Tuesday, December 12, 2006

Cliche 2

Ngeh ngeh ngeh..

Bukan salah ibu mengandung,
Salah bapak tak pakai kondom.

Rambut sama hitam,
Tahi pun kadang-kadang sama hitam.

Bersatu kita teguh,
Berdua kita bersetubuh.

Sila contribute..

Monday, December 04, 2006

Cliche

Heh heh heh.. aku ingat aku boleh kerja dengan majalah Ujang la...


Sikit-sikit lama-lama jadi bukit,
Banyak-banyak sekejap je jadi bukit.

Marahkan nyamuk kelambu di bakar,
Marahkan tungau seluar dalam di bakar.

Takde rotan, akar pun berguna juga
Takde rotan, penampar pun berguna juga

Alah bisa tegal biasa,
Alahh.. biasa lah tu.

Merokok membahayakan kesihatan
Merogol membahayakan kemaluan

Kerana mulut santan binasa
Kerana bontot (jenis lebar punya) jamban binasa

Kepimpinan melaui teladan
Kesamsengan melalui terajang
Kelucahan melalui telanjang

Negara bersih rakyat sihat
Negara bersin rakyat berjangkit selsema.

Ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi.
Ikut resmi awek seksi, semakin tunduk semakin nampak isi.

Diam-diam ubi, semakin lama semakin berisi,
Diam-diam Abu, dapat anak nama Zaidee.
(ini ditujukan khas untuk kawan lama aku yang bernama Zaidee Bin Abu. Jangan marah aaa)

Kalau kail panjang sejengkal,
Bermakna lebih kurang 7 ke 8 inci la kail tu.

Membujur lalu melintang patah,
Sila beri laluan kepada melintang.

Orang berbudi kita berbahasa
Orang berbodi kita kata dia tough. (Bodi = otot lengan)

Semoga terhibur.

Saturday, December 02, 2006

Vacancy

SIAPA NAK JADI RAKAN SEKERJA SAYA?

Saya lega apabila mendengar berita ini.

Sekurang-kurangnya nanti saya ada masa untuk membaca blog kengkawan dan juga mengupdate blog sendiri.

Tetapi... Kalau anda seorang yang pemalas macam bab*, tak sanggup ditekan seperti daging burger di tengah roti burger, slow learner seperti tenggiling, dan tak sanggup kerja on weekend seperti dj radio, sila jangan apply. Kerana jika anda dapat kerja ini, anda akan menyusahkan saya sahaja. Sila senangkan saya.

Bukan senang mau senang,
Senang-senang datang la ke rumah.

Sayang-sayang buah kepayang,
Senang-senang boleh la mengular tengok wayang.

terima kasih.

Thursday, November 23, 2006

Lusi Yang Peramah

Pagi tadi aku gi minum kat gerai india tepi jalan kat sebelah tempat kerja aku ni. Gerai ni dimiliki oleh sepasang suami isteri. Dua-dua kelakar. Si isteri yang bernama Lusi (Lucy kot??) komplen kat aku pasal laki dia.

Lusi: Yu tau aaa.. ini air singki pun dia tarak pandai tutup. Ini air banyak sudah keluar. Saya sudah warning dia satu kali, dia buat lagi. Saya kasi satu lagi warning, dia buat lagi. Ini sudah 3 kali saya warning sama dia.

Aku: Kalau kali ni dia buat lagi?

Lusi: Saya cakap aa.. kalau ini kali dia buat lagi, bukan itu air paip juga keluar. Tapi dia punya air juga saya kasi keluar.

Aku: Wakhh kah kah kah (gelak sekuat hati tanpa peduli alam sekitar)

Bukan apa, aku tak boleh imagine macam mana Lusi yang berbadan montel tu nak melaksanakan hukuman tersebut.

Teringat pulak aku kat satu cerita kelakar. Ceritanya macam ni:

Ada seorang lelaki yang mempunyai seorang isteri yang gemuk. Dia pergi mendapatkan nasihat doktor untuk menguruskan badan isterinya. Itu doktor cakap, suruh dia beli sekor kuda. Kalau bini dia naik kuda hari-hari, mesti kurus punya. Sebulan selepas itu, lelaki tu datang balik berjumpa doktor.

Doktor: Apa macam? sudah kurus ke?
Lelaki: Sudah kurusss.
Doktor: Itula saya cakap! mesti kurus punya.
Lelaki: Tapi haa... bukan bini saya yang kurus. Itu kuda juga yang kurus!

Itu sahajalah update blog aku hari ini. Heh he heh

Saturday, November 11, 2006

Pelik Tapi Benar 2

Heh heh heh..

Memandangkan posting aku yang bertajuk 'pelik tapi benar' mendapat sambutan hangat satu ketika dulu, saja je nak buat 'pelik tapi benar' versi raya.


1. Makan lemang semasa raya sungguh biasa dilakukan. Namun begitu, kena makan lempang di pagi raya jarang-jarang kedengaran. Kalau dilempang dengan buluh lemang, lagi jarang-jarang kedengaran.

2. Dodol bukan adik kepada Badol. Siapa yang kata macam tu, memang Samdol, sebab adik Badol ialah Amran Tompel.

3. Makan ketupat tak boleh menghilangkan ketuat. Memakai ketayap juga tak boleh menghilangkan kayap. Orang yang makan ketupat sambil pakai ketayap dan tergaru-garu ketiak mungkin ada ketuat atau kayap.

4. Batang buruk akan kelihatan lawa kalau dimakan oleh orang yang buruk. Jadi, jangan makan batang buruk kalau tak hensem atau cun. Kalau nak makan pun, sorok-sorok la.

5. Kuah lodeh selalunya berwarna kuning. Kalau kain londeh, boleh nampak spender warna kuning. Tambahan pula, masak lodeh tak boleh menghasilkan masalodeh (kuih india yang dibuat dari kacang dal)

6. Kuih goyang dinamakan kuih goyang sebab kita kena goyang-goyang kuih goyang tu masa menggorengnya. Kalau kena jolok-jolok, mesti namanya kuih jolok. (Errr.. kuih goyang ke kuih loyang ha?)

7. Ada orang tak boleh makan tempe dan mengeluarkan perkataan 'yekkk' sebab nak muntah dengan bau tempe. Tapi, makan tempeyek boleh pulak. Sungguh munafiq! (tempeyek ke rempeyek?)

8. Maruku ada. Marukau takde pulak? Begitu jugak dengan marudia, marumereka marubeliau, maruden, maruhang, maruhangpa, marudiorang dan sebagainya.

9. Kerepek kalau diterbalikkan jadi keperek. Keropok diterbalikkan jadi koporek. Patutla kalau kunyah kerepek dengan keropok ada bunyi krup purk rukp kpur krep.

10. Kuih tat sedap dimakan. Namun, kalau kita makan sampai lapan keping, orang akan tuduh kita mencarut. Tak caya cuba kira satu tat, dua tat, sampai lapan. (Ulangan posting aku dulu)

11. Wajik tak wajib dimasak sebagai kuih raya. Ianya jatuh dalam kategori wajar. Sepatutnya lebih baik ia dinamakan 'Wajak'. Oleh itu, tak perlulah mandi wajib semata-mata untuk membuat wajik.

Dah la... dah pukul 2 pagi ni. Tak habis-habis merapu. Chow.

Wednesday, November 08, 2006

Pengubah Lirik

Sekarang ni pukul doblas malam. Aku tengah kerja. Kerja di waktu malam ni adakalanya rasa best. Adakalanya rasa tak best. Yang bestnya sebab esok pagi tak payah meredah traffic jam untuk masuk kerja. Yang tak bestnya pulak sebab time tidur aku dah lari sikit. Apa orang kampung kata, Jet-lag? Tapi, kalau berjaga malam tengok bola, boleh pulak tak jet-lag. Mungkin sebab tengok bola lagi best dari kerja. Maksud aku ialah tengok perlawanan bola. Bukan tengok bola. Cakap pasal bola ni, aku telah mendapat satu SMS yang meghiris kalbu pagi kelmarin daripada Abang Sedara aku. SMSnya berbunyi:

"Kesiannn.. kesiannn.. suruh Arsenal beli Bambang Pamungkas la.."

Aku tak menjawab SMS itu, sebab aku tak tau apa nak jawab. Aku rasa macam nak tukar je ringtone telepon aku yang berlagukan lagu tema English Premier League.

Cakap pasal lagu ni, aku suka sangat ubah lirik-lirik lagu terutamanya lagu melayu. Haa.. apa kata kita kongsikan bersama.

Lagu: Hari Ini dan Semalam - J. Mizan
Lirik Asal: Hari ini kau datang riang, tersnyum buatku senang
Lirik baru: Hari ini kau datang bulan, tersenyum buatku senang

Lagu: Ayam - Jalil Hamid
Lirik Asal:

Ayam. Bermacam ayam. Ada ayam kampung, ayam hutan, ayam siam, ayam turki, ayam belanda. Ayam Hutan, boleh terbang. Ayam kampung dalamlah reban. Ayam bandar di dalam pasar....
Ibu. Si ibu ayam. Telor sebijik. Riuh sekampung....
Kata bidalan, berkaki ayam. kalau makan, ajak-ajak ayam. Kalau nak tidur, tidur-tidur ayam. Kalau tak nampak itu rabun ayam.....
Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng. Makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam...

Lirik baru:

Babi. Bermacam babi. Ada babi kampung, babi hutan, babi siam, babi turki, babi belanda. Babi Hutan, boleh terbang. Babi kampung dalamlah reban. Babi bandar di dalam pasar...
Ibu. Si ibu babi. Telor sebijik. Riuh sekampung...
Kata bidalan, berkaki babi. kalau makan, ajak-ajak babi. Kalau nak tidur, tidur-tidur babi. Kalau tak nampak, itu rabun babi...
Makan leher babi nanti bersanding kepala teleng. Makan tongkeng babi nanti mulut tak reti diam.


Lagu: Peristiwa subuh - Raihan

Lirik Asal: Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi. Berkumandang suara azan
Lirik baru: Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi. Berkumandang suara gaban

Lagu: You and I - Scorpions
Lirik Asal:

I lose control because of you babe
I lose control when you look at me like this
There’s something in your eyes that is saying tonight

Lirik Baru:

I lose kontol because of you babe
I lose kontol when you look at me like this
There’s something in your ASS that is saying tonight


Ahhh.. banyak sangat lah.. malas aku nak taip. Nanti kalau senang-senang aku sambung lagi.

Monday, November 06, 2006

Gambar

Assalamualaikum..

Sekarang ni aku masih lagi mood raya. Aku rasa korang pun macam tu. Disebabkan mood raya inilah yang buat aku malas nak bekerja. Ye lah... sejak 2-3 bulan yang lepas aku asik kerja sahaja termasuk sabtu dan ahad. Tetiba pulak dapat cuti panjang. Hari pertama nak gi kerja (Rabu lepas) tu aku rasa sama je macam hari pertama masuk sekolah untuk tahun baru.

Dan, aku pun malas gila nak update blog walaupun banyak cerita untuk aku ceritakan sebenarnya.

Jadi, sempena hari raya ni, buat pertama kalinya aku menyiarkan gambar aku di dalam Blog aku. Bagi yang pernah jumpa aku, memang tau la aku yang mana satu. Tapi, bagi yang tak pernah jumpa aku.. aku adalah yang kanan sekali.



Gambar ini dipilih untuk disiarkan kerana ianya kabur, tidak cukup untuk korang meneliti berapa banyak taik lalat ada kat muka aku.

Wednesday, October 18, 2006

TAG 5

TAG by Izham @ Tenno Miyake

1. How old are you when you started to fast?
(Berapakah umur anda ketika mula berpuasa?)

Lapan tahun. Macam nak mati rasa haus. Bukak puasa minum air je banyak. Time dedulu masa bulan puasa asik cuaca panas aje.

2. Have u ever forgotten that you're fasting, and what have you done?
(Pernahkah anda terlupa yang anda berpuasa, dan apakah yang anda telah lakukan?)

Pernah. Aku tertengok vcd porno. Ha ha.. acah aje. Aku terminum air masak sebelum gi sekolah depan mak aku. Kira rejeki lah tu.

3. What you do like about Ramadhan?
(Apakah yang anda suka tentang ramadhan?)

Banyak sangat lah yang aku suka. Berbukak puasa dengan family or kengkawan. Makanan best-best. Persiapan raya. Dapat Bonus (kalau bernasib baik).

4. What would you do if you really cannot stand fasting?
(Apakah yang akan anda lakukan jika anda benar2 tak tahan semasa berpuasa?)

Minum la... apa lagi. Kalau ada nasik sejuk, bedal aje la!! Lauk sardin lagi best. ha ha ha.

5. Any challenging activity during fasting, and how do you deal with it?
(Apakah aktiviti paling mencabar yang pernah dilakukan semasa bulan puasa dan bagaimana anda menghadapinya?)

Menonton adik aku makan aiskrim sambil menjilat-jilat, menitis-nitis dan menyonyot-nyonyot. Untuk menghadapinya, aku lari dari rumah (untuk lepak bersama member).

6. Any bad experience during Ramadhan?
(Sebarang pengalaman buruk sewaktu bulan Ramadhan?)

Terkantoi tak puasa. Ni aku dah cerita dah. Tengok balik entry aku yang lepas-lepas. Termasuklah cerita mengencing lemang Makcik Gemuk Bermulut Bontot Ayam. Click Here for further details.

7. Have you ever face any kind of unforgettable moment with firecrackers/ fireworks?

Ni pun dah cerita.

8. Have you ever did something that may void your fasting but you just ignored it?
(Pernahkah anda melakukan sesuatu yang membatalkan puasa tapi anda buat tak tahu sahaja?)

Pernah. Terkorek hidung sendiri dengan jari telunjuk tangan kiri. Nak buat macam mana, masa tu taik hidung berkeping-keping. Kalau tak korek, tergantung aje la taik hidung tu. Malu kalau orang nampak. Cuba korang bayangkan, masa korang nak ambik gambar untuk buat Mykad, tapi taik idung tergantung je. Tak hensem la gambar korang nanti. Nak photostate Mykad pun malu. Betul tak?

9. Have you ever been caught for not fasting?
(Pernahkah anda ditangkap kerana tidak berpuasa?)

Tak pernah.

