Wednesday, May 28, 2008

Ilmu Hisap

Manusia ni daripada kecik sampai la besar, ada satu hobi yang tak pernah pudar dari naluri masing-masing iaitu MENGHISAP. Masa kecik hisap nenen, masa remaja belajar hisap rokok, nak lebih thrill lagi, hisap dadah pulak. Tapi kalau cakap pasal hisap nenen, orang lelaki ni dari kecik sampai la orang tua, memang suka. Yang pompuan pulak, ermm.. no komen.

Apa kes aku nak cerita pasal hisap menghisap ni kan? Sebenarnya perenggan pertama tadi tu ibaratnya macam buat karangan kat sekolah la.. mesti ada pendahuluan. Lepas tu baru boleh masuk bahagian isi. Baru boleh dapat markah tinggi kan? Tapi, tak pernah la pulak aku dapat A dalam BM.

Masa zaman aku remaja dulu, satu fenomena (ceh.. fenomena tu!) hisapan telah berlaku di kalangan remaja sekolah iaitu hisap gam. Bukan gam yang macam hingus dalam tiub macam tiub ubat gigi tu. Tapi jenis gam yang ada bau punya seperti gam kayu. Cara menghisap gam tersebut bukanlah secara hisap seperti hisap nenen tetapi secara hidu atau sedut. Selalunya gam yang hendak dihisap akan dituang sikit ke dalam plastik beg. Kemudian plastik tu akan digenggam dekat lubangnnya supaya lubangnya kecik sikit dan selesa untuk dihisap. Selepas itu kita hisap la udara tu. Ada yang sedut pakai mulut, dan ada jugak yang pakai hidung. Jangan pakai bontot sudah.. sebab bontot takleh menyedut. Menghembus bolehlah. Sapa boleh sedut pakai bontot, aku bagi seribu.

Apa akan jadi kalau kita hisap gam? Lalok laa... Aku tak pernah la hisap gam ni. Tapi aku pernah la tengok member aku kat Taman Melati tu hisap gam depan aku. Selalunya diorang isap gam kat taman permainan waktu lpeas isyak. Lepas isap tu mula la cakap merepek-repek. Jalan terhoyong hayang. Jatuh dan luka kat lutut pun tak sakit. Aku tampar muka dia pun, dia senyum je macam nak kena tampar lagi. Memang tak rasa sakit. Ada yang gelak terkekek-kekek sampai terkencing. Err.. terkekek-kekek ke terkekeh-kekeh? Terkekek tu macam ikan kekek la pulak kan? Ikan kekek mak iloi-iloi ikan gelama mak ilai ilai.. Ah.... sudah, aku merepek macam baru lepas hisap gam la pulak kan?

Bila diorang dah normal, aku tanya apasal dia gelak? Dia cakap dia nampak ada anak gajah naik basikal BMX tapi susah nak kayuh. Aku pun gelak terkekek-kekek lepas tu, macam woody woodpecker. Dia pun gelak jugak. Bila aku dengar dia gelak, aku pun balas dengan gelak jugak. Lepas tu gelak punya gelak, terus rasa nak terkencing. Kencing aje la kat tepi padang tu ha ha ha. Nanti kalau hujan, hilang la kencing tu ye tak?

Hisap gam ni bahaya ooo.. boleh putus urat saraf. Medula oblongata pun boleh cedera. Tapi, itulah remaja. Suka mencuba sesuatu dengan ikut-ikut orang je tanpa memikirkan masa depan. Mungkin kena hisap gam dulu, baru boleh nampak masa depan yang gemilang tanpa dibelenggu oleh mak bapak, guru-guru, politik, ekonomi, dan sosial.

Bila aku dah besar ni, aku borak-borak nostalgia la dengan kengkawan aku pasal cerita hisap gam ni. Ada yang cakap kalau hisap gam ni boleh dapat power. Dan power tu ada tahap-tahap dewa dia. Masa tengah lalok tu, diorang boleh main tembak tembak aura macam game Street Fighter (abuuugit!!) di antara satu sama lain. Kalau dah tahap dewa, memang susah la orang nak kalahkan. Power ni pulak boleh ditransfer kat anak murid masing-masing. Yang peliknya diorang sesama diorang je yang boleh nampak aura tembakan street fighter tu. Ini cerita member aku la. Kalau dia kencing aku, aku kencing korang la. Jangan la percaya pulak. Tapi, kalau nak percaya pun korang tak rugi apa. Aku tak mintak duit pun.

Karangan ni takde penutup.


Figure 1: Gambar orang hisap gam. Tidak ada kena mengena dengan penulis

Tuesday, May 13, 2008

Bergaya Ke Sekolah

Zaman awal 90an dulu, satu tsunami fesyen telah melanda jejaka-jejaka tampan macam aku ni. Fesyen apakah namanya itu? Apa lagii.. GQ laa...

Apa maksud GQ ni aku pun tak tau la. Kalau GP aku tau la (goreng pisang). Bebudak sekolah semua terikut-ikut pakai seluar GQ. Ciri-ciri seluar GQ ni salah satunya ialah kaki lipat satu inci. Ini ciri yang paling penting. Kalau tak lipat, tak GQ lah. Lipatan ni berguna untuk sorok rokok sebatang dua kat dalam tu. Dia punya bottom measurement tu kena besar. Kalau boleh sampai tutup separuh kasut. Hasilnya, taik ayam, taik anjing semua kena sapu. Dekat poket belakang pulak, ada line kain batik. Kalau ada batik ni, kira tahap dewa punya GQ la. Zip seluar pun memang saja tak zip untuk bagi nampak spender kat dalam. He he.. yang zip ni aku kencing aje la. Jangan percaya pulak. He he.

Seluar sekolah GQ ni takde jual kat kedai. Kalau nak, kena tempah aje. Nak tempah seluar, kena pergi kedai tailor kat Pertama Kompleks dengan Campbel Kompleks. Macam-macam nama kedai ada. Ada Westpoint, Britano, England, Walk In, Cretel dan macam-macam lagi. Masa tu sehelai seluar sekolah tempah dalam RM35 la. Mahal tu baiii.. Kalau beli kat Globe Silk Store aku rasa tak sampai doploh hinggit pun. So, disebabkan aku orang yang tak mampu, seluar sekolah yang abah beli tu aku lipat la kat bawah dalam seinci. Janji ada nampak macam GQ sikit pun ok la. Orang tampan kalau pakai seluar murah pun akan nampak tampan jugak.

GQ ni bukan setakat seluar aje. Rambut pun ada GQ jugak. Yang kelakarnya ada budak muka macam palat pun nak buat rambut GQ jugak. Perasan hensem aje lebih.

Yang pompuan pulak... hmmm.. ni yang best ni. Sopan santun semuanya. Semua pakai baju kurung. Tapiii... kain yang diorang pakai ialah yang jenis nipis punya. Yang boleh nampak kesan coli punya. Tak pakai tudung pulak tu. Marvellous siot!! Kalau diorang jalan-jalan melawan arus angin yang bertiup, perghhh... Ustat Abu Talib yang on the way nak gi surau pun boleh tercabut kain pelekat. Yang bebudak laki ni kalau ternampak pun, telan air liur aje la yang boleh. Paling kuat pun, balik rumah terus masuk bilik air.

Ada jugak budak pompuan yang yang macam mengundang untuk diraba. Kalau kena raba pun, setakat marah-marah sayang je. Cikgu disiplin pompuan kalau nampak budak pompuan pakai baju jarang, memang kena tarik la coli diorang tu. Tarik tali coli tu lepas tu lepaskan. Macam kena jentik la. Sakit ooo kalau kena. Ceh... macam la aku pernah kena. Tapi walau macam mana pun, tak sama la macam rasa bila telur kena jentik. Yang ni memang ngilu satu badan. Kalau tak caya, meh sini aku jentik.

Tetiba je aku rasa nak abis kat sini. He he. Bye.

Thursday, April 24, 2008

Menyeru Roh Duit Syiling

Korang pernah main tak spirit of the coin? Bagi yang tak paham bahasa orang puteh, maksud spirit ialah roh. Bukannya air Sprite yang sedap diminum ketika haus tu. Dari mana asalnya aktiviti main spirit of the coin ni aku tak pasti la pulak. Malas nak google. Bagi yang tak tau lagi macam mana main spirit of the coin ni, cara dia macam ni.

1. Ambil kertas kosong. Size A3 paling afdal la. Kalau nak kertas kajang, boleh beli kat Kajang.

2. Ambil duit syiling. Selalunya duit doposen. Lagi lama syiling tu lagi bagus. Yang berkarat tu lagi hantu suka. Kalau dapat syiling yang 3 segi ke, empat segi ke lagi bagus. Lagi power spirit yang datang.

3. Lukiskan sebanyak 36 bulatan kat keliling kertas tu dengan menggunakan duit syiling sebagai acuan. Kalau nak pakai penutup tin milo, tak muat la kan.

4. Tuliskan huruf A kat satu bulatan, huruf B, C, sampai Z kat bulatan-bulatan lain. Kemudian nombor 0 sampai 9 kat bulatan yang lain-lain lagi. Zaman sekarang ni mungkin boleh buat pakai MS Word je. Tak payah susah-susah. Boleh main kat monitor laptop je. Kalau nak besar lagi, pancarkan kat dinding guna projector.

5. Kat tengah-tengah kertas tu lukis 3 bulatan lagi dalam satu baris. Yang kiri tulis 'YES', yang tengah tulis 'HOME', dan yang kanan tulis 'NO'. Jangan gatal pulak lukis gambar ular dengan tangga. Itu nak main dam ular boleh la.

6. Sekurang-kurangnya 2 orang pemain diperlukan. Macam main badminton la pulak.

7. Letak duit syiling kat bulatan 'HOME'.

8. Setiap pemain kena letak jari telunjuk kat atas duit syiling secara lembut ataupun setakat sentuh-sentuh angin sepoi bahasa je. Ehh.. sepatutnya jari hantu lagi sesuai tak? sebab hantu dengan roh kan adik beradik je. Macam jin dengan mambang tanah la. Hantu suka mencarut, sebab tu la jari hantu tu jari mencarut.

