Monday, January 22, 2007

MUahahahah..

MUAHhHhAHh HHhaa hah hahah

ARSENAL 2 - 1 MAN. UNITED

BEST GILLER SIOTTT... MACAM MAKAN KONETO JE RASA DIA..


Fabregas and Van Persie in making..

Monday, January 15, 2007

Pergi Ke Sabah

Hari ni aku akan ke Sabah. Aeroplane MAS yang aku tempah akan bertolak pukul 1845. Aku kena naik kat KLIA. Nanti pukul 1845 aku akan tunggu tepi KLIA tu, dan tahan aeroplane tu untuk naik. Sampai je kat Sabah nanti, aku kena tekan loceng untuk turun. Mintak-mintak la aeroplane tu tak penuh. Kalau penuh terpaksa la aku bergayut kat pintu dia sampai la Sabah.

Sudah lama aku tidak pergi ke Sabah. Last sekali ialah 2 tahun dulu semasa aku masih bekerja dengan Celcom. Kali ni aku akan lepak sabah selama sebulan. Ya.. sebulan. *Petak kepala aku dok sana sebulan*

bye

Thursday, January 11, 2007

Gemuk Itu Indah

Masa darjah lima tu badan aku seperti dipampam. Heheh.. maksud aku, seperti kena pam. Makin lama makin kembung. Makin lama makin kembung. Ok lah jugak kalau makin kembung aje. Kalau kejap kembung, kejap kuncup, lepas tu kembung balik, kuncup balik, tu dah kira proses luluhawa. Kalau batu besar mengalami proses luluhawa, lama kelamaan boleh retak dan jadi kecik-kecik tau. Jadi, kalau nak kembung, kena teruskan mengembungkan lagi badan. Jangan kejap kembung kejap kuncup. Nanti badan boleh retak. Yang bestnya, walaupun badan aku kembung, tapi aku lebih hensem dari ikan kembung.

Mak dengan Abah masih lagi meniaga nasik lemak. Jadi kalau ada belen-belen (balance-balance) nasik tu, aku TERPAKSA habiskan. Aku memang tak suka tengok makanan dibazirkan. Saudara-saudaraku sekalian... Bukankah membazir itu amalan syaitan?? Syaitan kan makhluk yang direjam?? Kalau aku tak tolong habiskan nasik-nasik tu, nanti aku macam mengamalkan amalan syaitan pulak. Kalau kena rejam, mati lah aku. Tapi, lama-kelamaan, badan aku pulak yang jadi macam anak jin dan syaitan. Dilema sungguh!

Walaupun aku gemuk, tapi aku seorang yang aktif. Hari-hari aku main bola. Aku memang terel main bola masa sekolah rendah dulu. Sekali aku rembat memang senak la perut golkeeper nak tangkap bola tu. Lebih kurang macam cerita Shaolin Soccer la. Sekarang je macam dah jadi kaki bangku. Mungkin sebab start sekolah menengah aku lebih suka main basketball.

Aku tak ingatla berat aku berapa kati masa tu. Tapi kira level budak gemuk la. Buah dada pun dah start tumbuh dah masa tu. Ha ha ha ha ha..

Chow

Monday, January 08, 2007

Cikgu Sarip Yang Kejam

Damn!

Rupanya dah nak sebulan aku tak update blog. Bulan lepas memang bizi gilo. Bulan ni dah tak bizi sangat, tapi malas dan takde rasa teruja untuk update.

Ok lah.. aku dah lama tak cerita pasal riwayat hidup aku. Aku sambung aje la..

Pada tahun 1988 aku masuk darjah 5. Cikgu kelas aku masa tu cikgu laki. Nama dia Mohd Syarif bin Omar sebab nama bapak dia Omar. Orang panggil dia Cikgu Sarip. Dia ni berbangsa orang jawa totok. Rambut kerinting. Muka ada kesan-kesan jerawat. Macam P.Ramlee masa muda-muda la. Dia ni garang nak mampus. Tapi kelakar jugak. Seingat aku, pada hari pertama masuk darjah lima lagi aku dah kena hempuk dengan dia ni. Ye la.. hari pertama sekolah mana ada belajar apa-apa kan? Sapa ada belajar tu memang nerd nak mampus la dan boleh go to hell la kan? Jadi, untuk memenuhi masa terluang tu kita kena la bermain-main kan? Bila bermain-main mesti la bising-bising kan? Sebab tu la kepala aku kena hempuk dengan buku yang besar dan keras. Siol jugak Cikgu Sarip tu kan? Itu kira ok la lagi.

Ada member aku bernama Tarmizi lagi best. Dia ni habit dia menggosok-gosok lubang hidung sendiri dengan jari. Cuba korang tegakkan jari telunjuk macam nak tunjuk arah. Jari telunjuk tau, bukan jari hantu. Lepas tu korang gosokkan jari telunjuk secara melintang kat kedua-dua lubang hidung korang (lubang hidung kiri dan kanan) seperti mengasah pisau. Laju-laju tau. Haa.. cubala! Macam tu la habbit si Tarmizi ni. Sampaikan masa tengah tiup rekoder sambil disaksikan orang ramai pun dia sempat pause untuk gosok hidung. Mungkin dia ada resdung atau pun taik hidung dia berkeping-keping kat dalam hidung.

Haa.. sebenarnya aku nak cerita yang si Tarmizi ni kena lempang dengan cikgu Sarip Dol tu dengan kedua-dua belah tangan. Selepas kena lempang tu aku tengok kepala dia bergegar-gegar seperti loceng besar lepas kena ketuk. Lepas tu dia tersengih-sengih seperti redho ke atas apa yang telah dilakukan ke atas dirinya. Kelakar siot. Apa? tak kelakar ke? Kalau tak kelakar dah la. Aku stop sini je la.

Esok aku try sambung lagi.

Tata..

Tuesday, December 12, 2006

Cliche 2

Ngeh ngeh ngeh..

Bukan salah ibu mengandung,
Salah bapak tak pakai kondom.

Rambut sama hitam,
Tahi pun kadang-kadang sama hitam.

Bersatu kita teguh,
Berdua kita bersetubuh.

Sila contribute..

Monday, December 04, 2006

Cliche

Heh heh heh.. aku ingat aku boleh kerja dengan majalah Ujang la...


Sikit-sikit lama-lama jadi bukit,
Banyak-banyak sekejap je jadi bukit.

Marahkan nyamuk kelambu di bakar,
Marahkan tungau seluar dalam di bakar.

