Masa dulu aku cukup suka main bola sepak. Aku main bolasepak sama dengan budak-budak besar. Budak-budak besar yang aku maksudkan dekat sini ialah yang dah sekolah menengah la. Along sungguh terel main bola. Dia selalunya akan menjadi ketua pasukan kalau ada lawan bola antara blok-blok kat Taman Melati tu.
Mula-mula aku memang tak pandai main bola. Tendang pun tonjol je. Korang tau ke apa yang dimaksudkan dengan tendang tonjol? Tendang tonjol ialah tendang dengan hujung jari. Kalau main pakai kaki ayam, sure sakit punya ibu jari. Kesian ayam, banyak binatang lain lagi yang tak pakai selipar, ayam jugak yang kena. Dah la ayam tandoori sedap.
Masa dulu kitorang pakai bola jenama TANGO. Bola Tango ni bukannya bola macam zaman sekarang ni. Ni bola besar dan berat punya. Kalau kena air ia akan bertambah berat. Aku tak la timbang bola tu. Tapi aku tau la ianya lebih berat sebab susah nak sepak. Kalau berani tanduk la bola tu masa bola tu basah. Kalau nak tergeliat tengkuk korang buat la. Aku tak bertanggungjawab.
Selalunya aku main bola sebagai bek. Bek bermaksud defender, Bukannya aku jadi pompom boy yang menyanyikan lagu "bek bek kambing" kat tepi padang. Budak budak besar semuanya nak jadi striker. Budak-budak kecik pulak yang jadi bek. Kalau kena serang, kitorang serbu la ramai-ramai kat striker yang tengah bawak bola tu. Kadang-kadang aku main jahat jugak. Aku sepak kaki brother tu. Tapi kaki aku yang sakit. Dia punya tulang macam besi. Aku punya tulang macam kayu. Kalah la aku. Selalunya striker-striker ni berani main 'curik ayam' (offside) sebab takde penjaga garisan. Hah.. tengok tu! Ayam jugak lagi yang kena. Padahal banyak binatang lain lagi yang boleh kena curik. Kesian ayam.
Masa aku darjah 3 tu (tahun 86) ada World Cup kat Mexico. Aku, Abah dan Along akan berjaga untuk tengok bola. Masa dulu aku sokong Brazil. Aku sokong Brazil sebab Along dengan Abah pun sokong Brazil. Pemain Brazil masa tu yang aku ingat ialah Zico, Socrates, Falcao, dan Careca. Tapi Brazil kalah ditangan France masa Quarter Final dalam penentuan penalti. Kecewa je aku. Sejak Brazil menang World Cup 94, aku dah tak sokong Brazil dah.
Masa tu France punya star ialah Michel Platini yang rambut kusut masai tu. World Cup 86 Argentina yang jadi champion, kalahkan Jerman Barat 3-2 masa final. Aku tengok game final tu. Sungguh mendebarkan sebab Argentina dah leading 2-0, lepas tu German boleh score jadi 2-2 pulak. Nasib baik si Burruchaga skor untuk Argentina lepas tu. Maradona masa tu tengah top giler. Madonna pun tengah top jugak masa tu. Menyanyi kat konsert pakai coli je. Respek sungguh aku. Kalau Marsha AF3 buat camtu pun ok gak.
Masa dulu aku siap gunting gambar-gambar player kat suratkhabar dan tampal dalam buku kosong. Aku asingkan satu atau 2 pages untuk satu player. Ni Along jugak yang ajar aku. Entah mana entah buku-buku tu sekarang. Kalau jual sekarang ni sure laku punya. Yang aku ingat dalam tu ada gambar Maradona, Zico, Platini, Boniek (Poland), Altobelli (Italy), Rummenigge (Jerman), Lineker (England), Peter Shielton (England), Dino Zoff (Italy).. arghh.. banyak laa.. tak ingat aku! Gambar Madonna takde la. Cyndi Lauper pun takde.
Heh heh. Sebenarnya aku tengah tak sabar nak tunggu World Cup ni. Empat tahun sekali tu beb. World Cup 2002 aku takde anak lagi. World Cup 2006 dah 3 dah anak aku. Menakjubkan sungguh la. Inilah keajaiban dunia. World Cup 2010 entah-entah anak aku dah jadi 6. Ha ha ha ha (Gelak macam gangster kat tempat minum beer).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Kaka and Ronaldinho in the same team..woo hooo...
salute to this semestarian for his exceptional memory!:P
the only world cup i remembered was 1998 world cup in france - bcoz i was there!! :P
Subur sungguh la korang laki bini.. pakai baja apa tuh :p
aku rasa world cup 2018, ko dah bleh setup satu team bola taiko..team anak beranak..haha
aku ingat aku tgk final world cup 1998 brazil vs france kat dalam Sg congkak. Bwk tv guna generator. Antenna letak atas pokok. Tapi semua jejaka2 yg uruskan. Jejaki tau tgk player2 je.Hehehe
aku bek jgk dulu. pernah masuk gol sendiri, sekali masa semi tournament. mampus kena maki. nasib baik tak kena tembak cam escobar. Sumpah skali je aku buat. ahaha
aku ada buku tampal2 stiker team bola masa kite sekolah rendah tu. satu peket singgit, dapat 3 stiker.
buku tu, kalau jual laku tak?
Haha. Bleh masuk cite madonna pakai coli. sabar je..
Aku layan world cup 1998 - terus jatuh cinta ngan owen. Pastu jadi penyokong liverpool masa menganggur tahun 2000. Heh heh. tak sia2 sebab diorang menang cup banyak tahun tuh.
World cup 2002 - Aku main betting, menang RM 25. Ok gak lah.
Tak sabarnye.. Tahun ni aku nak tengok sapa underdog. Hampa la aku senegal kalah tahun 2002.
aiyoo, camner la england without rooney... isk isk isk
lily: kau sokong brazil ke? bagi la team lain menang pulak
azq: i was there also.. but in front of the TV.
Chi: Tak pakai baja. Belasah aje.
Garberra: Kat Sg Congkak main congkak aje la. Nengok bola pulak.
Boogie: heheheh.. aku pun pernah skor gol sendiri masa semi final. Heh heh heh. Cantik sungguh gol akui tu.
Caza: masuk lelong.com, cuba try bid
foxybabe: aku pun hampa senegal out masa 2002. Diorang main cun giller! amazing siot!
faitty: akan diusahakan!
Ya taiko.. aku baru nak singkap kisah kau score gol sendiri tu.
Bukan setakat gol sendiri, cantik pulak tu jaringan kau.
Nasib baik masa tu miskin, kalau kaya dah tentu aku rakam dalam Video cam pastu letak kat blog aku. hehehehe!
tak...suka tengok brazil and spain tapi support england...sebab selalu tengok EPL kot..rasa macam sedara sekampung pulak :)
tenno: Aku ni kan senang hilang arah. Aku ingatkan aku pandang arah utara. Rupanya aku pandang arah selatan iaitu arah gol team aku. Aku nak clear bla. Rembat punya la laju. Tu yang masuk cantik tu.. heh heh
You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it Panty pic tennis skirt taxi eyeglass frames eyewear management training trademark attorney domain names cindy crawford &aposs skin care line http://www.casino-sportsbook-6.info Schaumburg divorce attorney 2003 black mustang convertible Golf courses in central wisconsin gay shorts merchant accounts Ambien & cpap
Post a Comment