Wednesday, December 26, 2007

Kelapa dan Orang

Apasal kalau cuti je kita rasa best? Best betul kalau dapat rasa best kan? Tambahan pula setiap rasa best tu ada keunikannya yang tersendiri. Kalau tidur pun rasa best. Makan dan minum pun rasa best. Kencing, berak, dan kentut pun ada rasa best masing-masing. Rasa best mereka tidak sama antara satu dengan yang lain. Tapi yang penting, semuanya best. Jadi bersyukurlah dengan kebestan yang kita dapat rasakan, wahai rakan-rakan sekalian.

Pejam celik pejam celik, minggu depan dah masuk tahun 2008. Cepat betul masa berlalu. Anak aku yang sulung pun akan masuk tadika tahun depan. Terasa tua la pulak. Tapi takpe orang-orang tua ada cakap, kalau buah kelapa lagi tua lagi bagus sebab banyak minyak. Tapi orang muda pun boleh jawab balik, kelapa muda air dia lagi sedap. So, apa kena mengena buah kelapa dengan orang? Mari kita buat penaakulan mantik.

Kelapa Tua = Banyak minyak
Kelapa Muda = Air Sedap.

Orang Tua = Banyak minyak
Orang Muda = Air sedap

Huh? Patutlah orang lelaki tua suka kawin dengan orang perempuan muda. He he he.

Selamat Tahun Baru 2008. Semoga tahun depan adalah tahun yang ONG untuk anda semua, termasuklah Ong Beng Tiong (bekas pemain badminton Malaysia), Ong Tai Kim (supermarket kat Gombak), dan Ong Wee Jin (budak Maxis).

p/s: aku sebenarnya malas nak update. Tahun depan aku akan cuba jadi blogger yang baik. he he he.

Thursday, December 13, 2007

Memberbulukan Encik Vincent

Dalam banyak-banyak mata, mata apa yang ada buku teks?

Tettt..

Jawapannya ialah mata pelajaran.

Aku rasa ramai budak lelaki yang setuju kalau aku cakap mata pelajaran yang paling best sekali ialah Pendidikan Jasmani. Kalau ada budak lelaki yang tak suka mata pelajaran seperti yang disebut di atas, mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti obesiti melampau, konflik jantina, ataupun nerd semulajadi. Aku pun obesiti jugak masa tu tapi aktif jugak bersukan. Tapi tak jugak aku kurus-kurus sebab makan nasik banyak. Mak aku masak sedap aje hari-hari sebab tu lah aku makan banyak. Kalau ikan bilis mentah tu, di basuh, ditumbuk kasar-kasar dengan lesung batu, gaul dengan cili padi tumbuk, perah limau nipis sikit pun dah jadi penyebab aku makan nasik banyak. By the way, sambal ikan bilis mentah tersebut namanya sambal gesek. Apa yang gesek aku pun tak tau. Mungkin pencipta sambal gesek tu suka makan sambal gesek sambil gesek biola. Tapi bukan la Allahyarham Hamzah Dolmat pencipta sambal gesek berkenaan. Korang kenal ke siapa Hamzah Dolmat? Cuba google sikit. Jangan Google Hamzah Samdol sudah, kalau tak, Google akan suggest 'hamzah samuel' pulak (baru try kejap tadi). Sapa pulak Hamzah Samuel ni? ada kena mengena dengan Samuel Jackson kot..

Berbalik kepada matapelajaran pendidikan jasmani. Masa tu nama penuh mata pelajaran yang disebut di atas ialah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Cikgu subjek ni ialah Cikgu Vincent, seorang lelaki Cina berketurunan Baba (bukan Babi). Dia punya cakap melayu sebijik macam melayu cakap melayu. Kalau dia ajar teori kat dalam kelas, memang kelakar la. Tapi kalau time aktiviti di padang, memang serius orangnya. Ada 2 perkara yang aku telah lakukan yang membuatkan Cikgu Vincent berbulu dengan aku.

Yang pertamanya ialah semasa dia suruh kitorang training lompat jauh. Apa kejadah budak gemuk macam aku ni nak training lompat jauh kan? Lompat katak boleh la. Dia siap buat line minimum kat atas pasir tu untuk kitorang lompat. Sapa tak lepas, kena pumping 10 kali. Aku dengan berlagaknya cakap la kat Cikgu Vincent "Cikgu, saya mesti lepas punya, saya dah makan steroid tadi". Zaman-zaman tu kan tengah top cerita pasal ahli sukan pakai steroid. Berbulu je dia dengar. Memang aku saja je bagi dia berbulu sebab dia bagi line minimum yang dah sah-sah aku tak lepas punya. Tapi dengan semangat membara, aku ambik jarak jauh-jauh, lari dan lari dan lari dan lari dan pap!! aku pijak papan lonjak dan badan aku terus melayang ke udara dan terus mendarat dan.... tak lepas la pulak line minimum tu heheh. Lepas tu dia cakap kat aku "Haaa,, makan steroid ya.." KUKK!! kepala aku kena sekeh daaa.. siol je.

Yang keduanya ialah semasa dia suruh kitorang training lontar peluru. Kalau nak lontar peluru pistol aku ingat kacang aje la. Tapi ni lontar peluru meriam tu. Apa takde kerja lain ke selain nak baling peluru? Pakai aje la meriam terus, jauh la dapat baling peluru tu. Mengong punya sukan. Kalau takde meriam pun, carik la mana-mana orang nama Meriam atau Mariam. Kalau panggil Meriam Belina (pelakon ghairah dari Indonesia) lagi bagus. Alamak! Nama Makcik aku Mariam la.

Nak jadikan cerita, hari tu peluru yang betul dah habis. Terpaksa la Cikgu Vincent menggunakan bola lisut (softball) untuk training lontar peluru. Softball tu memang ringan gila la. Bebudak lain tarining lontar bola lisut tu seolah-olah berat macam peluru la. Tertonggek-tonggek bontot diorang berlakon konon-konon bola tu berat. Kalau bontot macam J.Lo ok la jugak heheh. Bila time aku je, aku baling la bola tu kuat-kuat, melayang bola tu lalu atas kepala Cikgu Vincent. Lebih kurang setengah meter je dari kepala dia. Aku tak ada niat pun nak baling kat arah dia. Dah takdirnya bola tu nak pergi arah dia, aku nak buat camana kan? Hehehe salahkan takdir pulak. Kalau aku baling rendah sikit, memang kena chop la dahi Cikgu Vincent hari tu. Malangnya bukan dahi dia yang kena chop, tapi pipi aku yang kena chop dengan pelempang sulung dia. Sakit siot. Stueau Bucharest betul!!!

Lepas kena pelampang tu aku pun hanya mampu tersengih aje la. bebudak lain aku nampak macam tahan-tahan je nak gelak. Lepas habis PJ tu ada yang cakap kat aku "lain kali kalau kena lempang lagi mintak aje tulung dengan bang Brahim.. tulung Bang Brahim.. tulung.."

Bye.

Oh lupa pulak.. di bawah ialah gambar Meriam Belina. Yang pompuan laa.. bukan yang laki.

Friday, November 30, 2007

Nama Bapakku Dipermainkan

Hi Semua.. Sori la lambat update. Penyakit malas melanda batin la...

Umur-umur masa tingkatan 1 dulu adalah time bebudak laki dah start bersikap kegatal-gatalan. Bukan sebab semuanya kena kughap kat kulit tetapi kena kughap kat otak. Samalah jugak dengan peribahasa yang baru aku cipta iaitu 'Otak Berkughap'. Otak berkughap bermaksud menggunakan otak untuk melakukan perkara-perkara gatal seperti skodeng, meraba, melihat bahan lucah dan lain-lain lagi ( 'dan lain-lain lagi' digunakan untuk menggambarkan lebih banyak lagi perkara). Bukan sekadar itu, budak perempuan pulak bersikap gedik santai. Apa taknya, ada yang kena raba nasik lemak pun, masih lagi rasa santai. Kalau marah pun, marah-marah sayang. No wonderlah bebudak melayu sekarang ni banyak sangat yang dah rosak akhlak. Dah la rosak akhlak, pergi rakam video pulak tu. Otak taruk kat kepala lutut agaknya.