Takde rotan, akar pun berguna juga
Takde rotan, penampar pun berguna juga

Alah bisa tegal biasa,
Alahh.. biasa lah tu.

Merokok membahayakan kesihatan
Merogol membahayakan kemaluan

Kerana mulut santan binasa
Kerana bontot (jenis lebar punya) jamban binasa

Kepimpinan melaui teladan
Kesamsengan melalui terajang
Kelucahan melalui telanjang

Negara bersih rakyat sihat
Negara bersin rakyat berjangkit selsema.

Ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi.
Ikut resmi awek seksi, semakin tunduk semakin nampak isi.

Diam-diam ubi, semakin lama semakin berisi,
Diam-diam Abu, dapat anak nama Zaidee.
(ini ditujukan khas untuk kawan lama aku yang bernama Zaidee Bin Abu. Jangan marah aaa)

Kalau kail panjang sejengkal,
Bermakna lebih kurang 7 ke 8 inci la kail tu.

Membujur lalu melintang patah,
Sila beri laluan kepada melintang.

Orang berbudi kita berbahasa
Orang berbodi kita kata dia tough. (Bodi = otot lengan)

Semoga terhibur.

Saturday, December 02, 2006

Vacancy

SIAPA NAK JADI RAKAN SEKERJA SAYA?

Saya lega apabila mendengar berita ini.

Sekurang-kurangnya nanti saya ada masa untuk membaca blog kengkawan dan juga mengupdate blog sendiri.

Tetapi... Kalau anda seorang yang pemalas macam bab*, tak sanggup ditekan seperti daging burger di tengah roti burger, slow learner seperti tenggiling, dan tak sanggup kerja on weekend seperti dj radio, sila jangan apply. Kerana jika anda dapat kerja ini, anda akan menyusahkan saya sahaja. Sila senangkan saya.

Bukan senang mau senang,
Senang-senang datang la ke rumah.

Sayang-sayang buah kepayang,
Senang-senang boleh la mengular tengok wayang.

terima kasih.

Thursday, November 23, 2006

Lusi Yang Peramah

Pagi tadi aku gi minum kat gerai india tepi jalan kat sebelah tempat kerja aku ni. Gerai ni dimiliki oleh sepasang suami isteri. Dua-dua kelakar. Si isteri yang bernama Lusi (Lucy kot??) komplen kat aku pasal laki dia.

Lusi: Yu tau aaa.. ini air singki pun dia tarak pandai tutup. Ini air banyak sudah keluar. Saya sudah warning dia satu kali, dia buat lagi. Saya kasi satu lagi warning, dia buat lagi. Ini sudah 3 kali saya warning sama dia.

Aku: Kalau kali ni dia buat lagi?

Lusi: Saya cakap aa.. kalau ini kali dia buat lagi, bukan itu air paip juga keluar. Tapi dia punya air juga saya kasi keluar.

Aku: Wakhh kah kah kah (gelak sekuat hati tanpa peduli alam sekitar)

Bukan apa, aku tak boleh imagine macam mana Lusi yang berbadan montel tu nak melaksanakan hukuman tersebut.

Teringat pulak aku kat satu cerita kelakar. Ceritanya macam ni:

Ada seorang lelaki yang mempunyai seorang isteri yang gemuk. Dia pergi mendapatkan nasihat doktor untuk menguruskan badan isterinya. Itu doktor cakap, suruh dia beli sekor kuda. Kalau bini dia naik kuda hari-hari, mesti kurus punya. Sebulan selepas itu, lelaki tu datang balik berjumpa doktor.

Doktor: Apa macam? sudah kurus ke?
Lelaki: Sudah kurusss.
Doktor: Itula saya cakap! mesti kurus punya.
Lelaki: Tapi haa... bukan bini saya yang kurus. Itu kuda juga yang kurus!

Itu sahajalah update blog aku hari ini. Heh he heh

Saturday, November 11, 2006

Pelik Tapi Benar 2

Heh heh heh..

Memandangkan posting aku yang bertajuk 'pelik tapi benar' mendapat sambutan hangat satu ketika dulu, saja je nak buat 'pelik tapi benar' versi raya.


1. Makan lemang semasa raya sungguh biasa dilakukan. Namun begitu, kena makan lempang di pagi raya jarang-jarang kedengaran. Kalau dilempang dengan buluh lemang, lagi jarang-jarang kedengaran.

2. Dodol bukan adik kepada Badol. Siapa yang kata macam tu, memang Samdol, sebab adik Badol ialah Amran Tompel.

3. Makan ketupat tak boleh menghilangkan ketuat. Memakai ketayap juga tak boleh menghilangkan kayap. Orang yang makan ketupat sambil pakai ketayap dan tergaru-garu ketiak mungkin ada ketuat atau kayap.

4. Batang buruk akan kelihatan lawa kalau dimakan oleh orang yang buruk. Jadi, jangan makan batang buruk kalau tak hensem atau cun. Kalau nak makan pun, sorok-sorok la.

5. Kuah lodeh selalunya berwarna kuning. Kalau kain londeh, boleh nampak spender warna kuning. Tambahan pula, masak lodeh tak boleh menghasilkan masalodeh (kuih india yang dibuat dari kacang dal)

6. Kuih goyang dinamakan kuih goyang sebab kita kena goyang-goyang kuih goyang tu masa menggorengnya. Kalau kena jolok-jolok, mesti namanya kuih jolok. (Errr.. kuih goyang ke kuih loyang ha?)

7. Ada orang tak boleh makan tempe dan mengeluarkan perkataan 'yekkk' sebab nak muntah dengan bau tempe. Tapi, makan tempeyek boleh pulak. Sungguh munafiq! (tempeyek ke rempeyek?)

8. Maruku ada. Marukau takde pulak? Begitu jugak dengan marudia, marumereka marubeliau, maruden, maruhang, maruhangpa, marudiorang dan sebagainya.

9. Kerepek kalau diterbalikkan jadi keperek. Keropok diterbalikkan jadi koporek. Patutla kalau kunyah kerepek dengan keropok ada bunyi krup purk rukp kpur krep.

10. Kuih tat sedap dimakan. Namun, kalau kita makan sampai lapan keping, orang akan tuduh kita mencarut. Tak caya cuba kira satu tat, dua tat, sampai lapan. (Ulangan posting aku dulu)

11. Wajik tak wajib dimasak sebagai kuih raya. Ianya jatuh dalam kategori wajar. Sepatutnya lebih baik ia dinamakan 'Wajak'. Oleh itu, tak perlulah mandi wajib semata-mata untuk membuat wajik.

