Heh heh.. hari ni aku dah masuk kerja Maxis balik. Dah 2 minggu aku menganggur. Habis duit aku tengok wayang hari-hari. Banyak gak cerita aku tengok. MI3, She's The Man, Poseidon, Hils Have Eyes (macam sial), Man Laksa pun aku tengok. Heh heh heh.
Hari ni kepala otak masih lagi mood cuti. Malas je rasa nak buat kerja. Tapi esok aku dah start project kat Nilai balik. Erghhh... malasnya!
Ok. Aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke derjah 4 pada tahun 1987 tu. Kali ni kelas aku ialah kelas 4A2. Cikgu kelas aku bernama Cikgu Zariana. Orangnya gempal tapi tak gemuk. Berkulit black sweet. Pakai tudung, pakai spek. Comel jugak orangnya. Kalau dia pakai baju kebaya mau tejojol bijik mata tengok dia punya 'punggung di dada'. Suara dia macam halilintar membelah bumi. Kalau dia menjerit, sampai 2 pelaung boleh dengar suara dia. Dia seorang yang tegas, berhati ibu dan kadang-kadang garang. Seorang jurulatih hoki sekolah. Kalau nak dengar suara dia menjerit, masa time lawan hoki antara sekolah la. Masa tahun tu dia masih lagi anak dara. Masa aku darjah 6 baru dia kawin. Cukup la tu description untuk dia.
Ustazah yang mengajar aku ialah Ustazah Ngatiah. Masa tu dia masih anak dara lagi. Apa la aku ni balik-balik anak dara. balik-balik anak dara. Macam perangai duda gian pulak. Haa.. Ustazah Ngatiah berkulit putih, pakai tudung labuh, dan pakai spek mata bulat besar. Macam mahatma Ghandi version wanita la. Dia ni garang. Tapi dia mengajar secara "jelas, terang dan nyata". Sama macam teori Tajwid Izhar Halqi yang dia ajar aku dulu.
Anak-anak sekalian..
Izhar Halqi akan terjadi apabila Nun mati atau tanwin bertemu dengan 6 huruh iaitu Alif/Hamzah, Ain, Ghen, Ha pedas, Kho, dan Ha tak pedas. Bila izhar halqi berlaku, maka bunyi "N" dalam hurup nun mati atau tanwin itu hendaklah dibunyikan dengan jelas. Paham ke? Jangan tanya aku pulak sapa yang bunuh Nun tu sampai dia boleh mati pulak. Nak kena pelempang cuba la tanya.
Sekian pelajaran kita hari ni murid murid. Mari nyanyi lagu kalamunkodi beramai-ramai.
Kalaaamuunn kodi mulllaayyumannusama uhu. Tanazzaan bla bla bla waniyyati.. waniyyati..
p/s: yang bla bla bla tu sebab aku pun dah tak ingat. Dah lama tak tengok pelajaran Muqaddam yang dikelolakan oleh Ustaz Hasan Azzahari kat TV1 masa petang.
Ehh.. dah habis ke entry aku hari ni. Kira habis la.... heh heh heh.. tak sengaja pulak nak abiskan. Tapi sebab dah nyanyi lagu "kalamun kodi" terpaksa la abis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
'Ya Mastura, cuba baca....'
la dah masuk kerja maxis balik? bagusla.. congrats. risau gak aku ko dok lepak sangat. bukan risau apa.. risau kau makin bulat aje..
apa kata ko jalan kaki pegi nilai hari2.. sure kuros... silap2 boleh celen aku yang tak berapa kuros nih..
tahniah ler dapat masok balik kompeni kiter nih..... heheehhh...
dapat travel voucher tak? kami semua dapat travel voucher RM700 tau.... woohoooooooo! dapat jugak pegi jalan2 FREE! Manager & above dapat RM1200... tak aci betul lerr.....
a'ah ye la... rancangan Muqaddam tu aku ingat lagi. Masa skolah rendah dolu-dolu.
Ingatan lu bagus la.
Sekarang ada rancangan Iqra' kat TV9.
"Mari kawan2 kita baca Quran"
Pukul 7 smpi 8 mlm
keskeskes
teringat pulak time sekolah agama kecik2 dulu..hehe..baju putih kain ijau tua...dahla sek ptg..ngantuk betul..
nak tanye ar..maxis terima budak nak wat praktikal ke ar..budak multimedia...
kalamunkodi? apesal aku tak tau?
Excellent, love it! hr manual for call centers bulk email limpo marketing granite top kitchen cart http://www.wisconsinfurniturestores.info/kitchen_islands.html Body builders heatthumbnail designer kitchens sussex kitchens desings kitchen sink grease trap pioneer women in the kitchen Check circuit breakers in 1993 village The advantages of ritalin What is the boy scout boating code purchase affordable xenical online long term side effects of depakote gifts flowers
Cool blog, interesting information... Keep it UP dental insurance procedure codes Car scorpion alarm surveillance wo ist ein lasik zentrum in meiner nahe
Post a Comment