Assalamualaikum
Malam tadi anak aku yang nombor 2 ada tumpahkan air kat meja sofa. Lepas tu dia pegi sedut/jilat pulak air kat atas meja tu. Aku yang mulanya nak marah last last minit tak jadi marah pulak. Korang nak tau sebab apa?
Dulu masa aku kekecik dulu aku pernah tertumpahkan bubur kacang kat atas lantai. Mak punyalah marah dekat aku. Mak cakap "Hahhh!! jilat bubur kacang tu!". Maka, aku yang jenis straight to the point (lurus bendul) pun pergilah jilat lantai tu. Alih-alih mak aku marah pulak sebab aku jilat dengan penuh iltizam. Ye lahh.. tadi suruh jilat. Bila aku jilat, kena marah pulak. Tapi mak aku gelak aje la lepas dia marah aku tu.
Memang aku mudah ditipu masa kecik-kecik dulu. Nasib baik nama aku bukan Tipah. Kalau tak, akulah Tipah Tertipu tu. Antara kes kes penipuan yang aku pernah alami lagi adalah seperti berikut:
1. Abang sedara aku yang bernama Abang Dua (rujuk posting aku yang bertajuk "Penderaan Kanak-Kanak") pernah nasihatkan aku untuk makan semut. Dia kata kalau makan semut nanti boleh jadi incredible hulk. Oleh kerana aku terlalu obsess untuk menjadi Hulk, aku pun bancuh air gula untuk diminum. Ya! bancuh air gula tanpa taruk sirap atau teh O pun! Masa aku cedok gula tu dengan sudu, saja je aku tangkap semut-semut yang ada untuh dibancuh sekali dengan air. Lepas tu semut tu terapung-apung la dalam gelas tu. Lalu aku pun minum la air gula tu dengan semut-semutnya sekali. Tujuan aku bukanlah untuk minum air tetapi sebab nak makan semut. Kalau nak makan semut direct macam makan nasik, tak lalu la aku. Tapi malangnya aku tak jadi pun incredible hulk seperti yang dijanjikan. Mangkuk ayun!!
2. Bangcik aku pernah main alat penebuk lubang kat kertas tu. Alaa.. bila kertas tu dilubangkan, ada la kertas kecik berbentuk circle yang menjadi bahan buangan. Bangcik cakap kat aku yang kertas tu nasik. AKu pun makan la kertas bulat tu satu persatu. Tapi sebab tak ada lauk, tak sedap la. Kenyang jugak! Nanti kalau Bangcik aku kawin dan ada anak, aku nak balas balik. ha ha ha. Apasal la aku ni bengong sangat? Takkan la tak kenal nasik dengan kertas? Argghhh menyesalnya...
3. Salah sorang pakcik aku cakap kat aku, kalau gigit bijik langsat, boleh nampak Mekah. Aku pun gigit la bijik langsat bila makan langsat. Memang nampak la gambar kota Mekah. Sebab kat depan aku masa tu ada hiasan dinding gambar kota Mekah. Pahit nak mampus. Nasib baik la dia tu pakcik aku. Kalau tak, dah lama aku tempeleng dengan dua-dua belah tangan serentak dekat pipi dia.
4. Masa mak suruh aku pergi kedai beli kelapa, mak saja je kelentong aku suruh cakap dekat tokeh kedai tu "nak beli kepala sebijik". AKu pun pergi la kedai dengan lenggang kangkung. Bila sampai aje dekat kedai tu, aku cakap la "Pakcik! bagi kepala sebijik". Pakcik tu gelak je dengar aku cakap macam tu padahal aku serius dan taat pada perintah ibu bapa.
5. Aku membakar sampah sarap banyak-banyak supaya asapnya naik ke langit menjadi awan. Sampaikan masa aku belajar subjek 'Alam dan Manusia' pun aku susah nak accept bahawa awan tu daripada wap air. Tak masuk akal langsung sebab tak nampak pun air tu naik ke langit compare dengan asap. Ni sapa ntah yang kencing aku, aku pun tak ingat! Kalau aku ingat, aku bakar sampah depan rumah kau! Aku kejam! kejam! Kill!! Die!!
Tapi setelah dewasa, aku tak selurus itu lagi. Aku pulak yang selalu kenakan orang lain tak kira peringkat umur dan latar belakang. Kalau tak caya korang tanya la member lama aku yang bernama Salahuddin AlAyyubi. Ha ha ha ha ha. Aku pernah kelentong dia bahawa Michael Jordan nak datang ke Malaysia. Dia yang minat basketball pun percaya dengan muka ceria pulak tu. ha ha ha.