9. Pemain kena baca mentera "Spirit-spirit of the coin, if you here me, please cum.. eh silap.. please come". Kalau kita nak panggil roh secara spesifik, contohnya roh Kalimuthu, kena baca "Spirit-spirit of the coin, if you here me, please call Kalimuthu".

10. Baca mantera tu ulang-ulang sampai la terasa duit syiling tu macam nak bergerak-gerak. Harus diingat anda jangan gerak (blah) bila duit syiling dah bergerak.

Kalau dah bergerak tu, kita tanya la apa yang kita nak tanya dekat spirit tu. Tapi selalunya mula-mula kita tanya nama dia dulu la. Kalau nama dia Sarip, syiling tu akan bergerak la pergi kat bulatan huruf S, then A, then R, I, P. Lepas tu tanya la dia mati tahun berapa. Kalau dia mati tahun 1978, syiling tu akan bergerak la pergi bulatan nombor 1, then 9, then 7, then 8. Lepas tu nak tanya apa lagi tanya la. Paham kan?

Tapi! Syaratnya, kalau dah habis main kena suruh dia balik dan duit syiling tu mesti balik kat bulatan 'HOME'. Kalau tak, selagi tu la tak boleh lepaskan jari kat duit syiling tu. Kalau lepaskan jari sebelum spirit tu balik, ha ha ha ha.... siap la korang!! Silap-silap korang boleh kena rasuk. Roh hantu masuk dalam badan korang, roh korang masuk dalam duit syiling. Kalau duit syiling tu jatuh dalam jamban, korang duduk la dalam jamban tu sampai bila-bila.

Nak dijadikan cerita, masa zaman family aku tengah susah dulu, kakak aku (Angah) bagi idea untuk mintak nombor ekor dengan spirit of the coin. Untuk menambah keberkatan, kitorang mintak izin dengan Mak dulu dan cakap tujuan kitorang untuk mintak nombor ekor. Mak pun merestui hajat kitorang dan berjanji akan bagi duit untuk beli nombor ekor. Ada chan jadi tokoh ibu mithali. Kan dulu ada nasyid Ibu Mithali kan? Yang bunyik dia "Ibu Mithaaali.. Ibu sejaaatii.. " Tapi masa kekecik dulu kitorang ubah lirik lagu tu jadi "Ibu Minaaachi.. Bapak Tambii Chiik". Marah la Rahim Tambi Chik.

Sambung balik.. sambung balik...

So, berbekalkan keberanian yang ada, kitorang main la spirit of the coin tu. Memang syiling tu bergerak. Tapi aku tak pasti la sama ada Angah yang gerakkan syiling tu. Kalau ya, memang siot la dia. Entah roh sapa la yang datang tu aku tak ingat la pulak. Dapat jugak nombor ekor. Bangcik la yang tolong pergi beli kat Gombak sana. Masa tu Bangchik form 3 kot? Selamba aje dia gi beli.

Petang tu, Mak, Angah, Bangchik dan aku hati berbunga-bunga je macam dah kompom nombor tu kena. Dah berangan jadi orang kaya dah. Kalau kaya boleh la beli video player. Masa tu orang kaya je ada video player. Mahal.

Esok paginya, Berkobar-kobar Bangchik pergi beli sokkaba.

Agak-agak kena tak nombor tu?

Ada kena ka tarak kena?

Tarak kena ma!!! Maa haii!!

Penipu punya spirit. Dah la bila aku tanya aku boleh kurus ke tak, dia pergi kat bulatan 'NO'. Hampeh!

Tapi ok jugak, kalau kena nombor ekor tu, sure kitorang main lagi spirit tu untuk mintak nombor loteri pulak. Hinggalah kitorang kaya dan lalai lagi alpa.

Kesimpulannya, berusahalah mencarik rezeki yang halal untuk keluarga anda. Kerana dengan makanan yang halal anda akan Sihat.. Cantik.. Hebat..

Tuesday, April 08, 2008

Kurang Enzim

Hai kawankawan!! (dengan muka tak bersalah)...

Aku bukannya malas nak update blog, tapi agak bizi sekarang ni. Seperti kebanyakan dari korang korang jugak, aku update blog masa opis hour je. Semenjak dua menjak ni, time opis hour aku dipenuhi dengan aktiviti meribut-otak (brainstorming) and decision making yang agak penting. Abis otak aku diperah-perah, berdarah-darah, lepas tu siap masuk dalam spin washing machine lagi. Lepas tu bila nak jemur ajer, sepit baju pulak terjatuh kat tingkat bawah. Duduk rumah flat la katakannn.. Bila otak dah kering, mood nak menulis pun tak datang-datang. Bila mood tak datang, aku pun malas la nak update blog. Alamak! terkantoi diri sendiri pulak! Tadi aku kata aku tak update bukan sebab malas.

Ok la.. aku sambung ajer la cerita aku..

Penghujung tahun 1990 tu mak aku selamat melahirkan adik aku yang bongsu. Lelaki lagi.. Masa tu adik beradik aku dah jadi 6 orang la... 5 lelaki, satu pompuan. Bapak aku bagi nama adik aku tu Muhammad Hazzim. Adik beradik aku semua nama pangkal huruf H, tapi adik bongsu aku sorang ni je ada Muhammad. Nasib baik la bapak aku tak bagi nama Muhammad Horlick atau Muhammad Heliboren atau Muhammad Helikopter. Kalau Muhammad Helloween ok ke? Kira Fusion antara Kebaikan dan Kejahatan la...

Setelah doktor belek-belek adik aku ni, doktor pun confirm bahawa adik aku ni kurang satu enzim dalam badan. Masa tu la first time aku dengar perkataan enzim. Aku rasa bapak aku bagi nama Muhammad Hazzim sebab kalau taruk Muhammad Enzim, macam kelakar la pulak kan? Enzim apa aku pun tak tau la. Masa tu aku belum belajar subjek biologi lagi. Seingat aku enzim ni tugas dia untuk membantu penghadaman makanan, dan bertindak sebagai mangkin. Kalau kita tak ada enzim, mungkin bila kita makan pisang, berak keluar kerepek pisang. Kalau makan french fries, berak keluar kentang lenyek atau dalam bahasa englishnya mashed potato. Kalau makan cili merah, berak keluar sos cili sambil bunyi prrrrrrrrttt.... Ni bukan sos cili yang dalam botol punya. Ini yang buat cecah cucur udang punya.

Disebabkan Enzim adik aku ni kurang, doktor kata dia tak boleh hidu racun serangga dan asap ubat nyamuk. Kalau dah besar nanti, tak boleh makan kacang. Kalau pasal makan kacang tu, aku paham la sebab mungkin perut tak boleh hadam. Kalau makan kacang, mungkin berak keluar kuah sate. Tapi pasal tak boleh hidu asap ubat nyamuk tu yang aku tak paham. Nasib baik doktor tak cakap tak boleh bau kentut. Kalau tak, setiap kali nak kentut kena keluar rumah la, walaupun dah pukul 3 pagi. Siksa tu baiii.. aku dah la jenis kentut tak kira date, time, and place.

Aku rasa time-time tu rezeki Abah dah bertambah sikit la. Betul la kata orang-orang tua, rezeki anak tu ada. Tak silap aku, abah dapat naik pangkat. Nasik lemak pun dah tak jual dah masa tu. Boleh la Abah beli van baru Ford Econovan. Muat la semua orang kalau nak balik kampung. Sebelum tu pakai van mini daihatsu aje. Nama aje van, tapi 5 orang je boleh naik. Macam gambar kat bawah ni la.


Ford Econovan tu pulak, lebih kurang macam ni la. Tapi Abah punya kaler merah.



Dalam banyak-banyak van, van apa yang pandai kick boxing?
Van Damme

Dalam banyak-banyak van, van apa yang boleh di makan?
Van Houtan

Dalam banyak-banyak van, van apa yang muka macam kuda?
Van Nistelroy

Dalam banyak-banyak van, van apa yang tadi ada lepas tu takde?
Van yang diparking kat kawasan zon tunda, lepas tu kena tunda, kalau nak ambik, kena bayar denda. Panjang nama van ni.

bye.

Friday, March 14, 2008

Kawan Aku

Aku nak skip sikit citer pasal kehidupan aku ni pasal aku nak citer pasal sorang geng aku ni. Bukan geng mamak sebab aku bukan mamak tapi aku melayu, atau bukan jugak gengster tapi dia memang geng aku sejak 11 tahun lepas.

Dulu lepas SPM aku study pulak kat Taiping setahun pastu kat Melaka setahun. Pastu x dapat pegi oversea, kitorang kena study locally kat MMU. Aku dulu memang nak pegi oversea tapi tak dapat kan.. Aku dulu kalau dapat pegi Indon pun jadilah sekurang-kurangnya bila aku grad boleh lah aku jadi buruh kasar kat Malaysia. Kalau tak dapat gi Indon, dapat gi Bangladesh pun ok jugak. Bila grad, sure ketiak aku berdentum dia punya bau.

Asalnya, aku takdela gang sangat dengan kawan aku sorang ni pasal dia kelas lain aku kelas lain. Tapi dah ditakdirkan masa kat MMU tu kitorang kena dok kat luar, aku pun ditakdirkan duduk serumahtangga dengan dia.. Nasib baik serumahtangga je. At least aku takla bersekedudukan dengan dia. Memang la. Dah lelaki. Tapi sekarang ramai je kot lelaki bersekedudukan dengan lelaki. Hehehe.. Bukan aku la.. Aku tak rela.. hehe..

Dulu kawan aku ni muka dia penuh dengan bulu. Bukan berbulu macam orang utan atau beruk, tapi berbulu tu maksudnya jambang atau misai. Kalau takde jambang atau janggut pun sekurang-kurangnya dia mesti ada misai. Misai dia tak lebat pun, Bulu ketiak aku pun lagi lebat.

