Thursday, September 27, 2007

Puasa vs Berak

Puasa Yang Yok,
Pagi-pagi bukak periuk.

Korang mesti pernah dengar pantun ni kan? Aku dengar pantun ni sejak aku kekecik lagi. Mak aku selalu la amalkan pantun ni. Pagi-pagi lagi dia dah bukak periuk untuk basuh the periuk. Kalau periuk tu tutup, macam mana la nak basuh kan? Boleh basuh kat sebelah luar aje la.

Puasa semasa kanak-kanak amatlah mencabar. Terutamanya bagi budak yang kuat macam aku. Maksud aku, bukan kuat macam badang, tapi kuat makan. Seorang orang tidak akan digelar kuat makan selagi dia tak boleh makan semasa kenyang. Kalau makan hanya semasa lapar, atau hanya ikut jadual, itu still lagi lemah makan. Jadi bagi sesiapa yang lemah makan, balik rumah ni kena praktis selalu ya.

Aku kadang-kadang jeles jugak dengan orang yang kuat makan, tapi badan tak gemuk-gemuk. Paling gemuk pun tak sampai kategori gemuk yang betul-betul gemuk. Ke mana lah perginya makanan diorang tu semua ha? Takkan semua jadi taik kot? Cakap pasal taik ni teringat aku dua hari lepas aku kena sembelit. Tak pernah aku kena sembelit seperti dua hari lepas. Sampai buntang bijik mata aku meneran, dah macam Menteri Pasola dah, tapi tak jugak keluar. Nasib baik la jamban tu dekat jugak dengan dinding depan. Terpaksa la aku tekan dinding tu dengan kedua-dua tapak tangan supaya tenaga dapat dipusatkan sepenuhnya kat otot kemut. Kira macam berlatih ilmu kung fu peringkat ke lapan la. Setelah berhempas pulas akhirnya aku selamat bersalin. Nasib baik tak payah berpantang sampai 40 hari. Hampir aku putus asa lah! Gila! Lepas tu rasa macam kembang kuncup je otot kemut aku. Kesimpulannya kat sini, jangan derhaka kepada ibu anda sebab bukan senang nak meneran semasa bersalin. Haaa.. kan? aku cerita ni bukan saja-saja je. Ada dakwah di sebalik cerita ni. *padahal baru je terpikir.. hehehe*

Sebenarnya aku nak cerita pasal puasa, tapi tercerita pasal berak pulak. Tapi takpe, aku tak 'cakap' pun benda-benda ni. Aku cuma taip kat komputer je. Tak kurang pahala puasa aku.

Hah! Masa kekecik dulu memang seksa betul nak menghabiskan satu hari puasa. Setiap satu minit terasa macam saju jam. Lebih-lebih lagi 2-3 minit sebelum azan maghrib. Kalau bab makan tu boleh tahan lagi. Tapi bab haus tu yang tak tahan. Gila punya haus. Masa dulu pergi sekolah balik sekolah jalan kaki. Jauh ooo. Kalau tak puasa boleh la beli air sirap doposen kat tepi jalan. Kalau tak kuat iman, memang aku dah togok dah air pepsi kolah. Tapi kadang-kadang aku kumur-kumur je. Dapat la jugak memperbaharui rasa air liur. Hehehehhe..

Itu aje la ceria puasa. Aku tengok macam dah panjang je aku tulis ni, terpaksa la stop. Nanti korang tak larat nak baca pulak. Ini semua pasal cerita berak! Tak pasal-pasal dia dah makan space cerita puasa!

Puasa Yang Yak,
Pagi-pagi susah nak berak.

Puasa Yang Yik,
Siapa Puasa dia Baik.

Selamat meneruskan puasa anda. Bulan dah mengambang sekarang, Tak lama lagi raya la kita ya?

Friday, September 21, 2007

Benda Free

Pejam celik pejam celik dah seminggu lebih kita puasa tahun ni. Dalam bulan puasa ni aku malas betul nak update. Dalam bulan lain pun malas jugak, tapi bulan Ramadhan ni lagi la malas.

Sekarang ni hobi aku kat opis ialah menguap. Nasib baik menguap tak payah bayar. Kalau menguap kena bayar sure aku tahan kuapan yang aku nak kuapkan dalam proses menguap tersebut. Satu lagi benda yang tak kena bayar ialah kentut. Main sedap korang aje nak kentut kat mana-mana. Kat dalam panggung wayang pun orang boleh kentut sambil tengok cerita Rush Hour 3. Banyak kali pulak tu.

Ohh.. ada benda lagi yang kita tak payah bayar iaitu telan air liur. Nasib baik telan air liur tak payah bayar, kalau tak bankrap kita. Nasib baik jugak telan air iur tak batal puasa. Korang bayangkan la kalau telan air liur boleh membatalkan puasa. Abih la semua meleleh-leleh je air liur. Macam-macam jenis air liur yang kita boleh tengok. Mungkin ada yang menitik secara panjang ke lantai tapi masih tak putus-putus. Kena gunting baru putus. Nanti kalau kita nak kantoi orang tak puasa senang aje, sapa yang air liur tak meleleh tu bermakna tak puasa la. Kalau macam ni, musnahlah kelenjar ptuitari kita.