Dah la... dah pukul 2 pagi ni. Tak habis-habis merapu. Chow.

Wednesday, November 08, 2006

Pengubah Lirik

Sekarang ni pukul doblas malam. Aku tengah kerja. Kerja di waktu malam ni adakalanya rasa best. Adakalanya rasa tak best. Yang bestnya sebab esok pagi tak payah meredah traffic jam untuk masuk kerja. Yang tak bestnya pulak sebab time tidur aku dah lari sikit. Apa orang kampung kata, Jet-lag? Tapi, kalau berjaga malam tengok bola, boleh pulak tak jet-lag. Mungkin sebab tengok bola lagi best dari kerja. Maksud aku ialah tengok perlawanan bola. Bukan tengok bola. Cakap pasal bola ni, aku telah mendapat satu SMS yang meghiris kalbu pagi kelmarin daripada Abang Sedara aku. SMSnya berbunyi:

"Kesiannn.. kesiannn.. suruh Arsenal beli Bambang Pamungkas la.."

Aku tak menjawab SMS itu, sebab aku tak tau apa nak jawab. Aku rasa macam nak tukar je ringtone telepon aku yang berlagukan lagu tema English Premier League.

Cakap pasal lagu ni, aku suka sangat ubah lirik-lirik lagu terutamanya lagu melayu. Haa.. apa kata kita kongsikan bersama.

Lagu: Hari Ini dan Semalam - J. Mizan
Lirik Asal: Hari ini kau datang riang, tersnyum buatku senang
Lirik baru: Hari ini kau datang bulan, tersenyum buatku senang

Lagu: Ayam - Jalil Hamid
Lirik Asal:

Ayam. Bermacam ayam. Ada ayam kampung, ayam hutan, ayam siam, ayam turki, ayam belanda. Ayam Hutan, boleh terbang. Ayam kampung dalamlah reban. Ayam bandar di dalam pasar....
Ibu. Si ibu ayam. Telor sebijik. Riuh sekampung....
Kata bidalan, berkaki ayam. kalau makan, ajak-ajak ayam. Kalau nak tidur, tidur-tidur ayam. Kalau tak nampak itu rabun ayam.....
Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng. Makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam...

Lirik baru:

Babi. Bermacam babi. Ada babi kampung, babi hutan, babi siam, babi turki, babi belanda. Babi Hutan, boleh terbang. Babi kampung dalamlah reban. Babi bandar di dalam pasar...
Ibu. Si ibu babi. Telor sebijik. Riuh sekampung...
Kata bidalan, berkaki babi. kalau makan, ajak-ajak babi. Kalau nak tidur, tidur-tidur babi. Kalau tak nampak, itu rabun babi...
Makan leher babi nanti bersanding kepala teleng. Makan tongkeng babi nanti mulut tak reti diam.


Lagu: Peristiwa subuh - Raihan

Lirik Asal: Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi. Berkumandang suara azan
Lirik baru: Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi. Berkumandang suara gaban

Lagu: You and I - Scorpions
Lirik Asal:

I lose control because of you babe
I lose control when you look at me like this
There’s something in your eyes that is saying tonight

Lirik Baru:

I lose kontol because of you babe
I lose kontol when you look at me like this
There’s something in your ASS that is saying tonight


Ahhh.. banyak sangat lah.. malas aku nak taip. Nanti kalau senang-senang aku sambung lagi.

Monday, November 06, 2006

Gambar

Assalamualaikum..

Sekarang ni aku masih lagi mood raya. Aku rasa korang pun macam tu. Disebabkan mood raya inilah yang buat aku malas nak bekerja. Ye lah... sejak 2-3 bulan yang lepas aku asik kerja sahaja termasuk sabtu dan ahad. Tetiba pulak dapat cuti panjang. Hari pertama nak gi kerja (Rabu lepas) tu aku rasa sama je macam hari pertama masuk sekolah untuk tahun baru.

Dan, aku pun malas gila nak update blog walaupun banyak cerita untuk aku ceritakan sebenarnya.

Jadi, sempena hari raya ni, buat pertama kalinya aku menyiarkan gambar aku di dalam Blog aku. Bagi yang pernah jumpa aku, memang tau la aku yang mana satu. Tapi, bagi yang tak pernah jumpa aku.. aku adalah yang kanan sekali.



Gambar ini dipilih untuk disiarkan kerana ianya kabur, tidak cukup untuk korang meneliti berapa banyak taik lalat ada kat muka aku.

Wednesday, October 18, 2006

TAG 5

TAG by Izham @ Tenno Miyake

1. How old are you when you started to fast?
(Berapakah umur anda ketika mula berpuasa?)

Lapan tahun. Macam nak mati rasa haus. Bukak puasa minum air je banyak. Time dedulu masa bulan puasa asik cuaca panas aje.

2. Have u ever forgotten that you're fasting, and what have you done?
(Pernahkah anda terlupa yang anda berpuasa, dan apakah yang anda telah lakukan?)

Pernah. Aku tertengok vcd porno. Ha ha.. acah aje. Aku terminum air masak sebelum gi sekolah depan mak aku. Kira rejeki lah tu.

3. What you do like about Ramadhan?
(Apakah yang anda suka tentang ramadhan?)

Banyak sangat lah yang aku suka. Berbukak puasa dengan family or kengkawan. Makanan best-best. Persiapan raya. Dapat Bonus (kalau bernasib baik).

4. What would you do if you really cannot stand fasting?
(Apakah yang akan anda lakukan jika anda benar2 tak tahan semasa berpuasa?)

Minum la... apa lagi. Kalau ada nasik sejuk, bedal aje la!! Lauk sardin lagi best. ha ha ha.

5. Any challenging activity during fasting, and how do you deal with it?
(Apakah aktiviti paling mencabar yang pernah dilakukan semasa bulan puasa dan bagaimana anda menghadapinya?)

Menonton adik aku makan aiskrim sambil menjilat-jilat, menitis-nitis dan menyonyot-nyonyot. Untuk menghadapinya, aku lari dari rumah (untuk lepak bersama member).

6. Any bad experience during Ramadhan?
(Sebarang pengalaman buruk sewaktu bulan Ramadhan?)

Terkantoi tak puasa. Ni aku dah cerita dah. Tengok balik entry aku yang lepas-lepas. Termasuklah cerita mengencing lemang Makcik Gemuk Bermulut Bontot Ayam. Click Here for further details.

