Thursday, February 23, 2006

Getah Paip Yang Teraniaya

Hai!

Aku meninggalkan darjah satu dengan rasa tak puas hati je. Nasib baik la ada cuti sekolah. Cuti sekolah tahun tu aku tak ke mana-mana. Duduk kat rumah aje. Aktiviti kat setinggan tu berjalan seperti biasa macam yang telah dijadualkan. Banyak jugak aktiviti senonoh dan jugak tak senonoh yang aku implement. Masa tu Along pun dah duduk dengan kitorang balik. Masa time sekolah dia duduk rumah Makmbong kat Jalan Gurney. Jadi bila cuti, dia duduk la dengan kitorang. Dialah yang menjadi perancang utama untuk menjalankan aktiviti alam ria cuti sekolah masa tu. Kalau takde dia aku rasa tak jadi la cerita yang aku nak cerita ni.

Kalau korang nak tau, kat kawasan rumah aku tu ada saluran paip getah yang tak tahu dari mana pangkalnya dan kat mana hujungnya. Paip getah ni ada air yang mengalir kat dalam dia. Untuk tujuan apa air tu pun aku tak tau la. Along yang dah takde kerja lain nak buat tu pun cucuk la getah paip tu dengan paku lalu terpancutlah air macam air pancut. Bila air tu terpancut ke atas, ia akan turun semula ke tanah sebagai air hujan pulak. Yahoooo… boleh la mandi hujan bila-bila masa walaupun hari tak hujan. Bukan setakat satu lubang aje yang kena tebuk, tetapi banyak. Kalau rasa nak mandi hujan jauh sikit dari rumah, kitorang follow aje la getah paip tu kat tempat yang jauh sikit, dan cucuk dengan paku, dapatlah mandi hujan secara berkelah. Siap boleh kumur-kumur lagi dengan air tu. Bukan apa, gigi bersih rakyat sihat.

Tapi kegunaan air pancut tu yang paling kreatif ialah bukan untuk mandi hujan tetapi untuk beristinjak atau dalam bahasa kampungnya ialah ‘basuh berak’. Selalunya kalau berak kat sungai, kitorang terus istinjak pakai air sungai aje. Tetapi disebabkan getah paip tu ada jugak kat tepi sungai, kitorang tebuklah satu lubang khas dan special untuk air basuh berak. Kelajuan air pancut tu lebih kurang sama dengan air pancut kat Car Wash. Cuba la korang bayangkan kalau air pancut car wash tu ditembakkan dekat anggota badan yang hendak dibasuh. Tak ke sekejap aje dah bersih? Tapi kalau ditembak dari jarak yang dekat, memang sakitlah bontot.

Untuk mengelakkan dari kesakitan dan kengiluan bontot bila ditembak dengan air pancut, maka kenalah bergotong-royong dalam membasuh berak. Gotong-royong di sini bukannya bermaksud aku gosok bontot orang lain, orang lain gosok bontot aku! Maksud aku, kalau aku berak, Alonglah yang kena tembakkan air pancut tu kat bontot aku dalam jarak lebih kurang sepuluh langkah. Aku tengok Along bukan main suka lagi tembak-tembak bontot aku. Dia siap suruh aku gerak bontot ke kiri, kanan, atas, bawah supaya dia pun boleh mengubah arah pancutan air mengikut posisi bontot aku. Mungkin masa tu dia imagine tengah berperang dan tembak orang jahat sebab muka dia serius semasa mengalihkan haluan air pancut tu seolah-olah sedang menembak musuh yang sedang mengelak-ngelak. Bila aku rasa bontot aku dah bersih pun, dia kata nanti dulu, dia nak tembak lagi. Sampaila dia rasa puas baru la dia stop. Bontot aku jugak la yang jadi mangsa fantasi dia. Aku rasa sebenarnya pun bukan dia nak buat kerja amal membasuh bontot aku, tapi sebab dia nak main air pancut tu secara tembak-tembak.

Lama-kelamaan semakin banyak lah air pancut yang terhasil daripada usahasama adik beradik aku. Abah tengok pun pelik. Apasal la banyak sangat bocornya paip ni? Takkan la kena gigit dengan kucing atau kena patuk dengan ayam boleh jadi bocor. Tebal jugak la getah paip tu. Bukan size macam yang boleh cucuk kat kepala paip kat rumah tu. Ni besar lagi macam saiz botol kicap. Nak tebuk satu lubang pun susah jugak la. Tapi Abah tak tau pun yang kitorang yang tebuk paip tu. Mungkin dia ingat budak-budak jahat mana punya kerja entah. Tapi aku tengok kadang-kadang dia guna jugak air pancut tu untuk basuh motor. So, kira dia merestui jugak lah kebocoran paip tu. Bila kontraktor paip tu datang cek paip, diorang tampal la balik lubang-lubang tu dengan getah. Habis diorang tampal sampai takde dah air pancut yang available. Tapi… guess what? Patah tumbuh hilang berganti.. kitorang tebuk lah balik paip tu ha ha ha ha.. jahat gila! Yelah.. Addict punya pasal.

