Thursday, July 24, 2008

Kenapa Pompuan Tak Boleh Kencing Berdiri?

1. Aku janji hari tu nak sambung cerita kan? Sori la.. Lambat sikit update sebab keyboard aku rosak hari tu. Tekan huruf lain, keluar huruf lain. Macam mana boleh rosak, aku pun tak tahulah. Sebab aku kencing aje ni. Keyboard aku tak rosak pun sebenarnya.

2. Cerita pasal aku kena marah dengan cikgu English aku tu sebenarnya macam ni. Macam mana aku nak start cerita ni? Ahhh... terus la kat point nombor 3. Aku nak tekan Enter 2 kali.

3. Korang pernah tak masa tengah belajar dalam kelas, walaupun tak belajar, member yang duduk sebelah korang tu tanya "Kenapa pompuan tak boleh kencing berdiri?". Ni yang aku panas hati ni. Aku ni pantang kalau orang tanya soalan pelik-pelik macam tu. Walaupun aku tak berapa tahu jawapan dia, aku rasa macam nak jawab la jugak kan? Bukannya masuk periksa pun. Kalau salah jawab tak potong markah pun.

4. Mula-mula aku jawab le kat member aku tu bahawa pompuan mana ada belalai. Lelaki je ada belalai. Sebab tu la pompuan tak leh kencing berdiri. Kalau ada belalai dan ada gading, itu ialah gajah.

5. Habis tu, kalau takde belalai, kenapa takleh kencing berdiri? Itulah soalan susulan dari member aku. Ahhh... sudah... payah la aku nak jawab macam ni. Apa la benak sangat dia ni. Banyak makan belacan ke apa?

6. Aku cakap la kalau takde belalai, nanti kalau kencing, meleleh la kat peha, lutut, betis, dan buku lali. Susah la nak basuh. Tapi dia tak puas hati la pulak. Mungkin aku kena lukis, baru dia paham agaknya.

7. Aku pun ambik la sehelai kertas kosong, aku pun try la lukis macam mana rupa orang kencing duduk, tapi macam kartun2 sikit la. Bahagian terlarang tu aku tulis huruf Y aje la. He he he..

8. Tengah syok-syok aku cuba melukis, aku dengar suara orang menjerit, "Hazrill!!! what are you doing!!?". Ahhh.. sudahhh.. kantoi aku!! aku nak jawab, tapi masalahnya aku tak tau la nak jawab dalam bahasa english. Nasib baik aku lukis pakai pensel. Cepat-cepat aku ambik raba eh silap! cepat-cepat aku ambik rubber untuk padam lukisan aku tu. Korang kena ingat tu. Kalau melakukan jenayah, apa-apa hal kena hapuskan barang bukti dulu. Nanti CSI datang, dia boleh trace balik apa yang kau lukis. Siap boleh enhancekan lagi jadi gambar Wan Norazlin (kalau tak paham dengan lawak Wan Norazlin ni, buat2 paham aje la ya!).

9. Lepas tu aku pun sengih-sengih aje la. Bab sengih-sengih ni aku memang terel. Tapi cikgu tu tak puas hati. Dia memang betul-betul marah. Aku tengok mata dia dah bulat menyinga, nampak urat-urat, seperti bola-bola api (heheh.. tak abis-abis dengan bola-bola api). Macam hantu dekat kulit buku 'Berkelahi Dengan Syaitan' tulisan Tok Awang Ngah pun ada. Nasib baik dia takde taring aje. Kalau ada taring, mesti satu kelas kena histeria. Silap-silap dia gigit tengkuk aku. Ok gak kalau dia gigit tengkuk kan? Dapat gak merasa love bite seawal usia 14 tahun.

10. Dia mintak aku datang ke depan explain dekat kelas, apa yang aku tulis kat atas kertas tu. Aku datang la kat depan sebab aku duduk belakang. Aku bagi dia kertas tu. Dia belek-belek, tapi dia tak tau pun apa yang aku lukis. Buta hurup jugak rupanya cikgu tu. Kalau buta hurup, macam mana nak belajar ilmu silat? Nanti susah nak tulis isim-isim dia.

11. Dia terus membebel-bebel kat aku sebab tak konsentrate masa dia mengajar. Tapi dia still tak puas hati lagi dan courius (betul ke aku eja ni?) nak tahu apa yang aku tulis atau lukis kat atas kertas tu. Aku tak jawab sepatah haram pun. Aku cuma sengih, sengih, dan sengih je. Sebab itu je yang aku mampu buat. Sebab I will sound stupid if i speak in Inggeris.

12. Bebudak lain dalam kelas semua senyap dan terlopong aje. Macam Pak Hamid dalam cerita Pendekar Bujang Lapok yang cikgu suruh tutup mulut, nanti masuk lalat, lepas tu sengih aje pandang orang kiri dan kanan. Siapa la yang berlakon jadi Pak Hamid tu. Walaupun peranan dia kecil, tapi cukup besar impaknya dalam cerita tu.

13. Last-last dia tanya aku "Does this thing related to any girl?". Dalam otak aku, ye la... memang la.. dah sah sah aku lukis pompuan kencing. Kalau aku lukis lelaki kencing, sama je dengan aku lukis gambar gajah sembur air dengan belalai. Tapi aku rasa mesti dia ingat aku tulis something pasal mengutuk budak pompuan atau pun menucrahkan rahsia hati aku kat pompuan lain atas kertas tu. Sori lah.. gua bukan mat bunga. Lagi pun, mana ada awek minat kat gua yang tak hensem tapi macho ni kan?