10. How does Ramadhan effect your body weight?
(Bagaimana Ramadhan mempengaruhi keberatan tubuh anda?)

Kalau aku sahur, berat badan naik. Kalau tak sahur, berat badan turun. Kalau tak berbuka, confirm turun.

11. Do you like getting duit raya? What was the most amount you've ever got?
Adakah anda suka duit raya? Berapa jumlah terbanyak pernah anda dapat?)

Sapa tak suka dapat duit raya memang bangang la. Tanpa duit raya, apalah ertinya raya. Jumlah terbanyak ada la dalam seratus lebih. Keluarga miskin. Tak mampu bagi duit raya banyak2. Haa.. di kesempatan ini aku nak nasihatkan kat korang yang dah ada duit tu, jangan la kedekut nak bagi duit raya kat bebudak ni. Sekurang2nya hulur la seringgit. Kalau seratus orang kau bagi, baru seratus ringgit habis. Kalau sejuta orang kau bagi, baru setuja ringgit habis. Apa ada hal??

12. Which Eid was the worst for you?
(Raya yang mana satukah yang terburuk untuk anda?)

Raya tahun 1995. Along aku meninggal masa umurnya baru 22 tahun. Eksiden.

13. Have u ever got diarrhea during eid?
(Pernah tak cirit birit masa raya?)

Click Here.


Sempena Aidilfitri yang akan tiba ni, aku nak ucap selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua pembaca blog aku, tak kiralah kita pernah bersua atau tidak, yang mengenali atau tak mengenali diri ini dimana jua anda berada.

Kalau ada aku terkasar bahasa tu, atau bahasa2 aku yang korang tak berkenan, aku mintak maaf.

Berhati-hati di jalan raya aaa. Have a nice trip / holliday :)

Monday, October 16, 2006

Cara Khusyu' Sembahyang Tarawih

Bila bulan puasa aje sibuk cerita pasal mercun. Kalau tak cerita mercun pun, cerita tikam. Sungguh tidak bertamadun dan bertawaduk! So, hari ni aku nak ceritra pasal Solat Tarawih pulak. Baru sejuk sikit perut mak aku, walaupun mak tak minum air batu masa bukak puasa.

Dulu aku agak kompius antara perkataan tarawih dengan tawarikh. Aku rasa korang pun ada yang kompius jugak. Banyak jugak perkataan yang aku kompius seperti Lolipop dengan Golipop, 'hands up' dengan insaf, dan jugak pumping dengan bumping. Ohh.. ada satu lagi: Bunting Kelamin dan Bunting Pelamin.

Ada satu surau merangkap madrasah kat Taman Melati tu. Kat situlah kitorang lepak untuk semayang terawikh. Atau yang lebih jujur, kat situlah kitorang semayang terawikh untuk lepak. Memang syok gila bila semayang terawih tanpa niat ni. Ye lah.. niat yang utama ialah untuk bermain-main dan jugak makan moreh.

Selalunya masa solat sedang berlangsung, aktiviti mengacau kengkawan yang solat (atau buat-buat solat) pun bermula. Antaranya ialah:


1. Mengucapkan 'Amin' selepas bacaan AlFatihah secara kreatif. Contohnya "AaaAaAaaAAammmmIiinNnnnn". Dah macam bunyi tarzan panggil gajah dah. Ada jugak yang saja buat suara sengau, dan ada jugak yang mengalunkan iramanya secara mendayu-dayu macam Anuar Zain menyanyi.

2. Korek bontot member masa ruku' atau sujud. Memang geli-geleman lah rasa kat mencighit (dubur) beli kena geli dengan orang lain. Tapi kalau korek sendiri tak geli pulak. Apasal hah? Satu cara lagi yang lebih zalim ialah dengan menyuntut bontot member. Caranya ialah kita kena rapatkan kedua-dua tapak tangan seperti hendak menyembah sultan. Lepas tu cucukkan hujung-hujung jari kita tu kat bontot member. Kalau kena ni, memang senak sampai ke ulu hati. Bayangkanlah kalau orang kena sula macam mana!

3. Masa member tengah angkat jari telunjuk lepas baca tahiyyat, kita buat bulatan dengan jari kita dan masukkan ke dalam jari telunjuk dia. Ini adalah isyarat lucah yang aku pun sendiri tak berapa paham masa tu. Selain daripada itu, ada juga yang memasukkan hidung sendiri kat jari telunjuk member. Kalau yang menghidap selsema la best. Berlendir jari member tu. Sungguh kurang masam!!

Ada sorang member aku ni nama dia Hasan. Dia ni bersunat masa tingkatan 3 pulak tu. Eh.. aku bukannya nak cerita pasal dia punya sunat, tapi pasal lahanatnya perangai dia ni masa sembahyang kat surau. Ada ke bacaan-bacaan dalam sembahyang tu dia baca "ayam goreng, ayam sambal, nasik goreng, bubur kacang". Dia saja je baca kuat-kuat bagi orang sebelah dengar. Sapa yang duduk sebelah dia memang sakit perut la gelak.

Satu hari tu, masa kitorang sujud beramai-ramai, tetiba je rasa kena sebat kat bontot. Aduihhh.. sakit siot. Rupa-rupanya semua kena sebat kat bontot. Sapa yang sebat pun aku tak tau sebab bila aku toleh belakang aje dah takde orang. Mungkin Malaikat ataupun Jin Islam yang bengang je dengan kitorang yang buat surau tu macam sarkis.

Lepas peristiwa kena sebat tu, kitorang dah insaf dan tak datang semayang terawih lagi. He he he.

Saturday, October 14, 2006

Mercun Lagi (aku janji ini last punya)

Beberapa peristiwa menarik tentang mercun dalam hidup aku:

1. Sewaktu di Kampung Opah aku di Tapah Road (masa aku darjah 3), aku dan bebudak kampung main mercun lidi beramai-ramai. Mercun lidi adalah mercun yang ada lidi, kalau dibakar, dia akan terbang dan meletup di udara. Masa tu takde lagi mercun Thunder Clap yang bunyi berdesing masa terbang tu. Bebudak kampung tu tak main mercun ni secara 'taruk dalam botol dan bakar'. Sebaliknya diorang pegang mercun tu, bakar, baling. Tujuannya ialah supaya mercun lidi tersebut terbang lebih tinggi.
Ada sorang budak ni bernama Baron. Dia bakar mercun tu dan baling tinggi-tinggi. Malangnya mercun itu terbang ke bawah balik dan kejar dia balik. Dia lari. Masa tu dia pakai kain pelekat. Entah macam mana mercun tu boleh masuk dalam kain dia. Apa lagi, terlompat-lompat la member sampai mercun tu meletup. Memang macam kartun lah. Lepas tu dia cek kain dia ada terbakar sikit. Dia cium tempat yang terbakar tu, kemudian sambil tersengih-sengih dia cakap "Bau sate... Bau sate". Aku gelak macam nak terguling. Nasib baik tak meletup kat tolor dia. Kalau tak, sure mandul sebab dia tak pakai seluar dalam.

2. Ada sejenis mercun ni, aku panggil dia mercun gila. Ada yang panggil mercun lalat/lebah sebab dia tak meletup, cuma terbang sambil keluar bunyik lalat/lebah je. Aku kan duduk rumah flat tingkat empat. Dari beranda tempat sidai baju rumah aku, aku bakar mercun gila tu, aku baling ke bawah. Nak dijadikan cerita, makcik yang duduk ground floor tu tengah masak kat dapur dia. Mercun yang aku baling tu terbang masuk kat dapur dia. Apa lagi... "Oppp.. mak kau meletup pantat pantat pantat!!" aku dengar dia melatah. Lepas tu dia keluar dari dapur dia dan marah kat bebudak yang main mercun kat bawah. Aku terselamat ha ha ha.

3. Korang tau mercun papan? alaa.. yang Orang China bakar masa Kongsipatchoy tu. Kaler merah. Mercun ni digunakan untuk menyiksa binatang. Binatang apa yang aku siksa? Katak longkang. Alaaa. katak yang kembung-kembung yang ada kaler oren-oren sikit tu. Aku himpit katak tu dengan batu supaya tak dapat bergerak. Lepas tu aku selitkan mercun papan kat bawah batu tu jugak, dan aku bakar. Mercun tu meletup dengan batu dan katak tu sekali terpelanting. Kesian katak tu. Tak pasal-pasal mati katak. Ada member aku yang berani pegang katak, sumbatkan mercun tu dalam mulut katak, lepas tu bakar. Berkecai katak tu. Mati syahid akhirnya. Aku ingat lagi sesuai kalau pakai mercun katak kat katak tu.

4. Mercun tarik adalah mercun yang paling simple sekali masa tu. Tarik aje dengan dua-dua belah tangan, meletup la dia. Masa dekat sekolah, aku dengan member aku ikatkan mercun tarik tu kat tayar basikal budak. Bila budak tu naik basikal masa balik mercun tup meletup. Tak pasal-pasal budak tu terhoyong-hayang jatuh sebab terkejut. Aku dengan member aku gelak syaitan saja sambil perhati dari jauh.

5. Meriam buluh - Aku tak pernah main meriam buluh. Masa kekecik dulu bila kau nak join bebudak besar main meriam buluh, sure kena halau punya. Sialan. Jadi aku tak tau macam mana nak main meriam buluh. Kalau aku tau main, sure aku dah letupkan KLCC.

6. Mercun percut (payung terjun). Mercun ni kalau bakar, dia akan terbang, meletup dan turun sebagai percut. Satu hari tu aku bakar mercun ni, tapi aku tak sempat baling. Aku dibawak terbang oleh mercun tu. Nasib baik mercun tu jadi percut. Aku pun selamat mendarat. Yang peliknya, masa aku bakar mercun tu, aku kat KL. Bila aku landing, aku ada kat tepi laut. Kat KL mana ada laut. Ohh.. mimpi rupanya.

Sila kongsikan pengalaman anda bersama mercun.

Thursday, October 12, 2006

Mercun IKS

Masa zaman-zaman tahun 80 an dulu, mercun buatan sendiri adalah jenis mercun paling top kat Tanah Melayu ni. Hari-hari ada keluar dalam sokkaba pasal budak putus jari, putus tangan, putus telinga, putus asa, putus sudah kasih sayang, dan putus harapan disebabkan mercun buatan sendiri. Diorang ni buat mercun pakai besi paip, memang la bahaya. Silap-silap kepala hotak pun boleh putus ooo.

Sebagai remaja belum akil baligh yang normal, aku tak terlepas dari gejala sosial tersebut. Aku dan member-member aku buat mercun pakai Spark Plug. Tak kira la spark plug motor atau spark plug kereta. Yang mana kitorang jumpa, itulah yang kitorang bedal. Korang tau ke rupa spark plug macam mana? Bagi yang tak tau, aku sertakan imej di bawah.



Macam mana spark plug boleh jadi mercun?? Stepnya adalah seperti di bawah. Sila jangan praktikkan di rumah OK?

1. Buangkan 'Dry and Wet fouling' (aku baru tau nama dia ni lepas tengok gambar kat atas). Susah jugak nak buang dia. Meh kita zoom gambar 'Dry and wet fouling' ni.



Macam-macam cara boleh dicuba untuk membuangnya seperti ketuk dengan skru driver dengan hammer. Lama-lama dia tercabut la. Bila dia dah tercabut, akan terbentuklah satu perigi buta yang kecil kat spark plug tu.

2. Ikatkan Skru di badan spark plug dengan dawai yang kuat. Saiz skru mestilah cukup untuk menutup lubang perigi kecik tu. Lebih padat lebih power. Untuk makluman semua, kumpulan Kru tak ada kena mengena dengan skru.

3. Ikatkan kain sepanjang satu hasta kat bontot spark plug yang tak sepower bontot J.Lo. Untuk makluman semua, bontot J.Lo memang power. Sapa tak setuju, memang takde napsu. Kasi potong je la, bagi anjing makan.

3. Beli bunga api yang banyak asap tu. Dulu harga dia seposen 3 batang. Buang pembalut kertas warna merah yang membalut belerang bunga api tu. Jari-jemari akan berwarna kelabu sebab kena belerang. Kalau rasa boring untuk buat benda ni, boleh nyanyi lagu 'Jari-jariku Sakit Semua' yang berirama Melayu Deli sambil membuang kertas merah bunga api tersebut.

4. Masukkan belerang ke dalam perigi kecik kat spark plug. Tutup dengan skru, seperti menatang minyak yang penuh. Ataupun seperti proses pembiakan manusia yang tak manis kalau aku ceritakan di bulan Ramadhan ini.

5. Pegang hujung kain yang di ikat kat bontot spark plug. Lambungkan setinggi yang boleh. Lambung secara 90 darjah. Jangan lupa baca bismillah 3 kali.

6. Spark plug akan jatuh menjunam ke tanah mengikut prinsip tarikan graviti. Bila dia jatuh, skru akan menghentak belerang dalam perigi kecik secara kuat, maka tenaga kinetik bertukar menjadi tenaga bunyi + tenaga cahaya + tenaga haba. Kalau nak lebih tenaga, minumlah power root, untung-untung boleh menang motor.

Kuat jugak bunyi dia. Bergantung kepada ketinggian lambungan dan jumlah belerang yang di isik.

Ada sekali tu member aku buat belerang padat gila, dia punya bunyik, macam bunyik bom. " "GedebomMmmmmMM!!!!!". Lepas tu aku dengar ada pinggan jatuh kat dalam rumah jiran. Lepas tu aku dengar bunyik makcik tu menjerit "Celaka punya budakakkkkkk!!!". Lepas tu kitorang lari carik port lain. Lepas tu kitorang main sampai habis bunga api.

Bahayanya main spark plug ni kalau spark plug jatuh atas kepala. Silap-silap otak boleh meletup, dan boleh jadi gila.

So... apa lagi? boleh la try.. aku cerita-cerita ni, gian pulak aku rasa nak buat menatang ni lagi. Tadi aku tak kasi praktikkan, ni aku ajak praktikkan pulak. Lidah bercabang betul!

Chow.

Wednesday, October 11, 2006

Ulama' Judi yang Bertaqwa

Heh heh heh

Aku sekarang dah ada kat KL. Aku balik dari JB hari Sabtu lepas.

