Wednesday, July 05, 2006

Memproses Sosej

He he. Jangan marah ye sebab aku lama dah tak update.

Aku sunat dulu kat kampung. Tapi bukan pakai tok mudim punya servis. Aku sunat kat klinik kerajaan. Bukan doktor yang sunatkan aku tapi assistant doktor yang juga merangkap kawan Abah. Masa tu hari Ahad. Klinik tu tutup. Aku ingat aku punya proses bersunat ni pun kira underground punya projek. Maksud aku, kitorang guna bilik dan alatan klinik tu tanpa pengetahuan pihak berwajib. Apa daa.. nak sunat pun pakai kroni.

Pada pagi tu, aku dengan bangcik dah bersiap pakai kain pelekat. Abah dengan Pakcik Kudang (sepupu Abah) yang bawak kitorang gi klinik. Sementara nak menunggu tukang sunat sampai, Bangcik ajak aku bersiar-siar kat keliling klinik tu. Ada ke dia ajak aku lari. Maksud aku bukannya dia ajak aku berlari-lari, tapi ajak aku melarikan diri dari perojek sunat ni. Tak berpikiran jauh betul la Bangcik ni. Tak nak kawin agaknya.

Malangnya tak boleh lari jugak sebab tak tau nak lari ke mana. Tambahan pula, Bangcik sebagai abang yang kena sunat dulu. Aku tunggu aje kat luar dengan penuh debaran. Mana tak berdebar, Bangcik menangis punya la kuat masa dia kena sunat.

"Waaaaaa.. sakittt laa... adoiiii... waaaaa..."

Aku terkucil dalam 3-4 kali jugak la sebab dengar Bangcik nangis ni. Memang aku gubra giller. Pucat jugak aku masa tu. Aku tak ingat berapa lama aku tunggu Bangcik kena kekah. Tau-tau aje dia dah keluar bilik tu dengan pakai kain pelekat. Kain tu di angkat sikit supaya tak tersentuh dengan anu yang masih luka. Jalan pun kengkang-kengkang je. Muka macam tensen je. Orang lepas bersalin pun tak muka macam tu.

Tiba giliran aku pulak. Aku melangkah ke dalam bilik sunat tu dengan berat hati je. Pakcik Kudang kutuk-kutuk la Bangcik. Dia kata bangcik buat-buat nangis je. Kalau aku tak nangis dia nak bagi aku sepuluh ringgit. Masa tu sepuluh ringgit tu banyak ooo bagi budak kecik. Dia siap lambai-lambai duit sepuluh ringgit tu macam Abdul Wahub buat kat Hussin Lempoyang (cerita Tiga Abdul).

Aku pun baring la kat atas katil bedah tu. Memula tu malu la jugak nak bukak kain. Ye la.. nama benda tu pun kan 'kemaluan'. Siapa takde rasa malu je yang boleh mendedahkan kemaluan sesuka hati. Contohnya ialah Babyrina, seorang budak Melayu yang top sekitar tahun 97-98 sebab berbogel kat internet. Sapa ada simpan gambar dia? Heh heh heh.

Memula doktor tu proses anu aku. Macam mana dia proses tak payah la aku cerita. Ha ha ha. Lepas tu dia enjek kat keliling. Aku rasa dalam 5 kali enjek jugak la. Aku tahan sakit je masa kena enjek tu. Tapi lepas tu aku rasa kebas je kat situ. Doktor tu pulak pergi proses-proses anu aku dan tanya "Ada rasa tak?". Terperanjat jugak aku sebab takde rasa apa-apa. Macam tengok anu orang lain pulak yang kena proses. Memang dia bius betul-betul punya.

* to be continued *

p/s: korang ingat tak post aku yang bertajuk 'Pelik Tapi Benar'? Hari ni aku dapat email dari member aku pasal artikel aku tu. Waaah... bangganya.... Tak sangka ada orang minat nak copy paste artikel tu dan distribute kat kengkawan.

16 comments:

nikman said...

aku dah start suke baca blog ko ni. mmg da bom! btw, ko senior skolah aku rupa2 nyee..huhu

Anonymous said...

Hampes dot net la ko taiko..
ade ke tetiba to be continued..

sambungggg cepattt :p

Zetty said...

camne dia proses tu? mcm kena sunat kat kilang lak.