Aku tak ingat macam mana Abah boleh tau bahawa kitorang yang tebuk getah paip tu. Tak silap aku, Along kena pukul jugaklah disebabkan kes juvana ni. Sejak dah kantoi tu kitorang pun dah tak tebuk paip tu lagi. Kitorang buat aktiviti lain pulak seperti pergi kedai dan tanam pokok ubi kayu. Jadi anak yang soleh la pulak. Tapi sekejap aje la. He he he he..

Kalau korang rasa cerita aku ni kotor, aku mintak maap la. Aku tak tau macam mana nak tulis cerita ni secara sopan dan tak straight to the point. Bagi aku, ini adalah pengalaman real yang tak sepatutnya aku lupakan dalam hidup aku. Bukannya aku suka cerita menda-menda yang berkaitan dengan taik, berak dan bontot ni. Tapi memang itulah ceritanya! Lagipun aku rasa, kawan aku yang bernama Mohen suka cerita-cerita yang genre macam ni. Tak gitu Mohen?

Sebagai penutup, aku nak bagi satu teka teki:

Pisau potong daging,
Daging potong apa????

Esok aku bagi jawapan dalam ruangan ‘Sampukan’.

Chow!

Tuesday, February 21, 2006

Trivia

Hari ni aku malas nak menulis. Aku dah start bz balik. Tapi minggu depan aku rasa aku percuma (free) balik la. Untuk tidak menghampakan dan menghampehkan orang yang melawat Blog aku ni, aku copy-paste la Trivia dekat bawah ni. Aku dapat email dari member aku. OK gak lawak dia. Siap ada unsur-unsur dakwah lagi. Syabas kepada penulis yang asal. Sapa yang dah baca benda ni, sori la. Aku cuma sekadar nak melepaskan batuk di tangga atau melepaskan kentut kat dalam lif. Chow!

------------------------------------------------------------


1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

3. Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.

4. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

5. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

6. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

7. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

8. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

9. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

10. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

11. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

12. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

13. Fakta yang kekal hanyalah...... :- Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tiada gunanya Huahhh... Huahhh.... Huahhhhh.....


--------------------------------------------------------------------------

p/s: Tahukah anda 1 + 3 boleh jadi huruf B? Air yang pandai menyanyi ialah Air Supply? Bear yang paling busuk ialah berak? Jam yang perlukan air ialah jamban? Mi yang rasa coklat ialah Milo?

Dan tahukah anda siapa yang suka menanti orang di pintu syurga? Tentulah David Arumugam dari kumpulan Alleycats (rujuk lagu 'Andainya Aku Pergi Dulu Sebelummu')

Monday, February 20, 2006

Peperiksaan

Assalamualaikum.


Time-time sekolah dulu aku memang sukakan peperiksaan. Tak kiralah peperiksaan pertengahan tahun ataupun peperiksaan akhir tahun. I just like to be tested! Soalan yang aku dapat banyak yang senang-senang. Tapi sebab careless aku tak dapat semua subjek markah seratus. Matematik je yang aku dapat 100. Aku memang suka subjek matematik dan aku suka mengira. Walaupun aku suka mengira tapi aku ni tak berkira orangnya. Tapi disebabkan terlalu tak berkira jugak la aku banyak kena kira balik hutang aku sebab tolong orang lain.

Exam masa mid year darjah satu tu aku dapat nombor 4. Nombor satu Efendi (ketua kelas yang gemuk gedempol), nombor dua Rohani (Budak kecik bergigi rongak yang pandai) dan nombor tiga Norhayati (Budak Gempal yang berkulit hitam manis dan berambut ala-ala Rafeah Buang). Walaupun aku dapat nombor 4, tapi markah tak jauh dengan nombor satu. Dalam 8 markah macam tu je la. Kalau aku masuk kelas 1 Hijau, 1 Merah atau 1 Biru, aku boleh dapat nombor satu punya sebab aku dapat nombor 4 seluruh darjah 1.

Exam hujung tahun pun aku dapat nombor 4. Nombor satu, dua dan tiga tak berubah tempat jugak. Orang yang sama jugak duduk kat carta. Diorang ni bawak toyol ke? Tapi aku berkongsi tempat dengan budak bernama Hafiz (Budak melayu yang macam cina dan bergigi kapak besar).