Dah lama tak update blog aku ni. Kalau dah biasa tak update, rasa macam malas je aku nak update. Bila dah malas nak update, rasa macam aku takde blog pulak. Bila aku bukak blog aku balik, baru aku teringat yang ni blog aku rupanya. Mula-mula aku menyumpah-nyumpah jugak la sebab tuan punya blog tak update-update everytime aku masuk blog ni. Rupanya sumpah telah memakan diri sendiri, atau dalam bahasa omputeh, Swear has eaten myself.

Memandangkan aku telah berjanji nak sambung cerita pasal tikam, aku sambung jugak la. Ingatlah, barangsiapa yang memungkiri janji, dia termasuk golongan munafiq <-- tazkirah ramadhan.

Tikam ni adalah salah satu cabang judi yang amat popular untuk kanak-kanak. Aku tergerak untuk menjadi tokeh tikam selepas tengok Along jadi tokeh tikam. Aku beli tikam tu kat kedai cina tua kat opposite KFC Setapak. KFC sebelah kanan, kedai tu sebelah kiri. Kalau jalan terus lagi, kita boleh sampai Bulatan Pahang. Kalau terus lagi, boleh sampai Hospital Besar KL. Kalau terus lagi boleh sampai Chow Kit. Kalau belok kanan, boleh sampai Lorong Haji Taib. Kalau pusing-pusing kat lorong Haji Taib tu, boleh menonton aksi pondan. Bermacam-macam pesen pondan ada. Ada yang cun, ada jugak yang perasan cun. Tapi waktu malam je la. Waktu siang, pondan tidur.

Berbalik kepada cerita tikam. Orang suka beli tikam dekat aku. Sebab apa? Sebab everytime aku jual tikam, mesti hadiah Seringgit ada orang kena. Hadiah seringgit adalah hadiah paling besar dalam tikam aku. Kalau hadiah seringgit tu tak kena, orang tak percaya kat aku. Mesti diorang cop aku ni 'operate' tikam tu dulu. Diorang akan boykot apa saja tikam yang aku jual sebab aku dah buang hadiah singgit tu. Tapi aku pandai, dalam perjudian mana ada tokeh yang jujur. Taktik aku ialah macam ni:

1. Buang hadiah seringgit
2. Jual Tikam - selalunya 2 hari tikam dah nak habis
3. Taruk balik hadiah seringgit
4. Orang kena hadiah seringgit, tapi tikam aku nak habis dah. Untung maksimum

Kenapa aku buat macam tu? sebab customer-customer aku tak nak main dah sebarang tikam yang dah kena hadiah seringgit. Hadiah seringgit ni ada satu je setiap tikam. Sebenarnya diorang ni bukannya nak kan sangat duit singgit tu. Kalau diorang mintak kat mak diorang, sure boleh dapat punya. Tapi, yang diorang nak ialah 'feel' kalau dapat hadiah seringgit tu. Sebab kalau diorang kena seringgit, diorang punya lompatan kegembiraan tu macam orang kena sejuta hinggit. So, kalau tikam yang aku jual tu awal-awal dah ada orang kena seringgit, baik aku campak lombong aje la tikam tu.

Selalunya aku akan jual tikam dekat kawasan bazar mercun. Memang dulu kat Taman Melati tu ada kawasan orang jual mercun sebijik macam orang jual makanan kat bazar ramadan. Memang meriah betul la kat situ. Masa tu penjualan mercun masih dihalalkan oleh kerajaan. For your information, salah satu strategi bisnes yang penting ialah lokasi yang sesuai. Memang sesuai la lokasi aku tu sebab ramai orang datang kat situ setiap malam untuk beli mercun dan bunga api. Aku jual tikam la. Tak payah lesen perniagaan pun. Masyuuukkk...

Perniagaan aku bukan sahaja statik di taman perumahan. Aku lebarkan sayap perniagaan aku kat sekolah pulak. Ha ha ha. Aku jual tikam dalam tandas. Perghhh.. pakcik kayo.. pakcik kayo. Kiranya aku dulu, boleh digelar sebagai Ulama' dalam bidang perjudian la. Abah tak marah pun. mana boleh marah, sebab rahsia perjudian dia semuanya dalam tangan aku (Abah adalah seorang kaki nombor ekor yang sikit lagi nak tumbuh ekor kat bontot dia). Bapak borek, anak rintek, emak **tek. Cuma aku lebih berjaya sebab aku tokeh judi. Abah mengayakan tokeh judi.

Dengan keuntungan yang aku perolehi, dapat jugak la aku beli apa yang aku nak seperti beli mercun, bunga api, dan lain-lain lagi tanpa mengharapkan subsidi dari mak bapak mahupun kerajaan. Aku rasa kalau aku istiqomah menjadi tokeh judi sampai sekarang, Paris Hilton pun tergila-gila kat aku. Ha ha ha.

Cakap pasal mercun ni, teringat pulak aku aktiviti membuat mercun sendiri masa aku sekolah rendah dulu. NAntilah aku cerita!! heh heh heh..

p/s: apasal aku start dengan heh heh heh, aku habis pun dengan heh heh heh? buan tebiat ke apa!

ehh.. korang dah tengok cerita Rob-B-Hood kat wayang? best lah citer dia. Dah 2 kali aku tengok.

Monday, September 25, 2006

Puasa di Perantauan

Pejam-celik-pejam-celik, angkat-tolak-masuk-picit, naik-tangga-turun-tangga, sorong-papan-tarik-papan, alih-alih dah bulan puasa dah.. Tahun ni aku berpuasa di perantauan. Tahun lepas pun kat perantauan jugak (Penang). Nak buat macam mana, dah body-luck (nasib badan).

Selingan (Lagu Perwira - Nyanyian Saloma)

Kekanda di medan perang,
Adinda di medan seni,
sama-sama berjuang,
sama sama berbakti,
untuk ibu pertiwi..

Majulah kekanda maju, jangan undur (Bulan puasa tak baik otak kuning. Ni lagu perang ni.)
Dinda mohon doa restu.. bla bla bla

Pagi tadi aku sahur kat bilik aje. Room Service hantar makanan sahur. Dah la taruk dalam mangkuk tingkat. Macam nak gi picnic kat PD je. Menunya ialah:

1. Nasik sepinggan
2. Kari ikan 4 ketul
3. Ayam masak kicap 4 ketul
4. Sambal udang - 5 ekor
5. Epal, Oren, Kurma, dan air kosong.

Punya la banyak lauk dia bagi. Macam perli aku je.. tak abis pun aku makan. Sapa nak sahur free, datang la bilik aku, bawak nasik je. Kalau boleh, bawak neskepe tarik kurang manis sekali.

Bulan-bulan puasa ni teringat aku masa darjah 5 dulu. Aktiviti paling menguntungkan masa tu ialah menjual tikam. Korang tau ke tikam yang mana aku maksudkan ni? Bukan kuih lompat tikam, tapi tikam judi punya. Koyak nombor, kalau kena, boleh dapat duit. Ada macam-macam design tikam ni. Ada gambar Apache (red indian), Jacki Chan, Superman, Thundercat, Kungfu mabuk, Buah-buahan, dan macam-macam lagi. Aku beli satu set tikam dengan harga Singgit setengah je. Tapi bila jual balik, boleh dapat 4 hinga lima ringgit satu. Biasanya satu tikam yang aku jual, habis dalam 2-3 hari je. Ada bakat jadi tokeh judi aku ni.

ESok aku sambung.... bulan puasa tak baik cerita merapu banyak sangat. Lagho..

Astaghhfirullahal'azim..

p/s: selamat berpuasa kepada yang puasa. Kepada yang tak nak puasa, makanlah korang kahak-kahak aku kat neraka nanti. Ha ha ha ha.

p/s2: bau mulut aku dah macam bau kasturi dah... ahhh.. segarnya..

Monday, September 18, 2006

Sungguh Ceria

Aku sungguh ceria bila bangun pagi ni.

Kenapa ya?

Ohh.. Arsenal menang semalam.

Dengan team mana?

Ohh.. Manchester United.

Main kat mana?

Ohh.. Kat stadium Manchester United, Old Trafford.

Dengan gembiranya aku pergi kerja sambil dengar CD Britney Spears kuat-kuat seolah-olah aku adalah peminat setia Britney Spears.

Jangan marah aaaa penyokong MU. Heh he heh

Thursday, September 14, 2006

Hidup Hisap

Mesti korang berbulu aje kalau tiap kali masuk blog aku takde entry baru. Tiap-tiap kali bukak je blog aku, tajuk 'Nasik Lemak 5 Posen' yang jadi tajuk utama akhbar. Kalau aku pun aku berbulu. Usah katakan aku, ulat bulu pun berbulu kalau bukak Blog aku. Bulu - balu - bahulu - bahalul.

Jadi untuk menambahkan bulu-bulu korang, aku stop kat sini saja dulu. Aku tengah kerja sekarang ni. Oh ya.. lupa pulak aku nak cakap, aku kat JB skarang ni. Dah seminggu aku outstation. Projek aku kat sini schedule sampai 5/10/2006. Jadi, dalam 3 minggu lagi jugak lah aku akan duduk kat sini.

Aku duduk kat hotel Puteri Pacific. Nombor bilik aku takleh bagitau la. Takut ada yang ketuk bilik aku pulak. Kalau pencegah maksiat, buat penat je la diorang ketuk bilik aku sebab aku lonely. "Lonelyyyyy... I'm Mr. Lonelyyyyy.. I have nobodyyyy.. on my ownnnnn wiiuuiiuuuiuuu.." betul ke lirik lagu yang aku tulis ni?

Macam ni la life aku, pagi breakfast kat hotel. Makan buffet. Mula-mula tu banyak jugak lah aku makan. Masuk hari yang ke tiga aku makan roti dengan buah aje. Masuk hari keempat aku dah tak pegi breakfast dah kat hotel tu. Lepas tu terus gi kerja. Pukul 12 malam baru aku balik. Bosan lah. Dah la bosan, gersang pulak tu.

LIFE SUCKS = Hidup Hisap
LIFE SUCKS = Hidup Nenen?
SUCK SUCKS = Hisap Hisap
SUCK SUCKS = ???

Heh heh heh..

Chow. Banyak kerja.

Sunday, September 03, 2006

Nasik Lemak 5 Posen

Nasik lemak mak aku memang sedap. Yang aku maksudkan 'nasik lemak' kat sinik ialah nasik lemak lah. Bukannya nasik lemak 2 bungkus yang perempuan dewasa ada tu. Ada yang singgit, ada yang 2 ringgit setengah. Ada yang makan tak abis. Yang kuih koci pun ada gak. Bergantung kepada genetiklah. Aku ni cakap macam Dr Ismail Thamby la pulak. Don't worry.. size doesn't matter (dengan hipokritnya aku cakap).

Berbalik kepada cerita nasik lemak. Ehh.. kenapa ejaan nasik ialah NASI tapi kita sebut 'nasik'? Tapi kalau perkataan yang lain yang hujungnya huruf 'I' takde pulak kita tambah huruf 'K' kat hujung? Mari kita buat beberapa ayat tentang perkataan-perkataan tersebut:

Harik inik Alik pergik kedaik nasik naik lorik. Adak babik menarik-narik sambil makan rotik. Alik panik, laluk langgark larik babik sampaik babik tuk matik. Hik hik hik hik.

Berbalik kepada cerita nasik lemak. Kena tulis dalam perenggan lain, kalau tak nanti ceita lain pulak yang keluar. Tekan "ENTER <--" 2 kali.

Mak aku buat nasik lemak untuk berniaga macam buat nasik lemak untuk keluarga. Santannya cukup, sambalnya sedap, telurnya telur ayam, timunnya kaler green dan lain-lain lagi. Bungkus pulak pakai daun pisang. Daun pisang tu siap layurkan dulu atas api supaya tidak ada bakteria atas daun tu yang berjangkit kat nasik. Tak pernah aku beli nasik lemak kat orang, daun pisang tu cantik je berkilat. Paling kuat pun, tokeh nasik lemak tu lap-lap je dengan kain buruk yang buruk macam muka dia.

Aktiviti membuat nasik lemak bermula sejak petang lagi. Aku yang kena pergi kedai beli barang-barang. Lepas tu kena tolong gunting cili kering dan ramas-ramas cili tu macam ramas 'nasik lemak' supaya biji cili kering terpisah dengan badan cili kering. Lepas tu aku pun boleh la tengok tv supaya nasik lemaknya sedap dimakan.

Waktu malam pulak abah layurkan daun pisang dan potong-potong untuk ready sebagai pembungkus. Sambal pun masak malam tu jugak. Telur pun rebus malam tu jugak. Esoknya pagi-pagi lagi sebelum subuh, Mak dah bangun utk masak nasik lemak. Lepas subuh, Abah bungkus nasik lemak. Abah taruk nasik lemak tu sebungkus macam 2 bungkus. Siap padat-padatkan lagi. memang kenyang betul makan sebungkus. Kalau makan pagi, malam baru rasa lapar. Selalunya sehari Abah akan bawak dalam 40-50 bungkus nasik lemak ke opis. Mihun/Mi/Kuetiau goreng pulak dalam 20 bungkus. Kuih satu jenis je. Satu hari lepat pisang, satu hari kuih kaswi, satu hari kuih talam, satu hari karipap, satu hari kuih gulung/ketayap, satu hari kuih apam manis Velvet.

Kuihnya besar-besar. Kalau lepat pisang tu, size yang boleh jual 60 sen sebijik la zaman sekarang ni. Karipap intinya nak padat-padat. Bukan macam sekarang ni, karipap besar, isik dalam 50% angin je. Abah cakap, nanti kalau buat tak padat, customer goncang-goncang karipap tu dan perli 'karipap angin' ke ni? (Mak engkau punya 'karipap' la karipap angin).

Abah jual nasik lemak dan mihun goreng 50 sen je. Tapi aku rasa kos pembuatan mau sampai 40 sen seunit sebab nak jaga qualiti. Kuih pulak 20 sen je satu. Tapi aku rasa kos pembuatan dalam 15 sen seunit. Tak berbaloi beb. Nak membuatnya penat. Dah la tu! Nak beli nasik lemak 50 sen pun nak hutang ke????? Helloo.. customer abah ialah pegawai-pegawai dan menejer-menejer Bank Negara Malaysia tau. Bukan operator kilang yang dah nak tutup. Pelik betul aku.