Satu hari dengan bangganya dia mencukur habis bulu2 di mukanya. Aku dan kawan-kawan aku seperti Omen, Romdzi, Tobiaque dan Lego gelak macam tapir tercekik bijik nangka bila tengok muka dia sebab muka dia jadi muka bangga by default. Macam nak senyum tapi tak senyum pun.

So muka dia pun berkekalan lah jadi muka bangga walaupun dia tak bangga dengan keputusan peperiksaan MMU nya yang sentiasa seperti telur di hujung tanduk. Telur dia adala.. Takdela kat hujung tanduk tapi kat pangkal tanduk.. dan kami masih menjadi housemate yang rapat walaupun telurnya di pangkal tanduk..

Eh apa aku mengorat ni..

Eh mengarut ni..

Tup tup hujung tahun tu, dia accident. Aku plak boleh termenangis kat hujung katil dia dengan omen dan lego. Sahla aku memang sayang kat dia. Begitu jugak omen dan lego. Sebenarnya dia tak tahu yang aku nangis sebab aku tengah potong bawang besar. Tapi aku tau dia pun sayang jugak kat aku.. sangat-sangat. Tapi yang paling aku ingat sekali, dia ada burger kat tangan dia. Burger tu adalah kesan parut eksiden dia yang sebijik macam daging burger, sampaikan bila aku nak makan burger, aku teringat akan parut dia.

Dipendekkan cerita, aku dan kawan aku sorang berjaya grad dengan keputusan cemerlang di mana kami berjaya lulus ngam ngam untuk lulus. Hahahaha! Beza CGPA pun 0.01 aje.

Member aku ni kerja macam-macam. Kerja setahun tanpa gaji tetap. Pastu kerja melompat-lompat. Bukanla dia buat lompatan setempat atau buat lompat katak. Kalau suruh buat jalan itik pun sure kantoi punya. Lutut lemah! Maksudnya dia tukar-tukar kerja sebab dia kata semua kerja dia tak best. Sampai satu masa, dia berenti kerja dan balik JB cakap nak tolong bapak dia. Pun tak jadi gak. Sampai kat JB pun lagi macam-macam dia buat. Bawak lori pun pernah. Paling jauh dari JB ke Kota Kinabalu.
Eh boleh ke? Mana boleh. Takkan lalu dasar laut pulak. Aku memain je. Paling jauh dari JB ke Port Dickson. Hantar minyak Kelapa sawit.

Baru-baru ni, aku dapat tau dia amik gambar. Cemana dia amik gambar tu aku tak tau la. Mungkin dia pungut gambar dari tong sampah atau rompak frame gambar dari rumah ke rumah. Tapi takde bukti yang mengatakan dia buat macam tu sebab takde sapa pun yang sempat ambik gambar dia masa dia ambik gambar.

Ada ke..

Sebenarnya, member aku ni boleh dikatakan agak berjayalah dalam kerjaya barunya sebagai photographer ni. Mungkin sebab selalu skodeng awek mandi melalui lubang-lubang di zink bilik air atau skodeng awek tukar baju di fitting room melalui lubang kecil di dinding, dia berjaya mengoptimakan skillnya itu, kali ini dengan menggunakan lubang tengok pada camera untuk mengambil gambar atau bahasa layman termsnya, "viewfinder"

Setelah beberapa lama dia ambil dan cuci gambar, hasil kerjanya telah diiktiraf oleh pihak-pihak tertentu dan yang paling latest sekali, dia telah terpilih sebagai salah seorang tenaga pengajar di Nikonian Academy. Aku pun tak tau apa kejadahnya Nikonian Academy ni tapi yang aku tahu, Nikonian Academy akan memberi latihan kepada
pengguna-pengguna camera sampai jadi terel.



Inilah dia kawan aku Bai, yang korang semua kenal sebagai Izham. Kalau ada misai takdela nampak macam bangga sangat kan? Hahahaha.

Sebagai kawan, aku nak ucapkan tahniahlah kepada beliau. Kepada sesiapa yang nak menengok hasil kerjanya, sila lawati laman web

http://www.izham-photo.com

Sebagai kawan jugak. Aku tumpang bangga, dengan harapan semoga aku boleh dapat amik gambar free dengan dia hehehehe.

Wednesday, February 27, 2008

Si Tanggang vs Si Tonggeng

Aku mula dijangkiti sindrom malas belajar di akhir-akhir pembelajaran aku dalam tingkatan satu. Kepala otak aku asik ingat nak main, main, main. Pergi sekolah bukan nak belajar tapi sebab nak main. Bukankah main itu aktiviti yang bernikmat? Masa sekolah rendah dulu, ustat aku pernah cakap yang manusia ni ada 3 jenis nafsu yang utama iaitu nafsu makan, nafsu tidur, dan nafsu seks. Takde pulak nafsu main kan? Ohhh.. mungkin nafsu main dah termasuk dalam kategori nafsu seks. Mintak maaf, lupa pulak.

Disebabkan aku malas belajar, aku cuma dapat nombor 13 aje untuk peperiksaan akhir tahun. Cikgu kelas aku yang bernama Cikgu Johan agak musykil jugak sebab masa pertengahan tahun aku dapat nombor 3. Kira OK la daripada nombor 3 naik nombor 13. Ada peningkatan la maksudnya ye tak? Nasib baik tak dapat nombor 14. Orang kata kalau bangunan ada tingkat 14, mungkin ada hantu. Sebab tu kat opis aku ni lepas tingkat 13 ialah tingkat 13A, lepas tu terus tingkat 15. Tapi still ada hantu jugak sebab bila pukul 7pm je, aircond akan terpadam sendiri. Time tu kan hantu baru bangun tidur. Bila pukul 7am je, aircond terbukak sendiri. Haa.. masa tu hantu dah masuk tidur balik.

Seperti biasa, bila dah habis periksa, cikgu pun agak malas nak mengajar. Aku ingat, time time tu la diorang mengular gi Chow Kit Road, tengok orang jual minyak lintah. Jadi untuk meluangkan hari-hari tanpa kurikulum, cikgu-cikgu pun anjurkanlah pertandingan bakat pentas yang lebih kurang pertandingan Raja Lawak Astro. Ada yang menyanyi batul, ada yang menyanyi maiming macam Shah Rukh Khan, ada yang buat belakon berkumpulan dan ada jugak yang buat drama Bangsawan.

Nak dijadikan cerita, adalah sorang member baik aku ni nama dia Azalan, anak seorang pelakon drama yang bernama M Shahdan. M Shahdan ni selalu belakon jadi orang jahat dalam drama jenayah arahan Yusop Haslam. Bahkan, dalam salah satu episod drama polis tahun 90an yang aku tak ingat apa tajuk dia, tapi bukan Gerak Khas, sebab Gerak Khas belum ada lagi masa tu, si Azalan ni pernah berlakon jadi anak kepada A Galak, ataupun kalau sebut dalam loghat kelantan, A Galok, bukan A Golok, mahupun A Jolok. <-- (Panjang giler ayat aku)

A Galok ni pulak, memang terkenal dengan misainya yang tebal. Oh.. aku bukan nak cerita pasal A Galok. Mintak maaf sekali lagi.

Si Azalan ni pergi la mintak skrip daripada bapak dia ni cerita pasal Si Tanggang Anak Derhaka. Aku rasa semua orang tahu cerita pasal Si Tanggang ni. Sapa tak tahu tu, ada chan la nak jadi anak derhaka. Tapi, sejak kebelakangan ni, banyak pulak cerita cerita pendek lucah dengan file type .3gp yang menampilkan aksi Si Tonggeng. Takpe.. Malaysia Boleh! Berbalik kepada cerita Si Tanggang, kitorang satu kelas pun masuk la pertandingan pentas tu dengan mempertaruhkan drama Si Tanggang ni. Sebagai orang yang dapatkan skrip, Si Azalan ni la yang appoint diri sendiri jadi Si Tanggang. Aku setakat dapat jadi Nakhoda Kapal je. Ceh.. mentang-mentang lah perut aku buncit, memang sesuai jadi Nakhoda Kapal aje la. Ingat... Titanic pun aku boleh drive tau!

Menurut skrip, di akhir ceritanya, Mak Si Tanggang (lakonan Nurul Adiah Hani) ni akan sumpah Si Tanggang menjadi burung wak wak. Burung wak wak ni mungkin berdarah jawa, sebab tu nama dia Wak. Jadi masa training, memang skrip tu lah yang Mak Si Tanggang pakai. Tapi, pada hari persembahan, tetiba pulak Si Azalan suruh tukar skrip. Kena sumpah jadi batu pulak. Oh ya.. Pada hari persembahan, terperanjat jugak aku bila M Shahdan datang sekolah dengan membawak alatan bangsawan seperti baju bajuan, lembing, tombak dan sebagainya. Ini dah kira macam bangsawan betul ni. Kira markah pemakaian tu boleh dapat tinggi la.

Masa persembahan tu, semuanya berjalan lancar dan ikut skrip. Tapi part ending yang paling best:


Mak Tanggang: Ya Allah ya Tuhanku, kau tunjukkanlah kuasamu. Aku sumpah anakku menjadi burung wak wak.

Azalan: wak.. wakkkk.. waaaakkk.. (sambil mengibar-ngibarkan tangan, macam sayap la, dan terbang keliling pentas)

10 saat kemudian,

Mak Tanggang: Ehhh.. silap silap! Aku sumpah kau jadi batu!

Azalan tetiba aje bertukar daripada burung wak wak terus sujud jadi batu.

Lalu dewan sekolah tu pun bergegarlah sebab dihiburkan dengan lawak tak sengaja tersebut. Macam mana cerita sedih boleh jadi komedi pulak ni?

Bila keputusan diumumkan, kitorang dapat la nombor satu.

TAMMAT

Monday, February 25, 2008

WTF????

What The Fuck???!!










Sorry guys, I just want to express my frustration, disappointment, and sadness.

bye.

