Friday, May 26, 2006

Pelik Tapi Benar

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap cibai kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesel L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)

Aku tak update blog sampai Selasa depan. Nak pergi Cherating bersama keluarga. Yahoooooo....

8 comments:

Taiko said...

ye cik tina.. datang la. kita meriahkan lagi suasana. Clubmed tau.. hehehe acah ajo.

Anonymous said...

Bermain di ranjang? Saya budak2 lagi nie.... Tatau aper2... hehehe...

p.s. Bwk balik ler buah tgn dr Cherating.... Buah kaki pon kami tak kesah... HAHAHA...

gerberra said...

Bagus jugak la kajian ko kali ni
Selamat bercuti

chics@get-pretty! said...

hahahahahahahaha

Izham Miyake said...

ko ajak omen tak?

ni dah rabu dah ni.. bila ko nak hupdate ni ?

nadya.s said...

HAHAAHAHAHAHAHAHAHAAHAHA...aku gelak non stop. hampeh la kau buat lawak yg aku terpaksa baca time kerja! dah org cop aku gila kt opis nih!!

Noral said...

lawaknye
*gelak berguling-guling*

Anonymous said...

gilo, gilo.. mano ekau belaja belawak camni? bondo polik tapi bona mmg ado mcm nombor kereta:

plet kereta : PUK 1, BAB 1,