Bagi aku, Abah tak sesuai berniaga makanan ni. Macam nak belanja orang makan je. Tak berbaloi. Belum kira penat meredah belukar untuk ambik daun pisang lagi. Sepatutnya berniaga makanan ni, untung bersih mesti boleh dapat sekurang-kurangnya 50%. Bukan aku cakap tak payah jaga quality, tetapi dengan quality itu sepatutnya harga jualan pun tinggi la sikit. Kalau Jeans LEVIS tu jual harga macam Jeans LIVES, bankrupt la. Sama jugak antara dunhill dengan bunhill, Adidas dengan Abibas dan sebagainya. Itu pasal la Mak pun macam malas je nak tolong Abah buat nasik lemak. Kadang-kadang terjadi jugak la pertengkaran yang menyakitkan telinga. Lagi satu kelemahan Abah ialah dari segi cashflow control. Aku rasa dia tak tau pun kos pembuatan seunit produk dia. Yang dia tau, jual nasik lemak 50 sen, kuih 20 sen.

Aku ingat aaa, kalau Abah berhenti kerja masa tu, dan Istiqomah jual nasik lemak dengan dibantu oleh Mak, dengan financial managemnet yang cekap, Abah dah jadi Jutawan Senyap dah 10 tahun lepas. Siap-siap boleh dapat pangkat Dato'. Oleh sebab nama Abah aku ialah Ibrahim, orang akan panggil dia Dato' I. Boleh la kahwin dengan penyanyi nombor satu negara pada masa tu iaitu Ramlah Ram. Tak pun Zaiton Sameon. Zaiton Sameon masa tu seksi giller ooo. Menyanyi dalam sungai kat bawah jambatan pakai skirt pendek je. Lintah masuk kat dalam 'tuutt' baru tau! Aku pun boleh la jadi anak jutawan dan melakukan gejala sosial. Ha ha ha ha..

Nasik lemak buah bidara,
Daun selasih hamba lurutkan,
Berniaga nasik lemak tak buat kira-kira,
Untung bersih dapat sikit je la kan?

So, tugas korang pulak: Cuba kira berapa kali aku tulis perkataan 'nasik' dalam entry ni.

Friday, August 25, 2006

Cold Scary

Waaargghhh.. Pakcik bizi gilo lah minggu ni. Nak baco bolog kengkawan pun tak sompek. Inikan pulak nak mengedit bolog senighi.

p/s: Bolog = Blog dalam bahasa NS.

Ni sekarang ni aku duk sensorang je kat tempat kerja. Tempat kerja aku sejuk gila. Dah la sejuk, seram pulak. Seram semasa sejuk bermaksud seram sejuk. Dia kalau sejuk-sejuk ni boleh timbul dua perkara. Yang pertamanya seram. Yang keduanya Stim. Tapi sekarang ni, aku bukan stim, tetapi seram. Time-time maghrib ni memang time hantu bangun sahur.

Masa aku menaip selaju halilintar ni aku rasa macam ada orang je perati aku dari belakang. Ekor mata aku sebelah kanan macam ternampak-nampak je makhluk warna merah kat sudut kanan sana. Bila aku tengok betul-betul, rupanya fire extinguisher tersangkut kat dinding. Aku ingatkan batu nisan berdarah tadi.

Cissss!! terperanjat aku! tetiba je pulak aku rasa ada orang berjalan kat belakang aku. Rupanya security guard. Bukan nak bagi salam. Laaa.. patut la tak bagi salam, India rupanya. Aku cukup pantang kalau aku bagi salam kat orang Islam tapi tak jawab. Nak je aku salam muka dia dengan tapak tangan aku secara laju-laju atau dalam perkataan yang lebih mudah; lempang.

Aku rasa macam nak demam la. Tapi.. esok kena kerja pulak. Kalau korang nak tau, BULAN NI AKU TAK CUTI LAGI!!!!!! termasuk la hari sabtu dan ahad. Aku kena siapkan 2 MSC baru sebelum raya. Yang satu ni pun tak siap lagi. Apalah promosi Maxis nak buat time raya ni? Sampai banyak sangat kerja aku? Ni silap-silap, hari kemerdekaan Malaysia ni pun aku tak cuti. Merdeka apa namanya ni? Kalau askar-askar kat tugu negara tu tahu, sure diorang marah sebab aku tak cuti.

Cakap pasal tugu negara ni, aku tak pernah pergi kat tugu negara tu walaupun dah 27 tahun aku duk kat KL.

Jom pergi tugu negara jom? sapa nak ikut? Errr.. boleh mintak nombor ekor tak kat patung tugu negara tu? <-- syaitonirrojim

Thursday, August 17, 2006

Nombor Ekor dan Jin Tanah

Cuba korang bayangkan kalau korang jadi Abah aku. Heheh.. sorry.. tetiba aje aku suruh korang bayangkan jadi Abah aku pulak. Buang tebiat ke apa? Maksud aku cenggini. Abah ada 5 anak masa tu (1987):

1. Along - Form 2
2. Angah - Form 1 kat MRSM Kerteh
3. Bangchik - Darjah 6
4. Aku - Darjah 4
5. Apis - Tadika

Dengan pendapatan yang tak sampai RM1000, memang la tak cukup. Tahun depan aje (1988), kelima-lima anak dia masuk sekolah. Perghhh.. memang getir ujian Abah aku. Macam-macam cara dia buat untuk tambah rezeki. Termasuk la main nombor ekor. Malangnya, beli nombor ekor tak pernahnya kena. Cakap pasal nombor ekor ni aku teringat la masa dulu Abah ada tulis nombor-nombor kat kertas kecik, lepas tu gulung, lepas tu masuk dalam mug yang ada penutup. Lepas tu goncang-goncang mug tu. Dia suruh la aku, Bangcik, Along, Angah semua ambik sorang satu kertas kat dalam tu. Yang mana yang kitorang cabut tu la yang dia beli. Kadang-kadang sampai berkeping-keping kertas Toto dengan Magnum kat rumah aku. Kalau nak balik kampung, sempat lagi singgah kat kedai 4D kat Batu 6 Gombak sana. Dari beli nombor ekor, baik beli sup ekor, boleh gak makan dengan nasik. Tapi sekarang Abah dah insaf.

Petikan filem Ragam P.Ramlee:

Cekok cekok ah!
Cekok cekok ih!
Ekor ekor ah!
Ekor ekor ih!
Aah ah ah!
Ih ih ih!
Hilang gigi tinggal gusi! Fuuuuuuuuhhh...

p/s: kelakar siot masa part ni. Ada satu part lagi yang P.ramlee nak mintak nombor ekor kat hantu perigi. Rupanya yang datang tu bukannya hantu, tapi orang tua yang nak berak bertenggek kat atas perigi tu. Hahahahah.. kelakar siut cerita ni.

Ada satu lagi projek Abah aku, iaitu nak ambik emas kat Jin Tanah. Dia dengan geng-geng dia la. Korang tau ke macam mana rupa Jin Tanah? Jin Tanah la yang menjaga segala harta karun kat dalam tanah termasuk la Tanah Rezab Melayu. Macam-macam barang-barang lama yang diorang kumpul sebagai alatan untuk memanggil Jin Tanah. Ada gading gajah, ada gigi gajah, ada sterika lama. Laaa.. patut la seterika arang yang kitorang guna masa duduk kat setinggan dulu dah takde. Abah dah rembat rupanya. Ye laa.. sejak duduk rumah flat, kan ada letrik. Dah tak pandang dah seterika arang ni. Diorang ramai-ramai masuk hutan sebab nak tarik emas dari dalam tanah. Tak pernah pun dapat. Buang masa dan buang duit aje. Entah-entah Jin Tanah tu gelak je tengok geng-geng Abah aku punya kerja. Baik duit tu beli seluar Jin (jeans), boleh gak pakai untuk lepak-lepak kat Pertama Kompleks. Tapi sekarang Abah dah insaf dan menjadi Insan yang soleh.

Ada jugak benda-benda mistik dan bistik yang lain tapi aku tak ingat. Cakap pasal benda mistik ni aku teringat la ada bomoh pompuan tua yang selalu buat-buat tangkal untuk family aku ni. Masa kekecik dulu aku pakai tangkal kat tangan. Apa fungsinya aku tak tau la. Ada satu malam tu kat rumah Makteh aku, bomoh tu ada datang untuk buat air-air jampi ni. Ramai orang datang masa tu. Dia campakkan berteh beras dalam air dalam besen. Lepas tu dia cakap. "Hah! Tengok tu! kan ada bentuk hantu tu?" Dia kata bertih beras yang terapung dalam air tu menjadi bentuk hantu. Aku tengok takde pun. Ye la.. kalau dah terapung-apung dalam air, macam-macam bentuk boleh jadi. Mungkin dia ingat bertih-bertih yang kaler putih tu berkumpul membuat bentuk hantu Casper. Lepas tu dia macam naik syeh. Siap jalan-jalan dalam rumah, angkat kain sampai paha jadi macam cawat. Seksi jugak. Putih je kulit dia. Nasib baik la orang tua. Kalau tak, sure ada budak muda yang buat 'modal'. Ha ha ha.

Apa aku nak cerita tadi? Sambung balik.

Disebabkan budget family aku yang manjang tak cukup aje tiap bulan, Abah decide untuk meniaga nasik lemak kat opis dia. Haa.. dapat pun cara yang halal. He he.. sebenarnya aku nak cerita pasal aku jadi tokeh nasik lemak. Sambung lain kali la..

Monday, August 14, 2006

Pencopet Terhebat

Enuff cerita pasal B'day. Dah basi dah... Nampaknya setahun saja lagi untuk aku mengecap umur 20an. Bulan lapan tahun depan aku dah jadi 30an. Tidaaaaaaakkkk.. Dulu masa umur 20 tahun, bangga je sebab macam dah jadi orang dewasa. Ni nak masuk 30, dah rasa tua dah. Kalau ada mesin masa kan best? Boleh la aku patah balik 20 tahun dari sekarang. Boleh la aku jumpa aku. Tengok betapa comot dan compang-campingnya aku dulu.

Hmmm.. hari ni aku nak cerita pasal satu kisah jenayah yang aku dah buat masa aku umur sepuluh tahun dulu. Kisah yang pertama ialah kisah mencuri di kedai, manakala kisah yang kedua pulak ialah mencuri di kedai.

Hari tu hujan lebat. Kedai runcit tingkat bawah kat Blok D6 kepunyaan Makcik Kedai dan Pakcik Kedai tu dah tutup. Aku tak pasti kenapa kedai diorang dah tutup padahal hari masih lagi petang. Korang dapat analisa tak kisah aku ni?

1. Hari Petang
2. Hujan Lebat
3. Kedai dah tutup

Orang tua-tua kata, waktu hujan-hujan memang enak untuk.. errr.. untuk.. tidur. Ya, maksud aku.. untuk tidur.

Tuan kedai tu terlupa nak tutup tingkap. Aku dengan kawan aku iaitu Sham berjaya menyeluk kedai tu dari luar tingkap untuk mencapai sekotak sticker-sticker peraduan Thundercat. Ye laaa... Pakcik Kedai tu tengah main 'pedang Thundercat', aku ada peluang la curik sticker Thunder! Thunder!! Thundercatt!!! HOOOOOoo!!! Terus kitorand lari ke arah kawasan pembinaan rumah baru dekat Taman Melati sana. Masa dulu Taman Melati tu baru nak buat rumah teres. Kitorang sorokkan dekat situ la.

Esoknya baru la kitorang bukak bungkusan sticker tu satu-satu untuk carik yang mana ada cop. Dalam sekotak tu, ada satu je yang ada cop. Itu pun yang dapat hadiah cikai punya. Penat je curik. Tapi lepas tu aku rasa macam takut-takut je nak pergi kedai tu. Aku rasa macam Makcik Kedai tu tau je yang aku yang curik. Tu la.. sapa suruh lupa nak tutup tingkap. Mesti gelojoh gila masa diorang nak err... nak tidur. Ya, maksud aku masa diorang nak tidur petang tu. Sampai terlupa nak tutup tingkap.

Cerita yang kedua pulak, kisah kat kedai lain. Apa nama kedai tu aku pun tak ingat. Mak suruh beli minyak kelapa. Takkan nak beli minyak motor pulak. Mak bagi aku seringgit. Duit seringgit tu dah buruk sikit. Memang senang kenal la duit tu. Sesampainya dekat kedai. Aku terjumpa lagi Sham. macam takde orang lain pulak. Memang partner in crime betul la dia ni. Dari skodeng bontot Pakcik Ramli sampai la nak mencurik. Bila dia tau aku nak beli minyak, dia suruh tunggu dulu. Kedai tu tengah busy sebab ada supplier biskut nak hantar biskut2 dalam tin besar. Alaaa.. yang kita boleh nampak wajah biskut tu dari luar tin tu. Boleh beli pakai timbang kati je.

Masa kedai tu tengah busy, ramai pulak pelanggan datang. Tak terlayan la tuan kedai tu. Maka Syam pun menyuruh aku supaya ambik minyak tu dan belakon macam dah bayar, terus keluar kedai. Syam pulak curik biskut satu tin besar. Dia ambik biskut tu dari tokeh biskut tu selamba aje. Mungkin tokeh biskut tu ingat Syam tu pekerja kedai. Tuan kedai pulak ingat Syam tu pekerja Tokeh Biskut. Power sungguh ilmu curik dia.

Aku pun balik la hantar minyak kat rumah. Lepas tu terus turun untuk gi main bola. Bila dah habis main bola, terasa la haus. Duit seringgit yang sepatutnya aku beli minyak tadi ada. Boleh la beli aiskrim pop yang boleh patah dua tu. Aku seluk poket, alamaaakkk... mana pulak duit aku cicir ni? Sioll.. buat penat je curik minyak. Bila aku balik dari main bola, Mak tegur aku.

Mak: Beli minyak kat mana tadi?
Aku: Kat kedai (heh heh.. ni aku reka-reka je ni. Mana la aku ingat perbualan yang sebenar)
Mak: Berapa ringgit?
Aku: Singgit laa..
Mak: Bayar tak?
Aku: Laa.. takkan la tak bayar..
Mak: Abih.. ni.. duit singgit ni macam mana boleh ada kat sini ni??