Seperti biasa, every hujung tahun je mesti la ada majlis penyampaian hadiah. Kat sekolah aku ni, nombor 1 sampai 8 akan dapat hadiah. Tapi aku telah ditindas oleh Cikgu Zabedah pada tahun itu. Disebabkan aku kongsi nombor 4 dengan Hafiz, aku tak dapat hadiah. Tapi nombor 5 sampai 8 dapat hadiah. Alasannya dia pilih Hafiz instead of aku ialah sebab aku nakal sikit. Apa punya management entah! Aku pun tak puas hati la. Tapi 'tak puas hati' budak derjah satu boleh sampai ke mana pun. Aku takde la protes kat cikgu atau buat demonstrasi jalanan atau mogok lapar. Aku redho aje lah walaupun tak redho.

Untuk persembahan akhir tahun tu aku masuk la acara main muzik beramai-ramai di bawah pengendalian Cikgu Che Ros yang perasan macam Ramli M.S. Aku main kerincing. Alaaa.. besi tiga segi yang kena ketuk dengan rod besi tu. Bila ketuk, bunyi dia "ting! ting! ting!". Budak-budak lain ada yang main kastenet (kena selit dekat jari dan tepuk-tepuk), kayu tip-top, dan tamborin. Yang aku boringnya dengan persembahan ni ialah sebab aku di mekapkan macam budak pompuan. Kena pakai lipstik, bedak merah dan celak. Cikgu mana punya idea entah. Takde kesedaran sivik langsung!

Ada 2-3 orang budak pompuan kelas aku macam senyum-senyum nak tekel aku je masa tu. Mungkin dekat pandangan mata diorang aku ni tampan bila bersolek. Mungkin dari pandangan mata aku pulak, aku yang perasan tampan. Bila balik rumah, pelik Mak aku sebab aku pakai mekap. Cis cis cis cis dan cis lagi. Tak puas hati lagi.. CIS!!! Dah la hadiah tak dapat, kena mekap pulak lagi.

Hmm.. depress je cerita aku hari ni. Mungkin sebab aku dah start bz balik. Chow!

Thursday, February 16, 2006

Seram-seram Kuku

Assalamualaikum kum!

Hari ni aku nak cerita seram. Kalau cerita seram mestilah cerita hantu. Ada ke cerita seram yang bukan cerita hantu? Memandangkan hari ni ialah hari Khamis, bermakna malam ni ialah malam Jumaat. Malam Jumaat selalunya dikaitkan dengan hantu. Kalau tak caya cuba korang tengok cerita Laksamana Do Re Mi masa scene diorang nak tidor dalam hutan, diorang dengar suara orang mintak tolong. Bila diorang tau malam tu Malam jumaat, terus diorang seram sambil peluk-peluk. Kenapa ha? Aku rasa mungkin sebab ada yang paham bahawa malam Jumaat adalah malam di mana roh-roh orang mati akan balik menjenguk anak bini dan sahabat handai kat rumah.

Kalau orang tu mati sebagai orang baik, dia tak jadi hantu la. Kalau orang tu mati sebagai orang jahat, dia akan balik sebagai hantu. Kalau orang tu mati sebab dibunuh, dia akan kembali untuk membalas dendam dekat orang yang bunuh dia. Dia akan cekik orang yang bunuh dia tu sampai mati. Kemudian orang yang mati sebab kena cekik dengan hantu tu akan jadi hantu pulak dan akan mencekik hantu yang bunuh dia tu sampai hantu tu mati. Bila hantu tu mati, dia akan jadi hantu kali ke dua dan cekik balik hantu yang bunuh dia. Sampaila hari kiamat benda ni ulang-ulang aje. Seram tak? naik bulu roma dalam hidung aku bila aku taip cerita ni.

Masa time aku darjah satu dulu (1984) korang pernah dengar tak cerita Hantu Kum Kum? Memang seram gila cerita pasal hantu kum kum ni. Jadi isu nasional jugak la kalau tak silap aku. Kalau korang tak pernah dengar mungkin korang tak hidup lagi pada masa tu atau korang masih kecik lagi untuk memahami sesuatu cerita atau korang pekak. Ciri-ciri hantu kum kum adalah seperti berikut:

1. Dia pakai kain pelekat sebagai selubung badan dan ada lubang kat mata macam ninja. Mungkin dia peminat lagu "Kain Pelekat" dendangan Anuar Zain masa kecik dan Ellina kakak Elliza AF4. Senang aje nak buat ni, aku pun boleh buat. Sapa tak tau buat boleh belajar kat aku.

