Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya 2008

Memandangkan ini adalah entry terakhir aku di bulan puasa tahun ni, aku nak cerita sikit la pasal beberapa perkara yang bersangkut paut dengan puasa dan perkara yang berkaitan.


1. Masa kekecik dulu niat membaca puasa telah diubah kepada 'Nawaitu Saumaghodin, Nasik disuap, lauk ikan sardin'. Aku memang suka makan sardin. Sambal sardin, masak lemak cili api sardin, kari sardin, karipap sardin, sandwich sardin, semua aku suka. Tapi aku tak suka masuk dalam bas mini yang penuh macam sardin. Kecuali kalau dapat berimpit dengan akak-akak yang vogue dan mantop. Kalau tergesel-gesel, buat muka sardin aje. Sardin pun jeles tengok orang yang buat muka sardin. Ohhh... cakap pasal niat juga, korang tau ke niat apa yang boleh membuatkan korang dapat banyak harta? Jawapannya ialah 'niat insong matekaji semarengiseng!'

2. Makan sahur adalah amalan sunat yang penting sebab nanti siang takdela lapar sangat. Makan sayur pun penting untuk memastikan makanan kita dapat dihadam dengan sempurna. Kalau tak, nanti kena sembelit macam aku pagi tadi. Gila punya siksa aku nak meneran. Hampir aku putus asa lah. Tapi semalam aku dah makan sayur terung. Yang aku pelik, terung yang aku makan tu jenis yang kecik punya. Tapi apa pasal bila aku berak, keluar terung jenis yang besar punya? Takkan dia sempat membesar dalam perut?

3. Pasar Ramadan memang satu tempat yang sesuai untuk membeli makanan berbukak puasa. Tapi kadang kadang harga makanan kat pasar ramadan ni cekik darah betul. AKu rasa macam nak cekik-cekik je para peniaga tu sampai keluar darah. Maksud aku dengan para peniaga tu ialah peniaga yang ramai-ramai tu. Bukannya para yang diorang gunakan untuk meletakkan makanan diorang tu. Kalau aku cekik para tu, peniaga tu sempat la cekik aku balik. Tapi kalau dia cekik aku, aku pun cekik dia jugak. Jadi la peristiwa cekik mencekik. Kalau kuat sangat, pergi la cekik leher zirafah! Berani?

4. Makanan yang jarang orang masak masa bulan lain, tetapi ramai orang masak masa bulan puasa ialah bubur lambuk. Bumbur lambuk ni aku tak suka sangat. Nama dia pun tak sedap iaitu lambuk. Mana diorang dapat perkataan lambuk tu, aku pun tak tau la. Kalau nama dia bubur lambak, mungkin sebab diorang kena lambak-lambakkan bahan masakan tu. Orang yang masak pun, janganlah telur terlambak pulak. Malu nanti kalau orang tengok. Kalau pakai kain pelekat, jangan la buat joget lambak di khalayak ramai. Nanti kain terlambak, sapa yang malu?

5. Berbukak puasa memang seronok kalau beramai-ramai. Kenapa kita guna perkataan 'berbuka'? Kita tak tutup pun puasa kita kan? Tiba-tiba aje nak bukak? Ini satu persoalan yang menjadi dilema dalam diri aku sekarang ni. Apa yang kita bukak? Ye la.. kita bukak mulut sebab nak makan. Tapi, kenapa masa lepas sahur kita tak cakap kita bertutup puasa? So.. apa kena mengena persoalan aku ni dengan ayat pertama aku tadi iaitu 'Berbukak puasa memang seronok beramai-ramai?'. Ahhh.. lupakan aje la.. baca aje la point yang seterusnya.

6. Sembahyang Terawih masa awal-awal Ramadan memang penuh masjid. Tapi dah nak masuk minggu ke dua dan ke tiga puasa makin lama makin kurang orang pergi masjid. Mungkin ramai orang takut nak keluar rumah sebab bulan dah nak mengambang. Kalau bulan mengambang, drakula dengan werewolf akan berkeliaran. Oh.. lupa pulak.. bulan puasa hantu kena ikat. Hmm... Jadi, kenapa diorang tak berani gi masjid ha? Hmmm.. mungkin diorang adalah darah keturunan orang-orang Saiya seperti cerita Dragon Ball. Kalau diorang tengok bulan mengambang, diorang akan jadi kingkong yang besar. Bagi yang tak baca cerita Dragon Ball, abaikan aje la. Kalau nak baca, datang la rumah aku. Ada complete set. DVD complete series pun ada. Buat pengetahuan korang, sebenarnya Dragon Ball ada tujuh bijik semuanya.