Cisss... patutla hilang duit tu. Rupanya masa aku tergopoh-gapah nak gi main bola tu, duit tu dah jatuh kat lantai. Aku sengih aje la as usual. Mak pun gelak aje la. Takde la pulak Mak suruh bayar balik. Dia ambik balik la duit tu. Siol je.

Teringat pulak kes duit lima posen masa aku duduk setinggan dulu. Tapi masa tu memang aku dah bayar la. Sebab masa tu aku tak sekolah lagi. Tak memerlukan duit ni. Bila dah derjah empat ni, duit tu boleh beli macam-macam ooo... sebab tu jadi gang M-16 heh heh heh..

Sunday, August 13, 2006

Birthday Aku 2 Kali Setahun

Heh heh heh..

Sorry kengkawan. Aku memang bz gila last week. Actually last week aku outstation kat JB. Malam kerja, siang tidor. Malam kerja, siang tidor. Sekarang ni aku ada project MSC baru kat Rawang pulak. Kerja 7 days a week. :o(

Aku bukak email hari ni, ada awek email aku wish birthday siot. Padahal aku dah lama tak contact awek ni. Nama dia Lina. Nama penuh dia aku tak pasti la Lina Hangat ke, Lina Suam ke, atau Lina Teoh.

Yang misterinya, Birthday aku sebenarnya 4th August 1977. Tapi, Nombor IC aku 770814-05-5731. Disebabkan si Lina ni simpan database aku, terpaksa la aku bagitau dia Birthday aku 14th August 1977, nanti dia ingat aku cuba menipu data peribadi pulak kalau aku cakap aku lahir 4th August 1977.

Macam mana boleh jadi camtu haaa??? Hanya mereka dan keluarga mereka yang tahu. Walaubagaimanapun, esok (14 August 1977), korang kena wish aku b'day lagi sekali ha ha ha ha ha..

So.. kepada sesapa yang wish b'day kat aku aku hari tu, aku ucapkan terima kassim banyak-banyak. Bukan aku yang cari peminat, tapi peminat yang carik aku. Hubungan aku dengan Datin L cuma sekadar hubungan atas dasar perniagaan. Walaupun bulu ketiak Datin L sangat lebat, aku sungguh selesa berada di sampingnya. Sebab tu aku putuskan pertunangan aku dengan Si Ani, gadis yang hanya bekerja sebagai operator Gudang Garam. Lagipun, Datin L pandai menjaga anak-anak. Terima kasih kepada Datin L yang menghadiahkan aku Kacang Botol makan dengan cicah Tempoyak hari tu. Memang favourite aku tu. Doakan kebahagian kami. Harap-harapnya kami tak bercerai selepas 3 tahun berkahwin macam si Effa Fazifa dengan Yusfi KFU. Kalau bercerai pun, mintak-mintak la kami rujuk balik macam Norman Peguam dengan Abby Kekal. Aminnn..


---------------------------------------------------------------


From: lina@jobstreet.com [mailto:lina01@jobstreet.com]
Sent: 12 August 2006 11:33 PM
To: Hazril Ibrahim
Subject: Happy Birthday, Hazril!

Dear Hazril,

I notice your birthday is coming up on 14 August 2006.

Here is a big HAPPY BIRTHDAY from all of us at JobStreet.com, and we wish you many many happy returns! HAPPY BIRTHDAY!!!

Thank you for being a JobStreet.com member and we wish you all the best in your career and a great year ahead.

Best regards,
LiNa, JobStreet.com

P.S. If 14 August 1977 is not your birthday, please change this information in your resume. Always remember to update your resume with new contact details, new skills, etc.

Your MyJobStreet ID is: tieco
Update your resume

If you want to send feedback to me, kindly write in to lina@jobstreet.com. Please do not just press "Reply".

Tuesday, August 01, 2006

Where's The Love??

Letih la.. Everyday aku try nak update Blog tapi takde mood je. Hari-hari baca sokkaba cerita pasal perang kat Lubnan. Anyway, korang try la carik buku ni kat kedai buku. Tapi, latest version punya cover lain sikit.



Selamat membaca!

Tuesday, July 25, 2006

Encik Thomas Yang Dilaknat

Masa zaman aku budak-budak dulu, aku suka sangat beli buku-buku yang kena tampal sticker-sticker. Contohnya ialah buku stiker Thundercats, Silverhawk, The A Team, Voltron dan lain-lain lagi. Kalau penuh sticker kat satu page buku tu,boleh dapat hadiah kereta kontrol, pedang bercahaya, game and watch (video game dedulu) dan lain-lain lagi. Tapi, selalunya dalam satu page tu mesti ada sekeping stiker yang susah nak dapat. Kalau dapat pun, kat stiker tu ada cop. Aku rasa stiker yang ada cop yang boleh dapat hadiah mahal-mahal tu tak wujud la. Kena kencing buta-buta je. Tapi, ada sorang member aku pernah dapat hadiah pedang bercahaya. Kena pakai bateri la nak bagi cahaya keluar. Takkan nak pakai tenaga solar pulak. Kalau pakai tenaga solar nak bagi ada cahaya, baik tak payah sebab nak ada tenaga solar mesti ada cahaya matahari. Sebab tu sampai sekarang takde orang cipta lampu rumah tenaga solar, lampu picit tenaga solar dan sebagainya. Thomas Edison punya anak tiri pun tak nak buat.

Cakap pasal Thomas Edison ni, aku teringat cikgu muzik aku masa darjah 4 dulu. Nama dia Thomas. Orang India. Dia ni memang macam sial. Dia selalu tarik sideburn budak laki kalau dia nak denda budak tu. Budak tu termasuk la aku. Macam nak tercabut sideburn aku kalau dia tarik. Kalau budak pempuan pulak, dia cubit pipi aje. Apa kejadah? Itu bukan denda! Itu nak manja-manja! Pernah sekali aku kena berdiri dengan sebelah kaki sebab tak bawak rekoder. Dalam 10 minit jugak la aku kena berdiri sebelah kaki. Lenguh kaki aku ooo.. Disebabkan Cikgu Thomas ni la aku tak minat belajar main rekoder. Start darjah 5 baru aku terel tiup rekoder dengan tengok note yang macam taugeh tu. Ada not Semibrif, ada krocet, ada minim, ada quaver, ada semiquaver. Semua harakat lain-lain. Wehh.. aku boleh baca note muzik la! Jangan tak caya ho!

Apa rahsia aku boleh pandai baca note muzik dengan tiup rekoder ni? heheheh.. sebab Cikgu Muzik masa darjah 5 CUN GILLER!!!! Frust je aku masa dia kawin time aku darjah 6. Tak lama lepas kawin terus mengandung pulak tu! Bunting kelamin ke hapa? Bunting kelamin ni maksudnya ialah mengandung setelah first time bersenggama. Paham kan? Heh.. Blog aku sekarang ni pun dah rating 18SX dah. Tapi takpe.. inilah namanya PENDIDIKAN. Heheh..

Berbalik kepada Cikgu Thomas. Korang tau tak apa motivasi dia kat budak-budak supaya minat belajar muzik? Macam ni la lebih kurang:

"Nanti kalau awak semua pandai main muzik, boleh masuk TV. Nanti awak punya mak bapak ada suka hati tak kalau tengok awak masuk TV? Ada suka hati tak???" Terpaksa la budak-budak jawab "sukaaaa". Ek ellehhh... tah hapa-hapa tah. TV tu kecik, mana boleh masuk. Dah la mengajar dengan mata merah je. Aku ingat dia ni kuat tonggang beer la. Rambut pun kerinting macam Alleycats. Muka banyak bekas jerawat batu. Dah la kaler macam kuali. Piiirrahhhh mabuk!!! Aku rasa sebab Cikgu Thomas ni la Malaysia susah nak menang Piala Thomas!!

Macam takde klimaks je cerita aku kali ni. Ahh... sudah, sebelum aku elaborate apa maksud 'klimaks' dan cara-cara untuk klimaks, baik aku stop kat sini.

Nanti aku sambung cerita pasal stiker-stiker..

Wednesday, July 19, 2006

Pasca Sunat

Heh heh.. agak sukar hidup sebagai seorang budak lepas sunat.

1. Pakaian

Takleh pakai seluar dalam. Hanya pakai kain pelekat sahaja. Nak jalan pun kena angkat sikit kain pelekat tu supaya tak tergesek dengan anggota badan yang cedera. Kalau tak, ngilu ooo. Waktu tidur pulak, aku kena pakai sebatang buluh yang diikat kat kedua-dua belah kepala lutut. Buluh tu diikat melintang antara kedua-dua lutut. Tujuannya ialah untuk mengelakkan dari terkepit semasa tidur. Tidur terkangkang aje la. Kalau aku mati masa tu, terjadi la peribahasa 'mati katak'. Panjang buluh tu cukup-cukup je untuk aku terkangkang. Jangan korang bayangkan buluh yang buat galah tu pulak. Mau rabak kangkang aku kalau pakai buluh panjang tu. Kain pelekat pulak perlu diikat menjadi bentuk khemah camping dan digantung tali ke atap seperti menggantung buaian. Tujuannya jugak supaya kain tak melekat pada tempat yang cedera. Kalau melekat, susah nak siat balik. Kalau siat balik, sure berdarah balik. Haaa.. Kalau stim memang sakit. So, dilarang tengok porno semasa selepas sunat. Heh heh heh..

2. Mandi dan Kencing.

Mandi pun main lap-lap je. Takut pulak kalau air terkena dekat tempat yang luka. Tak silap aku, lepas pada sunat tu, dalam 2 hari jugak aku tak kencing. Mungkin sebab saluran tersumbat. Tapi, first time kencing lepas sunat, sesuatu yang menakjubkan berlaku. Air kencing bercabang 3 macam pantun 'gunung daik bercabang tiga' tu. Memang amazing gila la. Dulu kencing tu elok je keluar dalam satu garisan. Lepas 'corong turas' dah kena buang, dia jadi bercabang-cabang pulak. Ajaib sungguh!

3. Makan dan Minum

Berpantang tu.... mak aku cukup strict bab pantang-pantang ni. Dah la aku ni jenis 'pantang jumpa' makanan sedap. Segala makanan yang dipercayai akan memberikan kegatalan, kebentanan, kenanahan dan sebagainya tidak dibenarkan. Mak aku masak gulai lemak ikan bilis dengan black pepper untuk aku dengan Bangcik. Perghhh.. sedap jugak tu! Hari tu masa orang rumah aku pantang bersalin pun mak aku masak lauk ni. Aku pun tumpang la pau sikit-sikit. Sedap ooo... Yang tak bestnya makan eskrem pun tak boleh. Bila aku tengok adik aku tayang-tayang eskrem yang dia makan, bergelen-gelen aku telan air liur untuk menahan napsu. Cis!

Seminggu lepas sunat tu, Abah bawak aku dengan Bangcik pergi klinik. Tujuannya ialah untuk membukak balutan di keliling tempat yang tercedera. Bangcik punya turn dulu jumpa doktor. Masa aku tunggu kat luar bilik klinik tu aku dengar Bangcik menjerit "Adoii.. sakittt.. gilo ahhh doktor ni!! nak mampuih agaknyo!! adoii..". Masa tu aku dah tak rasa gabra dah. Aku hanya pasrah pada yang esa. Masa time aku pulak, tanpa disuruh bukak kain, aku dah bukak dulu dah. Macam tau-tau pulak. Heh heh. Mula-mula doktor tu sembur anu aku dengan spray apa benda entah. Sejuk dan nyaman je aku rasa. Tetiba aje dia sentap balutan luka tu. Perghh... memang tersentap urat kentut aku masa tu. Sakit siot. Tapi sekejap aje la. Kalau doktor tu tarik pelan-pelan, aku rasa lagi sakit. Patut la Bangcik membebel aje kat doktor tu. Ha ha..

Dalam 10 hari lepas sunat tu, aku dah rasa OK. Dah boleh pakai seluar. Tapi keropeng keropeng luka ada la 50% tak tanggal lagi. Satu hari tu, aku bergaduh dengan adik aku Apis. Aku tak ingat apasal. Dia balingnya buku kat anu aku. Perghhh.. menggeletek aku tahan sakit. Luka lama berdarah kembali la. Nasib baik tak bentan.

Seingat aku, dalam 2 minggu lebih jugak la aku fully recovered. Yahoooo.. dah bujang!

Friday, July 14, 2006

Thursday, July 13, 2006

Menjahit Eskrem

Lepas kena bius tu sebenarnya aku dah pening-pening langau dah. Tau-tau je aku tengok aku punya anu dah jadi macam askar Jerman dalam cerita Combat. Bila masa la pulak Pakcik tu sembelih anu aku. Ada darah. Kelakar la pulak aku tengok. Ye la.. dah sepuluh tahun aku tengok anu aku macam eskrem cornetto, tetiba je jadi macam eskrem yang kena cedok-cedok dan taruk kat kon biskut tu. Alaaa.. yang apek jual eskrem pakai motor tu jual la. Ha ha ha ha.

Lebih kurang dalam 5 minit lepas tu (ni aku agak je 5 minit, takde pun aku set jam randik) aku dah mula rasa sakit-sakit. Mungkin dia punya bius dah hilang. Masa tu tengah proses menjahit. Aduih.. korang bayangkan la daging korang kena jahit masa takde bius. Patut la bangchik menjerit sakan. Dah la orang yang sunatkan aku tu macam amatur aje. Jahit punya la lembab! Tak puas hati betul aku. Dia ingat aku punya anu tu baju kurung ke? Jahit luka macam jahit nak buat sulam, labuci, atau manik. Aku dah sakit macam kena torture dah. Mana tak nangis.

Tapi aku tak la menangis menjerit-jerit. Dalam kepayahan, air mata aku je meleleh-leleh. Pakcik Kudang dah lambai-lambai duit sepuluh ringgit kat depan muka aku dah. Alamaakk.. melepas la aku sepuluh ringgit sebab aku nangis. Time tu aku rasa masa tu terlalu lama untuk aku. Memang sakit! aku tak tau nak cerita macam mana. Kalau korang nak rasa meh sini aku jahit daging korang. Aku sebenarnya memang tak pernah takut kalau nak kena enjek-enjek ni. Daging badan aku ni masa kecik-kecik dulu jenis liat punya. Ada sekali masa aku umur dua tahun, patah la jarum enjeksen bila nurse tu nak cocok bontot aku. Memang power la bontot aku. Heh heh heh.