7. Have you ever face any kind of unforgettable moment with firecrackers/ fireworks?

Ni pun dah cerita.

8. Have you ever did something that may void your fasting but you just ignored it?
(Pernahkah anda melakukan sesuatu yang membatalkan puasa tapi anda buat tak tahu sahaja?)

Pernah. Terkorek hidung sendiri dengan jari telunjuk tangan kiri. Nak buat macam mana, masa tu taik hidung berkeping-keping. Kalau tak korek, tergantung aje la taik hidung tu. Malu kalau orang nampak. Cuba korang bayangkan, masa korang nak ambik gambar untuk buat Mykad, tapi taik idung tergantung je. Tak hensem la gambar korang nanti. Nak photostate Mykad pun malu. Betul tak?

9. Have you ever been caught for not fasting?
(Pernahkah anda ditangkap kerana tidak berpuasa?)

Tak pernah.

10. How does Ramadhan effect your body weight?
(Bagaimana Ramadhan mempengaruhi keberatan tubuh anda?)

Kalau aku sahur, berat badan naik. Kalau tak sahur, berat badan turun. Kalau tak berbuka, confirm turun.

11. Do you like getting duit raya? What was the most amount you've ever got?
Adakah anda suka duit raya? Berapa jumlah terbanyak pernah anda dapat?)

Sapa tak suka dapat duit raya memang bangang la. Tanpa duit raya, apalah ertinya raya. Jumlah terbanyak ada la dalam seratus lebih. Keluarga miskin. Tak mampu bagi duit raya banyak2. Haa.. di kesempatan ini aku nak nasihatkan kat korang yang dah ada duit tu, jangan la kedekut nak bagi duit raya kat bebudak ni. Sekurang2nya hulur la seringgit. Kalau seratus orang kau bagi, baru seratus ringgit habis. Kalau sejuta orang kau bagi, baru setuja ringgit habis. Apa ada hal??

12. Which Eid was the worst for you?
(Raya yang mana satukah yang terburuk untuk anda?)

Raya tahun 1995. Along aku meninggal masa umurnya baru 22 tahun. Eksiden.

13. Have u ever got diarrhea during eid?
(Pernah tak cirit birit masa raya?)

Click Here.


Sempena Aidilfitri yang akan tiba ni, aku nak ucap selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua pembaca blog aku, tak kiralah kita pernah bersua atau tidak, yang mengenali atau tak mengenali diri ini dimana jua anda berada.

Kalau ada aku terkasar bahasa tu, atau bahasa2 aku yang korang tak berkenan, aku mintak maaf.

Berhati-hati di jalan raya aaa. Have a nice trip / holliday :)

Monday, October 16, 2006

Cara Khusyu' Sembahyang Tarawih

Bila bulan puasa aje sibuk cerita pasal mercun. Kalau tak cerita mercun pun, cerita tikam. Sungguh tidak bertamadun dan bertawaduk! So, hari ni aku nak ceritra pasal Solat Tarawih pulak. Baru sejuk sikit perut mak aku, walaupun mak tak minum air batu masa bukak puasa.

Dulu aku agak kompius antara perkataan tarawih dengan tawarikh. Aku rasa korang pun ada yang kompius jugak. Banyak jugak perkataan yang aku kompius seperti Lolipop dengan Golipop, 'hands up' dengan insaf, dan jugak pumping dengan bumping. Ohh.. ada satu lagi: Bunting Kelamin dan Bunting Pelamin.

Ada satu surau merangkap madrasah kat Taman Melati tu. Kat situlah kitorang lepak untuk semayang terawikh. Atau yang lebih jujur, kat situlah kitorang semayang terawikh untuk lepak. Memang syok gila bila semayang terawih tanpa niat ni. Ye lah.. niat yang utama ialah untuk bermain-main dan jugak makan moreh.

Selalunya masa solat sedang berlangsung, aktiviti mengacau kengkawan yang solat (atau buat-buat solat) pun bermula. Antaranya ialah:


1. Mengucapkan 'Amin' selepas bacaan AlFatihah secara kreatif. Contohnya "AaaAaAaaAAammmmIiinNnnnn". Dah macam bunyi tarzan panggil gajah dah. Ada jugak yang saja buat suara sengau, dan ada jugak yang mengalunkan iramanya secara mendayu-dayu macam Anuar Zain menyanyi.

2. Korek bontot member masa ruku' atau sujud. Memang geli-geleman lah rasa kat mencighit (dubur) beli kena geli dengan orang lain. Tapi kalau korek sendiri tak geli pulak. Apasal hah? Satu cara lagi yang lebih zalim ialah dengan menyuntut bontot member. Caranya ialah kita kena rapatkan kedua-dua tapak tangan seperti hendak menyembah sultan. Lepas tu cucukkan hujung-hujung jari kita tu kat bontot member. Kalau kena ni, memang senak sampai ke ulu hati. Bayangkanlah kalau orang kena sula macam mana!

3. Masa member tengah angkat jari telunjuk lepas baca tahiyyat, kita buat bulatan dengan jari kita dan masukkan ke dalam jari telunjuk dia. Ini adalah isyarat lucah yang aku pun sendiri tak berapa paham masa tu. Selain daripada itu, ada juga yang memasukkan hidung sendiri kat jari telunjuk member. Kalau yang menghidap selsema la best. Berlendir jari member tu. Sungguh kurang masam!!

Ada sorang member aku ni nama dia Hasan. Dia ni bersunat masa tingkatan 3 pulak tu. Eh.. aku bukannya nak cerita pasal dia punya sunat, tapi pasal lahanatnya perangai dia ni masa sembahyang kat surau. Ada ke bacaan-bacaan dalam sembahyang tu dia baca "ayam goreng, ayam sambal, nasik goreng, bubur kacang". Dia saja je baca kuat-kuat bagi orang sebelah dengar. Sapa yang duduk sebelah dia memang sakit perut la gelak.

Satu hari tu, masa kitorang sujud beramai-ramai, tetiba je rasa kena sebat kat bontot. Aduihhh.. sakit siot. Rupa-rupanya semua kena sebat kat bontot. Sapa yang sebat pun aku tak tau sebab bila aku toleh belakang aje dah takde orang. Mungkin Malaikat ataupun Jin Islam yang bengang je dengan kitorang yang buat surau tu macam sarkis.