Friday, February 15, 2008

Raya Cina di Rumah P.Ramlee

Musim-musim raya Cina ni, teringat aku masa dedulu time aku tingkatan satu tu la, aku dan kengkawan plan nak pergi beraya rumah orang Cina. Takkan la nak raya rumah Benggali time raya Cina pulak kan? Nanti time raya Benggali kena gi rumah Bangla pulak.

Sebenarnya motif kitorang nak beraya rumah orang Cina bukanlah untuk merapatkan hubungan antara kaum atau nak skodeng amoi dara sunti yang montok-montok, tapi sebab nak kutip ang pow. Kalau datang sebab nak makan, takut la pulak kalau dia hidang nasik goreng tonyok pulak, terpaksa la telan air liur je kan? Ye lah, dah sah-sah ada label 'haram' yang diluluskan oleh Jakim. Member Cina aku cakap, daging babi la paling best kat dunia ni, lagi best dari ayam. Kalau babi halal dimakan, mesti ada restoran KFB sebelum ada KFC. KFB tu Kentucky Fried Babi la. Orang Vietnam lagi dahsyat! Abis anjing liar semua dia tangkap, buat masak lemak cili padi, siap taruk tempoyak lagi. Heh heh.. kecur air liur ke?

Member aku yang ajak gi raya ni nama dia Aman, tapi takde kena mengena dengan Adlin Aman Ramli. Dia cakap tahun sebelum tu dia pergi raya rumah Cina, dia dapat ang pau sepuluh ringgit, dapat makan limau dengan minum air coke. Kira Ok la kalau dapat satu rumah sepuluh hinggit kan? kalau dapat sepuluh rumah, dah dapat seratus. Masa dulu sepuluh ringgit tu dah boleh joli dah. Bukan setakat joli, nak beli coli pun boleh. Sebab tu la kitorang berkobar-kobar nak gi raya walaupun kawasan yang kitorang pergi tu (area pekan Setapak) agak jauh jugak kalau naik basikal dari Taman Melati. Ada la dalam setengah jam baru sampai.

Basikal pun basikal BMX je. Kalau BMW ok la jugak. Pergi 6 orang, tapi basikal ada 3 aje. Jadi, satu basikal 2 orang la naik. Sorang kayuh, sorang duduk kat atas batang. Maksud aku, batang besi basikal tu. Memang sakit kalau duduk lama-lama atas besi tu. Naknya kalau jenis bontot tak berdaging tu kan? Tajam je bontot. Mau lekuk tulang bontot kalau duduk lama-lama. So, gilir-gilr la kayuh basikal. Kalau aku kayuh, orang lain duduk atas batang besi. Kalau orang lain kayuh, aku yang duduk atas batang besi. Kalau dua-dua tak kayuh, tak jalan la basikal. Nasib baik bontot aku banyak daging lebih. Kesian budak yang kayuh aku masa tu, sebab aku badan berat sikit sebab badan aku taf.

Sampai je kat sana, kitorang target carik rumah yang design macam orang kaya la. Oh! Lupa pulak nak cakap, hari tu bukannya hari pertama raya cina. Tapi dah seminggu jugak la. Sepanjang perjalanan kat kawasan rumah teres tu, bukan tuan rumah yang sambut, tapi anjing yang sambut. Anjing darat la, bukan anjing laut. Gila punya brutal anjing-anjing diorang tu. Lalu depan rumah pun tak boleh ke? Macam la kitorang ni pencurik walaupun kadang2 memang kitorang mencurik jugak kat Pasaraya Taman Melati tu. Nasib baik aku bukan orang Vietnam, kalau tak, tau la nasib kau wahai anjing..

Bila ada rumah yang tak ada anjing, baru la kitorang berani nak bagi hello..

"Helllooooooo!!!"
"Helllooooooo!!!"
"Kong Si pat Choyyyy!!"

Takde jawapan..

"Helllooooooo!!!"
"Helllooooooo!!!"
"Kong Si pat Choyyyy!!"

Ada orang keluar, nenek tua.

Dia cakap cina dengan kitorang. Cong-ceng-cong-ceng. Mana la aku paham cong-ceng-cong-ceng tu apa. Setakat kira ik-ek-sang-sek-kuey-tiau-wo-ai-te-ni tu boleh la. Last2 si Aman cakap, "Kitorang datang nak raya" sambil tersengih menunjukkan giginya yang jongang macam hantu trompet. Nenek tu cakap cina balik cong-ceng-cong-ceng. Last-last kitorang blah aje la. Dua tiga bijik rumah jugak kitorang try nak raya tapi semua buat tak tau je. Macam tau-tau je kitorang nak pakuk duit diorang. Hampa dan kecewa je rasanya. Lari bajet aku nak beli benjo.

Last-last jalan punya jalan, nampak pulak rumah P.Ramlee (Pustaka Peringatan P.Ramlee). Raya rumah P.Ramlee aje la. Anjing pun takde, rumah pun terbukak je untuk semua orang. Dapat tengok cerita Musang Berjanggut lagi. Lepas tu balik, makan nasik kat rumah lagi bagus.

Agak-agak, cerita aku ni boleh jadi iklan petronas tahun depan tak? Sedih tau cerita aku ni!

Gong Xi Fa Chai to all of my Chinese friend..

bye.

Thursday, January 31, 2008

Buat Pahala

He he he

Rupanya dah 2 minggu aku tak update ye? Agak bizi lah semenjak dua menjak ni. Takde mut je nak menulis. Puas aku kemut-kemut, tapi tetap takde mut. Hari ni baru ada sikit mut. Kalau tak, sure aku tetap mute. Ceh! macam ada rhyme pulak kan?

Kalau di waktu pagi kerja aku pergi pasar, di waktu malam pulak kerja aku ialah menjadi ustat sandaran. Bukannya aku pergi mengajar kat sekolah, tapi bebudak yang datang belajar kat rumah aku. Bukan ajaran sesat yang aku ajar, tetapi ajaran yang benar iaitu mengaji AlQuran.

Kalau korang nak tau, arwah atuk aku yang bernama Ujang adalah seorang tokoh ajar mengaji yang tersohor kat Kampung Jerjak, Padang Lebar, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Boleh dikatakan satu kampung tu bebudaknya semua belajar ngaji dengan atuk aku. Tradisi ini pulak diteruskan oleh Makmbong aku iaitu kakak Abah aku yang sulung. Kat mana-mana saja Makmbong aku duduk, dia akan mengajar bebudak ngaji. Penuh satu rumah. Pendek kata, di mana ada budak, di situ ada ngaji. Di mana ada ngaji, di situ ada Makmbong.

Abah aku pulak, bukannya dia yang mewar-warkan servis mengajar ngaji ni kat kawasan Taman Melati tu tapi mak bapak budak tu yang datang mintak tolong ajar anak diorang ngaji. Mula-mula tu 2 orang aje yang belajar. Tapi makin lama makin ramai pulak. Ye lah.. bebudak tu bagi tau kat budak lain. Budak lain tu bagi tau kat budak lain-lain. Budak lain-lain tu bagi tau kat budak lain-lain-lain dan lain-lain lagi atau dalam singkatannya dll. Macam buat multilevel la pulak kan? Last-last penuh pulak rumah aku masa time maghrib sebab bebudak datang mengaji. Kalau nak reject pendaftaran, tak sampai hati la pulak kan? Yang datang belajar tu tak payah masuk audition pun. Kalau tak, aku sebagai juri sure akan kutuk diorang giler-giler seperti picing ke laut la, tak menjiwai lirik la, tak cukup menggali la, dan 'jamban you tak bestlah!'.

Budak-budak yang datang mengaji ni ada yang terang hati, ada yang lembab, dan ada jugak yang basah (lembab gila). Yang bengap dan mengong pun ada. Apa taknya, bila first time datang, Abah tanya sebelum ni dah mengaji sampai mana? Kompiden giler la tunjuk muka surat yang dah advance. Sekali Abah aku test, rupanya hurup pun tak kenal lagi? Lepas tu muka toya je. Kena patah balik baca alip ba ta, pak aji mata buta, nak cium anak dara, tercium bontot kuda. Padan muka. Dengan aku, jangan harap la nak baca dari alip sampai ya. Kalau suruh baca dari alip sampai ya, sure betul punya tapi kalau tunjuk tang hurup mim, dia kena kira balik dari alip ba ta sampai la hurup mim tu, baru dia tau itu ialah hurup mim. Jadi, sapa yang belajar ngaji dengan aku, aku suruh baca dari ya sampai alip. Pening kepala bebudak tu. Nak tergelak jugak aku tengok. Tapi betul-betul efektif lah. Dua tiga hari je, terus kenal hurup.

Ada yang jenis baca sambil korek idung. Pelik aku! hari-hari dia ada taik idung. Korek hari ni, esok tumbuh baru. Korek esok, lusa tumbuh baru. Penyakit ketumbuhan ke apa? Ada yang jenis blur blur tu, bila bapak aku tanya "Ni baris 2 di atas ke, baris dua di bawah ke, atau baris dua di depan?". Aku bisik kat dia "dua baris di belakang". Dia ikut cakap aku. Mengong! Tapi bapak aku cakap, "mana ada baris 2 di belakang, 2 di belakang tu bontot!!" ha ha ha.. Toya je muka budak tu. Kesian pulak aku tengok.

Mak bapak bebudak tu kadang-kadang bagi la duit sikit. Satu kepala sepuluh ringgit. Kadang-kadang dapatla susu (bukan susu ibu), gula (bukan gula-gula), dan barang dapur (bukan dapur gas). Tapi tak bagi pun takpe. Bukan apa, jarang aku nengok kalau lepas habis mengaji, pelajar dijamu dengan makanan macam-macam. Hari-hari tau! Bukan malam Jumaat je. Kadang-kadang nasik goreng, kadang-kadang bubur kacang, kadang-kadang mi siam. Hoi nasik goreng! Hoi bubur kacang! Hoi nasiikkk.. Hoi bubur.. hoi nasikk.. hoi mi siam!! Kira apa yang mak bapak diorang bagi tu, dapat balik kat diorang la. Bak kata omputeh what you give you get back la. You get back, I give back hand la..