2. Bila dia ketuk rumah orang, dia akan bagi salam "Assalamualaikum-kum"
Yang ni aku pun boleh buat. Kalau nak panjang lagi kena la nyanyi lagu Assalamualaikum.. kum apa? Kombet..
Bet apa? batman..
Man apa? mentol..
Tol apa? Tollol

Itu je ciri-ciri hantu kum kum yang aku ingat. Selain daripada hantu, ada jugak nama keropok bernama Kum Kum (sebut: kam kam). Aku pun pelik masa tu, tulis Kum Kum, tapi sebut Kam Kam. Buta huruf ke tokeh kilang Kum Kum tu? Keropok Kum Kum ni takde la sedap sangat. Tapi kalau beli, dapat la permainan dalam pelastik keropok tu. Selalunya dapat cebisan robot yang kena pasang sendiri sampai jadi robot yang lengkap. Cikai gila!

Masa zaman aku darjah 4 pulak, ada cerita pasal hantu susu. Ada yang cakap, hantu susu ni merayau-rayau ketuk rumah orang sebab nak pau susu untuk anak dia. Dia ada dukung anak dia yang dibungkus dalam kain tetapi sebenarnya yang dia dukung ialah batu nisan (bukan nissan). Masa tu kalau orang ketuk rumah malam-malam memang seram je nak bukak. Ada jugak aku dengar kes hantu susu ni pecah masuk kedai runcit dan curik susu baby. Tapi aku rasa itu bukan hantu susu, tapi penyangak. Hantu susu ni pun satu, kalau takde susu untuk susukan anak, hantar la anak tu pergi menyusu dekat ibu susu? kan banyak hantu-hantu lain yang berpotensi sebagai ibu susu seperti Hantu Kopek. Lemah betul teknik "problem solving" dia.

Ah! cukup lah tu. Aku dah seram dah ni. Tadi bulu roma dalam hidung aje yang meremang. Ni bulu roma celah ketiak pun meremang jugak. Kalau korang tak seram, aku nasihatkan korang print cerita aku ni, and then pergi baca sorang-sorang kat kubur lama atau rumah kosong. Mesti seram punya.

Jangan marah kalau cerita aku tak best hari ni. Kalau hari-hari cerita best, nanti bila aku buat cerita yang best pun boleh jadi tak best. Kalau ada cerita yang tak best, nanti bila ada cerita best, baru la best.

Selamat bermalam Jumaat. Heh heh..

Tuesday, February 14, 2006

Hazril Tertipu

Assalamualaikum

Malam tadi anak aku yang nombor 2 ada tumpahkan air kat meja sofa. Lepas tu dia pegi sedut/jilat pulak air kat atas meja tu. Aku yang mulanya nak marah last last minit tak jadi marah pulak. Korang nak tau sebab apa?

Dulu masa aku kekecik dulu aku pernah tertumpahkan bubur kacang kat atas lantai. Mak punyalah marah dekat aku. Mak cakap "Hahhh!! jilat bubur kacang tu!". Maka, aku yang jenis straight to the point (lurus bendul) pun pergilah jilat lantai tu. Alih-alih mak aku marah pulak sebab aku jilat dengan penuh iltizam. Ye lahh.. tadi suruh jilat. Bila aku jilat, kena marah pulak. Tapi mak aku gelak aje la lepas dia marah aku tu.

Memang aku mudah ditipu masa kecik-kecik dulu. Nasib baik nama aku bukan Tipah. Kalau tak, akulah Tipah Tertipu tu. Antara kes kes penipuan yang aku pernah alami lagi adalah seperti berikut:

1. Abang sedara aku yang bernama Abang Dua (rujuk posting aku yang bertajuk "Penderaan Kanak-Kanak") pernah nasihatkan aku untuk makan semut. Dia kata kalau makan semut nanti boleh jadi incredible hulk. Oleh kerana aku terlalu obsess untuk menjadi Hulk, aku pun bancuh air gula untuk diminum. Ya! bancuh air gula tanpa taruk sirap atau teh O pun! Masa aku cedok gula tu dengan sudu, saja je aku tangkap semut-semut yang ada untuh dibancuh sekali dengan air. Lepas tu semut tu terapung-apung la dalam gelas tu. Lalu aku pun minum la air gula tu dengan semut-semutnya sekali. Tujuan aku bukanlah untuk minum air tetapi sebab nak makan semut. Kalau nak makan semut direct macam makan nasik, tak lalu la aku. Tapi malangnya aku tak jadi pun incredible hulk seperti yang dijanjikan. Mangkuk ayun!!

