Wednesday, May 24, 2006

Orang Original

Dalam negara kita ada banyak kaum. Salah satu kaum yang ada di dalam negara kita ialah kaum Orang Asli. Orang Asli di dalam bahasa Inggeris ialah Aborigin. Aborigin dalam bahasa Melayu pulak ialah Orang Original. So, selain daripada Orang Asli atau Orang Original, Orang-orang lain semuanya lokal. Lokal di sini bermaksud tak original la. Murah sikit harga spare part dia.

Mengapa aku cerita pasal Orang Asli hari ni? Sebab aku nak cerita pasal persahabatan aku dengan 2 orang Orang Asli kat dalam kelas aku iaitu Riminin dan Inyaris. Diorang ni Orang Asli Batu 12 Gombak.

Riminin adalah seorang yang pendek. Macam mana mak bapak dia boleh terpikir nak bagi nama Riminin entah. Sedap jugak nama dia. Rambutnya macam tempurung seperti Temenggung Jugah Anak Barieng seorang Pahlawan Sabah dalam memperjuangkan kemerdekaan. Kalau taruk katak atas kepala dia, sure jadi peribahasa 'seperti katak atas tempurung'. Dia ni pandai melukis dan jugak memanjat pokok yang tinggi. Aku pernah mempergunakan dia untuk mengambil buah rambutan yang tinggi. Skill dia petik buah rambutan tu macam beruk. Petik pakai kaki je. Respek sungguh aku. Aku rasa beruk pun respek kalau tengok dia panjat pokok.

Inyaris a/l Anggek adalah seorang yang gemuk dan selekeh. Nama dia kelakar. Macam 'nyaris-nyaris' jek. Dia ni pergi sekolah hari ni pakai baju semalam. Pergi sekolah semalam pakai baju kelmarin. Makan comot-comot. Pergi sekolah tak mandi. Gigi tak pernah gosok. Kaler kuning je gigi dia. Hidung sentiasa berpeluh. Rambut kusut masai. Pendek kata, keasliannya terserlah la. Dia seorang yang takut pada kakaknya yang lebih kecik dari dia. Kakak dia cun jugak. Macam mana la adik boleh huduh? Dah la huduh, buduh pulak tu. Mengeja pun tak berapa pandai walaupun dah darjah 6.

Aku suka kawan dengan diorang ni sebab diorang ni kelakar. Sleng cakap Melayu pun macam Orang Asli punya sleng. Kalau aku bercakap dengan diorang, aku pun terikut-ikut sleng Orang Asli diorang. Nasib baik la aku hensem sikit. Kalau tak, sure orang ingat aku adik beradik je dengan Inyaris a/l Anggek tu.

Ada dua perkataan Orang Asli je yang aku ingat diorang ajar aku:

1. Ta'ong = Babi

Contoh Ayat: Semalam bapak aku dapat tangkap ta'ong. Mak aku aku masak seddap!!

2. Rejaj = Rogol

Contoh Ayat: Kalau kau tipu aku, aku rejaj kau sampai berdarah. (ini contoh ayat yang Riminin ajar. Bukan aku reka sendiri).

Ada jugak perkataan yang lain, tapi aku tak berapa ingat. Perkataan yang buruk-buruk je yang aku ingat. Heh heh heh.

Si Riminin sekolah jugak la sampai habis tingkatan 5. Yang Si Inyaris pulak sampai darjah 6 je. Aku dengar lepas habis sekolah rendah dia kerja kat Ladang Teh Cameron Highland. Entah-entah sekarang dah kaya. Lagi kaya daripada aku yang tak kaya ni.

Apa yang aku nak ketengahkan kat sini sebenarnya ialah berkawanlah tanpa mengira suku, bangsa, agama, dan negara. Tak kisah la nak kawan dengan Orang Cina ke, Orang India ke, Orang Putih ke, Orang Utan ke, Orang-orang kat sawah padi ke. Aku ni orang Minang. Orang Minang ni terbahagi kepada 12 suku. Suku aku ialah 'Tiga Batu'. Kalau ikut adat Pepatih, tak boleh kawin sesama suku. Nanti otak jadi 3 suku. Cakap pasal suku ni aku pernah dengar cerita lawak lucah. Ceritanya macam ni:

Satu rombongan meminang telah datang ke rumah sebuah keluarga Minang untuk meminang anak daranya. Pak Ali ialah wakil keluarga lelaki. Pak Abu pulak wakil keluarga perempuan.