Lepas peristiwa kena sebat tu, kitorang dah insaf dan tak datang semayang terawih lagi. He he he.

Saturday, October 14, 2006

Mercun Lagi (aku janji ini last punya)

Beberapa peristiwa menarik tentang mercun dalam hidup aku:

1. Sewaktu di Kampung Opah aku di Tapah Road (masa aku darjah 3), aku dan bebudak kampung main mercun lidi beramai-ramai. Mercun lidi adalah mercun yang ada lidi, kalau dibakar, dia akan terbang dan meletup di udara. Masa tu takde lagi mercun Thunder Clap yang bunyi berdesing masa terbang tu. Bebudak kampung tu tak main mercun ni secara 'taruk dalam botol dan bakar'. Sebaliknya diorang pegang mercun tu, bakar, baling. Tujuannya ialah supaya mercun lidi tersebut terbang lebih tinggi.
Ada sorang budak ni bernama Baron. Dia bakar mercun tu dan baling tinggi-tinggi. Malangnya mercun itu terbang ke bawah balik dan kejar dia balik. Dia lari. Masa tu dia pakai kain pelekat. Entah macam mana mercun tu boleh masuk dalam kain dia. Apa lagi, terlompat-lompat la member sampai mercun tu meletup. Memang macam kartun lah. Lepas tu dia cek kain dia ada terbakar sikit. Dia cium tempat yang terbakar tu, kemudian sambil tersengih-sengih dia cakap "Bau sate... Bau sate". Aku gelak macam nak terguling. Nasib baik tak meletup kat tolor dia. Kalau tak, sure mandul sebab dia tak pakai seluar dalam.

2. Ada sejenis mercun ni, aku panggil dia mercun gila. Ada yang panggil mercun lalat/lebah sebab dia tak meletup, cuma terbang sambil keluar bunyik lalat/lebah je. Aku kan duduk rumah flat tingkat empat. Dari beranda tempat sidai baju rumah aku, aku bakar mercun gila tu, aku baling ke bawah. Nak dijadikan cerita, makcik yang duduk ground floor tu tengah masak kat dapur dia. Mercun yang aku baling tu terbang masuk kat dapur dia. Apa lagi... "Oppp.. mak kau meletup pantat pantat pantat!!" aku dengar dia melatah. Lepas tu dia keluar dari dapur dia dan marah kat bebudak yang main mercun kat bawah. Aku terselamat ha ha ha.

3. Korang tau mercun papan? alaa.. yang Orang China bakar masa Kongsipatchoy tu. Kaler merah. Mercun ni digunakan untuk menyiksa binatang. Binatang apa yang aku siksa? Katak longkang. Alaaa. katak yang kembung-kembung yang ada kaler oren-oren sikit tu. Aku himpit katak tu dengan batu supaya tak dapat bergerak. Lepas tu aku selitkan mercun papan kat bawah batu tu jugak, dan aku bakar. Mercun tu meletup dengan batu dan katak tu sekali terpelanting. Kesian katak tu. Tak pasal-pasal mati katak. Ada member aku yang berani pegang katak, sumbatkan mercun tu dalam mulut katak, lepas tu bakar. Berkecai katak tu. Mati syahid akhirnya. Aku ingat lagi sesuai kalau pakai mercun katak kat katak tu.

4. Mercun tarik adalah mercun yang paling simple sekali masa tu. Tarik aje dengan dua-dua belah tangan, meletup la dia. Masa dekat sekolah, aku dengan member aku ikatkan mercun tarik tu kat tayar basikal budak. Bila budak tu naik basikal masa balik mercun tup meletup. Tak pasal-pasal budak tu terhoyong-hayang jatuh sebab terkejut. Aku dengan member aku gelak syaitan saja sambil perhati dari jauh.

5. Meriam buluh - Aku tak pernah main meriam buluh. Masa kekecik dulu bila kau nak join bebudak besar main meriam buluh, sure kena halau punya. Sialan. Jadi aku tak tau macam mana nak main meriam buluh. Kalau aku tau main, sure aku dah letupkan KLCC.

6. Mercun percut (payung terjun). Mercun ni kalau bakar, dia akan terbang, meletup dan turun sebagai percut. Satu hari tu aku bakar mercun ni, tapi aku tak sempat baling. Aku dibawak terbang oleh mercun tu. Nasib baik mercun tu jadi percut. Aku pun selamat mendarat. Yang peliknya, masa aku bakar mercun tu, aku kat KL. Bila aku landing, aku ada kat tepi laut. Kat KL mana ada laut. Ohh.. mimpi rupanya.

Sila kongsikan pengalaman anda bersama mercun.

Thursday, October 12, 2006

Mercun IKS

Masa zaman-zaman tahun 80 an dulu, mercun buatan sendiri adalah jenis mercun paling top kat Tanah Melayu ni. Hari-hari ada keluar dalam sokkaba pasal budak putus jari, putus tangan, putus telinga, putus asa, putus sudah kasih sayang, dan putus harapan disebabkan mercun buatan sendiri. Diorang ni buat mercun pakai besi paip, memang la bahaya. Silap-silap kepala hotak pun boleh putus ooo.

Sebagai remaja belum akil baligh yang normal, aku tak terlepas dari gejala sosial tersebut. Aku dan member-member aku buat mercun pakai Spark Plug. Tak kira la spark plug motor atau spark plug kereta. Yang mana kitorang jumpa, itulah yang kitorang bedal. Korang tau ke rupa spark plug macam mana? Bagi yang tak tau, aku sertakan imej di bawah.



Macam mana spark plug boleh jadi mercun?? Stepnya adalah seperti di bawah. Sila jangan praktikkan di rumah OK?

1. Buangkan 'Dry and Wet fouling' (aku baru tau nama dia ni lepas tengok gambar kat atas). Susah jugak nak buang dia. Meh kita zoom gambar 'Dry and wet fouling' ni.



Macam-macam cara boleh dicuba untuk membuangnya seperti ketuk dengan skru driver dengan hammer. Lama-lama dia tercabut la. Bila dia dah tercabut, akan terbentuklah satu perigi buta yang kecil kat spark plug tu.

2. Ikatkan Skru di badan spark plug dengan dawai yang kuat. Saiz skru mestilah cukup untuk menutup lubang perigi kecik tu. Lebih padat lebih power. Untuk makluman semua, kumpulan Kru tak ada kena mengena dengan skru.