2. Bangcik aku pernah main alat penebuk lubang kat kertas tu. Alaa.. bila kertas tu dilubangkan, ada la kertas kecik berbentuk circle yang menjadi bahan buangan. Bangcik cakap kat aku yang kertas tu nasik. AKu pun makan la kertas bulat tu satu persatu. Tapi sebab tak ada lauk, tak sedap la. Kenyang jugak! Nanti kalau Bangcik aku kawin dan ada anak, aku nak balas balik. ha ha ha. Apasal la aku ni bengong sangat? Takkan la tak kenal nasik dengan kertas? Argghhh menyesalnya...

3. Salah sorang pakcik aku cakap kat aku, kalau gigit bijik langsat, boleh nampak Mekah. Aku pun gigit la bijik langsat bila makan langsat. Memang nampak la gambar kota Mekah. Sebab kat depan aku masa tu ada hiasan dinding gambar kota Mekah. Pahit nak mampus. Nasib baik la dia tu pakcik aku. Kalau tak, dah lama aku tempeleng dengan dua-dua belah tangan serentak dekat pipi dia.

4. Masa mak suruh aku pergi kedai beli kelapa, mak saja je kelentong aku suruh cakap dekat tokeh kedai tu "nak beli kepala sebijik". AKu pun pergi la kedai dengan lenggang kangkung. Bila sampai aje dekat kedai tu, aku cakap la "Pakcik! bagi kepala sebijik". Pakcik tu gelak je dengar aku cakap macam tu padahal aku serius dan taat pada perintah ibu bapa.

5. Aku membakar sampah sarap banyak-banyak supaya asapnya naik ke langit menjadi awan. Sampaikan masa aku belajar subjek 'Alam dan Manusia' pun aku susah nak accept bahawa awan tu daripada wap air. Tak masuk akal langsung sebab tak nampak pun air tu naik ke langit compare dengan asap. Ni sapa ntah yang kencing aku, aku pun tak ingat! Kalau aku ingat, aku bakar sampah depan rumah kau! Aku kejam! kejam! Kill!! Die!!

Tapi setelah dewasa, aku tak selurus itu lagi. Aku pulak yang selalu kenakan orang lain tak kira peringkat umur dan latar belakang. Kalau tak caya korang tanya la member lama aku yang bernama Salahuddin AlAyyubi. Ha ha ha ha ha. Aku pernah kelentong dia bahawa Michael Jordan nak datang ke Malaysia. Dia yang minat basketball pun percaya dengan muka ceria pulak tu. ha ha ha.

Kesimpulannya dekat sini: Api semasa kecil menjadi kawan, sudah besar menjadi lawan.

Ok ke?

Monday, February 13, 2006

Mbeeeekkkkk!!!

Finally aku masuk jugak opis aku kat Subang Hitech, Shah Alam ni setelah bertapa kat Nilai selama 2 bulan. Kalau dah masuk opis ni dah takde kerja la pulak. Boleh la aku memblogging tiap hari.

Semalam aku buat kenduri Aqiqah anak aku yang nombor 3 kat kampung aku di Padang Lebar, Batu Kikir jembatan bosi gulai udang sebelango. Aku beli kambing jantan sekor kat Serting pada hari Sabtu lepas. Senang aje nak kenal kambing jantan dengan kambing betina. Kalau ada telor tergantung tu bermakna kambing jantan la. Paham tak? Tak payah la nak rendam dalam air and then tengok kambing mana kejar kambing mana. Besar jugak kambing tu. Berat dia 35.5 kg. 1kg harga dia RM14. So, bila dibuat kiraan matematik, aku kena bayar RM497 untuk kambing tu.

Aku dengan Abah aku ikat kaki kambing tu dan masukkan dalam bonet kereta. Jangan risau.. kambing tu jenis yang tahan napas punya. Sesampai aje dekat rumah, kitorang keluarkan kambing tu dari kereta dan terus kambing tu nak lari walaupun takde orang yang nak kejar dia atau pun nak main 'polis sentri wan tu jaga' dengan dia. Maka pakcik aku pun ikatlah kambing tu kat pokok rambutan. Itu pun dia masih lagi nak lari. Mungkin dia malu kat kitorang. Dari situlah mulanya peribahasa malu-malu kambing. Bila kambing tu senyum aje sebijik macam senyum kambing. Ye lahh.. dah tentulah dia tu seekor kambing sebab tu la senyum dia macam senyum kambing.

Ada seorang member aku masa aku belajar kat iTTM and MMU dulu, orang panggil dia kambing. Bukan sebab dia tak suka mandi tapi kalau korang tengok dia dari angle tertentu, memang ada iras-iras kambing. Nama dia Zaidee Abu. Dia ni ada misai dan suka hisap rokok. Jadi aku ada teka-teki untuk korang.

