. Ke Arah yang Tepat..............
3. Duduk dengan Selesa ........
4. Jangan Lupa..... Hanya Tarik
5. Hargai Kemudahan.........
6. Pastikan Kering dan Bersih

Dekat sebelah kiri nasihat-nasihat tu adalah ilustrasi yang berkaitan supaya orang yang membacanya lebih mudah paham mesej yang cuba disampaikan. Nasihat nombor 1,3,4,5,6 tu aku tak kisah sangat lah. Tapi nasihat yang nombor 2 tu memang menarik minat aku untuk mengabadikan gambar signboard tu.

Amaran "Ke arah yang tepat..." tu aku rasa sesuai untuk kanak-kanak bawah umur ataupun yang belum sunat lagi. Jangan salahkan orang yang buat signboard tu. Kalau takde kes-kes salah target dekat jamban tu, takkan la orang tu terpikir nak buat amaran/nasihat macam tu. Tapi memang betul. Kebanyakan tandas awam yang aku masuk, banyak kali aku jumpa kesan-kesan kesilapan manusia semasa kencing. Even dekat opis aku kat Maxis ni yang semuanya orang-orang yang educated pun masih lagi tak tahu prinsip-prinsip kencing yang betul. Ridikeles betul!! Aku kecewa! Sebab anak aku yang umur baru nak masuk 4 tahun pun pandai tuju 'ke arah yang tepat' semasa kencing.

Ok Fine lah kalau memang tak tau nak tuju ke arah yang tepat. Tapi, tak reti ke nak bersih kan sendiri? Ridikeles betul!! Bayangkan kalau pelancong-pelancong asing datang ke Tandas tu and nampak sign board tu. Mana moral rakyat Malaysia ni nak diletakkan? Adakah rakyat Malaysia ni terlalu bangang sampai prinsip-prinsip kencing pun harus di taruk dalam sign board? Cuba korang tengok Imej yang lebih dekat lagi tentang nasihat nombor 2 tu:


See? Gamba sebelah kiri tu ada tulis "MELENCONG". Gambar sebelah kanan pulak ada tulis "TEPAT PADA SASARAN". Kalau korang nak lebih clear lagi, korang pergi lah snediri kat sana.

Aku bukannya nak buat lawak atau nak mempersembahkan dirty joke or toilet humor or what ever. Tapi sebagai tanggungjawab sosial, aku nak nasihatkan dekat pembaca blog aku, kencinglah ke arah yang tepat..

Ridikeles!!

Monday, April 10, 2006

Kena Kencing

Aku cukup tak sabar nak masuk Sekolah Gombak Setia tu. Macam mana nama sekolah tu boleh jadi Gombak Setia aku pun tak tau. Seingat aku masa dulu ada cerita Hikayat Hang Setia lakonan Hamid Gurkha, Yahya Sulong, Wazata Zain, Param dan sebagainya. Tak kelakar pun citer tu. Buang karan je tengok. Nasib baik Bil Api aku tak bayar.

Berbalik kepada cerita sekolah, ketidaksabaran aku masuk sekolah tu adalah kerana terlalu percayakan cerita Sham pasal sekolah tu. Tapi, apa yang aku angankan itu semuanya fatamorgana belaka. Takde pun perang-perang seperti yang digembar-gemburkan. Bila aku tanya kat Sham pasal perang-perang tu dia boleh kata "sekarang dah takde dah". Ek elllehhh.. buta-buta je aku kena kencing. Cakap pasal kenceing ni aku teringat satu hari tu aku pernah mimpi kena kencing dengan orang. Aku dekat bawah bangunan, orang tu dekat atas atap bangunan. Aku tak nampak wajah orang yang kencing aku tu. Aku lari ke kiri, ke kanan, depan dan belakang, tetap dia tujukan kencing dia tu kat aku. Abis basah badan aku kena kencing. Cilakak betul! Kalau korang ni ahlil nujum marang perapu kepundien maran skeper, aku nak tanya apa maknanya mimpi aku tu? Adakah aku akan dikencing seumur hidup? Hopefully not.

Berbalik kepada cerita sekolah baru. Sekolah ni ada 2 sessi. Enam bulan yang pertama sekolah petang. Enam bulan yang berikutnya sekolah pagi pulak. Mungkin Guru besar tu mahu mengadakan sistem keadilan berpoligami. Guru Besar sekolah tu pendek je orangnya dan tak hensem. Nama dia pun aku tak ingat. Yang aku ingat ada Cikgu Penolong Kanan bernama Cikgu Anwari. Cikgu ni memang kelakar. Satu hari tu masa dia tengah berucap kat depan semasa perhimpunan hari Isnin, dia boleh announce "Cukupla ucapan saya ni. Saya dah sakit perut. Nak pegi terberak kejap". Semua cikgu dan murid-murid gelak beramai-ramai.

Masa mula-mula aku masuk tu, sekolah petang. Punya la ngantuk gila. Aku masuk kelas darjah 3A2. Cikgu kelas aku ialah Cikgu Maimon. Walaupun nama dia Maimon tapi dia takde kena mengena dengan Doraemon, Pokemon atau pun Digimon. Dia ni oghe Kelate. Comel lote gak orangnya tapi dah kawin. Tak jadi la aku nak tekel. Cara belajar kat sekolah ni pun tak best. Sebab takde style duduk bersila ramai-ramai kat depan papan itam. Bagi aku teknik duduk ramai-ramai kat papan itam tu memang berkesan dalam pembelajaran instead of duduk jauh-jauh kat meja masing-masing. Jangan korang ingat aku ni pekak pulak. Aku tau la badan aku dah macam badak sekarang. Tapi aku tak la pekak badak. Eh.. apasal orang cakap 'pekak badak' ha? Memang badak tu betul-betul pekak ke? Diorang dah buat eksperiman ke kat badak? atau badak memang takde gegendang telinga, koklea, dan salur separuh bulat dalam telinga mereka?

Bosan giller masa memula tukar sekolah tu. Ye laa.. kawan pun tak ramai lagi masa tu.

Haa.. aku ingat! masa hari pertama masuk sekolah tu, aku tak dapat tempat duduk sendiri. Aku kongsi satu bangku dan satu meja dengan sorang budak baru jugak yang bernama Muhammad Fauzli. Kerusi tu diduduki oleh bontot sebelah kanan aku dan bontot sebelah kiri Fauzli. Lenguh jugak bontot aku bila kongsi kerusi tu. Tapi sebelum balik tu, aku rasa apasal la basah seluar aku ni. Rupa-rupanya si Fauzli ni kencing!!! hampeh tebu betul la.. Kalau nak kencing pegi la jamban. AKu menyumpah-nyumpah dalam hati. Dia muka selamba je mintak maaf kat aku. Maaf maaf jugak. Abis seluar aku ni sapa nak ganti? Terpaksa la aku pakai jugak seluar yang dah kena kencing tu sampai balik.

Haa.. memandang aku asik cerita pasal kencing je hari ni, apa kata aku bagi tajuk entry aku kali ni ada perkataan 'kencing'. Aku ni bukannya carik tajuk dulu sebelum tulis. Aku tulis dulu, baru aku pikir tajuk apa yang sesuai.

Berbalik kepada cerita sekolah baru, ketua kelas aku perempuan. Nama dia Radzilawatee atau lebih glamer lagi orang panggil Atee. Dia ni memang budak pandai. Bebudak lain yang aku ingat lagi satu kelas dengan aku ialah Ahmad Nurilham (macam Mr Bean), Zainul Faizal, Rizalluddin (Boyak), Shahnazri (macam panda Cina), Hizzal, Hasni, Tarmizi (selalu korek idung dalam kelas) dan lain-lain lagi. Yang awek-awek pulak ialah seperti Salwa Hana, Murni, Norfazeena, Astrid Juliana dan lain-lain. Semuanya masih hidup lagi dan ada jugak yang aku dah jumpa masa dah dewasa ni. Diorang semuanya OK dan baik-baik belaka orangnya.