Berbalik kepada cerita otak berkughap. Ada sorang member aku ni nama dia terpaksa dirahsiakan atas sebab tertentu lah kan. Dia ni agak pervert orangnya. Dia bawak gambar yang agak lucah kat sekolah dan bagi kengkawan aku tengok (termasuk aku la he he) kat dalam tandas. Dia memilih tandas sebagai lokasi adalah untuk mengurangkan risiko kantoi. Bukan sebab nak tengok sambil berak beramai-ramai. Berebut-rebut bebudak nak nengok gambar yang dia bawak bak kata pepatah seperti anak ayam berebut jagung. Korang nak tau gambar apa yang dia bawak? Ek ellehh... gambar perempuan yang menunjukkan teknik mengecheck payu dara bagi tujuan kesihatan. Pervert giller.. Tapi, itu pun jadi laa... Bak kata Farah Fauzana "Kita Layaaaann..."

Pada zaman tu jugak, adalah menjadi kebiasaan untuk mengejak kawan-kawan dengan nama bapak dan atuk. Contohnya, sebab nama bapak aku Ibrahim, diorang kutuk aku Ibrahim Pendek la.. Maka, selalulah kedengaran dialog dalam cerita Pendekar Bujang Lapok yang mana si Erni Gemuk mintak tolong dengan Ibrahim Pendek dalam gambar seraya berkata "Bang Brahim.. tulung Bang Brahim.. tulung..". Kalau yang nama bapak dia Selamat, setiap kali ucap "selamat sejahtera cikgu", masa sebut perkataan 'selamat' tu kitorang saja je cakap kuat-kuat sikit sambil pandang dia beramai-ramai. Kalau yang nama bapak dia Mamat pulak, nyanyian lagu "Pak Mamat ada kebun.. iya iya ooo" selalu la berkumandang. Kalau yang nama bapak dia Tajudin? Senang je... buat bunyi mesin gun "tajut tajut tajut tajut tajut din". Padahal punya mesin gun takde kena mengena pun dengan bunyi tajut. Tah hapa hapa tah..

Bye

Thursday, November 15, 2007

Tambhy Dorai Yang Dilaknat

Sedutan dari minggu lepas:

Dari segi cikgu pulak.... cis!!! aku cukup bengang dengan sorang cikgu ni... nama dia Tambhy Dorai. (to be continued.. he he he)

Sambungan:

Ya.. nama dia memang Tambhy Dorai. Bukan Tambhy Bin Dorai tapi Tambhy Dorai anak lelaki apa entah. Dia adalah cikgu yang paling tak berakhlak yang pernah aku jumpa. Dia mengajar subjek Sains. Nama aje cikgu sains, tapi perangai macam orang tak ada tamadun.

Cuba korang bayangkan fizikal dia:

Muka itam. Pakai Spek tebal. Rambut sikat belah tepi dan ada uban. Banyak kesan jerawat batu. Misai tebal dan ada uban. Gigi kuning. Perut buncit tapi tak gemuk sangat. Aku ingat dia ni kuat minum todi sebelum tidur la. Sebab tu perut macam bola. Pakai seluar slack yenki (bawah besar, atas kecik). Come on la Dorai.. time tu dah era 90an ok... jangan la pakai seluar yang kau beli tahun 1976 dulu. Duit gaji kau habis beli todi ke ha?

Korang mesti pelik apasal aku bengang sangat kat dia kan? heh heh.. bagi sapa yang follow diary aku ni dari awal sure tak heran punya sebab tiap-tiap tahun ada je cikgu yang aku bengang. Ha ha ha..
Sebenarnya aku tak berkenan dengan perangai Si Tambhy ni yang agak gatal seperti simpulan bahasa 'Mata Keranjang'. Aku tak pernah jumpa la cikgu yang kuat skodeng anak murid sendiri. Korang tau la kan, masa time tingkatan satu tu banyak bebudak pompuan yang dah boleh jadi tokeh nasik lemak. Tak kisah la nasik lemak singgit ke lima posen ke atau dua ringgit setengah. Janji nasik lemak. Masa time dia mengajar aku perati je bijik mata dia tu pandang mana. Mesti asik-asik pandang budak yang nasik lemak dua ringgit setengah kat belakang tu. Elok cucuk aje bijik mata dia tu dengan duri landak. Budak nasik lemak dua ringgit setengah tu dah la pakai baju kurung putih nipis dan tak pakai tudung. Itu yang Pak Aji sukaaa tu!! Kalau time dia pakai pinnafore lagi perghh! Makan tak abis gua cakap luuuu.. Eh.. aku tak skodeng aaa... aku nampak pun sebab tak sengaja. Ustazah aku kata, kalau tak sengaja tak berdosa.

Dengan budak laki memang si Tambhy ni buat dajal. Ada ke patut dia sekeh kepala aku sebab tersalah cara tengok bacaan isipadu air kat alat apa yang sukat air tu? bukan bikar.. bukan tabing uji. Ahh apa2 je lah. Babi punya Tambhy! Bapak aku pun tak pernah sekeh kepala aku tau. Aku pun tak pernah sekeh kepala bapak aku. Tapi aku pernah la karate bapak aku (karate untuk urut badan la). Kalau budak nasik lemak dua ringgit setengah tu dia siap tolong buatkan eksperimen lagi. Aku tengok mata dia asik tengok je nasik lemak budak tu masa dia tolong buat eksperimen. Bengang je aku sebab aku tak dapat tengok dari dekat heheh.

Tambhy ni kalau korang tengok, macam iras-iras singa laut pun ada sebab dia punya misai tu dah tutup dia punya bibir atas. Kalau aku nampak dia minum air teh tarik, ada buih-buih terlekat kat misai dia tu. Geli sial, minum air misai sendiri. Sapa bercium dengan dia mesti geli geleman punyalah. Silap-silap boleh bersin sebab misai dia masuk lubang hidung.

Kalau korang nak tau, bukan aku sorang je yang bengang dekat dia ni. Bahkan seluruh budak lelaki SMK Gombak Setia tu bengang dengan dia. Sapa yang tak bengang dengan dia tu sama ada hati kaudu atau pun memang gay!!

Puas hati aku. Dah hampir 18 tahun aku memendam perasaan bengang kat Tambhy Dorai ni, baru hari ni aku dapat bagitau kat seluruh dunia tentang kesiotan kau Tambhy. Terima kasih www.blogger.com.

Sebelum aku close, aku nak share kan satu lawak yang aku receive dalam email aku. Salute kepada orang yang buat lawak yang simple but kelakar ni. He he he.
-------------------------------------------------------------------------------
anak siput: ayah ni siput apa?

ayah siput: sibut babi..

anak siput: siput apa?

ayah siput: siput babi..

anak siput: siput apa?

ayah siput: siput babi nak ..

anak siput: siput apa ayah?

ayah siput: siput babi la sayang....

anak siput: siput apa?

ayah siput: siput babi syg oii..

anak siput: siput apa?

ayah siput: siput la .....babi!!!!!
----------------------------------------------------------------------------
heheh.. kelaka kan?

Tuesday, November 06, 2007

Masuk Sekolah Menengah

Penghujung tahun 1989 aku dah masuk tingkatan satu. Seingat aku, tahun tu bermulanya sistem tahun pembelajaran baru pada hujung tahun. Aku masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia. Erra Fazira sekolah ni dulu. Faizal Hussein pun. Tapi aku tak pernah la nampak diorang sebab diorang dah tua aku muda lagi.


Inilah lencana sekolah aku dulu.

Bezanya bila dah masuk sekolah menengah ni yang pertama ialah dari segi pakaian. Dulu pakai seluar biru, sekarang dah pakai seluar hijau. Sebaliknya, dulu otak lebih hijau, sekarang otak dah lebih biru. Hari Jumaat pulak kena pakai baju melayu dengan samping warna biru muda dengan songkok. Kalau balik sekolah, samping tu jadi selempang ajer, macam cerita-cerita silat. Selalunya samping tu dijadikan senjata untuk libas orang. Cara melibas adalah secara back hand, tapi belum sempat samping tu tegang, kita rentap balik samping tu sampai ada bunyi 'pop' kuat-kuat (paham ke?). Kalau kena muka, boleh senak muka dan jadi warna merah. Yang berkulit hitam pulak akan jadi kaler coklat la sebab kalau kaler hitam campur kaler merah boleh jadi kaler coklat. Ni aku agak ajer ni, kalau nak tau betul ke tidak, korang test la dekat muka Sami Value.