3. Ikatkan kain sepanjang satu hasta kat bontot spark plug yang tak sepower bontot J.Lo. Untuk makluman semua, bontot J.Lo memang power. Sapa tak setuju, memang takde napsu. Kasi potong je la, bagi anjing makan.

3. Beli bunga api yang banyak asap tu. Dulu harga dia seposen 3 batang. Buang pembalut kertas warna merah yang membalut belerang bunga api tu. Jari-jemari akan berwarna kelabu sebab kena belerang. Kalau rasa boring untuk buat benda ni, boleh nyanyi lagu 'Jari-jariku Sakit Semua' yang berirama Melayu Deli sambil membuang kertas merah bunga api tersebut.

4. Masukkan belerang ke dalam perigi kecik kat spark plug. Tutup dengan skru, seperti menatang minyak yang penuh. Ataupun seperti proses pembiakan manusia yang tak manis kalau aku ceritakan di bulan Ramadhan ini.

5. Pegang hujung kain yang di ikat kat bontot spark plug. Lambungkan setinggi yang boleh. Lambung secara 90 darjah. Jangan lupa baca bismillah 3 kali.

6. Spark plug akan jatuh menjunam ke tanah mengikut prinsip tarikan graviti. Bila dia jatuh, skru akan menghentak belerang dalam perigi kecik secara kuat, maka tenaga kinetik bertukar menjadi tenaga bunyi + tenaga cahaya + tenaga haba. Kalau nak lebih tenaga, minumlah power root, untung-untung boleh menang motor.

Kuat jugak bunyi dia. Bergantung kepada ketinggian lambungan dan jumlah belerang yang di isik.

Ada sekali tu member aku buat belerang padat gila, dia punya bunyik, macam bunyik bom. " "GedebomMmmmmMM!!!!!". Lepas tu aku dengar ada pinggan jatuh kat dalam rumah jiran. Lepas tu aku dengar bunyik makcik tu menjerit "Celaka punya budakakkkkkk!!!". Lepas tu kitorang lari carik port lain. Lepas tu kitorang main sampai habis bunga api.

Bahayanya main spark plug ni kalau spark plug jatuh atas kepala. Silap-silap otak boleh meletup, dan boleh jadi gila.

So... apa lagi? boleh la try.. aku cerita-cerita ni, gian pulak aku rasa nak buat menatang ni lagi. Tadi aku tak kasi praktikkan, ni aku ajak praktikkan pulak. Lidah bercabang betul!

Chow.

Wednesday, October 11, 2006

Ulama' Judi yang Bertaqwa

Heh heh heh

Aku sekarang dah ada kat KL. Aku balik dari JB hari Sabtu lepas.

Dah lama tak update blog aku ni. Kalau dah biasa tak update, rasa macam malas je aku nak update. Bila dah malas nak update, rasa macam aku takde blog pulak. Bila aku bukak blog aku balik, baru aku teringat yang ni blog aku rupanya. Mula-mula aku menyumpah-nyumpah jugak la sebab tuan punya blog tak update-update everytime aku masuk blog ni. Rupanya sumpah telah memakan diri sendiri, atau dalam bahasa omputeh, Swear has eaten myself.

Memandangkan aku telah berjanji nak sambung cerita pasal tikam, aku sambung jugak la. Ingatlah, barangsiapa yang memungkiri janji, dia termasuk golongan munafiq <-- tazkirah ramadhan.

Tikam ni adalah salah satu cabang judi yang amat popular untuk kanak-kanak. Aku tergerak untuk menjadi tokeh tikam selepas tengok Along jadi tokeh tikam. Aku beli tikam tu kat kedai cina tua kat opposite KFC Setapak. KFC sebelah kanan, kedai tu sebelah kiri. Kalau jalan terus lagi, kita boleh sampai Bulatan Pahang. Kalau terus lagi, boleh sampai Hospital Besar KL. Kalau terus lagi boleh sampai Chow Kit. Kalau belok kanan, boleh sampai Lorong Haji Taib. Kalau pusing-pusing kat lorong Haji Taib tu, boleh menonton aksi pondan. Bermacam-macam pesen pondan ada. Ada yang cun, ada jugak yang perasan cun. Tapi waktu malam je la. Waktu siang, pondan tidur.

Berbalik kepada cerita tikam. Orang suka beli tikam dekat aku. Sebab apa? Sebab everytime aku jual tikam, mesti hadiah Seringgit ada orang kena. Hadiah seringgit adalah hadiah paling besar dalam tikam aku. Kalau hadiah seringgit tu tak kena, orang tak percaya kat aku. Mesti diorang cop aku ni 'operate' tikam tu dulu. Diorang akan boykot apa saja tikam yang aku jual sebab aku dah buang hadiah singgit tu. Tapi aku pandai, dalam perjudian mana ada tokeh yang jujur. Taktik aku ialah macam ni:

1. Buang hadiah seringgit
2. Jual Tikam - selalunya 2 hari tikam dah nak habis
3. Taruk balik hadiah seringgit
4. Orang kena hadiah seringgit, tapi tikam aku nak habis dah. Untung maksimum

Kenapa aku buat macam tu? sebab customer-customer aku tak nak main dah sebarang tikam yang dah kena hadiah seringgit. Hadiah seringgit ni ada satu je setiap tikam. Sebenarnya diorang ni bukannya nak kan sangat duit singgit tu. Kalau diorang mintak kat mak diorang, sure boleh dapat punya. Tapi, yang diorang nak ialah 'feel' kalau dapat hadiah seringgit tu. Sebab kalau diorang kena seringgit, diorang punya lompatan kegembiraan tu macam orang kena sejuta hinggit. So, kalau tikam yang aku jual tu awal-awal dah ada orang kena seringgit, baik aku campak lombong aje la tikam tu.

Selalunya aku akan jual tikam dekat kawasan bazar mercun. Memang dulu kat Taman Melati tu ada kawasan orang jual mercun sebijik macam orang jual makanan kat bazar ramadan. Memang meriah betul la kat situ. Masa tu penjualan mercun masih dihalalkan oleh kerajaan. For your information, salah satu strategi bisnes yang penting ialah lokasi yang sesuai. Memang sesuai la lokasi aku tu sebab ramai orang datang kat situ setiap malam untuk beli mercun dan bunga api. Aku jual tikam la. Tak payah lesen perniagaan pun. Masyuuukkk...