Yang tak bestnya kantin kat sekolah ni makanan dia tak sedap. Dah la tak sedap, kebersihan pun tak jaga. Nasik lemak dalam piring tu dibiarkan aje lalat-lalat singgah macam singgah kat R&R. Tak tau la lalat tu berak, makan, atau buat maksiat kat atas nasik lemak tu. Tak selera aku nak beli. Tapi bila dah lama duk sekolah tu dan takde makanan lain untuk dimakan, terpaksa la aku beli jugak. Time-time kebulur, benda tak sedap pun jadi sedap. Time kenyang, benda sedap pun jadi tak sedap.

Ahh.. cukuplah entry aku hari ni. Aku nak gi berak la (pinjam kata2 Cikgu Anwari).

Thursday, April 06, 2006

Hidungku Kembang Setaman

Peperiksaan akhir tahun masa darjah 2 tu aku dapat nombor 4. Asik-asik nombor 4. Asik-asik nombor 4. Takde nombor lain ke nak kasi kat aku? Kali ni nombor satu tetap Efendi gemok. Tapi nombor 2 Norhayati Rafeah Buang yang dapat. Rohani Rongak jatuh carta ke anak tangga yang ke 3. Kali ni aku tak berkongsi tempat dengan Hafiz lagi sebab dia dapat nombor 5. Ha ha ha.. baru la Cikgu Zabedah tau, sapa yang lebih berkualiti antara aku dan Hafiz. So.. tahun tu merasa la aku naik ke pentas untuk ambik hadiah masa upacara penyampaian hadiah.

Aku memang tak sabar-sabar menunggu hari bahagia itu. Abah pun dah plan untuk datang tengok aku ambik hadiah. Abah pun berbangga dengan pencapaian aku walaupun dapat nombor 4 je macamlah aku menang Piala Thomas. Masa nama aku diumumkan untuk naik pentas, aku rasa hidung aku kembang dan kembung kambing je. Hidung kambing pun tak kembung dan kembang macam hidung aku. Memang macho giller la time aku melangkah atas pentas untuk ambik adiah. Walaupun aku perasan macho tapi hancur hanya omong kosong, aku berjaya jugak mengambik hadiah tu. Dapatlah alat tulis dan jugak buku cerita bertajuk "Cuti Sekolah Datang Lagi". Tak best langsung buku cerita tu.

So, that's it. Hari tu ialah hari terakhir aku melangkahkan kaki aku kat Sekolah Kebangsaan Polis Depot tu. Sedih jugak. Memang best sekolah ni. Hari tu jugak la kali terakhir aku jumpa best friend aku Iskandar yang tak senonoh macam belalang tempur tu. Tahun depan abah nak masukkan aku kat Sekolah Kebangsaan Gombak Setia pulak. Dekat la jugak daripada rumah. Tak payah la Abah susah-susah nak menghantar dan mengambik aku dan Bangcik kat Jalan Semarak.

Korang dah baca ke post aku tentang member aku kat rumah setinggan yang bernama Sham tu? Alaaa... yang skodeng bontot belang-belang Pakcik Ramli tu la. Kalau tak baca lagi, sila carik post aku yang bertajuk "Bontot Belang-belang". Dia pun pindah kat Taman Melati jugak. Aku duduk Blok D8, dia duduk Blok D7. Dia ni memang dari darjah satu sekolah kat Gombak Setia tu. Dia cerita kat aku dan Bangcik bahawa Sekolah Gombak Setia tu lagi best. Antara ciri-cirinya ialah:

1. Kalau masuk pengakap dapat layanan istimewa. Masa rehat dapat makan KFC dengan buah anggur. Macam kat syurga aje. Dia kata dialah ketua Pengakap. Aku masa tu tak paham pun apa benda alah pengakap tu. Aku ingatkan penangkap yang kerjanya tangkap orang jahat. Benak sungguh!

2. Masa rehat akan ada perang antara pengakap dan bukan pengakap. Sebagai ketua pengakap, dia ada baju robot yang tak lut kalau kena tembak.

3. Ada team Lanun yang jahat untuk lawan pengakap.

4. Lanun yang kena tangkap akan dimasukkan dalam jail. Kadang-kadang dia purak-purak kena tangkap untuk masuk dalam jail. Dalam jail dapat layanan istimewa jugak. Apa jantina punya jail ni? aku pun tak paham.

Dengan ceritanya tu, aku memang berkobar-kobar macam lagu Vince untuk masuk sekolah tu. Aku bayangkan sekolah tu macam cerita Buck Rogers ataupun Battlestar Gallectica yang tengah hot masa tu. Apa la bodo sangat aku masa tu. Cerita karut macam tu pun aku tak boleh detect kekencingan yang berlaku.

Tahun 85 tu tak banyak perkara lain yang aku ingat. Cuma yang aku ingat Kereta Proton Saga dikeluarkan tahun tu. Memang susah nak carik kereta Proton Saga kat jalan raya masa tu. Kalau ternampak, memang aku dan kengkawan akan kejar macam jakun yang tak pernah tengok kereta. Masa tu kalau nampak kereta Proton saga je, kena cover kepala masing-masing. Kalau tak, kena ketuk dengan orang yang mula-mula nampak kereta tu. Permainan ketuk kepala ni adalah untuk tribute to benggali singh sebab masa ketuk kepala orang tu kena sebut "dud.. dud" sambil buat penumbuk kat kepala macam serban budak singh. Siapa pengasas permainan ni aku pun tak tahu. Mungkin Karam Singh Waliya sebab dia dah tak pakai serban.

So, kira habis la cerita aku zaman darjah 2. Kita jumpa lagi tahun depan.

Wednesday, April 05, 2006

Main

Aku dan kengkawan kat Taman Melati tu memang banyak aktiviti bermusim. Selalunya satu musim tu mengambil masa dalam sebulan atau dua bulan untuk habis. Bila dah boring dengan satu aktiviti, barulah tukar kepada aktiviti yang lain. Di antaranya ialah:

1. Terup kecik

Yang ni aku dah ceritakan masa aku umur 4 tahun dulu. Macam-macam games yang boleh dilaksanakan dengan terup kecik ni. Along memang terel main terup ni terutamanya dalam acara baling terup dengan selipar dari jarak jauh. Aku selalunyajadi pom pom boy aje. Maksud aku, bila ada orang yang baling terup yang telah disusun atas tanah tu kena, bersepah-sepah la terup tu. Aku dan kengkawan lain yang sama jadi pompom boy pun jerit la "Kutipppppppp!!!!!!". Masa kutip tu masuk la dalam poket dalam 4-5 keping. Ni kira curik la. Korang bayangkanla kalau sekali kutip dapat 5 keping, 10 kali kutip dah ada 50 keping. Kalau sejuta kali kutip, kan dah dapat 5 juta keping. Tak payah penat-penat lawan orang lain baling selipar. Kalau lawan, belum tentu boleh menang. Silap-silap habis terup sendiri digadaikan umpama menang sorak kampung tergadai. Akal tu kena analitik la sikit!! Aku rasa orang-orang kerja kerajaan yang terlibat dalam rasuah atau curik harta kerajaan/rakyat sikit-sikit tu sebab diorang pernah jadi pompom boy macam aku jugak dulu. Sampai ke tua tak ubah-ubah perangai korupsi!! Nasib baik aku dah jadi baik.

2. Selipar Tiga

Wah... main yang ni memang best. Buat dua team, dan lawan antara satu sama lain. Satu team kena susun 3 bijik selipar menjadi bentuk piramid. Satu team lagi akan membaling selipar dekat semua ahli team yang kena susun selipar. Memang melayang-layang la selipar tu kena baling seperti boomerang. Pernah jugak main benda ni sampai gaduh-gaduh. Memang sakit kalau kena baling dengan selipar. Ganas sungguh masa tu. Kalau tak nak sakit, jangan main 'selipar tiga' ni. Sebaliknya mainlah 'sepender tiga'. Satu team susun 3 helai sepender jadi bentuk piramid atau bentuk klcc. Yang satu team lagi baling sepender dekat team yang susun tu. Konfirm tak sakit. Nak best lagi, ambik spender Mak Cik Yam yang duduk kat Blok D6 sana. Sebab dia gemuk dan berbontot lebar. Paham-paham aje la...

