Wednesday, July 19, 2006

Pasca Sunat

Heh heh.. agak sukar hidup sebagai seorang budak lepas sunat.

1. Pakaian

Takleh pakai seluar dalam. Hanya pakai kain pelekat sahaja. Nak jalan pun kena angkat sikit kain pelekat tu supaya tak tergesek dengan anggota badan yang cedera. Kalau tak, ngilu ooo. Waktu tidur pulak, aku kena pakai sebatang buluh yang diikat kat kedua-dua belah kepala lutut. Buluh tu diikat melintang antara kedua-dua lutut. Tujuannya ialah untuk mengelakkan dari terkepit semasa tidur. Tidur terkangkang aje la. Kalau aku mati masa tu, terjadi la peribahasa 'mati katak'. Panjang buluh tu cukup-cukup je untuk aku terkangkang. Jangan korang bayangkan buluh yang buat galah tu pulak. Mau rabak kangkang aku kalau pakai buluh panjang tu. Kain pelekat pulak perlu diikat menjadi bentuk khemah camping dan digantung tali ke atap seperti menggantung buaian. Tujuannya jugak supaya kain tak melekat pada tempat yang cedera. Kalau melekat, susah nak siat balik. Kalau siat balik, sure berdarah balik. Haaa.. Kalau stim memang sakit. So, dilarang tengok porno semasa selepas sunat. Heh heh heh..

2. Mandi dan Kencing.

Mandi pun main lap-lap je. Takut pulak kalau air terkena dekat tempat yang luka. Tak silap aku, lepas pada sunat tu, dalam 2 hari jugak aku tak kencing. Mungkin sebab saluran tersumbat. Tapi, first time kencing lepas sunat, sesuatu yang menakjubkan berlaku. Air kencing bercabang 3 macam pantun 'gunung daik bercabang tiga' tu. Memang amazing gila la. Dulu kencing tu elok je keluar dalam satu garisan. Lepas 'corong turas' dah kena buang, dia jadi bercabang-cabang pulak. Ajaib sungguh!

3. Makan dan Minum

Berpantang tu.... mak aku cukup strict bab pantang-pantang ni. Dah la aku ni jenis 'pantang jumpa' makanan sedap. Segala makanan yang dipercayai akan memberikan kegatalan, kebentanan, kenanahan dan sebagainya tidak dibenarkan. Mak aku masak gulai lemak ikan bilis dengan black pepper untuk aku dengan Bangcik. Perghhh.. sedap jugak tu! Hari tu masa orang rumah aku pantang bersalin pun mak aku masak lauk ni. Aku pun tumpang la pau sikit-sikit. Sedap ooo... Yang tak bestnya makan eskrem pun tak boleh. Bila aku tengok adik aku tayang-tayang eskrem yang dia makan, bergelen-gelen aku telan air liur untuk menahan napsu. Cis!

Seminggu lepas sunat tu, Abah bawak aku dengan Bangcik pergi klinik. Tujuannya ialah untuk membukak balutan di keliling tempat yang tercedera. Bangcik punya turn dulu jumpa doktor. Masa aku tunggu kat luar bilik klinik tu aku dengar Bangcik menjerit "Adoii.. sakittt.. gilo ahhh doktor ni!! nak mampuih agaknyo!! adoii..". Masa tu aku dah tak rasa gabra dah. Aku hanya pasrah pada yang esa. Masa time aku pulak, tanpa disuruh bukak kain, aku dah bukak dulu dah. Macam tau-tau pulak. Heh heh. Mula-mula doktor tu sembur anu aku dengan spray apa benda entah. Sejuk dan nyaman je aku rasa. Tetiba aje dia sentap balutan luka tu. Perghh... memang tersentap urat kentut aku masa tu. Sakit siot. Tapi sekejap aje la. Kalau doktor tu tarik pelan-pelan, aku rasa lagi sakit. Patut la Bangcik membebel aje kat doktor tu. Ha ha..

Dalam 10 hari lepas sunat tu, aku dah rasa OK. Dah boleh pakai seluar. Tapi keropeng keropeng luka ada la 50% tak tanggal lagi. Satu hari tu, aku bergaduh dengan adik aku Apis. Aku tak ingat apasal. Dia balingnya buku kat anu aku. Perghhh.. menggeletek aku tahan sakit. Luka lama berdarah kembali la. Nasib baik tak bentan.

Seingat aku, dalam 2 minggu lebih jugak la aku fully recovered. Yahoooo.. dah bujang!

13 comments:

Anonymous said...

Adus... Aku dpt bayangkan betapa sadisnya rasa biler buku tue kena kat anu... Sungguh menyayat hati...

Anonymous said...

tak ade gambar kenangan masa bersunat ke? tunjuk la nak tengok

Adu said...

Serius la. ko mmg la cover peristiwa sunat ko ngan penuh teliti. Tau la aku camne rasa sakitnye.

Aku plak takde adik beradik lelaki.. So, aku tak taulaa..

13may said...

heheheh...jadi bujang & jantan!

Zetty said...

"Adoii.. sakittt.. gilo ahhh doktor ni!! nak mampuih agaknyo!! adoii..".

Kesalahan tatabahasa minang ni. Ayat yg betul:

"Adoii.. sakittt.. gilo ahhh doktor ni!! nak mampuih agak ehhhh!! adoii..".

Lily G said...

Taiko ni dah jadi wajib cita pasal sunat :P

Ngeri siut.

booGie said...

Aku dulu masa sunat saja aku jerit kuat2 dalam bilik bagi adik aku kat luar dengar. Melalak adik aku lari kuar. Bapak aku bengang giler. Mengekek aku gelak ngan doktor masa tu.

Izham Miyake said...

betul tu zetty.. belah2 rembau memang cakap macam tu kot.. belah2 jempol lain sikit kot?

taiko. apa pendapat ko pasal siti beb.. bukan kau peminat yang paling setia ke?

nak aku citer pasal apa? hahaha..

ayahana said...

hantu bab bersunat pon ko citer ke hehehe... ko tak rasa penangan tok mudim... potong anu tanpa bius.. kaw kaw aku kena hahahaha..

psst psst aku pakat jerit kekuat.. lepas tu aku tengok adik ngan cousin aku muka pucat tunggu turn hehehe

Taiko said...

uda: ye. sila bayangkan..

melor: tak ada la. masa dulu miskin. takde kamera

foxybabe: masa kau bersunat tak sakit ke? heh heh

13may: heh heh

zetty: I orang KL okeyyy.. I tak tau loghat NS.

Lily: dah habis dah cerita sunat.

Boogie: blah la luu.. mengaku je la lu menangis...

ayahana: nak buat macam mana. pasal sunat memang takleh lupa punya. sampai 4 episod aku buat.

Tenno: aku memang minat ct tu dari lepas dia juara bintang rtm ke hapa ntah dulu. Masa tu aku tak sangka la dia boleh jadi top sampai macam sekarang ni. Now ni aku dah anti ct dah. Apa cerita kau ada? cerita la woi..

Izham Miyake said...

ko dah anti ct ke skrg? alamak.. tak best la aku nak citer betapa kau ni dulu seorang peminat fanatik CT..

hahaha!

ayahana said...

ko jgn bai.. ko bukak je citer tu abeh la status black metal dia masa kat ittm taiping wakakakak

Anonymous said...

Best regards from NY! diamond lucien piccard skeleton watch womens