Beza yang kedua ialah, masa darjah enam aku lah senior. Masuk tingkatan satu, dah jadi macam budak darjah satu balik. Aku dengar bebudak Gombak Setia ni ramai yang gangster-gangster. Rupanya gangster taik kucing. Kalau sanggup ponteng sekolah semata-mata nak nengok cerita Gaban, gangster apa namanya tu? Ceh.. itu macam aku aje tu. He he he.

Dari segi akademik pulak (ceh.. akademik), masa tu ada dua bidang aje yang ditawarkan iaitu bidang Perdagangan ataupun bidang Perusahaan. Dada bidang tak termasuk dalam bidang ni. Rule of thumb untuk pemecahan bidang senang saja - Yang pandai masuk perdagangan, yang kurang pandai masuk perusahaan. Semua subjek sama je, kecuali kemahiran hidup. Kemahiran hidup ni amat penting bak kata pepatah; 'Kau Pandai-pandai La Macam Mana Nak Idup'. Kalau perdagangan ada la belajar pengurusan dan akaun. Yang perusahaan ni belajar pertukangan dan kerja logam. Oh! lupa pulak, yang perempuan ada belajar sains rumah tangga. Ni belajar masak-masak, jahit-jahit, basuh-basuh, gosok-gosok (gosok baju tau), dan kahwin-kahwin sambil minum kopi kacip fatimah.

Dari segi cikgu pulak.... cis!!! aku cukup bengang dengan sorang cikgu ni... nama dia Tambhy Dorai. (to be continued.. he he he)

Friday, November 02, 2007

Peperangan Akan Berlaku Esok




As some of you would know, the current leading teams of the Barclays Premier League will be having an eagerly awaited showdown this weekend.

Maxis will be on the ball this Sat at an outdoor screening event organised by ESPN.

Should you be around the neighbourhood and would like to catch this clash of titans on a giant screen, then come on down and join us at the

ESPN Grand Stand outdoor screening event.

And for our valued customers, we will also be taking the opportunity to showcase demos on how they can also enjoy all the action of the

Barclays Premier League on their phones, exclusively with Maxis. So do invite your friends and families along!

So, Join us this Saturday and catch the LIVE match between

Arsenal and Manchester United

Courtyard, Plaza Mont Kiara

Sat, 3 Nov, 6pm – 11pm

FREE Admission!

Regards,

Mail Express for

Maxis Brand Marketing



Wednesday, October 31, 2007

Erti Raya

Hish! Malas betul aku nak update. Kesian kat korang yang datang menjengah blog aku ni. Memandangkan kita masih lagi dalam bulan Syawal, aku rasa baik jugak kalau aku kupaskan tentang pengertian raya sepanjang hidup aku.

Raya semasa belum sekolah

Erti raya bagi aku hanyalah baju raya dan duit raya. Itulah setahun sekali aku dapat merasa baju baru dan seluar baru. Seluar dalam baru tak dapat sebab tak cukup bajet. Dan itulah jugak setahun sekali aku dapat merasa pegang duit lebih dari seringgit. Masa tu kira kaya habis lah tu. Apa yang best ialah dapat tidur ramai-ramai dengan sepupu-sepupu (bukan orgy) kat rumah kampung berlantai kayu beratap nipah. Malam raya memang susah nak tidur sebab ramai yang purak-purak tidur. Dah la tidur rapat-rapat. Lepas tu purak-purak mengigau cakap "pulut semangkuk" la... "rojak sepinggan" la.. buat buat bunyi kentut pakai ketiak la .. korek-korek bontot orang sebelah la (korek tanpa seluk seluar ya.. jangan salah paham). Lagi satu, masa time tu kasut raya yang mampu dibeli hanyalah capal. Sekarang ni aku tak jumpa pun orang jual capal. Pecal ada la..

Raya semasa sekolah rendah

Erti raya bagi aku hanyalah baju raya dan duit raya. Itulah setahun sekali aku dapat merasa baju baru dan seluar baru. Seluar dalam baru tak dapat sebab tak cukup bajet. Dan itulah jugak setahun sekali aku dapat merasa pegang duit lebih dari seringgit. Masa tu kira kaya habis lah tu. Apa yang best ialah dapat tidur ramai-ramai dengan sepupu-sepupu (bukan orgy) kat rumah kampung berlantai kayu beratap nipah. Malam raya memang susah nak tidur sebab ramai yang purak-purak tidur. Dah la tidur rapat-rapat. Lepas tu purak-purak mengigau cakap "pulut semangkuk" la... "rojak sepinggan" la.. buat buat bunyi kentut pakai ketiak la .. korek-korek bontot orang sebelah la (korek tanpa seluk seluar ya.. jangan salah paham). Lagi satu, masa time tu kasut raya yang mampu dibeli hanyalah capal. Sekarang ni aku tak jumpa pun orang jual capal. Pecal ada la..

Ha ha ha.. aku copy paste aje cerita raya sebelum sekolah. Sebab tiap-tiap tahun sama aje. Padan muka sapa yang baca. hahahah.. bestnya kenakan orang.

Cuma bezanya aku lebih merasakan perasaan raya sebab aku puasa. Puasa pun sebab Abah janji nak bagi seringgit untuk satu hari dapat puasa sebagai duit raya. Kalau tahun tu aku puasa 28 hari maka sepatutnya aku dapat duit raya $28 (masa dulu belum pakai unit RM). Tapi satu sen haram pun tak dapat. Mungkin kalau aku dapat pun, duit tu jadi haram sebab aku puasa tak ikhlas. Sebab tu satu sen haram pun aku tak dapat.

Raya semasa sekolah menengah

Erti raya bagi aku antaranya ialah mandi sunat aidilfitri. Pernah sekali terjadi mandi wajib aidilfitri sebab malam tu termimpi best pulak. Dah sampai kitar haid lah kiranya. Kemudian, erti raya bagi aku ialah Solat Sunat Aidilfitri. Lepas tu salam abah dan mak mintak mohon maap halal makan minum lebih kurang. Duit raya time ni memang best... Disebabkan aku budak sekolah asrama penuh yang cemerlang dalam pelajaran, aku dapat ekstra la. Hi hi hi..

Raya sebagai student IPT.

Erti raya bagi aku ialah dapat cuti dari datang kelas walaupun time tak cuti pun aku tak datang kelas. Ha ha ha.. Lepas tu rasa nak cepat je balik rumah sewa bujang aku sebab boleh login internet. Maklumlah, masa tu cinta antara benua. Hanya internet penghubung silaturrahim. Barang siapa yang memutuskan silaturrahim dapat dosa tau!

Raya sebagai orang bujang yang dah bekerja.

Yang ni lain sikit.. maklumlah.. Dah ada pendapatan. Time ni lah pulak aku banyak belanja untuk Abah dan Mak, dan duit raya anak buah, adik-adik, anak-anak buah dan adik-adik sedara. Bangga je bila bagi duit raya berenvelopekan 'CELCOM'.

Raya sebagai suami

Yang ni lagi lain... Aku dah ada dua keluarga. Keluarga aku dan keluarga mertua. Lebih banyak tempat nak beraya dan komitmen yang perlu dilaksanakan.

Raya sebagai Suami dan Bapak.

Raya adalah untuk anak-anak. Pergi jalan raya pun dengan harapan anak-anak aku dapat duit raya. Kalau time sesak boleh la jugak aku pau. Ha ha ha ha.. Jadi, kalau korang nak ajak aku raya rumah korang, korang gwajib sediakan 3 ang pow yang dalamnya at least 2 ringgit. Walaupun aku datang sensorang, korang kena bagi jugak. Wahh.. best gila kalau ada 1000 anak, kalau average duit raya untuk seorang anak dalam RM100, bermakna aku boleh collect RM100,000 duit raya anak aku. Cukup 10 tahun aku dah boleh jadi jutawan. Yahooo!!

Jadi.. apa pengertian raya sebenarnya? Kalau anda telusuri maksud takbir hari raya, anda akan paham apa makna raya sebenarnya. Kalau tidak, ianya macam lagu-lagu biasa aje.

Bye.