3. Konda kondi

Ada orang kata nama game ni kala kondi. Ada jugak yang panggil kunta-kinte. Alaa.. senang aje nak main ni. Alatannya cuma 2 batang kayu dan satu lubang kat tanah. Satu kayu letak dalam lubang, satu kayu lagi ketuk kayu dalam lubang sampai terpelanting ke atas kemudian pukul kayu tu jauh-jauh. Yang ni namanya 'ayam patuk itik sudu'. Makin jauh kayu yang kena pukul tu dari lubang, makin banyak lah point. Aku rasa disebabkan permainan inilah munculnya simpulan bahasa 'main kayu tiga'. Sebab selalunya kalau orang main kayu tiga, dia takde masa nak main konda kondi dengan anak-anak dia. Sebaliknya dia hanya main dengan kayu yang ketiga tu sahaja.

4. Senapang Buah Ceri

Perghhhh... syok giler main benda ni. Nak main benda ni kena tunggu musim pokok ceri berbuah. Kenapa buah ceri yang jadi pilihan? Sebab srtuktur buah ceri memang sesuai untuk jadi peluru. Ianya kecik, ringan, berbentuk bulat dan ada tangkai yang panjang. Siap boleh main perang-perang lagi. Kalau kena memang sakit bai. Boleh merah-merah la kulit. Tapi bergantung jugak kepada warna kulit orang yang kena tembak tu. Kalau kulit dah kelam, memang tak nampak la merahnya. Disebabkan bestnya permainan ni, sampai ada orang bukak pusat 'paintball' untuk bisnes. Korang tau ke paintball tu apa? Alaaa.. main kombet-kombet pakai senapang peluru palsu tu. kalau kena tembak, peluru tu akan meninggalkan kesan kaler merah kat baju kita. Kenapa merah? aku rasa orang yang cipta game paintball tu adalah orang yang banyak kali kena tembak bila main senapang buah ceri. Sampai merah-merah badan dia. Untuk mengabadikan kenangan silam, dia buat la permainan paintball. Dah kaya dah orang tu. siapa orang tu, aku pun tak tau.

p/s: Sapa nak main paintball, ajak la aku. Aku tak pernah main la. Macam best jer.

Ahhh... banyak lagila aktivitinya yang malas aku nak kembangkan point dia seperti:

5. Layang - layang: Siap taruk serbuk kaca dekat benang untuk potong benang layang-layang orang lain di atas udara.

6. Gasing: Gasing plastik ajer.. beli kat kedai runcit. Ni gasing yang pakai tali punya tau. Bukan gasing kecik yang twist pakai jari tu. Siap ada pantun "Nget nget tali gasing, siapa lengit isap puting".

7. Guli: Guli kaca kecik-kecik dan jugak guli batu besar sikit tu.

8. Bola cop: Pakai bola tennis untuk baling orang lain dengan zalim. Sakit ooo..

Tapi yang paling best sekali ialah...

9. FUTSAL! Tapi outdoor punya futsal la. Heh heh.

Haaa.. dengan cerita aku ni korang boleh dapat idea bisnes tak? Korang tengok la, dulu mana ada orang bisnes Futsal and paintball. Sekarang ni dah melambak dah tempat aku tengok. Apa kata korang buat bisnes tempat main kala kondi, selipar tiga, terup kecik, layang-layang, bola cop, guli dan sebagainya! Apa??? Tak laku?? Jangan cakap... Bill Gates dulu pun orang tak percaya dia boleh success. Sekarang ni tengok, disebabkan dia la adanya menda alah BLOG ni. Tak gitu??

Tapi jangan korang buat bisnes tempat main kayu tiga udah la... walaupun korang taruk sticker tanda "HALAL", ianya tetap HARAM. Ataupun dalam bahasa kesatnya "Haram Jadah!!!". Ehh.. sebut pasal haram jadah ni aku teringat masa kekecik dulu aku cukup takut nak cakap "haram jadah" sebab ada member aku cakap, kalau kita cakap "haram jadah" kita tak boleh sembahyang. Sebab kita dah mengharamkan penggunaan sejadah.

Chow.

Tuesday, April 04, 2006

TAG 4

TAG aku terima dari Chi.

How many schools did I go to?
1. Sek. Keb. Polis Depot, KL
2. S. Keb. Gombak Setia
3. Sek. Men. Keb. Gombak Setia
4. Sek. Men. Sains Tengku Abdullah, Raub
5. Kolej Negeri, Seremban
6. Institut Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat (Taiping & Melaka)
7. Universiti Telekom & Multimedia University (Melaka, Cyberjaya)

Macam tujuh lapis langit la pulak.
--------------------------------------------------------------------

Was I the studious nerd, or the last minute hero?

1. UPSR - Study masa cikgu mengajar je (dapat 4A 1B je. English aku B)
2. SRP - Last minute hero (dapat 8 aggregate je)
3. SPM - Nerd (dapat 9 aggregate je)
4. Diploma - Last minute tak hero walaupun semua subjek dapat A. A tu kira bodoh la.
5. Degree - Bukan setakat last minute, ada paper yang tak study langsung! banyak kantoi. Malas. Nasib baik grad jugak.

---------------------------------------------------------------------

Was I the class ‘taiko’ or the teacher’s pet?

Tengok nama aku la kan... heh heh

---------------------------------------------------------------------

What was the biggest rule I broke in school?

Smoking in the Hostel. Sebatang rokok isap ramai-ramai dalam jamban. Heh heh

---------------------------------------------------------------------

Three subjects I enjoyed

1. Add Maths (dapat Best student tu ha ha ha)
2. Fizik
3. Agama Islam

---------------------------------------------------------------------

Three teachers that inspired me

1. Cikgu Noraini masa UPSR
2. Ustazah Salwana masa SPM
3. Mr. Rahimi masa Diploma

Monday, April 03, 2006

B . Z

Giler punyer bizi aku minggu lepas. Hari ni pun bizi jugak. Kepala otak aku pun tak boleh berjalan lancar untuk update blog.

Kalau korang masuk blog aku ni takde update jugak, cuba korang click 'refresh' 10 kali. Kalau takde entry baru jugak, confirm memang aku bizi dan tak sempat nak update.

Selamat mencuba!

Tuesday, March 28, 2006

B . M . X

Depan rumah aku dah ada jiran dah. Nama jiran aku ni Pak Cik Lan sebab nama betul dia Roslan. Roslan Bin apa aku pun tak tau. Tapi bukan Roslan Aziz atau Roslan Tambah. Korang kenal ke Roslan Tambah sapa? Kalau korang pernah tengok cerita A.L.O.N.G korang tau la sapa. Dia ni geng CT Sifir la. Tapi pakar dalam operasi tambah ajer.

Yang bestnya dengan perpindahan aku kat Taman Melati ni ialah banyak giller kengkawan yang umur lebih kurang sama dengan aku. Antaranya ialah Alias Beruang (memang macam beruang), Ami Yahya, Hairul Badak @ Bard (Bard = short form utk Badak), Ami Cicak, Nasir, Eloi, Manan, dan lain-lain. Banyak sangat untuk ditulis.

Time tu bebudak tengah gilerkan basikal BMX. Masing-masing berlagak dengan basikal BMX masing-masing. Selalunya kitorang akan naik basikal BMX beramai-ramai untuk pergi mandi kat Empangan Klang Gate atau kat sungai yang sekarang ni dah jadi kawasan Stesen Putra LRT 'Terminal Putra'. Dulu ada sungai kat situ. Sekarang ni sungai tu dah jadi MRR2. Ini semua Samy Vellu punya kerja la ni. Kalau tak, boleh aku ajak korang ramai-ramai berkelah kat situ. Syok ooo.