Ada lagi satu benda penting yang kita tak payah bayar iaitu bernafas. Kalau bernafas kena bayar, mesti kita akan tahan nafas kita lama-lama. Muka dah tukar jadi kaler merah pun kita masih tahan lagi. Lama sikit, muka tukar jadi biru pun kita tahan lagi. Lama sikit, muka tukar jadi hijau pun kita tahan lagi. Lama sikit lagi, muka dah jadi kaler indigo barulah kita lepas napas. Nak kentut pun kedekut sebab nak simpan angin dalam badan. Nanti tayar lembik.

Rupa-rupanya banyak lagi benda yang kita tak payah bayar. Maksud aku ialah bayar pakai duit. Kad kredit pun boleh diterima. Aku, kalau pergi satu kedai tu, tokeh kedai dia hari-hari bagi aku barang free. Aku malu tau! Tak tau la kalau korang jenis muka tak malu, memang tak akan rasa perasaan kemalu-maluan la. Untuk mengelakkan kurang rasa malu kita tu, kita mesti balas sesuatu kat tokeh kedai tu. Kalau tak bagi duit pun, bagi benda lain pun jadi lah untuk 'balance'kan hubungan sesama manusia.

Tapi, apa yang kita nak bayar kat Allah yang banyak sangat bagi benda free kat kita?

Sendiri mau ingat.. isk.. banyaknya dosa aku!

Selamat berpuasa.

Wednesday, September 12, 2007

Entry Boring + Result UPSR

Aku mintak maaf banyak-banyak sebab dah lama tak update. Aku agak sibuk last week. Bukan sibuk buat kerja. Tapi sibuk membaca satu blog ni. Aku korek cerita blog dia dari 2 tahun lepas sampai la yang the latest. Seminggu baru habis baca. Bagus cerita-cerita dia. Sampai malas aku nak update blog. Jangan tanya la blog sapa yang aku baca, bukan blog aku la. Ha ha ha.

Aku agak sedih untuk meninggalkan Sekolah Kebangsaan Gombak Setia pada penghujung 1989 tu. Tapi sedih-sedih aku takde la sampai menangis sedu sedan aeroback. Sedih gitu-gitu je la. Empat tahun aku bersekolah kat situ, banyak kenangan pahit, manis, suka, duka, stim, 3 rasa, paprik, dan lain-lain lagi yang aku tempuhi kat situ. Susah nak lupa ooo.

Aku dapat tahu aku kena sambung belajar kat Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia. Ada kawan-kawan baik aku yang kena gi Sekolah Menengah Sri Gombak. Ini ikut rumah kat mana la. Bapak aku sibuk nak masukkan aku kat Maktab Tentera Diraja (MTD) kat Sungai Besi sana. Aku tak mau la sebab kat sana banyak gay (bebudak MTD jangan marah aaa). Lagi pun aku tak minat jadi askar, nanti kalau kena bom hilang kaki macam cerita Prebet Lapok yang dilakonkan oleh A.R Badul. Aku nak masuk sekolah agama. Aku ada plan dengan kengkawan aku untuk masuk Sekolah Agama kat Kajang, tak silap aku nama dia Maahad Hamidiah ke apa entah. Tapi aku tak dapat pun sekolah tu. Mungkin sebab aku tak apply pun. Plan aje lebih heheheh.

Result UPSR aku? Cuba la teka aku dapat berapa.

Below is my sijil. Cehh.. cakap omputeh!


Haih...

Seperti yang dijangka.. aku dapat 4A 1B. Bapak aku macam marah jugak sebab aku tak dapat 5A. Anak cikgu (perempuan) yang duduk kat bawah rumah aku tu dapat 5A. Abih nak buat camana.. aku memang bangang sikit English ni. Kalau Bahasa Negeri Sembilan aku pandai la grammar dia. Lagipun, UPSR bukan boleh apply untuk interview kerja. Kalau aku tau, dapat 5E pun tak apa. Sure aku dapat 5 cap jari kat muka aku (pelempang bapak aku). Hmmm... yang sebenarnya aku frust jugak sebab tak dapat 5A, sebab kengkawan aku yang lagi bengap dari aku pun bole dapat 5A.

Ahh.. boringnya cerita aku kali ni. Ni la akibatnya kalau update blog dalam keadaan boring. Aku selit teka teki laa..

1. Ada tiga budak, sorang nama Ali, sorang nama Abu, sorang lagi nama Aku. Ali ada kat atas Abu. Abu ada kat atas Aku. Bila Ali berak, Abu elak. Sapa yang kena taik Ali?

2. Ali (takde nama lain ke?) nak pergi satu majlis makan-makan kat rumah orang kaya. Rumah orang kaya ni dikelilingi oleh pagar. Kalau nak masuk, kena speaking english kat security guard untuk bukak pintu pagar. Masalahnya Ali tak tahu nak speaking English. Macam mana Ali nak masuk?

Ahhh.. tu teka-teki masa kekecik dulu. Yang ni teka-teki baru.

3. Dalam banyak-banyak bulan, bulan apa yang bila dia datang, kita kena ke tepi?


Selamat berpuasa.

Bye.