Monday, October 08, 2007

Selamat Hari Raya 2007

Sekejap je aku rasa dah nak sebulan kita puasa. Tak lama lagi raya lah kita. Bila sebut pasal raya ni, memang banyak sangat benda yang aku boleh cerita cuma aku malas aje nak cerita. Masa kekecik dulu memang best betul nak tunggu hari raya ni. Hari tengok anak bulan tu memang kompiden je esok tu nak raya. Seingat aku memang selalu la penyimpan mohor besar raja-raja tu umumkan raya jatuh pada hari esok. Eh! kenapa kita panggil anak bulan tu anak bulan? Orang Melayu ni senang aje nak namakan sesuatu yang kecik tu sebagai 'anak'. Contohnya anak tekak, anak telinga, anak mata, dan anak burung. Padahal ada jugak peribahasa yang mengatakan 'kecil jangan disangka anak, bersar jangan disangka bapak'.

Tak silap aku, anak-anak Allahyarham Ibrahim Pendek semuanya lagi tinggi dari Ibrahim Pendek. Kalau korang nak tau, adik-beradik aku semua lagi tinggi dari bapak aku. Itu bukan bermaksud yang bapak ku ialah Ibrahim Pendek. Bapak aku nama Ibrahim jugak. Aku tulis perkataan 'jugak' tu pakai j hurup kecik ya. Kalau aku tulis pakai hurup J yang besar, mesti korang ingat nama bapak aku Ibrahim Jugak (Ibrahim Bin Jugak). Nama atuk aku Ujang yaa.. bukan Jugak.

Berbalik kepada anak bulan atau dalam Englishnya the son of the moon. Bulan lebih bernasib baik berbanding dengan bintang sebab dia ada anak. Bintang tak ada anak. Setiap kali bintang meneran, bukan anak yang keluar tetapi taik. Sebab tu lah adanya taik bintang, tetapi tak ada anak bintang. Mungkin dia mandul. Walaupun begitu, bintang amat bernasib baik dari segi paras rupa sebab mereka berbentuk tajam-tajam dan sering digunakan untuk memberi grade kepada sesuatu. Contohnya hotel lima bintang dan jugak artis bertaraf bintang. Masa sekolah rendah dulu, cikgu aku akan rait buku aku dan bagi bintang kalau jawab semua betul. Kalau pening pun boleh nampak bintang. Selain daripada itu, bintang tak ada kena mengena dengan salah satu tempat di Selangor iaitu Banting.

Itu saja lah entry aku sebelum raya ni. Lepas raya ni baru aku sambung balik cerita diari aku. Sebelum aku berundur diri, aku ingin menyusun sepuluh jari kaki yang kadang-kadang ada bau cagu ni untuk memohon maaf seandainya korang ada tersinggung dan tersenggol dengan apa yang aku tulis kat dalam blog aku ni. Kalau memandu masa balik kampung tu, berhati-hatilah. Jangan ikut perasaan. Kalau ikut perasaan aku pulak, nak je aku lempang sekor-sekor orang yang bawak kereta macam babi bawak kereta tu. Kalau eksiden tak menyusahkan orang lain tak apa. Ni orang lain yang susah. Aku suka senang sebab tu aku tak suka susah.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.



Pecah Kaca Pecah Gelas,
Sudah Baca Harap Balas.

Pecah Kaca Masa Romen,
Sudah Baca Harap Komen.

Thursday, September 27, 2007

Puasa vs Berak

Puasa Yang Yok,
Pagi-pagi bukak periuk.

Korang mesti pernah dengar pantun ni kan? Aku dengar pantun ni sejak aku kekecik lagi. Mak aku selalu la amalkan pantun ni. Pagi-pagi lagi dia dah bukak periuk untuk basuh the periuk. Kalau periuk tu tutup, macam mana la nak basuh kan? Boleh basuh kat sebelah luar aje la.

Puasa semasa kanak-kanak amatlah mencabar. Terutamanya bagi budak yang kuat macam aku. Maksud aku, bukan kuat macam badang, tapi kuat makan. Seorang orang tidak akan digelar kuat makan selagi dia tak boleh makan semasa kenyang. Kalau makan hanya semasa lapar, atau hanya ikut jadual, itu still lagi lemah makan. Jadi bagi sesiapa yang lemah makan, balik rumah ni kena praktis selalu ya.

Aku kadang-kadang jeles jugak dengan orang yang kuat makan, tapi badan tak gemuk-gemuk. Paling gemuk pun tak sampai kategori gemuk yang betul-betul gemuk. Ke mana lah perginya makanan diorang tu semua ha? Takkan semua jadi taik kot? Cakap pasal taik ni teringat aku dua hari lepas aku kena sembelit. Tak pernah aku kena sembelit seperti dua hari lepas. Sampai buntang bijik mata aku meneran, dah macam Menteri Pasola dah, tapi tak jugak keluar. Nasib baik la jamban tu dekat jugak dengan dinding depan. Terpaksa la aku tekan dinding tu dengan kedua-dua tapak tangan supaya tenaga dapat dipusatkan sepenuhnya kat otot kemut. Kira macam berlatih ilmu kung fu peringkat ke lapan la. Setelah berhempas pulas akhirnya aku selamat bersalin. Nasib baik tak payah berpantang sampai 40 hari. Hampir aku putus asa lah! Gila! Lepas tu rasa macam kembang kuncup je otot kemut aku. Kesimpulannya kat sini, jangan derhaka kepada ibu anda sebab bukan senang nak meneran semasa bersalin. Haaa.. kan? aku cerita ni bukan saja-saja je. Ada dakwah di sebalik cerita ni. *padahal baru je terpikir.. hehehe*

Sebenarnya aku nak cerita pasal puasa, tapi tercerita pasal berak pulak. Tapi takpe, aku tak 'cakap' pun benda-benda ni. Aku cuma taip kat komputer je. Tak kurang pahala puasa aku.

Hah! Masa kekecik dulu memang seksa betul nak menghabiskan satu hari puasa. Setiap satu minit terasa macam saju jam. Lebih-lebih lagi 2-3 minit sebelum azan maghrib. Kalau bab makan tu boleh tahan lagi. Tapi bab haus tu yang tak tahan. Gila punya haus. Masa dulu pergi sekolah balik sekolah jalan kaki. Jauh ooo. Kalau tak puasa boleh la beli air sirap doposen kat tepi jalan. Kalau tak kuat iman, memang aku dah togok dah air pepsi kolah. Tapi kadang-kadang aku kumur-kumur je. Dapat la jugak memperbaharui rasa air liur. Hehehehhe..

Itu aje la ceria puasa. Aku tengok macam dah panjang je aku tulis ni, terpaksa la stop. Nanti korang tak larat nak baca pulak. Ini semua pasal cerita berak! Tak pasal-pasal dia dah makan space cerita puasa!

Puasa Yang Yak,
Pagi-pagi susah nak berak.

Puasa Yang Yik,
Siapa Puasa dia Baik.

Selamat meneruskan puasa anda. Bulan dah mengambang sekarang, Tak lama lagi raya la kita ya?

Friday, September 21, 2007

Benda Free

Pejam celik pejam celik dah seminggu lebih kita puasa tahun ni. Dalam bulan puasa ni aku malas betul nak update. Dalam bulan lain pun malas jugak, tapi bulan Ramadhan ni lagi la malas.

Sekarang ni hobi aku kat opis ialah menguap. Nasib baik menguap tak payah bayar. Kalau menguap kena bayar sure aku tahan kuapan yang aku nak kuapkan dalam proses menguap tersebut. Satu lagi benda yang tak kena bayar ialah kentut. Main sedap korang aje nak kentut kat mana-mana. Kat dalam panggung wayang pun orang boleh kentut sambil tengok cerita Rush Hour 3. Banyak kali pulak tu.

Ohh.. ada benda lagi yang kita tak payah bayar iaitu telan air liur. Nasib baik telan air liur tak payah bayar, kalau tak bankrap kita. Nasib baik jugak telan air iur tak batal puasa. Korang bayangkan la kalau telan air liur boleh membatalkan puasa. Abih la semua meleleh-leleh je air liur. Macam-macam jenis air liur yang kita boleh tengok. Mungkin ada yang menitik secara panjang ke lantai tapi masih tak putus-putus. Kena gunting baru putus. Nanti kalau kita nak kantoi orang tak puasa senang aje, sapa yang air liur tak meleleh tu bermakna tak puasa la. Kalau macam ni, musnahlah kelenjar ptuitari kita.

