Dari kecik lagi aku suka baca buku. Dulu aku sangat suka baca buku-buku seram. Contoh buku yang aku baca ialah Bercakap Dengan Jin (Tamar Jalis), Berkelahi Dengan Syaitan (Tok Awang Ngah), Kepala Iblis (Mastris) dan macam-macam lagi cerita hantu. Macam-macam jenis hantu la aku tau. Hantu Raya (tak pernah puasa), Hantu Galah (yang suka main galah panjang), Harimau Jadian (Tiger Wood), Penanggal (Suka tanggal seluar) , Hantu Kopek (18SX - suka kopek durian), semua la aku tau. Sungguh seronok aku baca buku-buku tersebut. Kadang-kadang sampai tak boleh tidur. Kalau nak balik rumah waktu maghrib, tangga dah gelap. Tunggang-langgang aku lari naik tangga sebab terbayang-bayang ada hantu yang follow up aku dari belakang.
Satu hari aku pergi kedai buku yang banyak jual buku hantu kat Taman Melati tu. Ada buku Berkelahi Dengan Syaitan siri ke 4. Harga 4 ringgit. Aku takde duit nak beli. Masa dulu takde pendapatan tetap sebab tu takde duit. Tapi aku nak jugak baca buku tu. Lalu aku pun merancang untuk mencilok duit Abah malam tu. Tanpa perancangan yang teliti, sesuatu projek boleh terbengkalai.
Malam tu setelah semua orang tidur, aku pun menyeluk saku seluar Abah untuk ambik dompet dia. Seluar Abah tergantung je. Takkan la aku nak seluk seluar Abah kalau dia tengah pakai. Tak pasal-pasal nanti bukan dompet yang aku dapat pegang, tapi terpegang 'benda' lain pulak. Bila aku dah berjaya dapatkan dompet tu dengan tak semena-mena aku pun cilok la duit sepuluh ringgit. Lepas tu aku sorok bawah tilam aku. Esoknya aku pun dapat la beli buku hantu yang aku nak beli tu. Dapat la aku baca buku tu untuk menambahkan lagi kepoweran aku dalam bidang hantu.
Seperti biasa, clever-clever squirrel jumping, lastly fall on the groud also. Aku ingat Abah tak kira la duit dia. Rupanya dia kira. Berkira sungguh. Ye la, ilmu kira-kira dah ada di dalam dada, rugi la kalau tak pakai. Abah tanya aku sama ada aku ada curik tak duit dia. Aku mengaku aje la yang aku curik sambil bersedia je untuk kena penampar Jepun. Tapi Abah tanya apa aku buat dengan duit tu. Aku cakap la dengan tulus ikhlas bahawa aku buat beli buku. Nasib baik la Abah tak marah. Masa tu lagu 'Aku Tak Marah' nyanyian kumpulan Arrow belum ada lagi. Kalau tak, sure Abah dah nyanyi.
So... kesimpulannya dekat sini.. kalau nak curik duit bapak tu boleh, tapi belilah buku. Kalau nak beli buku tapi takde duit, curikla duit bapak. Alaa... bapak korang pun curik duit bapak kepada bapak korang jugak. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasik kan? He he he... sukati aku je tuduh bapak korang curik duit bapak kepada bapak korang.
Yang lelaki jangan la segan nak mengaku korang ni penyeluk saku jugak. Kalau salah parking tu, sure korang seluk saku punya untuk betulkan allignment. Macam la aku tak tau.
Chow.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
huhuuuhuu
3 suku la ko taiko...
Macamana ko nak seluk saku taiko..alignment tangan ko dah dibetulkan ke? Ala alignment yang aku tunjukkan masa kole kawen tu... heheheh -> tangan pon dah tak leh tegak...
hheheheheh
Aku pernah cuba nak curik duit ayah aku.... Tapi aku tak jadi sbb teringat ayah aku yg garang mcm harimau tue.... Takut kena humban keluar tingkap.... hehehe....
woi Taiko...tiger wood tu, Harimau Kayu la....kah kah kah...mana mai plak rimau jadian....pasal alignment plak...sapa2 yg dok dressing pakai seluar fit...zaman rock kapak dulu mesti susah nak perbetoikan kalau dah salah parking...kan..kan...teringat aku nostalgia rock kapak...pakai kasut aliph:)...member aku pi balas kat umah orang kat Balik Pulau...juai kat aku 10 ketoi...
ada unsur2 seks yang tak keterlaluan di perenggan akhir khas untuk lelaki..diselit jugak satu..ahaks! syabass inspektor sahabb!!
berckp pasal aligment, aku kdg2 fedup bila org lelaki ni dah nampak pempuan depan dia nak jugak betulkan.G la cari toilet adjust kat dalam toilet. Ish..kang kalo aku sound kang dia jugak yang malu
ala... mcm tu baru nmpk seksi sket... XD
hahahah... citer ko maintain kelakar.. cuma skang nih ada tambahan unsur 18 sx lagi.. pergghhh... :D
a'ah..pasal orang lelaki tak leh parking baik2 in the morning? ni asyik meng-adjust in public. Ke nak check yang anu tu tak hilang lagi LOL
henzzz: diam la kau.
uda: curik je. masa kecik-kecik tak berdosa. Dosa ditanggung mak bapak. Jadi kalau kau curik duit bapak kau, bapak kau yang berdosa. heh heh..
wakhubby: aku tak pakai seluar ketat. seluar biasa pun dah ketat.
faitty: sekali sekala heh heh
gerberra: itulah lelaki..
anonymous: aku setuju!
izam: tengok mood la.. kalau masa aku menulis tu otak tengah kuning, kuning la yang keuar.
lily: malulah I nak cakap.
Time aku kecik2 dulu pon, aku suke baca buku Tamar Jalis tu.. lepas tu, nak p bilik air malam2 takut. hehe..
dulu masa aku naik bas nak balik banting, ada apek cina duk sebelah aku sedang khusyuk membaca buku tamar jalis...
aku tak main la selok poket.. seluk je dalam seluar terus.. boleh rasa beb..
tapi kalau kat public tu aku tekan aje.. kalau aku tak buat pun orang tau aku ada..
skrg ko dah pakai seluar size 48 ke?
Looking for information and found it at this great site... » » »
Post a Comment