Aku takde basikal. AKu tumpang orang aje. Memang syok naik basikal berama-ramai. Yang tak syoknya bontot akan merasa sakit kalau duduk kat body basikal tu lama-lama masa orang carry aku. Bila dah ada teknologi taruk batang besi kecik kat tayar belakang untuk carry orang berdiri kat belakang, baru la ok sikit. Masa tu lah aku belajar term 'orijinal vs lokal'. Orijinal tu maksudnya yang real atau pun yang tulin. Lokal tu maksudnya cetak rompak la. Nak kenal yang mana satu orijinal senang aje. Yang pakai skru 'elengki' (aku tak tau eja) tu original la. Korang paham ke kalau aku tulis elengki ni? Ala.. skru yang screw driver dia berbentuk enam segi (heksagon) tu la. Kalau tak tau, memang lemah la otak korang ni. Tak mekanikal engineering lansung! Elok kena screw up aje sapa yang tak tahu skru elengki.

Bukan setakat budak-budak aje yang main basikal BMX ni. Yang dah boleh jadi bapak budak pun main jugak. Dengan adanya anak-anak belia yang main BMX tu, diorang telah adakan satu mesyuarat agong untuk membina 'ram' basikal. Minit mesyuarat telah sebulat suara membuat keputusan untuk bergotong-royong membuat ram basikal tu dengan plairwood (betul ke aku eja ni?). Dalam 2-3 hari jugak la diorang membuat ram basikal tu. Korang tau ke ram basikal yang aku maksudkan ni apa? Kalau tak paham, cuba korang tengok gambar bawah ni. Kegunaan Ram ni ialah ganti kepada bukit untuk kita terbang guna basikal and then, meluncur balik ke bawah dengan basikal jugak. Selalunya, masa naik ram diorang guna basikal. Tapi masa turun diorang guna badan aje sebab basikal dah jatuh dulu. Ha ha ha. Tapi takde la pulak budak yang patah bila jatuh tu. Aku ingat diorang dah taruk elengki la dekat sendi masing masing. Orijinal!



Aku rasa tak lama sangat usia ram basikal tu. Mungkin dalam 3-4 bulan aje. Lepas tu ram tu pun menemui ajalnya apabila dibakar oleh Pakcik Leman. Kenapa Pakcik Leman bakar? Sebab budak2 belia tu main basikal sampai tengah malam buta sambil bising-bising bergelak ketawa, bersenggol-senggolan dan cubit-cubitan. Pakcik Leman cakap anak dia tak dapat tidor sebab suara budak-budak belia tu. Aku rasa Pak Cik Leman bukan kisah sangat kalau anak dia tak boleh tidor. Yang dia bengang sebab bila anak dia tak boleh tidor, maka dia pun line tak clear la nak buat projek. Disebabkan jeritan batinnya yang melampau, dia pun bakar lah ram tu. Bak kata pepatah, marahkan anak, ram basikal dibakar. Ha ha ha ha..

Dia bakar ram tu mungkin dalam pukul 3-4 pagi atau kalau nak lebih tepat lagi ialah semasa sebelum subuh. Masa bebudak belia tu tengah main tak berani pulak dia bakar. Yang aku tau, pagi esoknya tu masa aku nak beli roti canai, terperanjat beghok aku bila tengok ram tu dah jadi abu. Bukan jadi Abu Bakar Omar atau Abu Tau Si Jai Ha, tapi jadi arang. Masa tu aku diselubungi misteri jugak tentang kebakaran ram tu. Tapi selepas diselidik dan dibongkar, baru la kitorang tau Pak Cik Leman yang bakar. Lahanat punya Pak Cik Leman! Kalau nak bakar ram pun, jangan la sampai jadi abu. Bakar sikit-sikit dah la. Kalau kitorang insuranskan ram tu, sure boleh claim.

Eh.. bebudak kat opis aku ni borak-borak pasal income tax la. Alamakkk.. aku tak buat lagi la. Ergh!

Friday, March 24, 2006

Bye Bye Rumah Setinggan

Aku sungguh sedih untuk meninggalkan rumah setinggan kitorang tu. Tapi takde la sampai menangis. Banyak sangat kenangan yang best-best kat situ. Apa yang aku cerita kat dalam blog ni setakat yang aku ingat aje. Yang aku tak ingat mestilah lagi banyak. Kalau aku nak ingat semua, mesti tak boleh ingat punya. Kalau aku tak ingat, macam mana la aku nak cerita. Sendiri mau ingat la!

Tahun 1985 tu genap la 4 tahun kitorang duduk kat rumah tu. Aku rasa tak payah la aku jelaskan maksud 'duduk' tu ialah 'menetap'. Takkan la family aku ni gila sangat sampai tak nak berdiri langsung dalam rumah tu selama 4 tahun. Takkan la nak berjalan pun mengensot bontot. Abis.. kalau bukak siaran TV, ada lagu Negaraku, mana boleh duduk! Mesti la kena berdiri. Betul tak? Kalau tak berdiri dikira pengkhianat tau! Sama macam komunis! Boleh direjam!

Eh.. korang dulu masa first time dengar lagu Negaraku, korang terus dapat dengar lirik yang betul ke? Aku dengar macam ni:

Negaraku
Tanah tumpah negaraku
Rakyat hidop bersatu dan baju
Rahmat Bahgia
Tuhan kurniasan,
Raja Kita
Selamat bertata (tata=babai).

Masa aku sekolah rendah, aku change perkataan 'bertakhta' jadi 'berkhatan' masa nyanyi lagu Negaraku dalam perhimpunan hari Isnin. Sedap jugak.

Berbalik kepada cerita rumah. Kitorang dipaksa berpindah sebab kerajaan nak pakai tanah setinggan tu untuk pembangunan Rancangan Malaysia ke berapa entah. Kalau tak pindah jugak, rumah tu akan dimusnahkan dengan harta-harta bapak aku sekali dalam tu. Seolah-olah semua harta-harta dalam rumah tu dah jadi harta bapak diorang. Aku tak heran sangat dekat barang-barang dalam rumah tu. Yang aku heran ialah pokok ubi, pokok nangka, dan tanam-tanaman sekitar rumah tu yang dah nak mengeluarkan hasil. Masa dulu memang mewah makan ubi. Mak buat kuih bengkang ubi sedap. Buat goreng macam french fries pun sedap gak. Rebus dan cicah dengan inti kelapa pun sedap gak. Pendek kata memang sedap lah!

Kitorang pindah kat rumah flat tak jauh dari rumah setinggan tu la. Flat tu bernama Taman Melati. Korang tau ke Taman Melati kat mana kat KL tu? Malas aku nak explain, korang beli la peta KL kat mana-mana stesen minyak yang berhampiran. Kat kedai buku pun ada gak. Haaa.. tu la first time aku duduk rumah batu. Sebelum ni rumah papan satu tingkat aje. Ini bermakna peningkatan mendadak telah berlaku dalam hidup aku sebab duduk rumah 5 tingkat terus!!

Merasa la jugak rumah yang ada paip, ada letrik, dan jamban dalam rumah. Tak payah la Abah tepuk-tepuk bontot aku dan adik-beradik lain kalau nak berak waktu malam. Nak mandi pun tak payah la nak cedok air dari perigi. Mak pun tak payah la ulang-alik dari perigi ke rumah semata-mata nak ambik air. Dulu mak tu kira fit jugak la. Bukan isap fit, tapi cergas la. Apa taknya? hari-hari exercise membanting tulang. Lama-lama mak pun dah jadi makin gemuk dan berlengan besar. Itulah dia point untuk bapak aku kutuk mak aku. He he he.

Masa baru baru pindah tu pun kosong aje rumah tu. Peti ais takde, tv takde, sofa takde, lemari baju takde (simpan baju dekat rak besi macam tempat letak pinggan mangkuk tu), semua takde lah! Meja makan ada la. Tapi sekarang ni, penuh sangat la pulak barang-barang kat dalam rumah tu! Overloaded! Rumah tu ada 2 bilik aje. Mana la nak muat. Nasib baik la aku dengan Angah sekarang duduk rumah sendiri. Kalau kitorang menempek jugak duk rumah tu, sure ada yang kena tidur berdiri atau bersila.

Itu je la. Aku pun dah letih dan takde idea nak tulis apa. Chow!