Sekarang ni bebudak tu semua dah besar dah. Kalau terjumpa aku, diorang masih lagi tunjuk hormat. Tapi takde la sampai tabik hormat. Bak kata pepatah, budi yang baik dikenang juga, budi yang jahat jangan sekali. Apa taknya, daripada tak kenal hurup, aku ajar diorang sampai la boleh mengaji AlQuran dengan tajwid yang betul. Alhamdulillah. Bak kata pepatah; belakang parang kalau di asah lagikan tajam, jadi double sided la parang tu. Lagi satu; Ular menyusup akar tak akan hilang bisanya, kalau hilang mungkin tercicir kat akar tu tadi.

Bye.


P/S: Undilah Nabil untuk Raja Lawak Astro Musim kedua.

Thursday, January 17, 2008

Pergi Ke Pasar

Hidup dalam keluarga yang agak susah taraf ekonominya membuatkan aku banyak belajar mengenai kehidupan. Mungkin kalau keluarga aku senang, aku banyak belajar tentang kematian pulak. Tahun 1990 tu Along nak ambik SPM. Bangcik pulak nak ambik SRP. Angah pulak continue study kat MRSM. Adik aku Apis dah darjah 3. Semuanya tengah sekolah. Abah gaji ciput aje. Sebab tu la Abah masih lagi continue meniaga nasik lemak secara sambilan kat opis dia. Itu pun untung tak seberapa sangat la. Setakat nak bayar duit api, air, tanah dan angin tu boleh la. Benda-benda tu kan ada mambang-mambang yang menjaganya. Mambang pun ada departmen-departmen jugak yek? Choba'aaann..

Sejak Mak mengandung ni, banyak kerja Abah yang buat. Aku kena la tolong sikit-sikit. Along, Bangcik dengan Apis apa la tau sangat. Pagi-pagi aku la yang kena pergi pasar beli lauk dan barang-barang dapur yang lain. Masa tu lah aku mula belajar kenal jenis-jenis ikan, macam mana nak pilih ikan yang elok, pilih ayam, daging, sayur-sayur dan sebagainya. Kalau nak harapkan Bangchik, orang suruh beli daun sup, dia bawak balik daun kucai. Lepas tu kompiden je cakap yang dia beli tu sebenarnya daun sup. Daun kucai lain. Agaknya dia main beli aje kucai tu tanpa tanya tokeh sayur tu yang mana satu daun sup. Kalau nak buat sup kucai boleh la. Nasib baik dia tak bawak balik lalang kalau kena suruh beli serai. Kalau tak, makan masak lomak cili api lalang la kitorang. Tapi, kalau suruh basuh kereta, bersih dan cantik dan komitted pulak dia basuh.

Oleh kerana itu la aku yang jadi tukang pergi pasar yang utama. Tapi bagus jugak, sebab dengan cara ni lah orang takleh kelentong aku kalau nak pilih ikan, sayur dan sebagainya. Korang tau ke ada ikan nama 'ikan uji rashid'? Haaa.. kalau tak tau, pergi tanya tokeh ikan. Korang tau ke apa nama anak ikan uji rashid? Ikan Chico la... ha ha ha ha.. Bukan setakat itu, turun naik harga ikan dan sayur pun aku dah boleh tau, sampai la sekarang. Beruntung betul sapa yang dapat berlakikan aku ni. Walaupun aku bawak susu boleh tumpah, tapi aku bawak telur tak boleh pecah. Ha ha haha. Kalau tak paham lawak bangsat pasal bawak susu dan telur ni kena masuk sekolah balik la. yang tak bestnya pulak, bukannya ada awek-awek cun pun yang aku boleh ushar kat pasar tu. Semua level-level makcik-makcik je. Yang anak dara tu ada tapi anak dara tua ada la. Salah sorang tu nama dia Senut. Dia ni kalau bercakap suara sengau. Ada orang tertentu je paham. Kalau dia cakap "ihhhan nhi hafe hilo?" maksudnya "ikan ni berapa sekilo?" Sapa first time dengar, memang nak tergelak pun ada, tapi dah lama-lama kesian pulak. Kalau dia cakap "Ahhu hahahp hetul-hetul nhi,, hak hahham he?" maksudnya "Aku cakap betul-betul ni,, tak paham ke?".

Lepas balik pasar, barulah ada masa aku nak buat kerja sekolah. Kadang-kadang aku masak sendiri aje lauk. Senang je lauk aku, goreng telur mata kerbau je. Taruh kicap. Settel. Eh! Apasal orang cakap telur goreng tu telur mata kerbau? Ada jugak yang kata telur mata lembu. Telur mata kambing aku tak pernah dengar pulak la. Apatah lagi telur mata gajah, zirafah, kura-kura dan singa laut. Ceh.. macam mana aku boleh teringat pasal singa laut pulak ni? Oh yaa.. last weekend aku bawak anak bini aku pergi zoo negara. Ada pertunjukan singa laut. Pandai singa laut tu tepuk sirip macam tepuk tangan. Poyo giler singa laut tu tepuk untuk diri sendiri.

Dua tiga singa laut berlari,
Mana nak sama si singa belang,
Singa laut sebenarnya tak boleh berlari,
Singa pun takde belang, harimau je ada.

Buah betik, buah pala,
Picit *****, dapat pahala.

Hihihi

Thursday, January 03, 2008

Berita Gempar

Ada berita yang agak mengejutkan untuk aku masa tahun 1990 tu. Korang nak tau ke berita apa?

Jeng jeng jengggg (bunyi saspen sejak dulu)..

MAK AKU MENGANDUNG lagi!!!

Hah? Biar betul??

Ya betul.. Dah 9 tahun mak aku tak mengandung tiba-tiba jek boleh mengandung balik. Masa tu umur mak aku nak masuk 37 tahun. Ehh.. muda la lagi ye tak? Aku pun tahun ni masuk 31 tahun. Bermakna, kalau aku ni perempuan, aku boleh la mengandung dalam 4 kali lagi. Itu pun kalau aku ni subur. Kalau tak subur apa susah ye tak? Taruk la apa-apa baja. Subur la dia nanti. Ada sesapa yang nak volunteer jadi bapak kandungnya?

The last time mak aku mengandung ialah masa aku umur 4 tahun. Masa tu mana la aku paham apa-apa ye tak? Taik idung pun tergantung lagi kat dalam hidung masa tu. And for your infomesyen, masa aku tingkatan satu tu aku masih lagi tak paham macam mana pompuan boleh mengandung. Bukan setakat itu, aku tak tau pun yang bayi dilahirkan ikut saluran yang 'itu'. Alaa.. yang 'itu' laa.. tak payah la sebut betul-betul ye tak?

Aku ingatkan setiap kali pompuan bersalin, bidan atau doktor kena belah perut si ibu untuk keluarkan bayi. And then, bila aku fikir balik, macam mana pulak boleh ada bayi dalam perut yang penuh dengan nasik dan lauk ayam dan sayur tu kan? Mungkinkah ada 2 perut? Kekeliruan ini jugak berlaku masa aku belajar proses pembentukan awan. Aku macam tak boleh terima je yang awan terbentuk dari wap air. Abis tu, asap-asap orang bakar sampah tu pergi mana?

Masa tingkatan 2 baru la aku mengerti rahsia di sebalik proses mempermengandung. Sukahati aku je buat perkataan imbuhan berganda-ganda.

Tapi, ada bagusnya jugak bila mak aku mengandung ni. Bila malam je mak aku tak selera nak makan nasik dan lauk yang dia masak. Kadang-kadang nak mi bandung, kadang-kadang nak mi sup, kadang-kadang nak tom yam, kadang-kadang nak kuey tiau. Masalahnya sapa yang kena pergi beli kat gerai? Akuuuuu jugak. Tapi bila mak makan tak habis, sapa yang kena habiskan? Akuuuuu jugak. Sebab tu la walaupun aku tak mengandung, tapi perut aku banyak kandungan. Macam mengandung kembar 2 pulak tu kan? Perghhhh.. best giler jadi budak gemuk.. cute macam teddy bear.

Sambung lain kali. He he he..

Wednesday, December 26, 2007

Kelapa dan Orang

Apasal kalau cuti je kita rasa best? Best betul kalau dapat rasa best kan? Tambahan pula setiap rasa best tu ada keunikannya yang tersendiri. Kalau tidur pun rasa best. Makan dan minum pun rasa best. Kencing, berak, dan kentut pun ada rasa best masing-masing. Rasa best mereka tidak sama antara satu dengan yang lain. Tapi yang penting, semuanya best. Jadi bersyukurlah dengan kebestan yang kita dapat rasakan, wahai rakan-rakan sekalian.

Pejam celik pejam celik, minggu depan dah masuk tahun 2008. Cepat betul masa berlalu. Anak aku yang sulung pun akan masuk tadika tahun depan. Terasa tua la pulak. Tapi takpe orang-orang tua ada cakap, kalau buah kelapa lagi tua lagi bagus sebab banyak minyak. Tapi orang muda pun boleh jawab balik, kelapa muda air dia lagi sedap. So, apa kena mengena buah kelapa dengan orang? Mari kita buat penaakulan mantik.

Kelapa Tua = Banyak minyak
Kelapa Muda = Air Sedap.

Orang Tua = Banyak minyak
Orang Muda = Air sedap

Huh? Patutlah orang lelaki tua suka kawin dengan orang perempuan muda. He he he.

Selamat Tahun Baru 2008. Semoga tahun depan adalah tahun yang ONG untuk anda semua, termasuklah Ong Beng Tiong (bekas pemain badminton Malaysia), Ong Tai Kim (supermarket kat Gombak), dan Ong Wee Jin (budak Maxis).

p/s: aku sebenarnya malas nak update. Tahun depan aku akan cuba jadi blogger yang baik. he he he.