Cukuplah 6 point. Aku update ni pun sekadar melepaskan batuk ditangga. Tak ikhlas/sincere pun. Hheheheh...

Sebanarnya aku nak ucap Selamat Hari Raya aje. Tapi tak sampai hati la pulak kalau takde apa-apa cerita.

So, aku nak ucapkan:

Selamat Hari Raya Aidilfitri
&
Maaf Zahir Batin

kepada semua pembaca blog aku yang takde faedah ni. Kalau aku ada terkasar bahasa, menyinggung hati dan perasaan korang, aku mintak maaf banyak-banyak le. Balik kampung tu bawak kereta berhati-hati ler. Kalau naik bas pun berhati-hati jugak. Biar lambat tak apa, asalkan selamat. Tapi, aku mesti nak bawak laju jugak. Kalau slow aku mengatuk, lagi bahaya kan?

Bye...

30 comments:

@tune® said...

Selamat raye gak...
aku pon ske sardin..tp adekah muke ko mcm sadin???

Maaf zahir batin

Uda said...

TAIKO!!!! SELAMAT HARI RAYA!!!!!!

Azraf Hipni said...

huahauahu.. lawak2... ok2.. selamat hari raya gak~

rawsktar said...

hahaha.lawak para dan peniaga adalah kelakar.

ardy said...

Hahahahah.. selamat hari raya bro!

paan said...

otainye blog nie.hahaha.taiko must die ? saja pass by...enjoy ur raya...salam raya,salam blogger.

Taiko said...

atune: tak.. muka aku cam ikan tongkol.. hensem sikit dari sardin..

uda, azraf, anster, ardy, paan: terima kasih... selamat hari raya kat korang jugak.. makan time raya nanti jangan over sangat.. nanti cirit birit..

nazztradamus said...

Selamat Hari Raya bro, minta maap bebanyak.

Kita tgk raya's eve pukul 2.30 pagi lawan porto, makin terencat ke tak terencat raya aku tahun ni.. isk..

13may said...

Selamat hari raya sedara...

chucky said...

mak aku suke masak nasik sudah menjadi bubur,sedap tuh,tiap2 bulan lak tuh

Unknown said...

slamat ari raya..ingatlah sardin yg tersayang

Anonymous said...

bila nak update lagi nehh
dah raya ponggg

suriani said...

taiko..
ko mmg still no. 1 dalam bab ngarut nih.. tapi aku sukaaaaa!

Zetty said...

tak pernah aku try masak lemak cili api ikan sardin. suruh bini kau try masak...kang aku dtg raya.

Anonymous said...

hi mr taiko,

tq for comin to the gig that nite. jemput la dtg lagi every week & every weekend pon C:

http://c3.ac-images.myspacecdn.com/images02/39/l_be5c138a24354008a5c5ebba522c358e.jpg

Sunan_Jati said...

salam bro!

Anonymous said...

Salam Aidilfitri.

cintaboutique said...

hey there,

check out my new online boutique... ;p

Unknown said...

salam..

slamat ari raya..dah nak aji dah..weh takde update ke..melangsit ke

Its me said...

bila nak update bro!

Unknown said...

ni silap2 boleh sampai raya tahun depan ni.

Diana Ishak said...

tolong la update oi...dah lupa jalan nak masuk blog sendiri ke apa ni.

LiLithFaiR said...

pehh lamanyer x update

Anonymous said...

dah sampai raye haji pon x update lagi...ish ish ish

My Featured Wikipedia Article @ GoWikipedia.blogspot.com

Tuyunz said...

salam

tujuhhariseminggu said...

yuhuu...
tumpang lalu..
lalallaaa...

Anonymous said...

Mr Taiko,
please tolong update. sungguh sunyi rasanya sebab saya dah lama tak ketawa kekek2 disebabkan entri anda.

sekian terima kasih.

-ayu-

Anonymous said...

taiko must die ke taiko oredi die ni?

Anonymous said...

taiko da gi alam bunian....

kembali lahhhh ..... ^_^

Clark Davis said...

is essaypro legit
Students around the world find that we provide a great balance of affordability and professionalism with all types of academic papers.

We put all our papers through the most commonly used anti-plagiarism software, which you can request the report on completion to confirm authentic work.