Monday, March 20, 2006

Duduk Rumah Makmbong

Masa darjah dua dulu aku, Bangcik dan Along duduk kat rumah Makmbong (Maklong) kat berek (bukan berak) polis kat Jalan Semarak (dulu Jalan Gurney). Bahmbong (Paklong) aku adalah seorang Polis sebab tu la dia duduk situ. Best ke jadi Polis ni? Aku rasa tak best, sebab masa main polis sentri, jadi pencurik lagi best. Tak payah kejar orang dan sep (touch) sampai 3 kali untuk tangkap pencurik. Macam main rugby touch pulak. Seingat aku, cita-cita aku masa darjah satu dulu ialah untuk jadi askar sebab macam best je tengok Badul jadi askar dalam cerita Prebet Lapok. Boleh nyanyi-nyanyi dalam lori askar ramai-ramai. Masa darjah 2 pulak, cita-cita aku ialah nak jadi pemain bola sepak sebab main bola best. Jadi, cita-cita aku tak tercapai la. Nak jadi polis, perut dah boroi. Nak jadi footballer, kaki dah jadi bangku pulak.

Aku tak pasti kenapa Abah hantar aku dengan Bangcik duduk situ. Sebelum ni Along je duduk situ. Mungkin sebab nak save budget petrol untuk hantar kitorang pergi sekolah. Ye la, kalau naik motor sekali 3 orang, sure kuat pakai petrol. Kalau masa tu harga petrol dah RM 1.92 seliter, sure Abah jalan kaki aje pergi kerja.

Kat rumah Makmbong aku tu, aku duduk la dengan sepupu aku iaitu Bangri, Banglan, Azrin dan jugak kakak sedara aku yang lain yang dah kerja. Kakcik dah masuk Sekolah Seri Puteri (SSP) kat KL sana. Pergi sekolah kitorang jalan kaki ramai-ramai sebab berjalan memang pakai kaki. Kalau berjalan pakai tangan, kitorang jalan tangan la pergi sekolah. Dalam 15 minit jugak la nak sampai ke sekolah. Balik rumah pun jalan kaki jugak. Walaupun jarak pergi sekolah dengan balik sekolah tu sama aje, tapi time yang di ambil untuk balik sekolah panjang sikit la. Sebab dalam perjalanan balik tu mungkin kitorang singgah mana-mana seperti kutip buah cermai ataupun pergi kedai beli eskrem. Ada sekali tu, aku tertinggal untuk balik sensorang. Aku tak jumpa jalan balik. Berpusing-pusing aku tak jumpa jalan jugak. Aku memang susah nak ingat jalan walaupun dah hari-hari pakai jalan tu untuk balik rumah. Aku pun tak ingat macam mana aku boleh sampai rumah ikut jalan lain. Jauh jugak aku mengembara masa tu. Masa sesat tu aku terpikir jugak nak bakar unggun api kat tepi jalan, tapi takde mancis pulak. Kalau ada mancis sure satu berek polis tu terbakar. Kalau terbakar, aku cakap la Bahmbong aku yang bakar sebab nama dia Abu Bakar.

Lepas maghrib pulak kitorang belajar mengaji ramai-ramai. Makmbong adalah cikgu ajar mengaji yang tersohor kat berek polis tu. Penuh jugak la rumah tu sebab budak datang mengaji. Aku cakap 'penuh' kat sini jangan la korang imagine sampai ke atas siling pulak orang duduk untuk mengaji. Paham-paham sendiri la. Mana boleh duduk atas siling sebab ada tarikan graviti. Lepas mengaji tu barulah boleh main dan buat kerja rumah. Kalau weekend kitorang boleh pergi tengok wayang yang khas di tayangkan untuk anak-anak polis. Selalunya citer omputeh la. Tak paham pun kalau tengok. Nasib baik free.

Peristiwa yang aku tak dapat nak lupakan masa aku duk situ ialah aku telah membaling buah belimbing besi yang busuk kat rumah orang. Kena dinding rumah orang tu dan kotor la. Off coz la kotor. Takkan la kena buah belimbing busuk boleh jadi bersih pulak. Tuan rumah tu mengadu la kat Makmbong. Makmbong pun mengadu la kat mak. Mak pun mengadu la kat aku secara sebatan yang sakit sampai aku nangis masa aku balik bercuti. Padan muka aku.

Satu hari tu, aku nak try panjat pokok jambu batu kat tepi rumah. Aku panjat punya panjat tapi tak lepas-lepas jugak. Korang tau aje la kan, pokok jambu batu punya kulit kan licin sikit walau pun tak dikikis dengan kertas pasir. Ke korang tak tau? Kalau korang tak tau, sure korang ni orang Metropolitan yang tau-tau aje buah jambu tu dah kena kupas dan taruk serbuk asam boi untuk dimakan. Tengah-tengah aku syok-syok nak panjat, aku terasa macam ada kingkong ataupun bigfoot yang menangkap aku dan mengangkat aku masuk ke dalam rumah. Rupanya yang angkat aku tu ialah Bahmbong. Macam mana dia boleh kantoi aku entah. Sure dia nampak aku panjat pokok tu melalui tingkap yang terbukak. Kalau tingkap tu tertutup, sure dia tak nampak. Cara dia bawak aku masuk dalam rumah tu ialah dengan memegang perut aku supaya badan aku jadi seperti kain yang disidai. Maksud aku ialah, kaki aku terjuntai ke lantai dan kepala aku pun terjuntai ke lantai jugak. Masa dia bawak aku ke dalam rumah tu, kaki aku tersadung la dekat dia punya air teh o kat atas lantai tu.

Guess what?? Aku dituduh menendang air teh o tu sebab tak puas hati aku kena kantoi panjat pokok jambu. Aku tak boleh nak defend diri aku sebab pokok jambu aje yang dapat menyaksikan peristiwa itu (selain Allah). Aku sungguh sedih dan terharu sebab aku dituduh tanpa ada 4 orang saksi yang adil. Lepas tu aku takde mood duduk kat rumah Makmbong. Tapi tak lama pun aku duduk rumah Makmbong sebab family aku kena pindah kat rumah baru sebab rumah setinggan kitorang dah nak kena roboh.

Kalau Roboh Kota Melaka,
Papan di Jawa Hamba Dirikan,
Kalau jahat masuk neraka,
Tak kira la kau ni Jawa ke atau bukan. (termasuk la Mawi)

Itu dia pantut nasihat dari aku pada petang yang mulia ini.



Chow.

Thursday, March 16, 2006

TAG 3

TAG oleh Sharida Takuya lagi.

TEN random things you might not know about me.

1. Susah ingat jalan
2. Melatah kalau terperanjat
3. Berat badan bertambah 37kg lepas kawin
4. Selalu tumpahkan air walaupun masa makan di majlis keramaian
5. Selalu langgar pintu dan barang-barang yang tak sepatutnya dilanggar masa berjalan
6. Pernah patah tangan kanan dan kiri
7. Pernah buat rambut PUNK
8. Pusat dalam
9. Kaki lebar - susah nak carik kasut
10. Minat Siti Nurhaliza sebelum dia popular lagi. Last-last, Dato' K pulak yang dapat.


NINE places I've visited.

1. Jakarta
2. Singapore
3. Thailand
4. Gunung Kinabalu
5. Taman Negara
6. Gunung Rabung, Kelantan
7. Langkawi
8. Pangkor
9. Cameron Highland

EIGHT ways to win my heart
1. Kenyit mata
2. Tulis surat cinta
3. Bersiul fiwittt kat aku masa aku berjalan
4. Belanja aku tengok wayang
5. Belanja aku makan buffet all you can eat
6. Bawak aku jalan-jalan naik motor
7. Belanja aku gi karaoke. Kat Bangsar masa opis hour pun tak kisah.
8. Bagi aku apartmen untuk didiami

hahahah macam bohsia pulak!