Thursday, December 13, 2007

Memberbulukan Encik Vincent

Dalam banyak-banyak mata, mata apa yang ada buku teks?

Tettt..

Jawapannya ialah mata pelajaran.

Aku rasa ramai budak lelaki yang setuju kalau aku cakap mata pelajaran yang paling best sekali ialah Pendidikan Jasmani. Kalau ada budak lelaki yang tak suka mata pelajaran seperti yang disebut di atas, mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti obesiti melampau, konflik jantina, ataupun nerd semulajadi. Aku pun obesiti jugak masa tu tapi aktif jugak bersukan. Tapi tak jugak aku kurus-kurus sebab makan nasik banyak. Mak aku masak sedap aje hari-hari sebab tu lah aku makan banyak. Kalau ikan bilis mentah tu, di basuh, ditumbuk kasar-kasar dengan lesung batu, gaul dengan cili padi tumbuk, perah limau nipis sikit pun dah jadi penyebab aku makan nasik banyak. By the way, sambal ikan bilis mentah tersebut namanya sambal gesek. Apa yang gesek aku pun tak tau. Mungkin pencipta sambal gesek tu suka makan sambal gesek sambil gesek biola. Tapi bukan la Allahyarham Hamzah Dolmat pencipta sambal gesek berkenaan. Korang kenal ke siapa Hamzah Dolmat? Cuba google sikit. Jangan Google Hamzah Samdol sudah, kalau tak, Google akan suggest 'hamzah samuel' pulak (baru try kejap tadi). Sapa pulak Hamzah Samuel ni? ada kena mengena dengan Samuel Jackson kot..

Berbalik kepada matapelajaran pendidikan jasmani. Masa tu nama penuh mata pelajaran yang disebut di atas ialah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Cikgu subjek ni ialah Cikgu Vincent, seorang lelaki Cina berketurunan Baba (bukan Babi). Dia punya cakap melayu sebijik macam melayu cakap melayu. Kalau dia ajar teori kat dalam kelas, memang kelakar la. Tapi kalau time aktiviti di padang, memang serius orangnya. Ada 2 perkara yang aku telah lakukan yang membuatkan Cikgu Vincent berbulu dengan aku.

Yang pertamanya ialah semasa dia suruh kitorang training lompat jauh. Apa kejadah budak gemuk macam aku ni nak training lompat jauh kan? Lompat katak boleh la. Dia siap buat line minimum kat atas pasir tu untuk kitorang lompat. Sapa tak lepas, kena pumping 10 kali. Aku dengan berlagaknya cakap la kat Cikgu Vincent "Cikgu, saya mesti lepas punya, saya dah makan steroid tadi". Zaman-zaman tu kan tengah top cerita pasal ahli sukan pakai steroid. Berbulu je dia dengar. Memang aku saja je bagi dia berbulu sebab dia bagi line minimum yang dah sah-sah aku tak lepas punya. Tapi dengan semangat membara, aku ambik jarak jauh-jauh, lari dan lari dan lari dan lari dan pap!! aku pijak papan lonjak dan badan aku terus melayang ke udara dan terus mendarat dan.... tak lepas la pulak line minimum tu heheh. Lepas tu dia cakap kat aku "Haaa,, makan steroid ya.." KUKK!! kepala aku kena sekeh daaa.. siol je.

Yang keduanya ialah semasa dia suruh kitorang training lontar peluru. Kalau nak lontar peluru pistol aku ingat kacang aje la. Tapi ni lontar peluru meriam tu. Apa takde kerja lain ke selain nak baling peluru? Pakai aje la meriam terus, jauh la dapat baling peluru tu. Mengong punya sukan. Kalau takde meriam pun, carik la mana-mana orang nama Meriam atau Mariam. Kalau panggil Meriam Belina (pelakon ghairah dari Indonesia) lagi bagus. Alamak! Nama Makcik aku Mariam la.

Nak jadikan cerita, hari tu peluru yang betul dah habis. Terpaksa la Cikgu Vincent menggunakan bola lisut (softball) untuk training lontar peluru. Softball tu memang ringan gila la. Bebudak lain tarining lontar bola lisut tu seolah-olah berat macam peluru la. Tertonggek-tonggek bontot diorang berlakon konon-konon bola tu berat. Kalau bontot macam J.Lo ok la jugak heheh. Bila time aku je, aku baling la bola tu kuat-kuat, melayang bola tu lalu atas kepala Cikgu Vincent. Lebih kurang setengah meter je dari kepala dia. Aku tak ada niat pun nak baling kat arah dia. Dah takdirnya bola tu nak pergi arah dia, aku nak buat camana kan? Hehehe salahkan takdir pulak. Kalau aku baling rendah sikit, memang kena chop la dahi Cikgu Vincent hari tu. Malangnya bukan dahi dia yang kena chop, tapi pipi aku yang kena chop dengan pelempang sulung dia. Sakit siot. Stueau Bucharest betul!!!

Lepas kena pelampang tu aku pun hanya mampu tersengih aje la. bebudak lain aku nampak macam tahan-tahan je nak gelak. Lepas habis PJ tu ada yang cakap kat aku "lain kali kalau kena lempang lagi mintak aje tulung dengan bang Brahim.. tulung Bang Brahim.. tulung.."

Bye.

Oh lupa pulak.. di bawah ialah gambar Meriam Belina. Yang pompuan laa.. bukan yang laki.

Friday, November 30, 2007

Nama Bapakku Dipermainkan

Hi Semua.. Sori la lambat update. Penyakit malas melanda batin la...

Umur-umur masa tingkatan 1 dulu adalah time bebudak laki dah start bersikap kegatal-gatalan. Bukan sebab semuanya kena kughap kat kulit tetapi kena kughap kat otak. Samalah jugak dengan peribahasa yang baru aku cipta iaitu 'Otak Berkughap'. Otak berkughap bermaksud menggunakan otak untuk melakukan perkara-perkara gatal seperti skodeng, meraba, melihat bahan lucah dan lain-lain lagi ( 'dan lain-lain lagi' digunakan untuk menggambarkan lebih banyak lagi perkara). Bukan sekadar itu, budak perempuan pulak bersikap gedik santai. Apa taknya, ada yang kena raba nasik lemak pun, masih lagi rasa santai. Kalau marah pun, marah-marah sayang. No wonderlah bebudak melayu sekarang ni banyak sangat yang dah rosak akhlak. Dah la rosak akhlak, pergi rakam video pulak tu. Otak taruk kat kepala lutut agaknya.

Berbalik kepada cerita otak berkughap. Ada sorang member aku ni nama dia terpaksa dirahsiakan atas sebab tertentu lah kan. Dia ni agak pervert orangnya. Dia bawak gambar yang agak lucah kat sekolah dan bagi kengkawan aku tengok (termasuk aku la he he) kat dalam tandas. Dia memilih tandas sebagai lokasi adalah untuk mengurangkan risiko kantoi. Bukan sebab nak tengok sambil berak beramai-ramai. Berebut-rebut bebudak nak nengok gambar yang dia bawak bak kata pepatah seperti anak ayam berebut jagung. Korang nak tau gambar apa yang dia bawak? Ek ellehh... gambar perempuan yang menunjukkan teknik mengecheck payu dara bagi tujuan kesihatan. Pervert giller.. Tapi, itu pun jadi laa... Bak kata Farah Fauzana "Kita Layaaaann..."

Pada zaman tu jugak, adalah menjadi kebiasaan untuk mengejak kawan-kawan dengan nama bapak dan atuk. Contohnya, sebab nama bapak aku Ibrahim, diorang kutuk aku Ibrahim Pendek la.. Maka, selalulah kedengaran dialog dalam cerita Pendekar Bujang Lapok yang mana si Erni Gemuk mintak tolong dengan Ibrahim Pendek dalam gambar seraya berkata "Bang Brahim.. tulung Bang Brahim.. tulung..". Kalau yang nama bapak dia Selamat, setiap kali ucap "selamat sejahtera cikgu", masa sebut perkataan 'selamat' tu kitorang saja je cakap kuat-kuat sikit sambil pandang dia beramai-ramai. Kalau yang nama bapak dia Mamat pulak, nyanyian lagu "Pak Mamat ada kebun.. iya iya ooo" selalu la berkumandang. Kalau yang nama bapak dia Tajudin? Senang je... buat bunyi mesin gun "tajut tajut tajut tajut tajut din". Padahal punya mesin gun takde kena mengena pun dengan bunyi tajut. Tah hapa hapa tah..

Bye

Thursday, November 15, 2007

Tambhy Dorai Yang Dilaknat

Sedutan dari minggu lepas:

Dari segi cikgu pulak.... cis!!! aku cukup bengang dengan sorang cikgu ni... nama dia Tambhy Dorai. (to be continued.. he he he)

Sambungan:

Ya.. nama dia memang Tambhy Dorai. Bukan Tambhy Bin Dorai tapi Tambhy Dorai anak lelaki apa entah. Dia adalah cikgu yang paling tak berakhlak yang pernah aku jumpa. Dia mengajar subjek Sains. Nama aje cikgu sains, tapi perangai macam orang tak ada tamadun.

Cuba korang bayangkan fizikal dia:

Muka itam. Pakai Spek tebal. Rambut sikat belah tepi dan ada uban. Banyak kesan jerawat batu. Misai tebal dan ada uban. Gigi kuning. Perut buncit tapi tak gemuk sangat. Aku ingat dia ni kuat minum todi sebelum tidur la. Sebab tu perut macam bola. Pakai seluar slack yenki (bawah besar, atas kecik). Come on la Dorai.. time tu dah era 90an ok... jangan la pakai seluar yang kau beli tahun 1976 dulu. Duit gaji kau habis beli todi ke ha?