Perniagaan aku bukan sahaja statik di taman perumahan. Aku lebarkan sayap perniagaan aku kat sekolah pulak. Ha ha ha. Aku jual tikam dalam tandas. Perghhh.. pakcik kayo.. pakcik kayo. Kiranya aku dulu, boleh digelar sebagai Ulama' dalam bidang perjudian la. Abah tak marah pun. mana boleh marah, sebab rahsia perjudian dia semuanya dalam tangan aku (Abah adalah seorang kaki nombor ekor yang sikit lagi nak tumbuh ekor kat bontot dia). Bapak borek, anak rintek, emak **tek. Cuma aku lebih berjaya sebab aku tokeh judi. Abah mengayakan tokeh judi.

Dengan keuntungan yang aku perolehi, dapat jugak la aku beli apa yang aku nak seperti beli mercun, bunga api, dan lain-lain lagi tanpa mengharapkan subsidi dari mak bapak mahupun kerajaan. Aku rasa kalau aku istiqomah menjadi tokeh judi sampai sekarang, Paris Hilton pun tergila-gila kat aku. Ha ha ha.

Cakap pasal mercun ni, teringat pulak aku aktiviti membuat mercun sendiri masa aku sekolah rendah dulu. NAntilah aku cerita!! heh heh heh..

p/s: apasal aku start dengan heh heh heh, aku habis pun dengan heh heh heh? buan tebiat ke apa!

ehh.. korang dah tengok cerita Rob-B-Hood kat wayang? best lah citer dia. Dah 2 kali aku tengok.

Monday, September 25, 2006

Puasa di Perantauan

Pejam-celik-pejam-celik, angkat-tolak-masuk-picit, naik-tangga-turun-tangga, sorong-papan-tarik-papan, alih-alih dah bulan puasa dah.. Tahun ni aku berpuasa di perantauan. Tahun lepas pun kat perantauan jugak (Penang). Nak buat macam mana, dah body-luck (nasib badan).

Selingan (Lagu Perwira - Nyanyian Saloma)

Kekanda di medan perang,
Adinda di medan seni,
sama-sama berjuang,
sama sama berbakti,
untuk ibu pertiwi..

Majulah kekanda maju, jangan undur (Bulan puasa tak baik otak kuning. Ni lagu perang ni.)
Dinda mohon doa restu.. bla bla bla

Pagi tadi aku sahur kat bilik aje. Room Service hantar makanan sahur. Dah la taruk dalam mangkuk tingkat. Macam nak gi picnic kat PD je. Menunya ialah:

1. Nasik sepinggan
2. Kari ikan 4 ketul
3. Ayam masak kicap 4 ketul
4. Sambal udang - 5 ekor
5. Epal, Oren, Kurma, dan air kosong.

Punya la banyak lauk dia bagi. Macam perli aku je.. tak abis pun aku makan. Sapa nak sahur free, datang la bilik aku, bawak nasik je. Kalau boleh, bawak neskepe tarik kurang manis sekali.

Bulan-bulan puasa ni teringat aku masa darjah 5 dulu. Aktiviti paling menguntungkan masa tu ialah menjual tikam. Korang tau ke tikam yang mana aku maksudkan ni? Bukan kuih lompat tikam, tapi tikam judi punya. Koyak nombor, kalau kena, boleh dapat duit. Ada macam-macam design tikam ni. Ada gambar Apache (red indian), Jacki Chan, Superman, Thundercat, Kungfu mabuk, Buah-buahan, dan macam-macam lagi. Aku beli satu set tikam dengan harga Singgit setengah je. Tapi bila jual balik, boleh dapat 4 hinga lima ringgit satu. Biasanya satu tikam yang aku jual, habis dalam 2-3 hari je. Ada bakat jadi tokeh judi aku ni.

ESok aku sambung.... bulan puasa tak baik cerita merapu banyak sangat. Lagho..

Astaghhfirullahal'azim..

p/s: selamat berpuasa kepada yang puasa. Kepada yang tak nak puasa, makanlah korang kahak-kahak aku kat neraka nanti. Ha ha ha ha.

p/s2: bau mulut aku dah macam bau kasturi dah... ahhh.. segarnya..

Monday, September 18, 2006

Sungguh Ceria

Aku sungguh ceria bila bangun pagi ni.

Kenapa ya?

Ohh.. Arsenal menang semalam.

Dengan team mana?

Ohh.. Manchester United.

Main kat mana?

Ohh.. Kat stadium Manchester United, Old Trafford.

Dengan gembiranya aku pergi kerja sambil dengar CD Britney Spears kuat-kuat seolah-olah aku adalah peminat setia Britney Spears.

Jangan marah aaaa penyokong MU. Heh he heh

Thursday, September 14, 2006

Hidup Hisap

Mesti korang berbulu aje kalau tiap kali masuk blog aku takde entry baru. Tiap-tiap kali bukak je blog aku, tajuk 'Nasik Lemak 5 Posen' yang jadi tajuk utama akhbar. Kalau aku pun aku berbulu. Usah katakan aku, ulat bulu pun berbulu kalau bukak Blog aku. Bulu - balu - bahulu - bahalul.

Jadi untuk menambahkan bulu-bulu korang, aku stop kat sini saja dulu. Aku tengah kerja sekarang ni. Oh ya.. lupa pulak aku nak cakap, aku kat JB skarang ni. Dah seminggu aku outstation. Projek aku kat sini schedule sampai 5/10/2006. Jadi, dalam 3 minggu lagi jugak lah aku akan duduk kat sini.

Aku duduk kat hotel Puteri Pacific. Nombor bilik aku takleh bagitau la. Takut ada yang ketuk bilik aku pulak. Kalau pencegah maksiat, buat penat je la diorang ketuk bilik aku sebab aku lonely. "Lonelyyyyy... I'm Mr. Lonelyyyyy.. I have nobodyyyy.. on my ownnnnn wiiuuiiuuuiuuu.." betul ke lirik lagu yang aku tulis ni?

Macam ni la life aku, pagi breakfast kat hotel. Makan buffet. Mula-mula tu banyak jugak lah aku makan. Masuk hari yang ke tiga aku makan roti dengan buah aje. Masuk hari keempat aku dah tak pegi breakfast dah kat hotel tu. Lepas tu terus gi kerja. Pukul 12 malam baru aku balik. Bosan lah. Dah la bosan, gersang pulak tu.

LIFE SUCKS = Hidup Hisap
LIFE SUCKS = Hidup Nenen?
SUCK SUCKS = Hisap Hisap
SUCK SUCKS = ???

Heh heh heh..

Chow. Banyak kerja.