14. Aku pun jawab la "Yes". Kalau tak, sampai habis waktu kelas la aku kena duduk kat depan. Lepas tu dia cakap, kalau aku tak boleh cerita kat depan kelas, dia ajak aku pergi tempat lain. So, aku setuju la ikut dia keluar kelas. Kalau dapat berdua-duaan kat bawah tangga pun ok gak. Rupanya kat depan bilik guru. Dalam perjalanan dari kelas ke bilik guru tu, otak aku ligat aje pikir apa aku nak kencing cikgu ni ha? Kalau boleh aku malas nak melibatkan member aku yang tanya soalan tak senonoh tu. Biarlah aku umpama lilin, membakar diri untuk keperluan orang lain. Sedih... sedih..

15. Akhirnya aku dapat la satu idea. Aku cakap la kat dia yang aku kutuk sorang budak pompuan ni yang perangai tak semenggah. Terkinja-kinja, tergedik-gedik dalam kelas tanpa mengira batasan jantina. Cikgu pun percayalah dengan cakap aku. Tapi dia kata lain kali jangan buat lagi. Aku pun jawab, "Baiklah".

16. Lepas tu aku masuk la kelas dengan muka selamba macam takde apa2 pun berlaku. Sampai hari ni orang yang tahu apa yang aku lukis kat kertas tu ialah member aku tu dan 3-4 orang lagi yang satu geng dengan aku. Aku tak nak le cakap kat korang, sapa member aku tu sebab, dia ada dalam friend list Facebook aku. He heh heh... siot la kau... lain kali tanya la soalan yang senang nak dijawab. Tak payah la aku nak lukis-lukis.

17. Now ni, semua orang yang baca entry ni pun dah tahu apa yang aku lukis atas kertas tu. Jadi bersyukurlah sebab dapat baca entry yang agak panjang ni. Jangan report kat cikgu ya. Bye!

Wednesday, July 02, 2008

Point Form

1. Masa Form 2 dulu aku memang malas belajar. Aku sudah lupa lirik lagu 'rajin adik rajin, rajinlah belajar, bila besar nanti, boleh tunjuk ajar'. Kalau aku masuk pertandingan Jangan Lupa Lirik yang dihoskan oleh Aznil, mesti aku kalah.

2. Subjek yang aku rajin hanyalah matematik dan Sains Paduan. Tapi aku rasa aku belajar sendiri aje sebab aku tak paham apa cikgu ajar. Aku tak paham bila cikgu ajar adalah sebab aku malas nak konsentrate. Cikgu Matematik adalah lelaki yang loghat kelantannya agak kuat. Cikgu Sains pulak adalah pompuan yang bertudung labuh. Tak dapat nak skodeng apa-apa. Kalau dia tak pakai tudung labuh, mungkin aku boleh tahu dia punya labuh atau tak labuh, atau seperti sebuah pelabuhan.

3. Cikgu sejarah adalah perempuan yang pakai skaf, tapi nampak jambul. Mungkin dia suka tengok rancangan 'Di Mana Joe Jambul?' yang di hoskan oleh sapa nama entah hos tu, aku lupa pulak. Cun jugak cikgu sejarah ni. Tapi dah kawin. Kalau tak, dah lama aku try adjust.

4. Aku ni cakap aje lebih, tapi sebenarnya aku ni pemalu dengan pompuan. Tapi aku bukan gay.

5. Cikgu English pun berjantina pompuan. Orangnya kecik aje macam Sheila Majid. Tapi suara dia punyalah kuat macam bilal masjid. Mata dia bulat seumpama bola-bola api seperti lirik lagu 'Paling Comel' nyanyian Siti Nordiana dengan Achik Spin mesin basuh. Alaa... yang starting dia "tiada ku sangka.. bola-bola api.. yang sedulunya kecil.. dah menjadi besar". Kalau pikir balik, macam ada unsur lucah pulak lirik lagu ni kan?

6. Cikgu English aku pernah marah aku gila babi punya. Dah la aku ni bangang, baghal, bebal, bongok, bahalol, bungkor, dan tungkik dalam English ni. Time dia mengajar, aku main pulak. Nasib baik masa dulu exam ada soalan objektif. Kalau tak, mesti markah aku kosong. Terima kasih lah pada soalan objektif. "Sama-sama", jawab soalan objektif kepada aku pulak.

7. Maksud aku dengan main masa dia mengajar tu bukannya aku main bola kat dalam kelas, jauh sekali kalau main game Micro Genius yang ada game Super Mario, Contra, Double Dragon, 1941, Donkey Kong, dan semua game yang ada dalam cartridge 1000 game dalam satu tu.

8. Dulu game tu mahal, sekarang ni aku ingat dua tiga puluh hinggit pun boleh beli. Siapa beli masa tahun 90 an dulu memang rugi la.

9. Habis tu aku main apa? Takkan 'main' kot??? Nak kena sambar petir ke kalau 'main' kat dalam kelas Bahasa English? Itu adalah perbuatan Syaitonirrojim.

10. Nanti aku sambung he he he he

Best pulak aku tulis pakai point form aje, macam kebanyakan blog politik yang lain.