Anonymous said...

hahaha... Aku jugak masih teringat akan si babyrina tue... mana aku letak diskett2 lama aku dulu tue.... hmmmmm....

p.s. sunat ngan tok mudim takder parut jahitan.... sunat klinik ader parut jahit.... sunat mudim la anu lg cung... hehehe....

nadya.s said...

aku igt lagi incident bersunat abg long aku masa mid-80's dulu. sunat kt clinik cousin abah aku kt penang.. aku dgn mama stay dalam keter sbb clinik tu penuh dgn bebudak Q nak bersunat.. ko imagine la betapa kuat along aku menjerit,aku yg dalam keter.. kat luar clinic boleh dengar dia meraung.. muahahahaha!

zaman adik lelaki aku..dah pakai lezer. senang, cepat dan tak sakit sangat kot.. cool je muka adik aku kluar dari bilik bersunat.. ' dah abah..adik dah siap.. jom balik..'

...sambung ler cerita kau..

Anonymous said...

ramai peminat wanita suka part bersunat nih..ko nampak tak apa yg aku nampak taiko..heheh

booGie said...

*to be continued*?
kredit abis ka wei?
cerita kasi abis la. heha

Lily G said...

Taiko macho weh...sunat tak nangis :P

Confessions Of A Female Cryptic Mind said...

Assalamualaikom

hehehehe... haku tingat lak masa adek haku kena sonat. haku gelakkan dea. best siot. tp kesian gak, sbb dea jalan berkangkang jer abes kena sonat tuh. hahahah..

waktu tuh la best haku torture dea. muahehehhe

Anonymous said...

aku dulu sunat kat spital...masa nak balik...bapa aku xleh nak mai amik...ada keja...so, aku kena balik naik bas ngan mak aku....pakai kain pelikat plak tuh...satu stesen bas dok usha aku...semua dok pikiaq mamat mana kuar pakai kain pelikat time2 tghari buta tuh....jalan siap terkengkang2 lagi.....heheheh...

Taiko said...

beruang coklat: err.. beruang pun kena sunat ke? takut tok mudim nanti. Silap-silap terpotong ekor instead of anu.

nikman: sekolah mana? semesta ke? kau batch spm tahun berapa?

passbyer: hari isnin aku sambung

zetty: dia 'tiup' macam tiup belon

Uda: Kalau jumpa disket tu pass-pass la kat aku. heh heh heh.

nadya: errrrr.. cerita kau bersunat tak nak cerita ke? heh heh heh.

faitty; aku nampak setelah kau nampak. semua teruja nampaknya.

Boogie: heh heh.. saja kasi saspen. Macam baca buku komik Alam Perwira jugak. Last-last gambar hero nak kena tetak dengan parang, sambung kat keluaran akan datang. Baru saspens.

lily: heh heh.. cerita aku belum abis lagi laa...

confession: w'salam. kalau jalan tak kengkang sakit oooo..

may13th: macho... macho..

Izham Miyake said...

naik bas ok lagi.. naik kereta ke..

cuba naik motor.. pastu terhentak2..

bentan aku dibuatnya..

Anonymous said...

kisah yg x dpt dilupakan masa kecik bila keno tipu dek omak dan abg-abg. Pagi tu org kampung dah ramai dtg sbb kenduri nak sunatkan abg oleh tok mudim. Aku pun menyibuklah menyapu sampah dan tolong kumpulkan buah nyiur utk kenduri. Abg ( dah meninggal dunia)aku relax ye sbb dia tu jenih berani. Agak-agak pukul sepuluh pagi.. omak suruh mandi dgn abg.. eh.. apo ni? aku lari.. aku dikejar dan ditangkap. Mrk mandikan aku dan dipaksa sunat. Itulah penderaan paling kejam yg pernah aku lalui.. sakit oo..

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. Find health insurance animal brooch design jewelry patent Isdn provider oxford File missouri state tax return only Gangbang sex movies California colton malpractice legal mercedes s600 Houston phonenumber for proactiv Patent cafe

Anonymous said...

best regards, nice info torrance botox Search engine optimization specialists switzerland national moving van companies Pic of the big penis in the world 10 bracelet carat diamond tennis Nikki voyeur web Find derma skin care 15 to

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read »