Ada lagi satu benda penting yang kita tak payah bayar iaitu bernafas. Kalau bernafas kena bayar, mesti kita akan tahan nafas kita lama-lama. Muka dah tukar jadi kaler merah pun kita masih tahan lagi. Lama sikit, muka tukar jadi biru pun kita tahan lagi. Lama sikit, muka tukar jadi hijau pun kita tahan lagi. Lama sikit lagi, muka dah jadi kaler indigo barulah kita lepas napas. Nak kentut pun kedekut sebab nak simpan angin dalam badan. Nanti tayar lembik.

Rupa-rupanya banyak lagi benda yang kita tak payah bayar. Maksud aku ialah bayar pakai duit. Kad kredit pun boleh diterima. Aku, kalau pergi satu kedai tu, tokeh kedai dia hari-hari bagi aku barang free. Aku malu tau! Tak tau la kalau korang jenis muka tak malu, memang tak akan rasa perasaan kemalu-maluan la. Untuk mengelakkan kurang rasa malu kita tu, kita mesti balas sesuatu kat tokeh kedai tu. Kalau tak bagi duit pun, bagi benda lain pun jadi lah untuk 'balance'kan hubungan sesama manusia.

Tapi, apa yang kita nak bayar kat Allah yang banyak sangat bagi benda free kat kita?

Sendiri mau ingat.. isk.. banyaknya dosa aku!

Selamat berpuasa.

Wednesday, September 12, 2007

Entry Boring + Result UPSR

Aku mintak maaf banyak-banyak sebab dah lama tak update. Aku agak sibuk last week. Bukan sibuk buat kerja. Tapi sibuk membaca satu blog ni. Aku korek cerita blog dia dari 2 tahun lepas sampai la yang the latest. Seminggu baru habis baca. Bagus cerita-cerita dia. Sampai malas aku nak update blog. Jangan tanya la blog sapa yang aku baca, bukan blog aku la. Ha ha ha.

Aku agak sedih untuk meninggalkan Sekolah Kebangsaan Gombak Setia pada penghujung 1989 tu. Tapi sedih-sedih aku takde la sampai menangis sedu sedan aeroback. Sedih gitu-gitu je la. Empat tahun aku bersekolah kat situ, banyak kenangan pahit, manis, suka, duka, stim, 3 rasa, paprik, dan lain-lain lagi yang aku tempuhi kat situ. Susah nak lupa ooo.

Aku dapat tahu aku kena sambung belajar kat Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia. Ada kawan-kawan baik aku yang kena gi Sekolah Menengah Sri Gombak. Ini ikut rumah kat mana la. Bapak aku sibuk nak masukkan aku kat Maktab Tentera Diraja (MTD) kat Sungai Besi sana. Aku tak mau la sebab kat sana banyak gay (bebudak MTD jangan marah aaa). Lagi pun aku tak minat jadi askar, nanti kalau kena bom hilang kaki macam cerita Prebet Lapok yang dilakonkan oleh A.R Badul. Aku nak masuk sekolah agama. Aku ada plan dengan kengkawan aku untuk masuk Sekolah Agama kat Kajang, tak silap aku nama dia Maahad Hamidiah ke apa entah. Tapi aku tak dapat pun sekolah tu. Mungkin sebab aku tak apply pun. Plan aje lebih heheheh.

Result UPSR aku? Cuba la teka aku dapat berapa.

Below is my sijil. Cehh.. cakap omputeh!


Haih...

Seperti yang dijangka.. aku dapat 4A 1B. Bapak aku macam marah jugak sebab aku tak dapat 5A. Anak cikgu (perempuan) yang duduk kat bawah rumah aku tu dapat 5A. Abih nak buat camana.. aku memang bangang sikit English ni. Kalau Bahasa Negeri Sembilan aku pandai la grammar dia. Lagipun, UPSR bukan boleh apply untuk interview kerja. Kalau aku tau, dapat 5E pun tak apa. Sure aku dapat 5 cap jari kat muka aku (pelempang bapak aku). Hmmm... yang sebenarnya aku frust jugak sebab tak dapat 5A, sebab kengkawan aku yang lagi bengap dari aku pun bole dapat 5A.

Ahh.. boringnya cerita aku kali ni. Ni la akibatnya kalau update blog dalam keadaan boring. Aku selit teka teki laa..

1. Ada tiga budak, sorang nama Ali, sorang nama Abu, sorang lagi nama Aku. Ali ada kat atas Abu. Abu ada kat atas Aku. Bila Ali berak, Abu elak. Sapa yang kena taik Ali?

2. Ali (takde nama lain ke?) nak pergi satu majlis makan-makan kat rumah orang kaya. Rumah orang kaya ni dikelilingi oleh pagar. Kalau nak masuk, kena speaking english kat security guard untuk bukak pintu pagar. Masalahnya Ali tak tahu nak speaking English. Macam mana Ali nak masuk?

Ahhh.. tu teka-teki masa kekecik dulu. Yang ni teka-teki baru.

3. Dalam banyak-banyak bulan, bulan apa yang bila dia datang, kita kena ke tepi?


Selamat berpuasa.

Bye.

Monday, August 27, 2007

Pelakon Teater Terbaik

Bila dah habis UPSR aku pun tak tau nak buat apa di sekolah. Cikgu pun dah kena sindrom penyakit tak masuk kelas. Jadi aku sebagai ketua darjah pun mengorganizelah beberapa permainan untuk dimain bersama kawan-kawan. Ada yang bawak playing card macam happy Family, Donkey, Old Maid, Snap, Top Trump, dan ada jugak yang bawak dam ular, dam haji, chess, Saidina, Sahibba. Walaupun kami main dam, tetapi kami tak hisap dam. Hisap dam kat sini bukan bermaksud menyonyot kertas dam. Tetapi isap dadah la. Takkan tak tau kot? Bukan hisap gam.. hisap gam lain. Hisap dam kalau tak silap aku ialah hisap ganja. Oh.. masa tahun tu kan lagu Isabella meletup. Lirik lagu tu pun bebudak tukar jadi "Isabella anak Pak Dollah.. Isap ganja di belakang sekolah" Takde tempat lain ke nak isap ganja selain kat belakang sekolah? Bodoh betul.

Masa upacara penyampaian hadiah akhir tahun, aku ada masuk persembahan drama pentas. Mentang-mentanglah aku gemuk, cikgu tu suruh aku berlakon jadi wali Allah yang pakai pakaian Pak Lebai, bukan pakaian Wak Dojer. Cerita mengisahkan seorang anak yang derhaka pada ibunya. Dia mencurik duit emaknya untuk berjoli, bukan bercoli. Tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Suatu hari, dia dirompak oleh 3 orang penyamun yang jahat. Kalau penyamun memanglah jahat kan? Masa dia gaduh-gaduh dengan penyamun tu, matanya jadi buta sebab kena baling dengan pasir. Bila mata dia dah buta, dia menyesal, lalu datang lah wali Allah (bukan pari-pari) untuk mengajar dia membaca tulisan Braille. Acah aje! Wali Allah tersebut datang untuk berdakwah kepada dia supaya bertaubat dan memohon maaf kepada mak dia walaupun hari raya Aidilfitri lambat lagi. Puasa pun belum.

Aku lah yang jadi wali Allah tu. Aku pakai jubah putih dan serban bukan turban. Suara pun kena buat macam ada gema-gema sikit seperti di dalam gua. Barulah real konon-konon aku ni dari alam lain. Selepas kena 'sekolah' dengan aku, si budak jahat itupun insaf dan meminta ampun dengan emak dia sambil menangis teresak-esak. Selepas itu tiba-tiba aje budak yang jahat yang dah insaf tu, emak dia, adik dia, ketua kampung, penyamun dan aku sekali menyanyi nasyid beramai-ramai untuk menginsafkan para penonton. Aku lihat ada penonton yang duduk tahiyyat akhir sambil berlinangan air mata. Ada jugak yang sedang ruku'. Selepas itu, tirai pun ditutup untuk persembahan seterusnya. Aku tak pasti ada orang tepuk ke tidak sebab ustat cakap kalau tepuk tangan nanti setan keluar. Kalau nak tepuk tangan jugak, kena tepuk pakai belakang tangan, bukan tapak tangan. Kalau tepuk tangan sambil menguap, setan yang keluar tu akan masuk balik dalam mulut kita kalau kita tak tutup mulut. Bagus lah kalau setan masuk dalam mulut. Kita boleh kunyah badan dia dan telan. Barulah setan mati.