Bila dah habis kena jahit, aku rasa lega gila. Kalah la rasa lega lepas berak. Ye la.. akhirnya aku berjaya jugak disunatkan. Esoknya boleh la kawin. Rugi pulak masa tu takde digital kemera. Kalau tak, boleh la aku rakam gambar 'sebelum' dan selepas' sunat. Lepas tu kongsi dengan kengkawan pakai Bluetooth. Ha ha ha. Macam tak biasaa..

Sebenarnya hari aku sunat tu ada kenduri kawin kat rumah Uwan. Adik kepada Abah yang merangkap Pakcik aku yang aku panggil 'Adang' kawin. Selamba je aku jalan terkengkang-kengkang membelah laluan kenduri-kendara sambil tersengih-sengih sebab semua orang macam gelak-gelak je tengok aku sambil diorang minum sirap. Cis!

Itu lah kisahnya aku bersunat. Kalau pompuan sunat macam mana ha? Masa kekeick dulu aku ingatkan, pompuan pun asalnya ada batang. Tapi perempuan sunat lain sikit sebab kena potong habis batang dia. Sebab tu la diorang takde. Mengong!!

Tuesday, July 11, 2006

Zainudin Zidane Lagi

Sesiapa yang teringin nak nengok zidane tanduk buah dada materazzi, click:

Sana

Sini

Sinun

Heheh.. hari ni masih lagi mood 'zidane'.

Monday, July 10, 2006

Zainudin Zidan



Bagusss... bagusss.. kepala kau memang power. Tanduk bola power. Tanduk orang pun power. Lain kali pasang tanduk lembu dulu kat dahi sebelum tanduk orang. Nasib baik budak Italy tu takde buah dada. Kalau tak, sure kena kanser buah dada lepas kena tanduk ngan ko.

Whatever bad things he did, He's the greatest footballer of this era, after Diego Amando Maradona.

Cheers France Supporter! France did a good job last nite. Only luck was not there for them.

Friday, July 07, 2006

My World Cup Analysis

This weekend adalah hari penutup untuk World Cup 2006. Sebulan penat bersengkang mata tengok TV. Kadang-kadang TV yang tengok aku. Pasukan favourite aku dari tahun 1988 iaitu Holland dah out masa second round. Memang team Holland tahun ni macam celaka. AKu miss team Holland tahun 1994 and 1998. Dua-dua World Cup tu kalah dengan Brazil. Namun begitu aku puas hati sebab Holland main best masa tahun-tahun tu. Tahun ni memang suwey! Mungkin sebab ada Nistelrooy yang aku benci. Dan Arjen Robben yang aku benci jugak. Van Persie ok. Biasala... aku kan fanatic Arsenal.

Hari ni aku nak cerita pasal World Cup Theory base on my observation. Tidak terpengaruh dengan mana-mana website atau sokkaba. Here we goes...

1970: Held in Mexico. Italy masuk Final. Lawan dengan Brazil. Italy kalah.

1982: Held in Spain. Italy masuk Final. Lawan dengan West Germany. Italy menang.

1994: Held in USA. Italy masuk Final. Lawan dengan Brazil. Italy kalah.

2006: Held in Germany. Italy masuk Final. Lawan dengan France. Italy menang/kalah??????


Cuba korang tengok. Italy masuk final 12 tahun sekali sejak 1970. Diorang kalah everytime lawan Brazil. Diorang kalah pun bila World Cup held dekat American Soil. Tahun 1982, diorang champion. Menang dengan West Germany (European country) bila World Cup held dekat European soil (Spain).

Tahun ni, diorang jumpa France (European country) bila World Cup held kat European soil (Germany).

So.. kalau mengikut teori janjang aritmetik dan soalan uji IQ, sudah tentu Italy akan menang dengan France kali ni. Superstitious gak eh??

Kita tengok sapa yang kenaaaaa!!!!!!!!

p/s: aku sokong France sebab ada Henry, Viera, Wiltord (excluding Luis Saha and Makalele). Arsene wenger pun French. Makan French Fries sedap. Sandwich Tuna kat Delifrance pun sedap. Heh heh heh heh

ada sapa mau bet??

Wednesday, July 05, 2006

Memproses Sosej

He he. Jangan marah ye sebab aku lama dah tak update.

Aku sunat dulu kat kampung. Tapi bukan pakai tok mudim punya servis. Aku sunat kat klinik kerajaan. Bukan doktor yang sunatkan aku tapi assistant doktor yang juga merangkap kawan Abah. Masa tu hari Ahad. Klinik tu tutup. Aku ingat aku punya proses bersunat ni pun kira underground punya projek. Maksud aku, kitorang guna bilik dan alatan klinik tu tanpa pengetahuan pihak berwajib. Apa daa.. nak sunat pun pakai kroni.

Pada pagi tu, aku dengan bangcik dah bersiap pakai kain pelekat. Abah dengan Pakcik Kudang (sepupu Abah) yang bawak kitorang gi klinik. Sementara nak menunggu tukang sunat sampai, Bangcik ajak aku bersiar-siar kat keliling klinik tu. Ada ke dia ajak aku lari. Maksud aku bukannya dia ajak aku berlari-lari, tapi ajak aku melarikan diri dari perojek sunat ni. Tak berpikiran jauh betul la Bangcik ni. Tak nak kawin agaknya.

Malangnya tak boleh lari jugak sebab tak tau nak lari ke mana. Tambahan pula, Bangcik sebagai abang yang kena sunat dulu. Aku tunggu aje kat luar dengan penuh debaran. Mana tak berdebar, Bangcik menangis punya la kuat masa dia kena sunat.

"Waaaaaa.. sakittt laa... adoiiii... waaaaa..."

Aku terkucil dalam 3-4 kali jugak la sebab dengar Bangcik nangis ni. Memang aku gubra giller. Pucat jugak aku masa tu. Aku tak ingat berapa lama aku tunggu Bangcik kena kekah. Tau-tau aje dia dah keluar bilik tu dengan pakai kain pelekat. Kain tu di angkat sikit supaya tak tersentuh dengan anu yang masih luka. Jalan pun kengkang-kengkang je. Muka macam tensen je. Orang lepas bersalin pun tak muka macam tu.

Tiba giliran aku pulak. Aku melangkah ke dalam bilik sunat tu dengan berat hati je. Pakcik Kudang kutuk-kutuk la Bangcik. Dia kata bangcik buat-buat nangis je. Kalau aku tak nangis dia nak bagi aku sepuluh ringgit. Masa tu sepuluh ringgit tu banyak ooo bagi budak kecik. Dia siap lambai-lambai duit sepuluh ringgit tu macam Abdul Wahub buat kat Hussin Lempoyang (cerita Tiga Abdul).

Aku pun baring la kat atas katil bedah tu. Memula tu malu la jugak nak bukak kain. Ye la.. nama benda tu pun kan 'kemaluan'. Siapa takde rasa malu je yang boleh mendedahkan kemaluan sesuka hati. Contohnya ialah Babyrina, seorang budak Melayu yang top sekitar tahun 97-98 sebab berbogel kat internet. Sapa ada simpan gambar dia? Heh heh heh.

Memula doktor tu proses anu aku. Macam mana dia proses tak payah la aku cerita. Ha ha ha. Lepas tu dia enjek kat keliling. Aku rasa dalam 5 kali enjek jugak la. Aku tahan sakit je masa kena enjek tu. Tapi lepas tu aku rasa kebas je kat situ. Doktor tu pulak pergi proses-proses anu aku dan tanya "Ada rasa tak?". Terperanjat jugak aku sebab takde rasa apa-apa. Macam tengok anu orang lain pulak yang kena proses. Memang dia bius betul-betul punya.

* to be continued *

p/s: korang ingat tak post aku yang bertajuk 'Pelik Tapi Benar'? Hari ni aku dapat email dari member aku pasal artikel aku tu. Waaah... bangganya.... Tak sangka ada orang minat nak copy paste artikel tu dan distribute kat kengkawan.

Saturday, June 24, 2006

Sunat Muakad

Hari ni baru la aku ada kelapangan untuk memblog.

Haaa.. cuti sekolah tahun 1987 tu adalah cuti sekolah yang paling mengerikan dan mendebarkan sekali. Korang nak tau sebab apa? Sebab aku kena SUNAT!!!!

Sunat kat sini bermaksud berkhatan. Ada sesetangah orang cakap, masuk jawi. Pelik jugak, kenapa orang cakap perlakuan membuang kulit k*** itu dinamakan sunat? Aku kompius jugak masa belajar feqah masa sekolah rendah dulu. Ada hukum Wajib, Sunat, Halal, Haram, Makruh etc. Sunat bermaksud 'kalau buat dapat pahala, kalau tak buat tak dapat apa2'. Aku bertambah kompius bila mendengar perkataan 'sembahyang sunat'. Ini sembahyang sebab nak kena sunat ataupun masa semayang tu kita disunatkan? Aku teringat member aku masa derjah dua yang bernama Iskandar buat gaya sembahyang sunat seperti di bawah:

1. Berdiri tegak
2. Takbiratul ihram (Allahu Akbar)
3. Instead of tangan peluk tubuh, dia letak tangan dia kat anu dia dan gayakan macam gunting-gunting. Ha ha ha

Kalau 'masuk jawi' lagi pelik. Apa kena mengena Jawi dengan sunat? Kalau tak sunat lagi, kita masih Rumi ke? Macam tulisan la pulak, ada Rumi ada Jawi. Siapa boleh explain kat aku?

Cerita teori sunat punya pasal, aku terlupa pulak nak cerita pasal pengalaman aku bersunat.

Haaa... Sebenarnya pada pertengahan tahun tu lagi aku dah tahu dah yang aku akan kena sunat tahun tu. Ada jugak yang takut-takutkan aku betapa sakitnya bersunat. Ada jugak yang kata macam kena gigit semut je. Kena gigit semut pun sakit oooo.. Tapi, memikirkan bahawa sunat ni hanya sekali seumur hidup, aku pun buat-buat macho aje la mendengar gossip-gossip pasal sunat ni. Sakit ke, sedap ke, kena jugak sunat. Lain la kalau boleh pilih nak sunat ke tidak. Kalau boleh pilih, aku rasa masa kekecik dulu aku pilih tak nak sunat la. Tapi nasib baik tak boleh pilih. Kalau tak, dah besar ni menyesal sebab tak sunat. Nak pergi jumpa tok mudim pun dah segan. Ye laa... masa kekecik dulu takde semak-samun lagi di kawasan berkenaan.

Ahhh.. kepala otak aku dah nak buat cerita 18 sx dah. Aku sambung la lain hari entry pasal sunat ni. Kang tak pasal-pasal lain yang aku nak cerita, lain yang aku tulis.

Tunggu yaaa... aku memang busy sikit last week.

Chow

Wednesday, June 14, 2006

Hantu Lomang

I'm Back!

Tanpa melengahkan masa, aku terus sambung je cerita riwayat hidup aku.

Raya tahun 1987 tu, family aku balik kampung sebelah Abah kat Batu Kikir Jematan Bosi, Negeri Sembilan sana. Hari Raya kedua tu Abah plan nak pergi rumah atuk-atuk sedagho den kek Kampung Tengkek. Tapi Angah dah plan nak bawak aku gi rumah Cikgu dia dengan kengkawan dia. So, pagi-pagi lagi aku dengan Angah dah melarikan diri dari rumah untuk pergi tunggu bas kat simpang tigo Kampung Jeghojak. Takde la lari laju sangat. Lari-lari anak sambil lari skipping je.

Rumah pertama ialah rumah kawan Angah. Aku makan Mihun dengan Lomang. Bukan main sodap pulak lomang kek ghumah dio!

Ghumah ke duo ialah Rumah Cikgu Angah. AKu makan lomang jugak. Bukan main sodap pulak lomang dio!

Ghumah ketigo, ke ompek dan kelimo dan ke onam aku pun tak ingat ghumah sapo yang aku poie. Tapi semuo lomang-lomang dioghang sodap. Semuo aku mentedaghah (makan).

Kesimpulan eh, aku memang gomar makan lomang. Makan pelompang ajo yang aku tak suko. Kalau kono pelompang dongan keduo-duo bolah tangan, mau meleleh selemo (hingus) di buek eh.

Balik tu aku dah ghaso macam nak membughan (terberak) la pulak. Ni lomang sapo pulak yang punyo angkaro. Tak pasal-pasal la aku terbeghak dalam seluar. Beghak cair pulak tu. Melepet-lepet!!

Nasib baik la ado bondar (parit air untuk sawah). Aku basuh la seluar aku kat situ. Dah tu, aku jalan kaki la balik ghumah uwan aku dongan memakai baju ajo. Nasib baik la baju tu londeh sikit. Kalau tak, ternampak ajo la bughung punai sepanjang jalan.

Sesampai ajo ghumah uwan, aku dah nampak uwan bercokak pinggang macam dah ready nak maghah Aku dan Angah. Iyo la. Dah la nak poie jalan beghayo tak impom awal-awal. Lopeh tu balik pulak lambek.

Uwan: Kau tengok jam tu dah pukul beghapo dah!
Angah: Pukul ompek setongah dah uwan.
Uwan: Ekau ingat eden ni buto? Kau tengok jam tu Ija (Bangcik), pukul beghapo dah tu.
Bangcik: Pukul ompek setongah.
Uwan: Kau ni pun samo!! Eden ni tak bangang doh. Dah pukul ompek duo puluh onam dah.

Dalam hati aku: Heh heh. Kalau Angah cakap jam pukul empat, ada point la jugak dia nak marah sebab tipu yang masa tu masih awal lagi. Tapi Angah cakap pukul empat setengah yang lebih lambat dari empat dua puluh enam. Apo la uwan den ni!

Bila Abah balik dari beraya kat rumah atuk-atuk sedara, Angah kena marah. Aku tak kena. Ha ha ha ha ha.

AFUNDI ZILA, FARHAN, VELVET.
AFKELUAR AMIRUL.

Friday, June 09, 2006

Jiwa Kacau

Masa zaman aku muda-muda dulu, nak telepon orang punya la susah. Kena dial operator dulu untuk mintak dia sambungkan ke nombor si Anu (anu di sini bukan bermaksud kemaluan). Then, baru la boleh bercakap dengan Si Anu tersebut.