1. Dalam banyak-banyak kambing, kambing apa yang ada misai?
2. Teka teki teka tekok, kambing hidup isap rokok.

Apa jawapannya?

Zaidee, kalau kau baca ni jangan marah aku ok? kau create la Blog lepas tu kau kutuk la aku apa2 pun. "Aiman tak kisahhh.." (iklan HIV dalam radio).

Ada sorang lagi member aku yang orang panggil kambing. Tapi ni jenis biri-biri punya. Nama dia Shahnaz Akhtar. Walaupun dia ni kambing, tapi dia pandai main bola. Weh Shahnaz! lama tak dengor cerita? anak berapa dah?

Aku ingat lagi masa kekeick dulu ada permainan lompat getah. Sambil main getah tu, player-playernya akan menyanyi lagu seperti di bawah ni:

Rumah tebaka panggeil bombaaaa
Bomba datang belumba-lumba!
Anak Kambing patah kakii
Anak kambing pandai menari
Anak Kambing makan rumput
Anak kambing masuk kandang!
(lepas habis je nyanyi lagu ni, player yang lompat (anak kambing) pun keluar dari loop getah tu dan balik rumah (kandang).. baru boleh menang! heheh acah aje.

Korang notis tak lirik lagu tu? Mula-mula cerita pasal Rumah tebakar, alih-alih tetiba je tukar kepada cerita anak kambing pulak. Itulah menunjukkan betapa berpengaruhnya 'kambing' dalam kesusasteraan melayu. Walaupun aku tak pernah belajar sastera, tapi aku tau nilai seekor kambing dalam penulisan Melayu.

Berbalik kepada kenduri Aqiqaah anak aku.. Esok paginya tu (semalam), pagi-pagi lagi aku dengan Abah aku dan beberapa orang kampung menyembelih kambing tu. Itulah dia ibadah seekor kambing. Makan tidor makan tidor lepas tu kena sembelih. Kalau manusia pun jenis cenggitu, lagi la teruk dari kambing. Sekurang-kurangya kematian kambing tu dapat mengenyangkan orang. Kalau orang mati? Sapa yang kenyang? Ye la.. kalau buat kenduri tahlil tu, orang jugak yang kenyang. Aku setuju.. aku setuju!

Memang kenyang betul aku makan kambing masak kari semalam. Balik aje terus sakit kepala dan terbongkang sambil tekangkang. Bangun tidor sakit badan. Bukan sebab tido tekangkang tapi sebab makan kambing banyak.

Hahahahah.. hari ni aku tak citer pasal zaman dulu, instead aku cerita pasal kambing pulak. Syabas kepada kambing kerana jadi blog entry aku pada hari ni. Chow!




Inilah dia gambar kambing aqiqah yang telah disembelih. Cuba perhatikan ada telur di kelangkangya. Aku tak tipu punyaaa.. Aku pernah makan telor kambing goreng. Sedap jugak heh he heh

Friday, February 10, 2006

Cerita Gigi

Assalamualaikum

Korang punya sekolah dulu ada tak Nurse pergigian datang untuk ajar cara-cara memberus gigi dengan betul? Kalau ada bagus la.. kalau takde, tak best la.. Dekat sekolah aku dulu ada. Aku tak tau la nurse tu datang dari mana. Sama ada dari klinik gigi kerajaan atau pun dari Colgate. Sebab barang-barang yang dia bawak untuk ajar kitorang cara memberus gigi pun daripada Colgate. Kenapa dia tak bawak barang-barang dari Darkie (sekarang Darlie) atau Sparkle atau Zaitun?? Tapi tak kisah la. Janji aku dapat barang-barang free seperti berus gigi, cawan kumur-kumur, ubat gigi dan buku pasal gigi. Terima kasih Colgate!! Tak sia-sia bapak aku beli Colgate sebagai jenama ubat gigi keluarga. Err.. korang tau tak asal usul nama Colgate?

Cold + Gate (gigi) = Colgate.

Kalau asal-usul nama Darkie pulak sebab maskot dia tu banyak daki kat muka sampai hitam muka dia. Tak pernah mandi kot? Sebab tu bila Maskot tu mandi, muka jadi putih dan terus tukar nama dalam IC jadi Darlie.