SEVEN things I want to do before I die
1. Berucap. Eh! Mengucap 2 kalimah syahadah
2. Jadi Millionaire yang berbakti
3. Hantar mak abah gi haji
4. Bungee jumping (entah-entah aku mati sebab bungee jumping)
5. Travel around the world in 80 days
6. Melihat anak-anak berjaya
7. Melihat wajah isteri

SIX things I'm afraid of.
1. Tempat tinggi
2. Ular
3. Drive sensorang di jalan yang gelap dan takde kereta lain di jalan
4. Mimpi dalam mimpi dalam mimpi dalam mimpi. Macam lagu damasutra pulak.
5. Kastam
6. Terkentut dalam lif masa orang lain ada

FIVE things I don't like
1. Makanan tak sedap
2. Menunggu lama
3. Bau ketiak orang yang busuk
4. Orang marah tak pasal-pasal
5. Beli DVD cinema copy (kena tipu)

FOUR ways to turn me off (ni apa aku tak paham la!)

1. Demam
2. Selsema
3. Pening kepala
4. Mati (ni sure shut down)

THREE Things I do everyday
1. Kentut
2. Berak
3. Kencing

TWO things that make me happy
1. Bini senyum
2. Anak gembira

ONE thing on my mind right now

1. Entah!

Tersepak Kudis Yahya

Assalamualaikum..

Aku tak dapat update Blog dari hari Isnin sampai la semalam sebab aku gi Holliday dengan Mak, Abah, dan Adik beradik aku kat Melaka. So, hari ni aku dapat la update dan sambung cerita.

Aku cukup bengang dengan Puan Teoh ni. Kalau time sekolah-sekolah dulu kan cikgu selalu bagi kerja rumah untuk dibuat kat rumah. Ada sekali tu aku buat la kerja rumah kat rumah, tapi adik aku koyakkan buku aku tu. Tapi aku dapat siapkan kerja rumah tu. Aku hantar aje la kat Puan Teoh buku yang dah terkoyak tu. Alaaa.. bukannya koyak banyak pun. Cuma kulit buku tu tertanggal dari isik buku. Bila dia cek buku aku tu koyak, dia panggil la aku jumpa dia kat meja dia kat depan kelas tu. Dia tanya aku kenapa buku tu koyak? Aku jawab la yang adik aku koyakkan. PANG!!! Pantas jugak tangan dia melempang muka aku. Aku yang tak pernah kena lempang oleh mana-mana cikgu sebelm tu pun bengkek giler dalam hati. Nak menangis pun ada jugak. Dalam hati aku banyak kali berzikir "babi kau! babi kau! babi kau! babi kau!". Sakit korang tau. Berpinau jugakla mata aku. Aku rasa kalau aku report kat Abah aku, sure cikgu tu pulak kena pelempang. Takkan la pasal buku terkoyak pun nak melempang orang? Logik ke tak logik? Lain la kalau aku koyakkan kain dalam dia! Ataupun aku selak kain dia! Tu memang wajib la kena pelempang! Sejak pada tu aku memang bengang kat Puan teoh ni. Sampai sekarang ni masih terluka lagi hati ni. Babi betul!

Aku teringat satu pantun teka-teki:

Hari ini hari Rabu,
Ramai orang makan tebu,
Apa buat dalam kelambu,
Selak kain nampak bulu.

Jawapannya ialah buah jambu air. Takde kene mengena langsung!

Aktiviti ko-kurikulum aku masa darjah 2 tu bertambah lagi la. Kali ni aku addict main 'lawan-lawan'. Sepertimana tajuk aktiviti aku di atas, jelas menceritakan bahawa aktivitinya ialah lawan orang. Senang aje. Time rehat, cari la orang untuk gaduh atau main lawan-lawan. Bukan lawan betul-betul pun, kira macam sparring la. Aku memang suka grip leher orang. Kalau sekali aku dapat grip, memang tak lepas la orang tu. kalau nak lepas, kena nangis dulu la. Ha ha ha. Masa tu aku cukup terpengaruh dengan cerita NINJA kat TV yang bertajuk "The Master". Aku siap buat sendiri bintang tajam-tajam ninja tu pakai tudung botol oren. Tapi setiap kali aku baling orang, tak kena la pulak. Bukannya mata aku kero (juling), tapi bintang yang aku buat tu tak cukup aerodinamik.

Satu hari tu, aku ajak la sorang classmate aku yang bernama Yahya untuk lawan-lawan. Dia ni konon gangster la. Belagak aje lebih. Beliau mempunyai banyak kudis dekat kaki terutamanya dekat lutut. Kenapa dia boleh banyak kudis pun aku tak tau. Masa lawan-lawan tu, aku dengan tak sengaja telah menendang salah satu kudis dia kat lutut sebelah kiri. Kudis dia yang dah nak kering dan berwarna kuning nanah tu pun terkoyak la balik. Dia menangis. Aku panik gila. Member aku yang lain bawak la Yahya ni kat bilik guru untuk ditaruk ubat kuning. Aku gabra la jugak. Alih-alih, 5 minit lepas tu, member aku cakap ada ustat nak jumpa aku kat bilik guru. Aku masa tu dah gundah gulana tak tahu nak buat apa dah. Ni mesti pasal kudis Yahya la ni. Memang betul pun! Tak pasal-pasal aku kena tarik telinga oleh ustat tu. Tapi sebelum telinga aku kena tarik, aku dah nangis awal-awal dah. Ye la.. kalau nangis awal-awal, mungkin dendanya tak berat sangat. Ok tak taktik kotor aku? Nanti korang ajar la kat anak-anak korang.

*ek elleehhhh.. sebanarnya aku nangis sebab takut. Heh heh*

Itulah dia kes juvana yang aku pernah lakukan masa aku darjah 2 dulu. Kalau nak masuk sekolah Henry Gurney pun, kena gelak dek orang aje. Nanti orang tanya "apasal kau boleh masuk sekolah jahat?". Aku jawab " Tersepak kudis orang". Tak brutal langsung. Lain la kalau koyakkan kain dalam orang ke, selak kain orang ke, Brutal la sikit. (He heh.. takde contoh lain ke aku nak bagi??)

Chow!

Thursday, March 09, 2006

Berkawan dengan Iskandar

Masuk darjah 2 ni kelas aku dibahagikan kepada 3 kumpulan tempat duduk iaitu kumpulan A, B, dan C. Kumpulan A ni budak pandai. Kumpulan B sederhana dan kumpulan C budak bodoh. Aku masuk dalam kumpulan B padahal aku pandai. Ye laa.. kalau dapat nombor 4 tu kira pandai la kan? Kenapa aku dimasukkan dalam kumpulan B aku pun tak tau. Budak-budak kumpulan A ni belagak semacam aje padahal bengap dari aku!

Aku duduk sebelah 'Siti Fatimah Pelat Huruf R' dan jugak sorang budak yang bernama Iskandar. Walaupun nama 'Iskandar' ni macam nama lelaki hensem, tapi muka budak Iskandar ni macam kepala ikan nasik kandar. Gusi dia luas. Hidung dia kembang sikit. Bibir tebal. Tapi aku suka berkawan dengan budak ni sebab dia cool dan agak juvana orangnya.

Aku selalu makan dengan dia masa time rehat kat kantin. Dia ni jenis selamba gila. Satu hari tu dia tanya aku nak makan apa. Aku cakap la nak makan mihun goreng. Dia tak pergi beratur bersama-sama bebudak nerd yang lain tetapi dia masuk ke dalam dapur kantin tu. Dia bayar 60 seb untuk harga 2 piring mihun dan dengan selambanya cedok lagi mihun dalam besen untuk tambah dalam piring tu. Aku tengok dia cedok punya la laju sampai makcik kantin tu pun macam tak perasan aje. Kenyang aku makan mihun hari tu.

Dari Iskandar ni jugak aku selalu dengar cerita-cerita 18sx. Tapi kebanyakan cerita dia tu cerita tipu la. Ada sekali tu dia cerita kat aku yang dia pernah skodeng satu couple buat projek dalam tandas. Dia kata dia panjat dinding tandas tu dan tinjau dari atas. Dia nampak la kapel tu cium-cium dan lain-lain lagi. Dia pun gelak la kuat-kuat macam anak jin sebab dia rasa kelakar masa tu. Kapel tu pun kantoi la dia tengah skodeng. Yang si lelaki tu pun ambik la galah buluh dan jolok-jolok la bontot si Isknadar ni banyak-banyak kali. Iskandar ni pun mengaduh-aduh la. Bila dah tak tahan sangat, baru la Iskandar tu terjatuh. Memang cerita ni cerita tipu la. Sebabnya:

1. Macam mana pulak dalam tandas ada galah pulak? aku rasa maybe dia terpengaruh dengan pantun buah cempedak di luar pagar ambik galah tolong jolokkan.