Kesimpulannya dekat sini: Api semasa kecil menjadi kawan, sudah besar menjadi lawan.
Ok ke?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments:
hahahhahah... ape bangap sangat ko taikoooo.. patutle ko ala ala mangkuk sebab kecik kecik memang dah berayun huhuhuuu
Makan semut le makan kertas le... patutnya kurus..ni boroi gak..huhuhuuhu
p/s aku rasa cite ko tu tak yah sebut nama sipolan sipolan le..macam "janggal". dah tua tua ni ramai sensitif...eg macam mamat yang lurus tu tak yah le ko sebut...we have t belive that our ideas and ntention will not always correct! hehhehehe
alah mohen.. skema la ko..rilek aa.. hahah..
laaaa.....makan semut? ish ish.
eh buang la word verification ni kat setting tu. pilih NO. nyusahkan jer lah.... ish, nak komen pun kena verify word pulak..ish ish (hehehe)
sharida: y??
mohens: ala mohen.. nanti aku quote nama kau la kalau aku cerita pasal tahi. he he
iym: ye betul. skema sungguh mohen tu. Orang yang aku quote tu tak baca pun blog aku ni.
Nina: dah buang dah.
taiko,
aku print posting ko and tunjuk kat shahnaz, dia satu opis dgn aku kt cyberjaya nih tapi lain dept..
lawak gila aku gelak sampai guling2!
nad,
gelak sampai gulin-gulin.... hehehehehe gelihati pulak.
terbayang-bayang katun kat yahoo messenger yg gelak guling2 tuu..... cute.... hehe
si taiko ni pun, kalu tak silap satu kompeni dgn i nih.... cuma lain tempat jerr....
blog blog jugak... kerja hang kat Nilai da siap blom?
nadya ni geng ittm gak ke? mcm teringat kat nadiyana..
hahahahaha, confirm dah satu kompeni.....rajin2 lah keje ek...
nadya: laa... si kambing ketot tu satu company dengan kau ke? TMM ke?
Budak Maxis: Kerja aku dah laam siap. Tinggal label-label sikit je.
Azq: Nadya ni budak MMU la. Tahun 97 sama dgn tinidewi.
Nina: Memang la aku kerja maxis. Kalau tak mengenangkan saving aku belum cukup target, dah lama aku nak resign. heh heh
weh nina karipap, kau opis kat mana? menara? sunway? aku check dekat email takde pun nama kau.
*gelak guling2 atas lantai!!!*
hmmmm..... saya tak guna nama betul, mana ada nina karina kat squiggle tu carilah sampai tahun depan pun mmg tak kan jumpa punya... ekekekekeke
mana leh cakap nama betul, ekekekekekeke
ok lah byeee.... kiter nak balik dah.... esok lak sambung sampuk
Salahuddin AlAyyubi? Itu nama kawan gue since tahun 1985 tue... Budak kelantan kan...?
Deyna: jangan gelak sampai guling. nanti dirasuk iblis.
Nina: aku search kat squiggle nama "nina", aku jumpa nama Kalai Alagi Maninayagam. Kau ke tu? nalerrkek tanik illekk..
Sharida: oh black out. Kalau nak hilangkan boring masa black out senang aje. Minum air black current.
Uda: Semasa aku kenal dia, dia adalah budak Kuantan. Tapi tak silap aku semasa kecilnya dia duduk kelantan. Muka dia kaler hitam sikit. Lahir pada tahun 1977. Sekolah menengah kat Sekolah Alam Shah. Adik dia nama Yusof. Sama ke?
Tak sama kot... dier bongsu....sekolah menengah sama ngan aku kat kelantan.... pelanduk dua serupa nama sahaja.... hehe...
taiko,
tak kiralah nina mana you search tu. yg pasti nama you ada kat squiggle.... heheheheh
Nina: walaupun nama aku ada kat squiggle, tapi nombor telepon aku takde. Ha ha ha...
shahnaz = kambing kontot??? waahahahahahaha!!!!!
azq : aku junior si taiko.. :)
Brader taiko.... kalu ada nombor tepon tertera pun I wont call you punya...
:o) selamat berkerjaa.....
:o))
taiko,
nak jugak cakap muka hitam tu.. hahaha..
Aku rasa, muka hitam tu terkeluar masa tulis komen kat belakang badan kita masa dengan haji zamBROSE kat terengganu kan?
Mohen ni macam dah jadi baik jek. Tak bestnya..
Izham: hahahahahha aku la yang tulis ciri-ciri dia sebagai "muka hitam" hahahahahha
Post a Comment