Sekarang ni zaman dah berubah. Teknologi makin canggih. Kerja operator tu dah diganti oleh equipment yang dipanggil SWITCH. Bukan switch lampu. Sandwich pun bukan. Si Switch ni la yang tolong sambungkan call yang kita buat kat nombor Si Anu yang kita dial. Begitu berjasa switch ni kepada 7 juta lebih pelanggan Maxis. Peluang pekerjaan sebagai operator pun dah pupus.

TETAPI!!!!! Orang yang kena setup Switch baru kat Nilai untuk pelanggan Maxis semata-mata kerana World Cup ialah aku!

Inilah rupanya Switch. Tak hensem pun.


Switch ini ditaja oleh Siemens yang berasal dari Jerman, tuan rumah Piala Dunia 2006. Cilaka! tak pasal-pasal banyak match yang aku miss tahun ni sebab kerja dari siang sampai ke siang.



Inilah cable yang menghantar suara-suara korang kat orang yang bercakap dengan korang. Kalau aku potong cable tu masa korang bercakap, suara korang akan kedengaran. Jadi, sapa2 yang suka mengamalkan sex on the phone, padan muka sebab aku boleh dengar. Ha ha ha.. (p/s dulu masa aku kerja Celcom, aku pernah dengar Gay romens-romens dalam telepon. nak muntah aku!)


Ini adalah komputer untuk mengontol (mengkontrol) switch. Kalau aku nak kena buang kerja, aku akan ubah data dalam Switch supaya aku boleh buat panggilan secara percuma kat semua orang. Lepas tu aku akan masuk jail. Haaa.. Kat sini la aku selalu access internet.


Kepala otak aku lebih kusut dari kotak-kotak di bawah.


AKU NAK BALIIIIKKKK!!!!! Dah emergency dah ni!

Thursday, June 08, 2006

Work Sucks!

Sori geng..

Kepala otak aku sungguh letih 2-3 hari ni. Kepala letih. Otak letih. Vertebrata aku pun letih.

AKu bizi gila. Semalam aku kerja nearly 24 hours. Kuli Batak pun tak kerja macam ni. Orang Batak pun tak suka jadi Kuli Batak. Inikan pulak aku.

Kalau aku ada mood, aku upadte la dalam pukul 2-3 pagi karang ke..

Jejaka Tertekan,

Taiko

Monday, June 05, 2006

Bahan Serius

Mesti ramai yang pelik kalau tengok ruangan komen aku tetiba aje kena isik dengan cerita racist. Mulanya macam ni. Aku termasuk la kat dalam blog mamat ni. Aku tak baca habis pun sebab aku rasa buang masa je baca. Aku tengok dekat ruangan comment dia pun dah jadi macam gaduh-gaduh Melayu dengan China. Jadi aku pun gatal tangan la pergi komen jugak. Aku ajak la diorang gi lepak minum teh tarik tak kira la india ke, china ke, melayu ke.

Alih-alih hari ni penuh pulak comment yang diorang cc kat aku.

Macam ni lah..

Imagine kalau kita adalah anak angkat kat dalam satu family. Mak dan bapak angkat kita tu pilih kasih (bias) dengan kita. Macam-macam keistimewaan Mak dan Bapak angkat kita tu bagi dekat anak-anak dia. At the same time, kita tetap dibenarkan tinggal kat rumah diorang dan hidup dengan aman damai. Kita terpaksa bekerja keras untuk berjaya sedangkan adik-beradik angkat kita tu dapat macam-macam kemudahan.

Dengan usaha kita yang gigih, kita berjaya. Sedangkan adik-beradik angkat kita tu gagal. Kita banyak membawa perubahan dalam rumah itu. Apakah tindakan kita seterusnya?

A. Membalas budi Mak Bapak angkat kita kerana membenarkan kita tinggal bersama mereka.
B. Beritahu dekat semua anak-anak angkat yang lain serta jiran-jiran bahawa Mak Bapak angkat kita tu pilih kasih dengan tujuan menanam sikap benci. Mudah-mudahan Mak bapak kita tu bagi rumah mereka kat kita dan kita menjadi tuan rumah baru.
C. Menuduh Mak Bapak angkat kita pilih kasih sedangkan kita juga pilih kasih terhadap keturunan Mak Bapak angkat kita tu.
D. Pindah ke rumah lain yang dengar khabarnya lebih tidak mengamalkan pilih kasih.
E. Bersikap keanak-anakan, mengejek-ejek adik beradik angkat kita seolah-olah seperti budak tadika bergaduh sebab berebut kayu aiskrim. Mudah-mudahan Mak bapak angkat kita tak pilih kasih lagi.
F. Membuat kesimpulan bahawa semua adik-beradik angkat kita itu salah sebab menerima kelebihan yang diberi oleh Mak Bapak diorang. Sedangkan ada di antara mereka yang mahu hidup bersama kita dengan aman damai.
G. Dan lain-lain lagi.

Sila pilih. Boleh pilih lebih dari satu jawapan. Nak tambah jawapan pun boleh.

p/s: kepada racist yang belum sempurna akalnya, aku tak berminat nak baca apa yang korang paste dalam blog aku. Aku akan anggap ianya umpama taik-taik dalam sungai yang melintas kat depan aku dan tak akan menghalang aku untuk ke seberang. Chewah! Dah la tak tau siapa "tuan taik" tu. Ye la.. malu la nak mengaku berak dalam sungai. Mesti PEMALU orang-orangnya. At least aku respek la jugak kat tuan punya Blog tu sebab menyatakan kepada dunia bahawa taik itu dia yang punya. Tapi yang paste komen kat blog aku ni, aku tak pasti la. PEMALU ke.. PENAKUT?

Friday, June 02, 2006

Alias Beruang dan Makcik Gemuk MBA

Bulan puasa tahun 1987 adalah bulan puasa yang akan ku kenang sampai bila-bila selagi hayat di kandung badan. Ada beberapa peristiwa yang aku ingat:

1. Hari tu aku bangun sahur. Aku bangun sahur makan nasik. Mula-mula tak lalu nak makan, tapi bila dah sesuap nasik masuk dalam tekak, tetiba je aku boleh makan dengan penuh tenaga macam makan lunch pulak. Lebih kurang macam popeye dapat spinach la. Aku rasa perkara ni sama dengan kebanyakan budak gemuk.

Masa tu aku sekolah petang. Time rehat aku lepak la kat kantin. Skodeng awek-awek main getah 'rumah terbaka panggil bomba'. Awek-awek main getah pun skodeng aku jugak (perasan). Bukan semua budak kat sekolah tu puasa. Bengang je aku tengok ada yang minum air Sprite. Kebetulan pulak hari tu aku rasa haus gila. Panas tak ingat punya. Kalau tak minum air Sprite memang boleh membawak maut la. Jadi, aku pun beli la air Sprite sebotol dan minum sambil cover-cover kalau ada jiran yang nampak. Ahhh.. Sejuk menyegarkan.

Aku balik rumah jalan kaki. Tapi aku tak ingat aku melencong ke mana hari tu. Yang aku ingat, aku sampai rumah time dah nak bukak puasa dah. Masuk je aku kat rumah, Mak tanya "kau puasa tak hari ni?". Aku jawab "puasa" sambil kontrol hensem supaya Mak tak tau aku tak puasa. Tiba-tiba Mak membalas "Tadi si Alias cakap dia nampak kau minum air botol kat kantin. Jangan nak tipu la". Aku pun tak boleh buat apa-apa, aku sengih aje la.

Malam tu masa aku lepak dengan member-member untuk main bunga api dan apa-apa yang patut, aku bergaduh dengan Alias Beruang. Aku menang. Cilaka punya Alias Beruang. Dah la rambut tebal macam berus cat.

2. Ada seorang Makcik kat blok D7 (aku duduk blok D8) bisnes lemang kat situ. Dia ni perangai memang macam sial la. Ada ke kalau budak-budak tengah main kat bawah, dia baling sampah basi kat kitorang dari atas. Punya la bencinya aku kat dia. Dah la gemuk!

Kalau korang nak tau dia punya hati busuk tu macam mana, dia perginya buat tempat bakar lemang kat tempat kitorang main bola. Padahal banyak tempat lain lagi boleh bakar lemang. Contohnya kat Cameron Highland. Kitorang dah chop tempat tu untuk main bola sejak dulu lagi. Cuma tak tulis 'Alip Lam Lam Ha' je kat tempat tu. Satu hari, dia tak ada kat tempat bakar lemang tu. Kitorang pun plan la nak kencing kat lemang yang tengah dimasak tu. Aku tak kencing. Tapi Bangcik dan Eloi yang kencing. Bukannya kencing kat dalam batang lemang tu, tapi kencing kat bara api tu je. Wap air kencing yang dah kena bara api tu tak boleh meresap pun dalam buluh lemang tu sama ada melalui proses pemejalwapan mahupun elektrolisis!

Kitorang tak tau la pulak yang dia rupanya ushar kitorang dari atas. Tetiba je dengar dia menjerit "Woi Budak!! kau kencing lemang aku ye!! Nanti kau!" Kitorang pun gelak-gelak aje la tapi tak lari lagi. Rupanya dia turun tangga dengan secepat kilat. Patut la rasa macam ada gempa bumi ajer. Dia cuba kejar kitorang, tapi tak dapat. Mana boleh kejar. Lari pun macam jogging je. Jogging pun lagi laju dari larian dia. Kitorang lari macam "Encik Nordin Jadi", seorang pelari Malaysia yang glamer masa tu. Apa jadi kat Nordin Jadi sekarang pun aku tak tau.

Berbalik kepada cerita Makcik Gemuk. Punya la siolnya dia tu, dia pergi rumah aku dan report kat Mak dengan Abah bahawa kitorang kencing lemang dia. Balik aje aku dengan Bangcik ke rumah, teruk kitorang kena sebat dengan Abah pakai tali pinggang.

Lemang tu pulak Makcik Gemuk paksa Abah beli. Tapi takde la dia cekik leher Abah suruh Abah beli. Cuma dia membebel-bebel je la. Mulut macam bontot ayam. Bukannya bentuk mulut dia tu macam bontot ayam. Tapi becok sangat! Tak payah masuk Universiti untuk dapat MBA. Secara semula jadi dia dah MBA. Apa itu MBA? Mulut Bontot Ayam. Dah la jual lemang mahal! Nasib baik sedap. Mungkin sebab dah kena wap kencing. heh heh heh

Thursday, June 01, 2006

Pochong

Ini aje la ole-ole yang aku dapat bagi korang sekembalinya aku dari Marang dan Cherating hari tu.



Ni gambar adik sedara aku. Kitorang buat rakaman video kisah ternampak hantu pochong di Hotel Legend Cherating.

Grrrr... masuk opis je aku terus jadi sibuk giller. Start next week bermulalah projek aku kat Nilai. Bermakna aku akan sibuk gila sampai nak gila. Dah la normal schedule yang 2 bulan dah dikompreskan jadi 3 minggu. Nak kena siapkan before Quarter Final World Cup. Memintak la ada bencana alam yang berlaku kat Jerman sehinggakan World Cup delay. Takde la pressure sangat aku nanti. Heh heh..

Friday, May 26, 2006

Pelik Tapi Benar

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap cibai kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesel L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)

Aku tak update blog sampai Selasa depan. Nak pergi Cherating bersama keluarga. Yahoooooo....

Thursday, May 25, 2006

Jadi Seorang Penyeluk Saku

Dari kecik lagi aku suka baca buku. Dulu aku sangat suka baca buku-buku seram. Contoh buku yang aku baca ialah Bercakap Dengan Jin (Tamar Jalis), Berkelahi Dengan Syaitan (Tok Awang Ngah), Kepala Iblis (Mastris) dan macam-macam lagi cerita hantu. Macam-macam jenis hantu la aku tau. Hantu Raya (tak pernah puasa), Hantu Galah (yang suka main galah panjang), Harimau Jadian (Tiger Wood), Penanggal (Suka tanggal seluar) , Hantu Kopek (18SX - suka kopek durian), semua la aku tau. Sungguh seronok aku baca buku-buku tersebut. Kadang-kadang sampai tak boleh tidur. Kalau nak balik rumah waktu maghrib, tangga dah gelap. Tunggang-langgang aku lari naik tangga sebab terbayang-bayang ada hantu yang follow up aku dari belakang.

Satu hari aku pergi kedai buku yang banyak jual buku hantu kat Taman Melati tu. Ada buku Berkelahi Dengan Syaitan siri ke 4. Harga 4 ringgit. Aku takde duit nak beli. Masa dulu takde pendapatan tetap sebab tu takde duit. Tapi aku nak jugak baca buku tu. Lalu aku pun merancang untuk mencilok duit Abah malam tu. Tanpa perancangan yang teliti, sesuatu projek boleh terbengkalai.

Malam tu setelah semua orang tidur, aku pun menyeluk saku seluar Abah untuk ambik dompet dia. Seluar Abah tergantung je. Takkan la aku nak seluk seluar Abah kalau dia tengah pakai. Tak pasal-pasal nanti bukan dompet yang aku dapat pegang, tapi terpegang 'benda' lain pulak. Bila aku dah berjaya dapatkan dompet tu dengan tak semena-mena aku pun cilok la duit sepuluh ringgit. Lepas tu aku sorok bawah tilam aku. Esoknya aku pun dapat la beli buku hantu yang aku nak beli tu. Dapat la aku baca buku tu untuk menambahkan lagi kepoweran aku dalam bidang hantu.

Seperti biasa, clever-clever squirrel jumping, lastly fall on the groud also. Aku ingat Abah tak kira la duit dia. Rupanya dia kira. Berkira sungguh. Ye la, ilmu kira-kira dah ada di dalam dada, rugi la kalau tak pakai. Abah tanya aku sama ada aku ada curik tak duit dia. Aku mengaku aje la yang aku curik sambil bersedia je untuk kena penampar Jepun. Tapi Abah tanya apa aku buat dengan duit tu. Aku cakap la dengan tulus ikhlas bahawa aku buat beli buku. Nasib baik la Abah tak marah. Masa tu lagu 'Aku Tak Marah' nyanyian kumpulan Arrow belum ada lagi. Kalau tak, sure Abah dah nyanyi.