2. Dia kata dia panjat dinding untuk skodeng, mesti la bontot dia kat luar tandas, dan cuma kepala dia aje yang dapat jenguk dalam tandas. Kalau bontot dia kat luar tandas, macam mana la lelaki tu nak jolok bontot dia dengan galah?

Tapi masa dia cerita kat aku tu aku percaya la. Bila dah besar, aku teringat balik dengan cerita dia ni, baru la aku tahu bahawa aku telah ditipu.

Satu ilmu yang aku dapat dari dia ialah ilmu 'kacau kucing berak'. Kalau kucing tengah berak, aku dengan dia kena cangkukkan jari kelingking antara satu sama lain kat belakang kucing tu. Jari kelingking aku tarik jari kelingking dia, dan jari kelingking dia tarik jari kelingking aku macam lawan tarik tali. Dia kata itu petua nak kunci bontot kucing tu. Bila bontot dah kena kunci, tak dapat la kucing tu nak melabur. Jadi jugak la!!!! cuba korang try!

Ada sekali tu, dia ajak aku kongsi beli burger selepas habis kelas. Time tu aku tengah tunggu bapak aku datang ambik. Dia pulak tengah tunggu van datang ambik. Lepas beli burger tu dia tak bukak-bukak burger tu sebab dia kata panas lagi. Lama jugak aku tunggu burger tu nak sejuk. Alih-alih bapak aku datang, terpaksa la aku balik. Bila aku dah naik motor ngan bapak aku, baru la dia bukak burger tu dan tanya "kau nak sikit ke?". Ek ellehh... aku dah nak balik baru kau bukak. Cilakak betul. Memang dia pandai kencing la. Aku kena tipu bulat-bulat. Cis tak patut!

Mana kau wahai iskandar? dah doploh tahun dah tak jumpa. Kau sekarang dah jadi penyangak ke? Kalau jadi 'orang' alhamdulillah la. Ganti balik burger aku!

Chow.

Wednesday, March 08, 2006

Selingan

Malam semakin lanjut. Sukardi masih lagi menunggang motor honda cup tahun 78 untuk balik ke rumah. Motor itu aje la yang dia ada selain dari Handset Mototrola 3G yang dia beli semalam. Jauh lagi nak sampai rumah dia. Untuk sampai ke rumah, dia kena melalui jalan kebun getah yang seram sikit tu. Dia pun cuak jugak takut-takut ada pontianak yang datang bersaing dengan dia nanti. Kat kawasan tu dulu pernah terjadi seorang pemandu lori terjumpa pontianak. Lori yang dipandu dalam 60km/j tu diekori dari sebelah tepi oleh pontianak yang bergerak selaju 60 km/j jugak. Bila pemandu lori tu pecut, pontianak tu pun pecut. Nak bersaing jugak pontianak tu. Last-last lori tu eksiden sebab terbabas kat tepi jalan.

Mengingatkan cerita tu, Sukardi menjadi kecut jugak. TIBA-TIBA!!! enjin motornya mati. Apasal mati dia pun tak tau. Dia cuba try test start balik motor dia tu tapi tak sukses-sukses jugak. Sekonyong-konyong, kedengaran suara berdehem "Ehem!" kat belakang dia. Bila dia toleh ke belakang aje, seorang tua berkopiah putih bagi salam kat dia "Assalamualaikum". Tanpa bagi bisnes kad, orang tua tu pun tanya lah kat Sukardi:

Orang tua: "Apa masalah anak ni?"
Sukardi: Ni motor ni buat hal pulak. Tetiba je mati enjin.
Orang tua: Cuba cek meter minyak.
Sukardi: Laaa.. patut laa.. minyak abis rupanya.
Orang tua: Bangang betul kau ni! Takpe.. kau tunggu sekejap, aku nak ambik air kat sungai sana.

Beberapa minit kemudian, orang tua tu pun sampai dengan membawak sebotol air dalam botol mineral. Kat mana dia kutip botol tu, aku sebagai tukang cerita pun tak tau. Kemudian dengan selamba rocknya orang tua tu isik la air sungai tu dalam tangki minyak motor sukardi.

Sukardi: Eh pakcik! rosak la motor saya kalau isik air!
Orang tua: Kau jangan banyak cakap! aku ni ada magik. Cuba kau start motor kau tu.

Terperanjat Sukardi bila motor dia boleh start pulak. Ini dah kira macam David Blaine punya street magik ni!

Orang tua: Dah, kau boleh balik sekarang. Selagi kau tak bukak tangki minyak ni, selagi tu la motor kau boleh jalan tanpa isik minyak. Ingat pesan aku tu!
Sukardi: Baik la pakcik. Terima kasih daun keladi
Orang tua: Kasih diterima.

Lalu sukardi pun balik la dengan senang hati. Sejak pada itu Sukardi tak pernah isik minyak motor. Minyaknya full tank aje tak surut-surut.

Tamat.

Korang pernah baca tak cerita macam ni? Mana orang tua tu duduk ha? Sapa ada nombor tepon dia? Aku nak kontek la. Nak mintak dia isik air dalam kereta aku. Minyak mahal macam sial aje sekarang ni! cis! cis! cis! double cheese burger!!

Tuesday, March 07, 2006

TAG 2

Ni Sharida Takuya yang TAG aku. TAG ni maksud dia Touch And Go kan?

A) 8 different points of a perfect lover.

1. Hormat-menghormati
2. Bantu-membantu
3. Tegur-menegur
4. Fighter
5. Kelakar
6. Cute
7. Bijak
8. Kepala Ngam

B) Sex of the target

Perempuan la. APa punya soalan daaa..

C) TAG 8 victims.

Malas la.. he he

Masuk Darjah 2

Pada tahun 1985 aku dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke darjah 2 pulak. Aku masih lagi bersekolah dekat Sekolah Kebangsaan Polis Depot tu. Aku rasa banyak budak-budak yang sekolah kat sini ialah anak-anak polis. Anak-anak Gerak Khas pun sekolah kat sini jugak. Anak A. Galak, Abby Abadi, AC Mizal etc. Tak caya tanya Yusop Haslam. Lepas korang tanya Yusop Haslam mesti korang tak caya punya sebab Yusop Haslam pun tak caya.

Kelas baru aku ialah kelas 2 Kuning. Kali ni cikgu kelas aku berbangsa Cina pulak. Nama dia Puan Teoh. Walaupun nama dia Teoh, tapi dia takde la cun macam Lina Teoh dan takde la hodoh macam burung tiong. Rambut dia kerinting macam Pua CHu Kang. Pakai spek dan bermata sepet. Biasa la tu kan, orang China kan banyak mata sepet. Kalau tak, takkan la Yasmin Ahmad boleh buat cerita Sepet. Berikut adalah tajuk-tajuk movie Yasmin Ahmad yang akan datang:

1. Penyek (untuk yang berhidung penyek)

2. Kombang (untuk yang berhidung kombang)

3. Lebar (untuk yang berponggong lebar)

4. Tonggek (untuk yang berponggong tonggek)

5. Jongang (untuk yang bergigi jongang)

6. Suwok (untuk yang berdahi luas, except aku)

7. Boroi (untuk yang berperut boroi)

8. Pengkar (untuk yang berkaki pengkar)

9. Capang (untuk yang bertelinga capang). err.. korang perasan tak, telinga Siti Nurhaliza macam capang-capang sikit. Itu yang Dato' K suka tu. He he..

Ini sudah lari dari topik.