Korang mesti pelik apasal aku bengang sangat kat dia kan? heh heh.. bagi sapa yang follow diary aku ni dari awal sure tak heran punya sebab tiap-tiap tahun ada je cikgu yang aku bengang. Ha ha ha..
Sebenarnya aku tak berkenan dengan perangai Si Tambhy ni yang agak gatal seperti simpulan bahasa 'Mata Keranjang'. Aku tak pernah jumpa la cikgu yang kuat skodeng anak murid sendiri. Korang tau la kan, masa time tingkatan satu tu banyak bebudak pompuan yang dah boleh jadi tokeh nasik lemak. Tak kisah la nasik lemak singgit ke lima posen ke atau dua ringgit setengah. Janji nasik lemak. Masa time dia mengajar aku perati je bijik mata dia tu pandang mana. Mesti asik-asik pandang budak yang nasik lemak dua ringgit setengah kat belakang tu. Elok cucuk aje bijik mata dia tu dengan duri landak. Budak nasik lemak dua ringgit setengah tu dah la pakai baju kurung putih nipis dan tak pakai tudung. Itu yang Pak Aji sukaaa tu!! Kalau time dia pakai pinnafore lagi perghh! Makan tak abis gua cakap luuuu.. Eh.. aku tak skodeng aaa... aku nampak pun sebab tak sengaja. Ustazah aku kata, kalau tak sengaja tak berdosa.

Dengan budak laki memang si Tambhy ni buat dajal. Ada ke patut dia sekeh kepala aku sebab tersalah cara tengok bacaan isipadu air kat alat apa yang sukat air tu? bukan bikar.. bukan tabing uji. Ahh apa2 je lah. Babi punya Tambhy! Bapak aku pun tak pernah sekeh kepala aku tau. Aku pun tak pernah sekeh kepala bapak aku. Tapi aku pernah la karate bapak aku (karate untuk urut badan la). Kalau budak nasik lemak dua ringgit setengah tu dia siap tolong buatkan eksperimen lagi. Aku tengok mata dia asik tengok je nasik lemak budak tu masa dia tolong buat eksperimen. Bengang je aku sebab aku tak dapat tengok dari dekat heheh.

Tambhy ni kalau korang tengok, macam iras-iras singa laut pun ada sebab dia punya misai tu dah tutup dia punya bibir atas. Kalau aku nampak dia minum air teh tarik, ada buih-buih terlekat kat misai dia tu. Geli sial, minum air misai sendiri. Sapa bercium dengan dia mesti geli geleman punyalah. Silap-silap boleh bersin sebab misai dia masuk lubang hidung.

Kalau korang nak tau, bukan aku sorang je yang bengang dekat dia ni. Bahkan seluruh budak lelaki SMK Gombak Setia tu bengang dengan dia. Sapa yang tak bengang dengan dia tu sama ada hati kaudu atau pun memang gay!!

Puas hati aku. Dah hampir 18 tahun aku memendam perasaan bengang kat Tambhy Dorai ni, baru hari ni aku dapat bagitau kat seluruh dunia tentang kesiotan kau Tambhy. Terima kasih www.blogger.com.

Sebelum aku close, aku nak share kan satu lawak yang aku receive dalam email aku. Salute kepada orang yang buat lawak yang simple but kelakar ni. He he he.
-------------------------------------------------------------------------------
anak siput: ayah ni siput apa?

ayah siput: sibut babi..

anak siput: siput apa?

ayah siput: siput babi..

anak siput: siput apa?

ayah siput: siput babi nak ..

anak siput: siput apa ayah?

ayah siput: siput babi la sayang....

anak siput: siput apa?

ayah siput: siput babi syg oii..

anak siput: siput apa?

ayah siput: siput la .....babi!!!!!
----------------------------------------------------------------------------
heheh.. kelaka kan?

Tuesday, November 06, 2007

Masuk Sekolah Menengah

Penghujung tahun 1989 aku dah masuk tingkatan satu. Seingat aku, tahun tu bermulanya sistem tahun pembelajaran baru pada hujung tahun. Aku masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia. Erra Fazira sekolah ni dulu. Faizal Hussein pun. Tapi aku tak pernah la nampak diorang sebab diorang dah tua aku muda lagi.


Inilah lencana sekolah aku dulu.

Bezanya bila dah masuk sekolah menengah ni yang pertama ialah dari segi pakaian. Dulu pakai seluar biru, sekarang dah pakai seluar hijau. Sebaliknya, dulu otak lebih hijau, sekarang otak dah lebih biru. Hari Jumaat pulak kena pakai baju melayu dengan samping warna biru muda dengan songkok. Kalau balik sekolah, samping tu jadi selempang ajer, macam cerita-cerita silat. Selalunya samping tu dijadikan senjata untuk libas orang. Cara melibas adalah secara back hand, tapi belum sempat samping tu tegang, kita rentap balik samping tu sampai ada bunyi 'pop' kuat-kuat (paham ke?). Kalau kena muka, boleh senak muka dan jadi warna merah. Yang berkulit hitam pulak akan jadi kaler coklat la sebab kalau kaler hitam campur kaler merah boleh jadi kaler coklat. Ni aku agak ajer ni, kalau nak tau betul ke tidak, korang test la dekat muka Sami Value.

Beza yang kedua ialah, masa darjah enam aku lah senior. Masuk tingkatan satu, dah jadi macam budak darjah satu balik. Aku dengar bebudak Gombak Setia ni ramai yang gangster-gangster. Rupanya gangster taik kucing. Kalau sanggup ponteng sekolah semata-mata nak nengok cerita Gaban, gangster apa namanya tu? Ceh.. itu macam aku aje tu. He he he.

Dari segi akademik pulak (ceh.. akademik), masa tu ada dua bidang aje yang ditawarkan iaitu bidang Perdagangan ataupun bidang Perusahaan. Dada bidang tak termasuk dalam bidang ni. Rule of thumb untuk pemecahan bidang senang saja - Yang pandai masuk perdagangan, yang kurang pandai masuk perusahaan. Semua subjek sama je, kecuali kemahiran hidup. Kemahiran hidup ni amat penting bak kata pepatah; 'Kau Pandai-pandai La Macam Mana Nak Idup'. Kalau perdagangan ada la belajar pengurusan dan akaun. Yang perusahaan ni belajar pertukangan dan kerja logam. Oh! lupa pulak, yang perempuan ada belajar sains rumah tangga. Ni belajar masak-masak, jahit-jahit, basuh-basuh, gosok-gosok (gosok baju tau), dan kahwin-kahwin sambil minum kopi kacip fatimah.

Dari segi cikgu pulak.... cis!!! aku cukup bengang dengan sorang cikgu ni... nama dia Tambhy Dorai. (to be continued.. he he he)

Friday, November 02, 2007

Peperangan Akan Berlaku Esok




As some of you would know, the current leading teams of the Barclays Premier League will be having an eagerly awaited showdown this weekend.

Maxis will be on the ball this Sat at an outdoor screening event organised by ESPN.

Should you be around the neighbourhood and would like to catch this clash of titans on a giant screen, then come on down and join us at the

ESPN Grand Stand outdoor screening event.

And for our valued customers, we will also be taking the opportunity to showcase demos on how they can also enjoy all the action of the

Barclays Premier League on their phones, exclusively with Maxis. So do invite your friends and families along!

So, Join us this Saturday and catch the LIVE match between

Arsenal and Manchester United

Courtyard, Plaza Mont Kiara

Sat, 3 Nov, 6pm – 11pm

FREE Admission!

Regards,

Mail Express for

Maxis Brand Marketing



Wednesday, October 31, 2007

Erti Raya

Hish! Malas betul aku nak update. Kesian kat korang yang datang menjengah blog aku ni. Memandangkan kita masih lagi dalam bulan Syawal, aku rasa baik jugak kalau aku kupaskan tentang pengertian raya sepanjang hidup aku.

Raya semasa belum sekolah

Erti raya bagi aku hanyalah baju raya dan duit raya. Itulah setahun sekali aku dapat merasa baju baru dan seluar baru. Seluar dalam baru tak dapat sebab tak cukup bajet. Dan itulah jugak setahun sekali aku dapat merasa pegang duit lebih dari seringgit. Masa tu kira kaya habis lah tu. Apa yang best ialah dapat tidur ramai-ramai dengan sepupu-sepupu (bukan orgy) kat rumah kampung berlantai kayu beratap nipah. Malam raya memang susah nak tidur sebab ramai yang purak-purak tidur. Dah la tidur rapat-rapat. Lepas tu purak-purak mengigau cakap "pulut semangkuk" la... "rojak sepinggan" la.. buat buat bunyi kentut pakai ketiak la .. korek-korek bontot orang sebelah la (korek tanpa seluk seluar ya.. jangan salah paham). Lagi satu, masa time tu kasut raya yang mampu dibeli hanyalah capal. Sekarang ni aku tak jumpa pun orang jual capal. Pecal ada la..

Raya semasa sekolah rendah

Erti raya bagi aku hanyalah baju raya dan duit raya. Itulah setahun sekali aku dapat merasa baju baru dan seluar baru. Seluar dalam baru tak dapat sebab tak cukup bajet. Dan itulah jugak setahun sekali aku dapat merasa pegang duit lebih dari seringgit. Masa tu kira kaya habis lah tu. Apa yang best ialah dapat tidur ramai-ramai dengan sepupu-sepupu (bukan orgy) kat rumah kampung berlantai kayu beratap nipah. Malam raya memang susah nak tidur sebab ramai yang purak-purak tidur. Dah la tidur rapat-rapat. Lepas tu purak-purak mengigau cakap "pulut semangkuk" la... "rojak sepinggan" la.. buat buat bunyi kentut pakai ketiak la .. korek-korek bontot orang sebelah la (korek tanpa seluk seluar ya.. jangan salah paham). Lagi satu, masa time tu kasut raya yang mampu dibeli hanyalah capal. Sekarang ni aku tak jumpa pun orang jual capal. Pecal ada la..

Ha ha ha.. aku copy paste aje cerita raya sebelum sekolah. Sebab tiap-tiap tahun sama aje. Padan muka sapa yang baca. hahahah.. bestnya kenakan orang.