Pak Abu: Nanti kalau dah kawin nanti, pengantin lelaki kena masuk 'suku'.
Pak Ali: Heh heh heh.. itu saya tak berani jamin. Terpulanglah pada pengantin nanti nak masuk suku ke, masuk setengah ke, atau pun masuk semua sekali. Kan benda tu halal selepas berkahwin. Kalau tak, macam mana nak berkembang zuriat.
Pak Abu: ?????

Chow.

16 comments:

Anonymous said...

Tokey kebun sayur cameron smmgnyer kaya nak mampos......

Anonymous said...

lawak lucah ko ni aku phm la.. :p tp statement 'masuk suku' tu apa maksud dia yg sebenar?

Anonymous said...

temenggung jugah tu sarawak la... cemane bleh lepas malaysian studies nih...

Adu said...

Bestnye kawan ngan orang Asli. AKu takdepon kawan orang asli...

Tapi lawak suku ko tu mmg kelas.. release tensen aku.

booGie said...

Cerita semua kelakar.
Tapi yang paling bagus "berkawanlah tanpa mengira suku, bangsa, agama, dan negara.
Ada nilai murni di situ.

13may said...

aku paling suka part "seperti katak atas tempurung"...kah kah kah...sempoi betoi....

Anonymous said...

aku suka tang masuk suku tuu..lawak nak mampos..tp kalo betol2 masuk suku mana sedap..tul tak taiko..hehe..

gerberra said...

Kwn aku anak orang asli.Pempuan tapi tenaga mcm lelaki. Pandai. Ambik kos engineering lagi.Tapi aku tak tau dia suku ape.

Unknown said...

mcm pernah ku dengar cerita itu.. tapi di mana yaa??

Anonymous said...

ko memang 3 suku la taiko hhiihihiiihiih

Izham Miyake said...

masuk suku tu macam, lelaki tu kena mengaku sesuku dengan orang2 sesuku yang lain tula. kena ikut adat dan sebagainya..

temenggung jugah anak barieng sarawak la taiko. Lemah! (macam lego cakap sambil angkat tangan macam karam singh walia)

pasal lawak lucah tu, kalau sekaki macam mana nak masuk habis. sure suku aje kan? hehehe... itu pun kalau muat ...

kalau nak jumpa orang asli, banyak kat menara telekom. mostly cleaners kat situ orang asli dari gombak.

yang pompuan lawa2 tu..

Taiko said...

uda: memang kaya. aku setuju

anonymous: aku kompius temenggung jugah dengan abu bakar ellah la. Lebih kurang je muka dia.

foxybabe: Kalau kau nak kawan dengan orang asli, aku boleh carikkan. Level tok batin pun boleh. Awas! jangan sampai direjaj.

boogie: Untuk lebih nilai murni lagi, pergi la Nilai 3.

wakhubby: wakhubby wahabi?

faitty: betul.. betul. aku setuju.

gerberra: sapa nama kawan kau tu? halimon yap seng ong ke?

azq: di rumah la

mohenzz: aaahh.. kau lagi gila. dah la hodoh!

izham: kau ni banyak terpengaruh dengan vcd la. heh heh.

13may said...

Taiko...wahabi lain...wakhubby lain...benda yg totally x sama...mungkin bunyik lebih kurang sama...tapi nickname aku x kena mengena dgn golongan wahabi ni....Peace Brader!

13may said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Best regards from NY! cd key changer lod diablo call of duty cd key changer method get Phendimetrazine 270 count free shipping

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it Control parental share koblentz attorney playmates and breast implants Pda mounts 2006 bmw 7 series+rear idrive sportsbook offers you a completely legal Olympus sp-310 broken lcd Best rhinoplasty surgeons in toronto canada http://www.withdrawal-from-percocet.info breast pump breast enlargement pill bridal tiaras bridal