Sunday, September 03, 2006

Nasik Lemak 5 Posen

Nasik lemak mak aku memang sedap. Yang aku maksudkan 'nasik lemak' kat sinik ialah nasik lemak lah. Bukannya nasik lemak 2 bungkus yang perempuan dewasa ada tu. Ada yang singgit, ada yang 2 ringgit setengah. Ada yang makan tak abis. Yang kuih koci pun ada gak. Bergantung kepada genetiklah. Aku ni cakap macam Dr Ismail Thamby la pulak. Don't worry.. size doesn't matter (dengan hipokritnya aku cakap).

Berbalik kepada cerita nasik lemak. Ehh.. kenapa ejaan nasik ialah NASI tapi kita sebut 'nasik'? Tapi kalau perkataan yang lain yang hujungnya huruf 'I' takde pulak kita tambah huruf 'K' kat hujung? Mari kita buat beberapa ayat tentang perkataan-perkataan tersebut:

Harik inik Alik pergik kedaik nasik naik lorik. Adak babik menarik-narik sambil makan rotik. Alik panik, laluk langgark larik babik sampaik babik tuk matik. Hik hik hik hik.

Berbalik kepada cerita nasik lemak. Kena tulis dalam perenggan lain, kalau tak nanti ceita lain pulak yang keluar. Tekan "ENTER <--" 2 kali.

Mak aku buat nasik lemak untuk berniaga macam buat nasik lemak untuk keluarga. Santannya cukup, sambalnya sedap, telurnya telur ayam, timunnya kaler green dan lain-lain lagi. Bungkus pulak pakai daun pisang. Daun pisang tu siap layurkan dulu atas api supaya tidak ada bakteria atas daun tu yang berjangkit kat nasik. Tak pernah aku beli nasik lemak kat orang, daun pisang tu cantik je berkilat. Paling kuat pun, tokeh nasik lemak tu lap-lap je dengan kain buruk yang buruk macam muka dia.

Aktiviti membuat nasik lemak bermula sejak petang lagi. Aku yang kena pergi kedai beli barang-barang. Lepas tu kena tolong gunting cili kering dan ramas-ramas cili tu macam ramas 'nasik lemak' supaya biji cili kering terpisah dengan badan cili kering. Lepas tu aku pun boleh la tengok tv supaya nasik lemaknya sedap dimakan.

Waktu malam pulak abah layurkan daun pisang dan potong-potong untuk ready sebagai pembungkus. Sambal pun masak malam tu jugak. Telur pun rebus malam tu jugak. Esoknya pagi-pagi lagi sebelum subuh, Mak dah bangun utk masak nasik lemak. Lepas subuh, Abah bungkus nasik lemak. Abah taruk nasik lemak tu sebungkus macam 2 bungkus. Siap padat-padatkan lagi. memang kenyang betul makan sebungkus. Kalau makan pagi, malam baru rasa lapar. Selalunya sehari Abah akan bawak dalam 40-50 bungkus nasik lemak ke opis. Mihun/Mi/Kuetiau goreng pulak dalam 20 bungkus. Kuih satu jenis je. Satu hari lepat pisang, satu hari kuih kaswi, satu hari kuih talam, satu hari karipap, satu hari kuih gulung/ketayap, satu hari kuih apam manis Velvet.

Kuihnya besar-besar. Kalau lepat pisang tu, size yang boleh jual 60 sen sebijik la zaman sekarang ni. Karipap intinya nak padat-padat. Bukan macam sekarang ni, karipap besar, isik dalam 50% angin je. Abah cakap, nanti kalau buat tak padat, customer goncang-goncang karipap tu dan perli 'karipap angin' ke ni? (Mak engkau punya 'karipap' la karipap angin).

Abah jual nasik lemak dan mihun goreng 50 sen je. Tapi aku rasa kos pembuatan mau sampai 40 sen seunit sebab nak jaga qualiti. Kuih pulak 20 sen je satu. Tapi aku rasa kos pembuatan dalam 15 sen seunit. Tak berbaloi beb. Nak membuatnya penat. Dah la tu! Nak beli nasik lemak 50 sen pun nak hutang ke????? Helloo.. customer abah ialah pegawai-pegawai dan menejer-menejer Bank Negara Malaysia tau. Bukan operator kilang yang dah nak tutup. Pelik betul aku.

Bagi aku, Abah tak sesuai berniaga makanan ni. Macam nak belanja orang makan je. Tak berbaloi. Belum kira penat meredah belukar untuk ambik daun pisang lagi. Sepatutnya berniaga makanan ni, untung bersih mesti boleh dapat sekurang-kurangnya 50%. Bukan aku cakap tak payah jaga quality, tetapi dengan quality itu sepatutnya harga jualan pun tinggi la sikit. Kalau Jeans LEVIS tu jual harga macam Jeans LIVES, bankrupt la. Sama jugak antara dunhill dengan bunhill, Adidas dengan Abibas dan sebagainya. Itu pasal la Mak pun macam malas je nak tolong Abah buat nasik lemak. Kadang-kadang terjadi jugak la pertengkaran yang menyakitkan telinga. Lagi satu kelemahan Abah ialah dari segi cashflow control. Aku rasa dia tak tau pun kos pembuatan seunit produk dia. Yang dia tau, jual nasik lemak 50 sen, kuih 20 sen.

Aku ingat aaa, kalau Abah berhenti kerja masa tu, dan Istiqomah jual nasik lemak dengan dibantu oleh Mak, dengan financial managemnet yang cekap, Abah dah jadi Jutawan Senyap dah 10 tahun lepas. Siap-siap boleh dapat pangkat Dato'. Oleh sebab nama Abah aku ialah Ibrahim, orang akan panggil dia Dato' I. Boleh la kahwin dengan penyanyi nombor satu negara pada masa tu iaitu Ramlah Ram. Tak pun Zaiton Sameon. Zaiton Sameon masa tu seksi giller ooo. Menyanyi dalam sungai kat bawah jambatan pakai skirt pendek je. Lintah masuk kat dalam 'tuutt' baru tau! Aku pun boleh la jadi anak jutawan dan melakukan gejala sosial. Ha ha ha ha..

Nasik lemak buah bidara,
Daun selasih hamba lurutkan,
Berniaga nasik lemak tak buat kira-kira,
Untung bersih dapat sikit je la kan?

So, tugas korang pulak: Cuba kira berapa kali aku tulis perkataan 'nasik' dalam entry ni.