Friday, September 21, 2007

Benda Free

Pejam celik pejam celik dah seminggu lebih kita puasa tahun ni. Dalam bulan puasa ni aku malas betul nak update. Dalam bulan lain pun malas jugak, tapi bulan Ramadhan ni lagi la malas.

Sekarang ni hobi aku kat opis ialah menguap. Nasib baik menguap tak payah bayar. Kalau menguap kena bayar sure aku tahan kuapan yang aku nak kuapkan dalam proses menguap tersebut. Satu lagi benda yang tak kena bayar ialah kentut. Main sedap korang aje nak kentut kat mana-mana. Kat dalam panggung wayang pun orang boleh kentut sambil tengok cerita Rush Hour 3. Banyak kali pulak tu.

Ohh.. ada benda lagi yang kita tak payah bayar iaitu telan air liur. Nasib baik telan air liur tak payah bayar, kalau tak bankrap kita. Nasib baik jugak telan air iur tak batal puasa. Korang bayangkan la kalau telan air liur boleh membatalkan puasa. Abih la semua meleleh-leleh je air liur. Macam-macam jenis air liur yang kita boleh tengok. Mungkin ada yang menitik secara panjang ke lantai tapi masih tak putus-putus. Kena gunting baru putus. Nanti kalau kita nak kantoi orang tak puasa senang aje, sapa yang air liur tak meleleh tu bermakna tak puasa la. Kalau macam ni, musnahlah kelenjar ptuitari kita.

Ada lagi satu benda penting yang kita tak payah bayar iaitu bernafas. Kalau bernafas kena bayar, mesti kita akan tahan nafas kita lama-lama. Muka dah tukar jadi kaler merah pun kita masih tahan lagi. Lama sikit, muka tukar jadi biru pun kita tahan lagi. Lama sikit, muka tukar jadi hijau pun kita tahan lagi. Lama sikit lagi, muka dah jadi kaler indigo barulah kita lepas napas. Nak kentut pun kedekut sebab nak simpan angin dalam badan. Nanti tayar lembik.

Rupa-rupanya banyak lagi benda yang kita tak payah bayar. Maksud aku ialah bayar pakai duit. Kad kredit pun boleh diterima. Aku, kalau pergi satu kedai tu, tokeh kedai dia hari-hari bagi aku barang free. Aku malu tau! Tak tau la kalau korang jenis muka tak malu, memang tak akan rasa perasaan kemalu-maluan la. Untuk mengelakkan kurang rasa malu kita tu, kita mesti balas sesuatu kat tokeh kedai tu. Kalau tak bagi duit pun, bagi benda lain pun jadi lah untuk 'balance'kan hubungan sesama manusia.

Tapi, apa yang kita nak bayar kat Allah yang banyak sangat bagi benda free kat kita?

Sendiri mau ingat.. isk.. banyaknya dosa aku!

Selamat berpuasa.

12 comments:

Unknown said...

adeh....ayat terakhir tu sungguh menusuk hatiku....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

huahhaa..
byk nye mende dot free kn..
bulan pose bru trigt..
pas raye kang lupe balik..
tggu pose thun dpan la gamak nye hehee..
slamat bpose bro..


p/s: kalo pose pn kene bayr cmne.?ade ke org nk pose.?

13may said...

cam tak caya plak Taiko yg tulis benda nih....

hehhe heheh

shafarina said...

Semoga kita dapat menghayati Ramadan kali ini sekhusyuknya..

Izham Miyake said...

ko tak tengok betapa musykilnya muka orang yang duduk depan sebelah kanan aku tu.

maybe dia kaji bau-bauan apakah yang menusuk hidung dia.

aku nak gelak tapi aku ngantuk dan malas nak layan..

terabot said...

waduh waduh, mau tertusuk hati aku..btullah ayat terakhir tu memang memberikan impak maksima.

nazztradamus said...

aduss.. menusuk jiwa & raga..

apa2 pun, perut aku dah pecah kat line kelenjar ptuitari tu.. heh

nazztradamus said...

aduss.. menusuk jiwa & raga..

apa2 pun, perut aku dah pecah kat line kelenjar ptuitari tu.. heh

Anonymous said...

yg free tu free gak, zakat jgn lupa bayar =)

Taiko said...

lizzam: Lebih kurang lagu 'robek hatiku' nyanyian Mas Idayu ke?

ahmad: puasa tu bukan kena bayar. Puasa tu adalah proses pembayaran. Sebagai contoh takkan la sebab nak bayar duit pun kena bayar duit? Nanti nak bayar duit sebab nak bayar duit pun kena bayar duit. Last-last tak terbayar nanti. Paham ke apa yang aku cakap ni?


13may: he he .. sekali sekala.

wan: kalau nak khusyuk lagi, bagi la aku duuit raya. transfer kat akaun maybank aku.

tenno: tapi aku tak bau la pulak.

terabot: yang baik tu dari Allah, heheheh..

nazz: arsenal menang lagi weh!!

zayck: bayar jangan tak bayar

shafarina said...

huhu bonus pun tarak. aku baju raya pon lom beli lagik.