Haa.. sambung balik pasal belajar berus gigi. Masa mengajar kitorang, nurse tu pakai bapak kepada berus gigi yang mungkin sesuai digunakan untuk berus gigi kuda atau beruang. Gigi palsu yang digunakan untuk demonstrasi memberus gigi pulak macam gigi gergasi punya. Lepas belajar teori, kitorang buat amali dekat luar kelas. Semua kena memberus gigi dengan cara yang betul. Sebelum tu style aku berus gigi ialah dengan menggosok dari kiri ke kanan. Sepatutnya dari atas ke bawah. Susah jugak nak tukar arah. Aku rasa semua orang by default akan gosok gigi dari kiri ke kanan. Kalau korang tengok cerita Seniman Bujang Lapok mesti korang ingat yang Ajis Satar pernah gosok gigi pakai berus kasut masa mamai sebab bangun dari tidur. Haaa.. kan dia gosok gigi dari kiri ke kanan? Betul tak?

Lepas tu pulak setiap 6 bulan kena cek gigi. Sekolah aku ada khaskan satu bilik klinik gigi dekat tingkat satu sebelah bilik guru sana. Takut ooo nak pegi cek gigi ni. First time aku pegi cek aje terus gigi aku kena tampal. Ye laa.. aku kuat makan gula-gula dulu. Aku ingat dia nak tampal pakai plaster ke, gam ke, selotape ke.. Rupa-rupanya dia gerudi gigi aku. Bergegar rasa kepala otak dengan kepala lutut. Ini nak tampal ke nak korek? Dah lah mulut kena menganga aje. Nak telan air liur pun susah. Sampai bertakung air liur belum basi lagi dekat kerongkong. Bila dah habis proses penampalan tu aku tengok gigi aku kat cermin. Perghh!!! macam gigi robot! Kaler krum macam kaler besi atau timah. Eh.. aku cerita ni macam la korang tak pernah tampal gigi.

Masa time-time tu banyak pulak gigi yang patah satu persatu. Ada yang tetiba aje gigi tu goyang. Ada jugak yang patah sebab gigit batang tebu. Masa aku patah gigi kacip sebelah atas dulu, rasa macam pelawak zaman 50 an pulak sebab rongak. Tapi sayang la aku tak simpan gigi-gigi aku yang patah dulu. Kalau tak boleh buat frame kat rumah. Mana la tau kot-kot satu hari nanti aku jadi famous pulak. Bila aku dah mati nanti ramai orang berebut nak beli gigi aku. Anak-anak aku pun senang la sebab dapat jual gigi aku.


Korang punya sekolah dulu ada tak Lori Milo datang bagi air milo secawan sorang? Sedap kan dia punya Milo? Mak aku bancuh milo pun tak sesedap itu. Apa yang dia taruk dalam bancuhan tu pun aku tak tau la. Orang kata kalau sedap sangat kadang-kadang dia taruk air spender second hand. Eh.. kalau spender kita tak boleh guna term 'second hand'. Kita kena guna term 'second ass'. Tapi ini cakap orang aje. Bukan cakap aku.

Korang punya sekolah dulu ada tak offer beli susu kotak coklat? Sekarang ni aku rasa dah tak ada dah. Sebab ada kes budak keracunan makanan bila minum susu kotak tu.

Korang punya sekolah dulu ada tak Vitagen datang? Vitagen masa tu baru bertapak kat Malaysia. Ada member aku cakap, perasa LB yang warna putih tu bermaksud Lemak Babi. Aku percaya, jadi aku tak beli pun yang kaler putih. Mudah ditipu jugak aku ni. ha ha ha.

Hah.. banyak betul company yang nak marketkan produk tru sekolah. Sekarang ni entah ada lagi ke tak marketing strategi macam tu.

Ok la.. hari ni hari jumaat. Ta baik cerita benda-benda yang lagho ni banyak2. Chow!

Wednesday, February 08, 2006

Ko kurik kulum

Assalamualaikummmm..

He he he he... lama dah aku tak update blog aku ni. Ada la dalam 2 minggu. Ye la.. minggu lepas aku cuti seminggu raya Cina. Bila dah masuk opis balik kemarin, aku lupa pulak pasal blog ni. Blog blog lain pun aku tak baca jugak. Sori kepada sesiapa yang dok tunggu aku update. Ni aku update la ni...

Hari ni aku nak cerita aktiviti kokurikulum aku kat sekolah tu. Aku masuk macam-macam aktiviti kokurikulum masa tu. Tapi ni yang tak berdaftar punya la. Antaranya:

1. Kelab kumpul batang aiskrim dan lawan tiup-tiup.

Korang pernah main tak benda alah ni? Batang aiskrim yang nipis tu kita kumpul banyak-banyak dan ikat dengan getah. Kalau sehari makan sebatang aiskrim, sebulan dah dapat kumpul banyak la. Kalau nak cepat kumpul, kena rajin kutip batang aiskrim orang yang dia buang kat tepi jalan atau dalam tong sampah. Lepas tu basuh la. Kalau tak basuh habis la kena hurung dengan semut. Kalau kena hurung dengan semut, jatuh la value batang aiskrim tu.