Berbalik kepada cerita Puan Teoh. Dia ni mengajar banyak subjek termasuk la subjek Bahasa Malaysia. Banyak jugak ajaran sesat yang aku terima dari dia dalam subjek BM ni. Apa taknya, dia punya pronunciation pun tak betul tapi dia anggap betul, lepas tu dia suruh student dia ikut pronunciation dia yang tak betul tu. Umpama ketam ajar anak berjalan lurus la. Contohnya, kalau perkataan 'rezeki' tu dia sebut 'REZEKKI'. Huruf 'E' dalam perkataan 'REZEKKI' tu hendaklah disebut macam sebut huruf 'E' bagi 'EPAL', bukan 'E' bagi 'EMAK'. Kalau untuk lebih ilmiah lagi, huruf 'E' tersebut ialah E pepet, bukan E taling. Korang takkan tak pernah belajar E pepet dengan E taling ni. Sapa yang bagi nama pepet dengan taling tu aku pun tak tau. Orang Petaling agaknya. Tapi macam mencarut pulak bunyinya. Tak senonoh betul orang tu. Nasib baik bukan E pundek. Kalau tak, confirm mencarut. Aku tak mencarut ye, aku nak jelaskan aje. ha ha ha. Eh,... sekarang ni banyak pulak words yang pakai huruf E macam email, e commerce, e wallet, e learning dan macam-macam lagi.

Ini sudah lari dari topik.



Ustaz Mat Nor dah tak ngajar kelas aku dah. Ada ustazah lain yang mengajar subjek agama Islam. Ustazah apa entah nama dia aku pun tak ingat. Aku tak ingat sebab aku tak suka sangat kat Ustazah ni. Dia ni pilih kasih sikit. Dia suka budak yang nama Zaki (yang aku ingatkan nama dia IKAN tu - rujuk posting aku pasal first day aku masuk sekolah). Dia suka Zaki tu sebab bapak si Zaki ni ialah ustaz kepada dia masa dia muda-muda dulu. Padahal si Zaki ni bukannya pandai sangat.

Ada sekali tu aku ingat aku ada buat kesalahan apa entah. Aku menyorok la bawah meja. Ustazah ni bengang dekat aku, dia joloknya aku dengan bulu ayam tu. Dia ingat aku ni ayam ke nak halau-halau dengan bulu ayam. Tapi memang salah aku pun. Budak nakal.. heh heh heh. Aku masa tu pura-pura bodoh aje bila time agama. Tapi, masa exam aku score 100, senyap ustazah tu. Si Zaki tu dapat markah 80 lebih aje. ha ha haha... Belagak!

Itu sajalah entry aku pada hari ni. Selamat afternoon.

Thursday, March 02, 2006

Kogho Mat Iso

Assalamualaikum..

Ek ellehhh.. rupa-rupanya dah seminggu aku tak update blog. Kalau macam ni bila la cerita aku nak abis? Dah banyak post aku hantar tapi baru cerita sampai zaman darjah satu. Takpe.. takpe.. sabar tu separuh dari Iman.

Kalau korang nak tau now ni dah pukul 12:47 pagi. Aku ni bukannya kat rumah. Kat rumah aku takde line telepon pun untuk berinternet. Aku kat Nilai ni. Tengah kerja. Lepas hantar satu 'Command' kena la tunggu lebih kurang setengah jam, baru la command complete. So, aku pun memblogging la pulak. Aku sambung riwayat hidup aku la...

Haaa.. Masa zaman cuti sekolah darjah satu tu, ramai jugak penduduk rumah-rumah setinggan yang berpindah dari kampung setinggan tu. Kitorang dipaksa pindah oleh kerajaan secara berperingkat-peringkat. Mak sedara aku yang rumah dia atas bukit tu pun dah pindah dah. Semua penduduk kat kampung tu dioffer untuk beli rumah flat kat Taman Melati, KL. Bila dah pindah, rumah diorang akan diranapkan oleh traktor bajak dengan sekali kaut aje. Kalau dibiarkan je rumah tu sampai sekarang aku rasa value dia boleh naik sampai RM300,000 la.

Kat rumah mak sedara merangkap aunty aku yang dah kena roboh tu ada la sebatang pokok nangka. Eh.. nangka ke cempedak aku pun tak ingat. Tapi buah dia jenis yang rupa macam buah nangka atau cempedak tu la. Buah apa lagi yang rupa macam buah nangka atau cempedak kalau bukan nangka atau cempedak. Haa.. alang-alang aku cerita pasal buah, aku nak bagi korang teka teki la.

Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang boleh dimakan?

Jawapan: Buah-buahan

Dalam banyak-banyak buah apple, buah apple apakah yang ada mahkota di atasnya?

Jawapan: Pineapple. ha ha ha.

Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang ada 2 bijik dan boleh kena kanser?

Jawapan: heh heh.. malas nak jawab. Err.. buah pinggang la. Apa yang korang ingat? otak kuning la korang ni!

Berbalik kepada cerita buah nangka atau cempedak tadi. Sebelah rumah aunty aku tu, ada jiran dia yang tak pindah lagi iaitu pakcik Mat Isa. Pakcik Mat Isa ni sungguh buruk perangainya. Dia adalah seorang yang 'tamak selalu rugi' umpama anjing dengan bayang-bayang. Kenapa aku cakap macam tu? Haa.. satu hari tu Mak suruh la aku, Along, Bangcik, dan Angah pergi ambik buah cempedak atau nangka kat pokok aunty aku tu. Kitorang sebagai niece dan nephew (ok gak English aku kan?) nak menuntut hak keluarga la. Tapi si Mat Isa tu tak bagi. Dia kata pokok nangka atau cempedak tu dia yang punya, bukan Ahmad Albab yang punya. Ek ellehhh.. Dia ingat kitorang ni budak-budak ke sampai berani dia kelentong kitorang. Eh eh.. ye la.. masa tu memang la kitorang ni budak-budak lagi. Maafkan aku, aku tengah beremosi sampai terlupa bahawa aku sedang ceritakan secara 'Flashback'.

Kitorang cakap la yang rumah aunty kitorang tu ialah rumah aunty kitorang. Tapi dia tak percaya. Kalau la masa tu ada ujian DNA untuk membuktikan yang kitorang ni ialah niece dan nephew tuan pokok nangka atau cempedak tu, aku rasa sure malu je Mat Isa tu. Untuk menambahkan lagi kebengangan kitorang, Mat Isa tu pun ambik la sebijik buah dan kupas la depan kitorang. Lepas tu dia makan la buah tu dengan gagahnya tanpa menyedari bahawa 'itu bukan gagahh, tapi GELOJOH bodohh!!'. Memang gelojoh pun, sebab aku nampak rambut-rambut buah nangka tu tersidai-sidai aje kat bibir dia macam tanam tebu di tepi bibir.

Haaaa.. bila aku visualize muka dia dengan rambut-rambut buah nangka kat mulut dia tu, baru la aku ingat bahawa buah tu ialah buah nangka, bukannya buah cempedak. Kalau buah cempedak, ulas-ulas buah tu tak melekat dengan rambut-rambutnya kan? Si Mat Isa tu pun makan sambil tunjuk-tunjuk kat kitorang la macam Abdul Wahub tunjuk-tunjuk duit kat Hussin Lempoyang.. Macam la kitorang terliur sangat nak makan nangka tu walaupun aku telan-telan air liur jugak la supaya tak meleleh. Nak kontrol macho punya pasal la.

Disebabkan kitorang bengang sangat dengan Mat Isa tu, kitorang gelar la dia sebagai KOGHO MAT ISO (Kera Mat Isa). Ni loghat Negeri Sembilan la. Memang muka dia macam kogho (kera) pun. Tapi dia tak dengar la kitorang gelar dia Kogho sebab kitorang pun bukannya berani sangat dengan dia sebab kitorang kecik lagi.

Lepas tu kitorang pun pulang la ke rumah dengan membawa khabar buruk untuk Mak bahawa nangka tidak dapat diperolehi sebab ada kogho yang dah makan.

Kepada Kogho Mat Iso, kalau kau masih hidup lagi, kau tunggu aku kat simpang tiga sana. Mari kita selesaikan hutang yang belum terlunas. Aku masih trauma dengan rambut-rambut nangka kat mulut kau tu!! Bila keranda diusung barulah bercucuran air mata!! Nah kau!!!

CHow.

Apa benda la aku cerita hari ni.