Frust jugak aku sebab takde anugerah pelakon terbaik. Kalau ada anugerah pelakon terbaik, aku wajib menang. Sebab watak aku yang paling baik iaitu wali Allah. Boleh lah aku buat ucapan kat pentas "I sound stupid if I spik in Malay". Pelakon terjahat pula akan jatuh kepada 3 orang penyamun tersebut sebab pegang watak jahat.

Bye

Friday, August 17, 2007

Yu Pi Ass Ar

Aku memang tak sabar-sabar nak menduduki Peperiksaan UPSR. Kenapa kena pakai perkataan 'menduduki'? Mungkin sebab masa periksa tu kena duduk. Tak boleh berdiri. Kalau berdiri boleh nampak jawapan kawan sebelah. Tiba-tiba pulak aku teringat lagi satu perkataan yang menggunakan kata dasar 'duduk' iaitu bersekedudukan. Kalau korang nak tau, boleh dikatakan hari-hari aku bersekedudukan dengan orang yang aku tak kenal. Tak kira la lelaki atau perempuan. Kat tempat awam pulak tu. Gila! Dalam keretapi la. Aku gi kerja hari-hari naik ERL yang gi KLIA tu. Selalu la kongsi tempat duduk. Kira bersekedudukan la tu.

Berbalik kepada cerita UPSR. Aku betul-betul kompiden boleh dapat at least 4A 1B. Sebab masa trial pun aku dapat 4A 1B. Yang B tu English la. Aku memang benak, bangang dan bungkor sikit dalam English ni. Bikos I don andersten sepatah haram what de ticer is ticing. She macam syok alone when ticing. I memang hentam only when jawab the soalan.

Masa tu 5 subjek UPSR ialah:

1. Kefahaman Bahasa Malaysia
2. Karangan Bahasa Malaysia
3. Lisan Bahasa Malaysia
4. Matematik
5. English

Oral English ada tapi tak termasuk dalam keputusan. Lagi pun, kalau oral bukan best sangat. Sekarang ni, hari-hari aku mengamalkan oral. Korang jangan salah paham, aku cuma mengikut nasihat pakar-pakar pergigian untuk menggunakan berus gigi Oral-B. Ohhh.. Oral English aku pun memang dapat pangkat B. Itulah asal-usul jenama Oral-B. malangnya aku tak dapat royalti pun bila nama Oral-B dipakai. Siot je.

Kalau subjek matematik tu memang confirm la aku dapat semua betul. Tak heran pun, sebab lebih kurang 90% dari budak kelas aku dapat semua betul selepas cek jawapan dengan cikgu. Cikgu kelas aku memang menetekberatkan eh silap.. menitikberatkan pencapaian matematik. Memang aku la jadi ikon matematik masa tu. Apa tak nya, cikgu ajar kat papan hitam, aku boleh bangkang cikgu tu. Aku cakap apa yang cikgu ajar tu salah. Memang salah pun cikgu tu ajar. Dengan powernya aku membetulkan pengajaran cikgu tu kat papan hitam. Cikgu pun tersipu-sipu malu memuji aku untuk kaver line malu. Ini cerita betul ni, bukan aku tipu.

Tak baik menipu, hari ni hari Jumaat. Esok sabtu, setengah hari. Ahad public holliday. Kalau encik nak saya rompak rumah encik, hari Isnin boleh lah. *dialog cerita Ali Baba Bujang Lapok*

Bye

Tuesday, August 07, 2007

Keyword 3

Kah kah kah kah... kelakar betul la bila aku check keyword analysis untuk blog aku ni. Kesian orang yang mencarik info lain kat internet, tapi akhirnya membawak ke blog ni. Dah la keyword masing-masing tak hengat punya kelakar. Ada ke carik info 'jilat ketiak cikgu' kat internet? kah kah kah kah.. bodoh dan tak bermoral betul! Tak tercapai akalku membacanya, bagaikan diriku tapak sulaiman lah kiranya. (ini aku rasa nanti kalau ada orang nak carik lirik lagu Elyana ni boleh sampai ke blog aku ni. hahaha)


Perc. Search Term
6.98% taiko must die
4.65% ayam jalil hamid lirik
4.65% update site:hazril.blogspot.com
3.49% hantu jin gemuk
3.49% kaber hero kaber zero
3.49% tadika site:hazril.blogspot.com
3.49% darjah satu site:hazril.blogspot.com
2.33% cipap kadazan
2.33% haliza resepi
2.33% kancing gigi
2.33% nombor kad pengenalan p ramlee
1.16% budak sekolah liwat
1.16% www.google.com.my isteri lucah
1.16% hisap butuh abang
1.16% resepi masakan air tangan tengku puan pahang
1.16% taiko
1.16% nama asal sabah
1.16% rekoder
1.16% bulu tangkis kartun
1.16% buku menjahit manik noraini abdullah
1.16% asal usul bola tampar
1.16% makcik gian
1.16% cerita pengalaman kena rogol
1.16% sejarah bola kaki
1.16% pemain bola keranjang kerusi roda
1.16% asal usul tamborin
1.16% asal usul kuih tempeyek
1.16% kemaluan pak
1.16% haliza misbun punggung
1.16% jilat ketiak cikgu
1.16% iks belacan melaka
1.16% teka-teki kelakar
1.16% awek tudung isap batang
1.16% darjah 1 site:hazril.blogspot.com
1.16% cara cara memanggil jin
1.16% gambar muka masam
1.16% tapak permainan bola tampar
1.16% taiko not die
1.16% cara jahit manik pada baju kurung
1.16% hisap pepet
1.16% skodeng melayu.blogspot.com
1.16% budak gemuk
1.16% asam garam kehidupan
1.16% nyonyot dan isap
1.16% gambar cangkul iban
1.16% hazril taiko
1.16% blogspot bohsia
1.16% hazril.blogspot.com
1.16% nombor ekor
1.16% cerita skodeng
1.16% hilang teruna
1.16% siti nurhaliza gemuk berisi
1.16% cara nak jahit manik dan labuci
1.16% sex budak melayu pelacur blog
1.16% awek skodeng blogspot.com
1.16% pengalaman berkhatan
1.16% bayi macam ular
1.16% kadazan resepi
1.16% resepi maruku
1.16% awek skodeng blogspot
1.16% purdah al arqam
1.16% pertama kali jilat pantat budak bawah umur
1.16% coolooc

p/s: sapa pulak yang search keyword 'taiko not die'? Baik mengaku! kih kih kih

Saturday, August 04, 2007

Membuat IC

Pada tanggal 14 Ogos 1989, aku dibawak oleh Abah aku pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara. Aku tak ingatlah kat cawangan mana. Cawangan Petaling Jaya kot? Tujuannya tak lain tak bukan ialah untuk aku buat Kad Pengenalan atau dalam bahasa rasminya, IC.

Sebelum pergi tu, rambut dah kasi minyak supaya kalernya kelihatan sentiasa gelap. masa tu, jenama minyak rambut yang terkenal ialah Brylcream dan Code 10. Brylcream dengan Code 10 ni berlumba-lumba lawan-lawan iklan kat TV. Selalunya Abah beli Brylcream. Masa tu aku tak pastilah KY Jelly dah ada jual ke belum. Kalau nak tau dah jual ke belum, cuba lah carik kat Wikipedia tentang sejarah KY jelly. Hah? jangan la carik sekarang. Kasi habis la baca aku punya cerita ni.

Aku berdebar-debar jugak la masa nak ambik gambar tu. Ye la kan.. 2 tahun dulu Abang aku kena gelak sebab gambar IC macam Apek jual ikan. Sekurang-kurangnya aku punya gambar IC mesti macam hero cerita Knight Rider. Baru la tak rasa malu kalau nak gi fotostat IC kat kedai. Memang sepatutnya kita tak ada rasa malu pun untuk fotostat IC kat kedai. Sebab gambar dalam IC tu gambar muka, bukannya gambar kemaluan. Apa nak malu?