Kalau nak kumpul lebih banyak lagi, kena fight la dengan member2 yang lain. Senang aje cara fight dia. Aku duduk belah sini, kau duduk belah sana. Masing-masing taruk sebatang batang eskrem (tetiba pulak tertukar spelling) kat atas lantai secara berdepan-depan sejauh 10 jengkal budak darjah satu. Kira macam "ini kepala bapak aku, itu kepala bapak kau" la. Lepas tu gilir-gilir la tiup kita punya kepala bapak ke arah dia punya kepala bapak. Kalau kepala bapak aku dapat tindan kepala bapak kau, aku ambik la kepala bapak kau tu jadi hak aku pulak. Selalunya masing-masing ada 'King' batang eskrem yang digunakan khas untuk pertarungan sahaja. Dekat batang eskrem 'King' tu kena lukis corak-corak pakai pensel warna sihir (magic colour). Kira macam ayam tambatan la.

Aku ada rahsia nak bagitau korang macam mana nak senang menang. Korang kena sagat batang eskrem tu dekat dinding yang menggerutu sampai jadi nipis lagi. Senang nanti kalau tiup boleh pegi jauh. Ni kira macam taruk turbo dekat kereta la. Bila member aku tanya mana aku dapat Batang eskrem 'King' aku tu, aku cakap la aku beli eskrem mahal punya. Tak boleh bagi tau. Apa la rendah sangat IQ diorang masa tu ha ha ha. Kalau sekarang ni orang nak beli batang eskrem tu, korang kena cakap " Haiyyaaa.. ini champion punya!! talak moleh jual punya.."

2. Persatuan tarik kerusi orang bila orang nak duduk balik selepas bangun dari duduk.

Haa.. yang ni simple aje. Bila cikgu masuk, ketua kelas akan cakap "Bangoonn!! Selamat pagi cikgu". Bila budak-budak nak duduk balik, kita tarik la kerusi dia. Jadi, apabila kerusi sudah di tarik. Terduduk la atas lantai secara gedebum. Siapa yang jenis berbontot tajam tu memang sakit macam nak mati la. Yang aku maksudkan dengan berbontot tajam ialah tulang bontot tidak dilitupi dengan daging yang cukup. Selalunya penyakit bontot tajam ni dihidapi oleh budak-budak yang kurus. Kalau korang adalah budak kurus, korang cek la bontot bila sampai kat rumah nanti.

Ada sorang budak ni nama dia Shahril. Budak ni perangai macam gigil-gigil sikit. Apa benda gigil-gigil tu pun aku tak tau la. First time pulak aku dengar ada jenis perangai "gigil-gigil". Bila aku taip ni baru la aku tau ada orang perangai gigil-gigil. Kira aku dengar jenis perangai gigil-gigil ni dari aku sendiri la. Entah, bila aku teringat balik muka budak Shahril tu, aku teringat ada satu karakter budak dalam kartun Southpark yang bernama 'Tweek' yang perangai macam gigil-gigil jugak. Aku tak tau macam mana nak describe secara perkataan. Kalau korang tak paham sori la. Eh! apa aku nak cerita tadi?

Haaa.. si Shahril ni pernah terkena dengan member aku yang bernama Rosli masa nak duduk. Dia duduk punya la laju. Memang "bedebub!!" bunyi dia jatuh. Terus menangis pulak tu. Menangis macam menangis kat rumah pulak tu. Apa laa.. ini kan sekolah. Cara menangis kat rumah dengan kat sekolah mana sama! Tak pasal-pasal si Rosli tu kena berdiri atas kerusi sampai rehat. Bila dah bunyi bering (bell ring) menandakan waktu rehat, baru la si Rosli ni dapat duduk. Duduk duduk aje, terus menangis. Tapi dia menangis style menangis kat sekolah la. Ha ha ha.. Sekarang ni aku tak tau la mana si Rosli ni. Kalau sekarang ni dia jadi tokeh kedai dobi, boleh la dia digelar Rosli Dobi. Sama macam pahlawan Sarawak zaman dulu. Sabah ke Sarawak haa?? aku pun tak ingat lah.

Ehh... ini baru 2 aktiviti. Karang kalau aku sambung lagi kang, mau jadi novel pulak ni. Dah la tu. Esok-esok la aku sambung balik.

---

Hari ni Bday wife aku yang tercinta.... Happy Bday to you... cup cup cup...


Chow!