Monday, February 20, 2006

Peperiksaan

Assalamualaikum.


Time-time sekolah dulu aku memang sukakan peperiksaan. Tak kiralah peperiksaan pertengahan tahun ataupun peperiksaan akhir tahun. I just like to be tested! Soalan yang aku dapat banyak yang senang-senang. Tapi sebab careless aku tak dapat semua subjek markah seratus. Matematik je yang aku dapat 100. Aku memang suka subjek matematik dan aku suka mengira. Walaupun aku suka mengira tapi aku ni tak berkira orangnya. Tapi disebabkan terlalu tak berkira jugak la aku banyak kena kira balik hutang aku sebab tolong orang lain.

Exam masa mid year darjah satu tu aku dapat nombor 4. Nombor satu Efendi (ketua kelas yang gemuk gedempol), nombor dua Rohani (Budak kecik bergigi rongak yang pandai) dan nombor tiga Norhayati (Budak Gempal yang berkulit hitam manis dan berambut ala-ala Rafeah Buang). Walaupun aku dapat nombor 4, tapi markah tak jauh dengan nombor satu. Dalam 8 markah macam tu je la. Kalau aku masuk kelas 1 Hijau, 1 Merah atau 1 Biru, aku boleh dapat nombor satu punya sebab aku dapat nombor 4 seluruh darjah 1.

Exam hujung tahun pun aku dapat nombor 4. Nombor satu, dua dan tiga tak berubah tempat jugak. Orang yang sama jugak duduk kat carta. Diorang ni bawak toyol ke? Tapi aku berkongsi tempat dengan budak bernama Hafiz (Budak melayu yang macam cina dan bergigi kapak besar).

Seperti biasa, every hujung tahun je mesti la ada majlis penyampaian hadiah. Kat sekolah aku ni, nombor 1 sampai 8 akan dapat hadiah. Tapi aku telah ditindas oleh Cikgu Zabedah pada tahun itu. Disebabkan aku kongsi nombor 4 dengan Hafiz, aku tak dapat hadiah. Tapi nombor 5 sampai 8 dapat hadiah. Alasannya dia pilih Hafiz instead of aku ialah sebab aku nakal sikit. Apa punya management entah! Aku pun tak puas hati la. Tapi 'tak puas hati' budak derjah satu boleh sampai ke mana pun. Aku takde la protes kat cikgu atau buat demonstrasi jalanan atau mogok lapar. Aku redho aje lah walaupun tak redho.

Untuk persembahan akhir tahun tu aku masuk la acara main muzik beramai-ramai di bawah pengendalian Cikgu Che Ros yang perasan macam Ramli M.S. Aku main kerincing. Alaaa.. besi tiga segi yang kena ketuk dengan rod besi tu. Bila ketuk, bunyi dia "ting! ting! ting!". Budak-budak lain ada yang main kastenet (kena selit dekat jari dan tepuk-tepuk), kayu tip-top, dan tamborin. Yang aku boringnya dengan persembahan ni ialah sebab aku di mekapkan macam budak pompuan. Kena pakai lipstik, bedak merah dan celak. Cikgu mana punya idea entah. Takde kesedaran sivik langsung!

Ada 2-3 orang budak pompuan kelas aku macam senyum-senyum nak tekel aku je masa tu. Mungkin dekat pandangan mata diorang aku ni tampan bila bersolek. Mungkin dari pandangan mata aku pulak, aku yang perasan tampan. Bila balik rumah, pelik Mak aku sebab aku pakai mekap. Cis cis cis cis dan cis lagi. Tak puas hati lagi.. CIS!!! Dah la hadiah tak dapat, kena mekap pulak lagi.

Hmm.. depress je cerita aku hari ni. Mungkin sebab aku dah start bz balik. Chow!

9 comments:

mohens said...

mmmm tak best...penulisan gaya yang sama... cara menuju ke peak dah boleh di agak.... back ground gelap...pengaitan dengan perkara luaran tipikal...tajuk kurang besar... warna yang sama...tersurat dan tersirat tidak jelas... penggunaan kata kerja dan kalausa yang tidak betul..percampuran hruf kecil dan besar.... tidak ada identiti..tak guna....penyapu..tak jawa..tak world... hahahahahahhahahah.

noraru said...

mohens pun ade ka???? ape jadi weiihh?? apsai staff ko nak piket ni weihh.. bengang tul lahhh

Iym said...

Oh rupanya staff mohen ke yg nak piket tuh.. nasib baik aku apply cuti awai2...

nina karina (nk) said...

bagus la tak berkira tapi suker mengira.... hehe

Anonymous said...

eh.. bapak Izham tu cikgu kau ke Taiko? :)

Anonymous said...

baguznye ko mnulis tudey..jiweku yg mandum iras background ko kmbali ceria..
esok tulis le lagi..

Taiko said...

hampeh lu mohen!

Tenno Miyake said...

bapak aku tak kerja cikgu daaa...

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! » »