Selepas mengambik gambar, aktiviti mengecap jari pun berlangsung. Punya la hitam ibu jari aku sebab kena benda krim hitam tu. Apasal la diorang tak mintak cap jari kaki sekali? Best giler kalau kaki tengah masam, lepas tu akak JPN tu tolong pegangkan jari kaki kita untuk cop kat kertas. Terlekat la bau masam kat tangan dia. Nak dijadikan cerita, dia lupa pulak nak basuh tangan sebelum makan. Termasuk la bau masam tu kat dalam perut dia. Lepas tu dia kentut, keluar la balik bau masam tu. Then, aku tercium bau tu, terus bau tu masuk dalam paru-paru aku. Lepas tu paru-paru aku saggregate lah bau tu kat kaki aku balik. Begitulah kitaran bau kaki masam. Sama macam proses fotosintesis jugak la. Oh ya. Teori sains mengatakan bahawa 'Tenaga tidak dimusnahkan, ia cuma berubah bentuk'. Begitu jugaklah dengan tenaga bau.

Oh! Berbalik kepada cerita IC aku. Lebih kurang sebulan lepas tu, aku pun dapat lah IC tu. IC dulu kan besar sikit, sebab tu la muka aku nampak gemuk. Nasib baik la aku ada simpan lagi aku punya IC fotostat. Ada la jugak untuk dijadikan kenang-kenangan. Nak nengok? Heheheh..

Tadaaaa...









Sebenarnya aku bukan lahir 14/8/1977. Tarikh lahir aku sebenarnya ialah 4/8/1977. Tapi disebabkan buat surat beranak lambat, tarikh lahir aku kena posptpone jadi 14/8/1977.

Bye.

Tuesday, July 24, 2007

Hero Yang Dilupakan

1. The Greatest American Hero



Korang pernah tengok cerita ni? Cerita superman kelakar. Rambut kerinting. Terbang pun asik terlanggar tembok. Tidak ada kena mengena dengan kumpulan Alleycats.

2. Captain America



Korang pernah tengok kartun ni? Kartun yang tak banyak pergerakan. Kira komik unanimated yang disiarkan dalam TV. Mati semasa perang Telok di Telok Intan.

3. Shazam



Korang pernah tengok cerita ni? Ini orang petir. Terbang sepantas kilat. Tidak ada kena mengena dengan Pasukan Shahzan Muda.

4. Plasticman



Korang pernah tengok kartun ni? Dia ni sekali melangkah, 3 bangunan. Ye la.. kelangkang dia boleh dibesarkan sesuka hati mak bapak dia je. Bukan setakat kelangkang, satu badan dia boleh jadi panjang. Kalau main basketball, badminton, bola tampar etc mesti champion. Telah berjaya dalam bidang plastic surgery.

5. Kaber Hero Kaber Zero



Korang pernah tengok cerita ni? Aku baru semalam tengok. Tergelak-gelak aku sensorang. Ha ha ha ha. Yang ni belum dilupakan, sebab masih lagi kuar kat TV.

Friday, July 20, 2007

Sekolahku Syurgaku

Masa darjah 6 dulu aku cukup suka pergi sekolah. Aku pelik jugak sebab ada budak-budak yang tak suka pergi sekolah. Mungkin sebab masa darjah 6 dulu batch aku yang merasmikan bangunan baru. Kerusi baru, meja baru, papan hitam baru, malah jamban pun baru. Korang tau je la jamban kat sekolah macam mana condition dia kan? Bau dah la semerbak. Kadang-kadang ada taik melepet kat atas lantai. Anak sapa lah agaknya yang otot kemut dia tak kuat untuk menahan taik daripada terkeluar. Jadi, kalau ada jamban baru, ada la selera sikit untuk memburan (berak) kat sekolah.

Sebenarnya ada beberapa perkara yang menyebabkan aku suka pergi sekolah.

1. Dapat skodeng anak dara sunti.

Apa benda sunti tu ha? Suntut aku tau la. Tapi sunti tu apa benda? Ooo.. mungkin sebab masa tu kitorang kena suntik BCG. Eh.. BCG ke kancing gigi ha? aku lupa la. Alaa.. yang enjek kat bahu sampai berkudis tu la. Ke.. enjek rubella? Aku lupa la. Kancing gigi kot? Aku dulu tak tau apa sebenarnya kancing gigi tu. Kencing aku tau la. Tapi takkan nak kencing kat gigi? Buang tebiat ke apa.

Aku kalau bab enjek-enjek ni memang macho la. Masa umur aku 2 tahun dulu, mak aku cakap, jarum patah bila nurse tu cucuk bontot aku. Power giller bontot aku. Macam besi. Besi berani pulak tu. Satu level dengan Transformers la.

Berbalik kepada cerita anak dara sunti..

Best ooo skodeng. Itu saja.

2. Dapat semayang jemaah dengan kengkawan.

Lepas skodeng kena la bertaubat ye tak? Baru la dosa-dosa tu terhapus. Kalau nak pergi semayang, ada satu bilik darjah yang dijadikan surau. Cuma kalau nak ambik wuduk aje yang kena ambik kat singki tandas. Ada sorang member aku ni, agak pendek jugak la orangnya. Dia nak basuh kaki kat singki tu. Masa dia nak tarik kaki dia keluar dari singki tu, entah macam mana singki tu boleh tertarik keluar sekali, lalu terhempas ke lantai, pecah berderai seperti pasir di tepi laut.

Habisss.. terpaksa la kitorang mengaku dan pergi membuat aduan di bilik Guru Penolong Kanan 1, yang bernama Puan Asiah. Puan Asiah ni dah tua orangnya. Kurus kering, pakai tudung, dan bercermin mata. Kadang-kadang aku nampak dia ni macam nenek kebayan jahat dalam kartun Popeye. Popeye kan ada 2 musuh. Bluto dengan Pompuan tua tu kan? Haaa.. macam yang pompuan tua tu la si Puan Asiah ni. Cuma Puan Asiah ni takde bela burung enggang macam cerita Popeye tu la. Kalau ada pun, mungkin dia tinggalkan kat rumah. Kalau bawak ke sekolah, kena tangkap dengan pengawas, mesti dia malu.

Selepas kita kena bebelan dia, dia suruh kawan aku tu ganti balik singki tu. Dan, bilik darjah yang dijadikan surau itu pun tak leh digunakan untuk semayang. Sebenarnya ada sorang cikgu pompuan yang mintak bilik darjah tu dijadikan tempat semayang. Apa nama dia aku tak ingat la. Dia ni pakai purdah. Aku rasa dia ni pengikut Al-Arqam. Memula aku nampak dia pakai purdah, aku ingatkan dia ada menuntut ilmu Ninja. Tapi aku tak nampak la pulak dia bawak bom asap serta senjata bintang kecik. Kalau dia mengajar, baru dia bukak dia punya tutup muka. Tak cun pun. Hehehe

Apasal hari ni aku tulis banyak pulak ni? dah la.. buang masa aku je.

Bye

Monday, July 16, 2007

Chop!

Masa darjah enam dulu aku terkena Chicken Pox. Aku rasa masa tu aku tak pernah lagi pun makan chicken chop. Tapi kenapa aku boleh kena chicken pox? Takkan korang tak tau kot.. Sebab.. chicken pox takde kena mengena dengan chicken chop.

Penjelasan: Kalau chicken chop ada kena mengena dengan chicken pox, sure korang boleh kena lamb pox kalau makan lamb chop. Kalau makan pakai chopstik, mesti korang kena poxstick.

*Aku rasa korang dah paham bahawa pox takde kena mengena dengan chop*

Bercakap tentang chop, chop ni ada tiga maksud.

1. Cetak. Contohnya cop syarikat, cop mohor, cop stem dan sebagainya.

Contoh perbualan: Kau ni hari-hari mintak duit kat aku! Ingat aku ni kerja cop duit ke? Dah la kerja malas. Muka pun tak hensem. Tua kutuk. Nak mampus! Baik kau pergi belajar main bola. Untung-untung boleh ganti pemain Malaysia. Pemain yang sedia ada pun dah kaki bangku. Lagi sekali kau mintak duit kat aku, aku tempeleng kau sampai ada cop bentuk tapak tangan aku kat pipi kau!

2. Pause: Kalau tengah bercakap atau tengah main, kita kena cakap 'chop!' untuk menghentikan perbualan atau permainan.

Contoh perbualan: Cop! aku nak terkentut kejap. Prottt... Ok. Boleh sambung makan balik. Silakan.. silakan... tambah lauk, jangan malu-malu.