So... kesimpulannya dekat sini.. kalau nak curik duit bapak tu boleh, tapi belilah buku. Kalau nak beli buku tapi takde duit, curikla duit bapak. Alaa... bapak korang pun curik duit bapak kepada bapak korang jugak. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasik kan? He he he... sukati aku je tuduh bapak korang curik duit bapak kepada bapak korang.

Yang lelaki jangan la segan nak mengaku korang ni penyeluk saku jugak. Kalau salah parking tu, sure korang seluk saku punya untuk betulkan allignment. Macam la aku tak tau.

Chow.

Wednesday, May 24, 2006

Orang Original

Dalam negara kita ada banyak kaum. Salah satu kaum yang ada di dalam negara kita ialah kaum Orang Asli. Orang Asli di dalam bahasa Inggeris ialah Aborigin. Aborigin dalam bahasa Melayu pulak ialah Orang Original. So, selain daripada Orang Asli atau Orang Original, Orang-orang lain semuanya lokal. Lokal di sini bermaksud tak original la. Murah sikit harga spare part dia.

Mengapa aku cerita pasal Orang Asli hari ni? Sebab aku nak cerita pasal persahabatan aku dengan 2 orang Orang Asli kat dalam kelas aku iaitu Riminin dan Inyaris. Diorang ni Orang Asli Batu 12 Gombak.

Riminin adalah seorang yang pendek. Macam mana mak bapak dia boleh terpikir nak bagi nama Riminin entah. Sedap jugak nama dia. Rambutnya macam tempurung seperti Temenggung Jugah Anak Barieng seorang Pahlawan Sabah dalam memperjuangkan kemerdekaan. Kalau taruk katak atas kepala dia, sure jadi peribahasa 'seperti katak atas tempurung'. Dia ni pandai melukis dan jugak memanjat pokok yang tinggi. Aku pernah mempergunakan dia untuk mengambil buah rambutan yang tinggi. Skill dia petik buah rambutan tu macam beruk. Petik pakai kaki je. Respek sungguh aku. Aku rasa beruk pun respek kalau tengok dia panjat pokok.

Inyaris a/l Anggek adalah seorang yang gemuk dan selekeh. Nama dia kelakar. Macam 'nyaris-nyaris' jek. Dia ni pergi sekolah hari ni pakai baju semalam. Pergi sekolah semalam pakai baju kelmarin. Makan comot-comot. Pergi sekolah tak mandi. Gigi tak pernah gosok. Kaler kuning je gigi dia. Hidung sentiasa berpeluh. Rambut kusut masai. Pendek kata, keasliannya terserlah la. Dia seorang yang takut pada kakaknya yang lebih kecik dari dia. Kakak dia cun jugak. Macam mana la adik boleh huduh? Dah la huduh, buduh pulak tu. Mengeja pun tak berapa pandai walaupun dah darjah 6.

Aku suka kawan dengan diorang ni sebab diorang ni kelakar. Sleng cakap Melayu pun macam Orang Asli punya sleng. Kalau aku bercakap dengan diorang, aku pun terikut-ikut sleng Orang Asli diorang. Nasib baik la aku hensem sikit. Kalau tak, sure orang ingat aku adik beradik je dengan Inyaris a/l Anggek tu.

Ada dua perkataan Orang Asli je yang aku ingat diorang ajar aku:

1. Ta'ong = Babi

Contoh Ayat: Semalam bapak aku dapat tangkap ta'ong. Mak aku aku masak seddap!!

2. Rejaj = Rogol

Contoh Ayat: Kalau kau tipu aku, aku rejaj kau sampai berdarah. (ini contoh ayat yang Riminin ajar. Bukan aku reka sendiri).

Ada jugak perkataan yang lain, tapi aku tak berapa ingat. Perkataan yang buruk-buruk je yang aku ingat. Heh heh heh.

Si Riminin sekolah jugak la sampai habis tingkatan 5. Yang Si Inyaris pulak sampai darjah 6 je. Aku dengar lepas habis sekolah rendah dia kerja kat Ladang Teh Cameron Highland. Entah-entah sekarang dah kaya. Lagi kaya daripada aku yang tak kaya ni.

Apa yang aku nak ketengahkan kat sini sebenarnya ialah berkawanlah tanpa mengira suku, bangsa, agama, dan negara. Tak kisah la nak kawan dengan Orang Cina ke, Orang India ke, Orang Putih ke, Orang Utan ke, Orang-orang kat sawah padi ke. Aku ni orang Minang. Orang Minang ni terbahagi kepada 12 suku. Suku aku ialah 'Tiga Batu'. Kalau ikut adat Pepatih, tak boleh kawin sesama suku. Nanti otak jadi 3 suku. Cakap pasal suku ni aku pernah dengar cerita lawak lucah. Ceritanya macam ni:

Satu rombongan meminang telah datang ke rumah sebuah keluarga Minang untuk meminang anak daranya. Pak Ali ialah wakil keluarga lelaki. Pak Abu pulak wakil keluarga perempuan.

Pak Abu: Nanti kalau dah kawin nanti, pengantin lelaki kena masuk 'suku'.
Pak Ali: Heh heh heh.. itu saya tak berani jamin. Terpulanglah pada pengantin nanti nak masuk suku ke, masuk setengah ke, atau pun masuk semua sekali. Kan benda tu halal selepas berkahwin. Kalau tak, macam mana nak berkembang zuriat.
Pak Abu: ?????

Chow.

Tuesday, May 23, 2006

Aku Malas

Malas la aku nak menaip hari ni. Kerja banyak pulak. AKu copy paste aje la email yang aku dapat ni:

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam
si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "
Sayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi
sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya
untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini
sehingga ianya benar - benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB
kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.
Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya
ni isterinya. ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah
tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap
pegawai TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yang saya ni
sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman
IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata - kata pegawai TNB itu membuatkan si isteri tu lagi
terkejut."APAAA???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni
baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun
berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu
pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh
isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai
TNB yang
berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ,
dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan
lewat pun nak heboh - heboh ke dalam internet. awak ni semua yang
berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang
buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yang datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan
mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik
nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu
membuat kan si mahphus naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa
potong encik punya..........."

Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di
rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA
PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA" ???????????????????.....................

Monday, May 22, 2006

Ponteng - Bab 2

Masa ponteng sekolah tu aku rasa seolah-olah macam iklan penagih dadah kat dalam TV la pulak. Masa dedulu kan banyak gila iklan anti dadah ni kan. Ada yang kartun tengkorak merangkak naik tangga, ada kartun tolak huruf "DADAH" jatuh dalam gaung lepas tu lega, ada kartun jari telunjuk tunjuk kat kita, dan ada jugak lakonan oleh orang betul. Konon-kononnya penagih dadah ni boleh bermula dengan malas belajar kemudian ponteng sekolah, kemudian isap rokok, kemudian isap dadah. Macam tu la kesudahannya. Sebab tu la aku rasa macam dalam iklan anti dadah je masa aku ponteng sekolah tu. Nasib baik aku tak isap dadah. Isap dada ada la masa kecik dulu. Kalau isap dada tak payah belajar ilmu hisab pun dah tau. Kalau dadih pulak, tak payah isap. Pakai sudu aje.

Berbalik kepada cerita ponteng sekolah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Masa kitorang keluar gi shopping kat Pasar Mini Sakina kat Taman Melati tu untuk beli makanan dan minuman, kawan Along telah ternampak kitorang. Aku ingatkan takde apa2 la. Rupa-rupanya kawan Along tu bagitau kat Along. Along pulak bagitau kat Mak. Mak pulak bagitau kat Abah. Abah pun tau. Mak bapak mana yang tak marah kalau tau anak diorang ponteng sekolah. Penat-penat carik rezeki untuk menyekolahkan anak, rupa-rupanya anak tu pergi menyelekohkan diri masing-masing umpama enau dalam belukar. Oleh kerana itu la aku dengan Bangcik kena belasah dengan tali pinggang oleh Abah. Birat-birat jugak la belakang aku. Nasib baik la Abah tak pakai tali pinggang wrestling WWF. Kalau tak mesti aku koma, tak pun koma bertindih (;).

Itu la kali pertama dan terakhirnya aku ponteng sekolah. Ini tak termasuk ponteng kelas masa ambik diploma and degree. Heh heh heh heh.

Aku ingatkan aku hanya dikantoi oleh keluarga. Rupanya sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Cikgu Zariana boleh tau pulak yang aku dengan Iwan ponteng. Sebenarnya ada sorang lagi member aku yang tau aku ponteng. Nama dia Rizalluddin ataupun nama glamer dia Boyak. Boyak ni punya pesen rambut ialah 'rambut tarik'. Rambut tarik ni bermaksud rambut belah tepi, kemudian ada tarik ke depan sikit. Kalau pakai jel rambut, nampak hensem la sikit. Masa tu pun, jel rambut tengah baru dan hangat di pasaran. Rambut keras je bila pakai jel. Senang nak kontrol hensem. Tak reti la pulak aku nak explain macam mana pesen rambut tarik ni. Bukan tarik rambut. Ahhh.. lantak la kalau korang tak paham. Tak penting pun. Masa cikgu cek kehadiran pagi tu, Cikgu tanya la mana aku dengan Iwan pergi. Apasal dia bagitau cikgu yang aku dengan Iwan ponteng pun aku tak tau. Padahal dia baik dengan aku. Dah la dia cakap aku ponteng dekat bukit. Main belasah aje.

So, pagi esoknya aku dengan berdebar-debar masuk ke kelas. Pagi tu Cikgu Zariana panggil aku dengan Iwan dan tanya kenapa kitorang tak datang semalam. Aku cakap aku demam. Iwan cakap dia pun demam. Lalu Cikgu Zariana pun mintak surat dari ibu bapa kitorang kalau betul kitorang demam. Sampai sekarang aku tak bagi. Sejak pada tu, Cikgu Zariana mengambil berat dengan kedatangan aku. Dia cabar aku supaya aku dapat nombor satu tahun tu. Tapi aku tak dapat pun nombor satu sebab aku malas belajar.

Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambik Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Malas Belajar,
Ambik Galah Tolong Jolokkan.

Friday, May 19, 2006

Ponteng - Bab 1

Masa darjah 4 ni aku menjadi seorang yang nakal. Sebelum tu nakal-nakal sikit je. Tapi darjah 4 ni aku bertambah nakal. Mungkin jadi "nakal kuasa dua". Aku jadi tak berapa minat sangat la nak belajar. Tapi belajar jugak la. Tapi tak berapa rajin la. Atau lebih mudah kalau aku cakap, aku malas. Asik ingat nak main je. Mungkin jiwa remaja sedang bergelojak dalam darah aku. "Main" yang aku cakap ni bermakna "main" budak kecik ye. Bukan "Main" budak besar. Heh heh..

Dalam kelas aku ada sorang budak bernama Iwan Fauzulrisha. Dia duduk Taman Melati jugak. Dia ni anak bongsu. Seorang anak yatim. Bukan anak a/l Yatim. Bapak dia dah meninggal. Dia duduk dengan kakak dan mak dia je kat rumah. Aku baik dengan dia ni masa darjah 4 dulu. Mungkin sebab aku nampak dia banyak duit. Senang je nak beli macam-macam. Aku suka pau orang jugak. Tapi aku pau dengan berhemah tinggi la. Metarialistik sungguh aku ni masa tu.

Kadang-kadang aku lepak rumah dia untuk tengok video cerita Kung Fu. Masa dulu aku memang suka tengok cerita Kung Fu. Sekarang pun aku suka jugak. Bangcik pun follow aku tengok Kung Fu kat rumah dia. Sebab tu la Bangcik pun boleh baik dengan dia. Satu hari aku lepak kat rumah dia. Masa tu mak dia kat dalam bilik air. Dia masuk bilik mak dia, dia curik $10 dalam beg duit mak dia. Baru la aku tau bahawa dia ni kaya sebab curik duit mak dia. Patut la dia sesuka hati je beli keropok dan permainan yang aku tak boleh beli. Kalau sekali beli keropok, bukannya sebungkus kecik, tapi sebungkus besar yang ada 30 bungkus kecik kat dalam tu. Bukan makan pun keropok tu. Tapi sebab nak dapatkan stiker yang ada cop kat dalam keropok tu. Kalau ada cop, boleh dapat hadiah. Alaa.. kan dulu ada kuaci 10 sen sebungkus. Kadang-kadang dalam kuaci tu ada kupon dapat hadiah 10 sen. Macam tu la. Tapi everytime aku nak duit seposen, pakcik kedai tu bagi aku kuaci sebungkus lagi. Sial je. Dah la kuaci busuk! Mati sure tak diterima bumi pakcik tu nanti. Tapi aku tak bantah pulak kalau dia suruh ambik kuaci lagi satu. Cakap belakang-belakang berani la heh heh.

Satu hari tu, Iwan ajak aku ponteng sekolah. Aku pun ajak Bangcik ponteng sekolah. Bangcik pun setuju aje. Cess.. macam style MLM pulak. Pagi tu, kitorang jalan kaki untuk pergi sekolah tapi tak pergi sekolah. Ye laa.. kalau pergi sekolah, bukan ponteng la namanya. Kitorang ponteng kat kawasan flat Taman Melati yang belum ada orang duduk lagi. Kawasan Blok C. Masa lapar aje, kitorang pergi kedai beli roti panjang dengan air gas. Korang tau tak air gas apa yang kitorang minum? Air gas jenama "SUDI". Ni Sudirman punya air gas. Ada gambar sudirman kat tin air gas tu. Semuanya ditaja oleh Iwan sebab dia dah curik duit Mak dia. Lepas tu dia ajak isap rokok pulak. Korang nak tau ke rokok apa yang kitorang isap? Rokok daun nipah tu. Tapi tak taruk tembakau la. Bakar dan sedut je asap rokok tu. He he he.. macam gangster budak kecik dalam cerita Anakku Sazali pulak.

Dalam cerita Anakku Sazali tu, Ibrahim Pendek jerit "Kita ada banyak duit!!! kita ada banyak duit!!". Lepas tu terus je P. Ramlee jadi besar. Tapi Ibrahim Pendek tak besar-besar. Dah la suara sama je masa kecik dengan masa besar. Mungkin masa Ibrahim Pendek jadi watak budak kecik tu, dia dah akil baligh di awal usia. Suara dah pecah awal-awal. Sebab tu tak berubah.

Berbalik kepada cerita aku ponteng sekolah. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

To be continued.. heh heh heh..