Cuma bezanya aku lebih merasakan perasaan raya sebab aku puasa. Puasa pun sebab Abah janji nak bagi seringgit untuk satu hari dapat puasa sebagai duit raya. Kalau tahun tu aku puasa 28 hari maka sepatutnya aku dapat duit raya $28 (masa dulu belum pakai unit RM). Tapi satu sen haram pun tak dapat. Mungkin kalau aku dapat pun, duit tu jadi haram sebab aku puasa tak ikhlas. Sebab tu satu sen haram pun aku tak dapat.

Raya semasa sekolah menengah

Erti raya bagi aku antaranya ialah mandi sunat aidilfitri. Pernah sekali terjadi mandi wajib aidilfitri sebab malam tu termimpi best pulak. Dah sampai kitar haid lah kiranya. Kemudian, erti raya bagi aku ialah Solat Sunat Aidilfitri. Lepas tu salam abah dan mak mintak mohon maap halal makan minum lebih kurang. Duit raya time ni memang best... Disebabkan aku budak sekolah asrama penuh yang cemerlang dalam pelajaran, aku dapat ekstra la. Hi hi hi..

Raya sebagai student IPT.

Erti raya bagi aku ialah dapat cuti dari datang kelas walaupun time tak cuti pun aku tak datang kelas. Ha ha ha.. Lepas tu rasa nak cepat je balik rumah sewa bujang aku sebab boleh login internet. Maklumlah, masa tu cinta antara benua. Hanya internet penghubung silaturrahim. Barang siapa yang memutuskan silaturrahim dapat dosa tau!

Raya sebagai orang bujang yang dah bekerja.

Yang ni lain sikit.. maklumlah.. Dah ada pendapatan. Time ni lah pulak aku banyak belanja untuk Abah dan Mak, dan duit raya anak buah, adik-adik, anak-anak buah dan adik-adik sedara. Bangga je bila bagi duit raya berenvelopekan 'CELCOM'.

Raya sebagai suami

Yang ni lagi lain... Aku dah ada dua keluarga. Keluarga aku dan keluarga mertua. Lebih banyak tempat nak beraya dan komitmen yang perlu dilaksanakan.

Raya sebagai Suami dan Bapak.

Raya adalah untuk anak-anak. Pergi jalan raya pun dengan harapan anak-anak aku dapat duit raya. Kalau time sesak boleh la jugak aku pau. Ha ha ha ha.. Jadi, kalau korang nak ajak aku raya rumah korang, korang gwajib sediakan 3 ang pow yang dalamnya at least 2 ringgit. Walaupun aku datang sensorang, korang kena bagi jugak. Wahh.. best gila kalau ada 1000 anak, kalau average duit raya untuk seorang anak dalam RM100, bermakna aku boleh collect RM100,000 duit raya anak aku. Cukup 10 tahun aku dah boleh jadi jutawan. Yahooo!!

Jadi.. apa pengertian raya sebenarnya? Kalau anda telusuri maksud takbir hari raya, anda akan paham apa makna raya sebenarnya. Kalau tidak, ianya macam lagu-lagu biasa aje.

Bye.

Monday, October 08, 2007

Selamat Hari Raya 2007

Sekejap je aku rasa dah nak sebulan kita puasa. Tak lama lagi raya lah kita. Bila sebut pasal raya ni, memang banyak sangat benda yang aku boleh cerita cuma aku malas aje nak cerita. Masa kekecik dulu memang best betul nak tunggu hari raya ni. Hari tengok anak bulan tu memang kompiden je esok tu nak raya. Seingat aku memang selalu la penyimpan mohor besar raja-raja tu umumkan raya jatuh pada hari esok. Eh! kenapa kita panggil anak bulan tu anak bulan? Orang Melayu ni senang aje nak namakan sesuatu yang kecik tu sebagai 'anak'. Contohnya anak tekak, anak telinga, anak mata, dan anak burung. Padahal ada jugak peribahasa yang mengatakan 'kecil jangan disangka anak, bersar jangan disangka bapak'.

Tak silap aku, anak-anak Allahyarham Ibrahim Pendek semuanya lagi tinggi dari Ibrahim Pendek. Kalau korang nak tau, adik-beradik aku semua lagi tinggi dari bapak aku. Itu bukan bermaksud yang bapak ku ialah Ibrahim Pendek. Bapak aku nama Ibrahim jugak. Aku tulis perkataan 'jugak' tu pakai j hurup kecik ya. Kalau aku tulis pakai hurup J yang besar, mesti korang ingat nama bapak aku Ibrahim Jugak (Ibrahim Bin Jugak). Nama atuk aku Ujang yaa.. bukan Jugak.

Berbalik kepada anak bulan atau dalam Englishnya the son of the moon. Bulan lebih bernasib baik berbanding dengan bintang sebab dia ada anak. Bintang tak ada anak. Setiap kali bintang meneran, bukan anak yang keluar tetapi taik. Sebab tu lah adanya taik bintang, tetapi tak ada anak bintang. Mungkin dia mandul. Walaupun begitu, bintang amat bernasib baik dari segi paras rupa sebab mereka berbentuk tajam-tajam dan sering digunakan untuk memberi grade kepada sesuatu. Contohnya hotel lima bintang dan jugak artis bertaraf bintang. Masa sekolah rendah dulu, cikgu aku akan rait buku aku dan bagi bintang kalau jawab semua betul. Kalau pening pun boleh nampak bintang. Selain daripada itu, bintang tak ada kena mengena dengan salah satu tempat di Selangor iaitu Banting.

Itu saja lah entry aku sebelum raya ni. Lepas raya ni baru aku sambung balik cerita diari aku. Sebelum aku berundur diri, aku ingin menyusun sepuluh jari kaki yang kadang-kadang ada bau cagu ni untuk memohon maaf seandainya korang ada tersinggung dan tersenggol dengan apa yang aku tulis kat dalam blog aku ni. Kalau memandu masa balik kampung tu, berhati-hatilah. Jangan ikut perasaan. Kalau ikut perasaan aku pulak, nak je aku lempang sekor-sekor orang yang bawak kereta macam babi bawak kereta tu. Kalau eksiden tak menyusahkan orang lain tak apa. Ni orang lain yang susah. Aku suka senang sebab tu aku tak suka susah.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.



Pecah Kaca Pecah Gelas,
Sudah Baca Harap Balas.

Pecah Kaca Masa Romen,
Sudah Baca Harap Komen.

Thursday, September 27, 2007

Puasa vs Berak

Puasa Yang Yok,
Pagi-pagi bukak periuk.

Korang mesti pernah dengar pantun ni kan? Aku dengar pantun ni sejak aku kekecik lagi. Mak aku selalu la amalkan pantun ni. Pagi-pagi lagi dia dah bukak periuk untuk basuh the periuk. Kalau periuk tu tutup, macam mana la nak basuh kan? Boleh basuh kat sebelah luar aje la.

Puasa semasa kanak-kanak amatlah mencabar. Terutamanya bagi budak yang kuat macam aku. Maksud aku, bukan kuat macam badang, tapi kuat makan. Seorang orang tidak akan digelar kuat makan selagi dia tak boleh makan semasa kenyang. Kalau makan hanya semasa lapar, atau hanya ikut jadual, itu still lagi lemah makan. Jadi bagi sesiapa yang lemah makan, balik rumah ni kena praktis selalu ya.

Aku kadang-kadang jeles jugak dengan orang yang kuat makan, tapi badan tak gemuk-gemuk. Paling gemuk pun tak sampai kategori gemuk yang betul-betul gemuk. Ke mana lah perginya makanan diorang tu semua ha? Takkan semua jadi taik kot? Cakap pasal taik ni teringat aku dua hari lepas aku kena sembelit. Tak pernah aku kena sembelit seperti dua hari lepas. Sampai buntang bijik mata aku meneran, dah macam Menteri Pasola dah, tapi tak jugak keluar. Nasib baik la jamban tu dekat jugak dengan dinding depan. Terpaksa la aku tekan dinding tu dengan kedua-dua tapak tangan supaya tenaga dapat dipusatkan sepenuhnya kat otot kemut. Kira macam berlatih ilmu kung fu peringkat ke lapan la. Setelah berhempas pulas akhirnya aku selamat bersalin. Nasib baik tak payah berpantang sampai 40 hari. Hampir aku putus asa lah! Gila! Lepas tu rasa macam kembang kuncup je otot kemut aku. Kesimpulannya kat sini, jangan derhaka kepada ibu anda sebab bukan senang nak meneran semasa bersalin. Haaa.. kan? aku cerita ni bukan saja-saja je. Ada dakwah di sebalik cerita ni. *padahal baru je terpikir.. hehehe*

Sebenarnya aku nak cerita pasal puasa, tapi tercerita pasal berak pulak. Tapi takpe, aku tak 'cakap' pun benda-benda ni. Aku cuma taip kat komputer je. Tak kurang pahala puasa aku.

Hah! Masa kekecik dulu memang seksa betul nak menghabiskan satu hari puasa. Setiap satu minit terasa macam saju jam. Lebih-lebih lagi 2-3 minit sebelum azan maghrib. Kalau bab makan tu boleh tahan lagi. Tapi bab haus tu yang tak tahan. Gila punya haus. Masa dulu pergi sekolah balik sekolah jalan kaki. Jauh ooo. Kalau tak puasa boleh la beli air sirap doposen kat tepi jalan. Kalau tak kuat iman, memang aku dah togok dah air pepsi kolah. Tapi kadang-kadang aku kumur-kumur je. Dapat la jugak memperbaharui rasa air liur. Hehehehhe..

Itu aje la ceria puasa. Aku tengok macam dah panjang je aku tulis ni, terpaksa la stop. Nanti korang tak larat nak baca pulak. Ini semua pasal cerita berak! Tak pasal-pasal dia dah makan space cerita puasa!

Puasa Yang Yak,
Pagi-pagi susah nak berak.

Puasa Yang Yik,
Siapa Puasa dia Baik.

Selamat meneruskan puasa anda. Bulan dah mengambang sekarang, Tak lama lagi raya la kita ya?