3. Booking: Untuk memastikan orang lain tak ambik apa yang kita nak.

Contoh perbualan: Hello.. Air Asia ya? Saya nak chop tiket pergi Siam la... Apa? ada orang lain dah cop? Takkan tak boleh adjust? Hah? Tak boleh? Takpela kalau macam tu, saya cop awak aje lah. Ohh.. awak pun dah kena cop? Takkan tak boleh adjust? Boleh? Yahooo.

Apa daa.. sekejap 'chop', sekejap 'cop'.

Dalam banyak-banyak cop, cop apa yang kuat? Tettt.. masa dah habis. Space Cop Gaban.

Dalam banyak banyak ular, ular apa yang alim? Tettt.. masa dah habis. Ulama'

BYe

Wednesday, July 11, 2007

Tiga Lawak Bodoh

Berdirinya saya di sini ialah untuk menyampaikan 3 buah lawak bodoh. Semoga boleh menghilangkan stress!

Lawak Bodoh 1

Di dalam satu bilik darjah, semua pelajar tidak dibenarkan untuk bercakap. Tetapi ada seorang budak yang bernama Manap bergegar-gegar sehingga mengganggu pengajaran yang disampaikan oleh si cikgu.

Cikgu: Manap, kenapa awak bergegar-gegar? Awak tak sihat ke?
Manap: Maaf cikgu. Saya terpilih opsyen 'vibrate'. Saya tukar kepada silent ya.


Lawak Bodoh 2

Satu perbualan telah berlaku antara seorang warga Malaysia dengan warga Indonesia.

Malaysia: Butuh kamu lah!
Indonesia: Kamu butuh aku untuk apa?
Malaysia: Supaya kamu jadi anak gampang
Indonesia: Waduhh.. aku bukan berasal dari keluarga gampang. Aku anak singkong.


Lawak Bodoh 3

Latip yang kurang pendengaran ingin meminta nasihat dari kawannya dengan meminta skrip yang sesuai semasa melawat Pakciknya di hospital. Kawannya pun memberikan skrip yang sesuai untuk di hafal oleh beliau.

Skrip asal..

Latip: Apa khabar pakcik?
Pakcik: Sudah semakin sembuh. Dua tiga hari lagi baiklah ni.
Latip: Syukur alhamdulillah.. semoga dipercepatkan hajatnya. Bagaimana makanan di sini?
Pakcik: Boleh tahan juga. Berselera Pakcik makan.
Latip: Bagusss.. Makanan begitu memang sesuai untuk Pakcik. Enak sekali! Bagaimana layanan yang Pakcik terima di sini?
Pakcik: Sungguh berpuas hati. Kerana pakcik dilayan seperti VIP.
Latip: Hebat sekali! Pakcik sungguh beruntung kerana memang pakcik begitu orangnya kalau di luar.

Tiba di hospital..

Latip: Apa khabar pakcik?
Pakcik: Aku terasa seperti mau mati. Lebih baik mati dari sakit seperti ini!
Latip: Syukur alhamdulillah.. semoga dipercepatkan hajatnya. Bagaimana makanan di sini?
Pakcik: Makanan yang aku dapat macam makanan kuda!
Latip: Bagusss.. Makanan begitu memang sesuai untuk Pakcik. Enak sekali! Bagaimana layanan yang Pakcik terima di sini?
Pakcik: Aku dilayan seperti bangkai bernyawa!
Latip: Hebat sekali! Pakcik sungguh beruntung kerana memang pakcik begitu orangnya kalau di luar.

Pakcik terus meninggal selepas bual bicara ini.

Bye

Wednesday, July 04, 2007

Oghang Beghok (Beghokman)

Semalam aku nampak orang muka macam beghok (beruk). Alaa.. dekat stesen KL Sentral la. Masa aku nak balik dari opis. DUlu aku sekolah kat Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub Pahang Darul Makmur (Semesta). Ada sorang junior aku ni, orang panggil dia Beghok (beruk). Kenapa? Sebab dia punya muka ada iras-iras beghok la. Kalau ada iras-iras beghok, takkan nak panggil dia tu mengkarung, platipus, atau cerpelai pulak kan? Serius aku cakap, memang muka dia ada iras-iras beghok. Mungkin sebab struktur tengkoghak dia.

Disebabkan aku ni kadang-kadang peramah tak kenal tempat, aku pun panggil la mamat tu "woiii.. Beghok!!". Dia pandang aku semacam je. Aku tanya dia "kau budak Semesta ke dulu?". Alih-alih dia kata "Bukan", dengan muka masam. Aku pun dengan tersengih kerang busuk cakap "hehhe.. sorry la.. salah orang", dan terus berlalu sambil bersiul-siul ke arah langit.

Kesimpulan dari cerita ini: Theori Darwin adalah tidak benar walaupun ada orang yang muka iras-iras seperti beghok. Sebab? ada jugak member-member aku yang iras-iras kambing, unta, Ular senduk dan sebagainya. Ini bukan nak kutuk ciptaan tuhan ya. Ini cerita betul.. bukan cobaan! Ada sorang member aku lagi pulak, dia suka garu-garu jambang. Memang macam beghok. Bila aku dan kengkawan sound dia "kau ni seghabai la.. macam beghok! asik-asik garu jambang!" Dia jawab "Mana ada!", sambil garu-garu jambang dia. Betul tak Bai?

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)" (49:13)

Bye.

p/s: masa aku kecik-kecik dulu, aku ada baca buku cerita "Pulau Berukera". Best jugak cerita dia.
p/s2: bayi dilahirkan macam ular. Nauzubiilah

Added on 9/7/2007:

Kat ruangan komen aku ni ada yang kata tajuk buku 'Pulau Berukera' tu lain. Buku yang aku baca tu tajuk dia memang 'Pulau Berukera'. Tak percaya cuba tengok gambar ni.

Friday, June 29, 2007

Saudagar Coli


Kalau aku jual coli yang yang seksi-seksi macam ni secara online, agak-agak boleh laku tak? harga dalam RM30 macam tu. Tak kisah la size apa pun. Harga tidak berkadar secara langsung dengan saiz. Mana la tau kot-kot ada yang nak pakai cecoli macam ni, tapi segan nak beli kat shopping complex kan?

bak kata pepatah:

Den teghaso buntot den dighabo-ghabo,
Den nak maghah tapi den teghaso suko.

Apa pendapat anda?

p/s: Sila lihat semula entry tentang bra di sini.

Thursday, June 28, 2007

Jiwa Kacau

Dua tiga minggu ni aku menghidap penyakit jiwa kacau. Apa maksud jiwa kacau ni aku pun tak tau la. Aku agak je aku kena penyakit jiwa kacau ni. Tapi aku tak pasti la betul ke tidak yang aku ni kena penyakit jiwa kacau. Kacau sungguh!

Kalaulah aku ada teropong ajaib, bangsi hikmat dan tikar pandan terbang bukankah bagus? Bukan setakat Menteri Pasola, Sultan Shahrul Nizam Pura Chendana pun aku boleh kalahkan. Kalau setakat Mansor Al-Buaya, Ya Aloya Kuih Lapis, Ismet Ulam Raja dan Jamal Pak Tongko tu lagi la aku tak heran.

Kalau korang nak tau, aku pernah buat macam-macam kerja:

1. Basuh pinggan kat katering (form 2)
2. Tanam rumput kat apartmen baru (form 3)
3. Caddy golf kat Sungai Besi (form 3)
4. Kuli pasang karpet untuk pameran kat Sg Wang Plaza (form 5)
5. Salesman Linguaphone (lepas SPM)
6. Cashier kat Yaohan The Mall (lepas SPM)
7. Promoter kat TANGS Starhill shopping complex (Masa ambik diploma)
8. Survey untuk ASTRO sebelum launch - pergi rumah ke rumah (Masa ambik diploma)
9. Survey untuk product baru Campbells soup di Atria Damansara - kacau orang shopping macam salesman credit card (Masa ambik diploma)
10. Salesman jual diskaun card Nando's Chicken - office to office sekitar KL (lepas habis degree)
11. Salesman jual Uncle Tobby Breakfast bar - office to office sekitar PJ (lepas habis degree)
12. Jurutera Celcom
13. Jurutera Maxis

Aku seronok buat kerja nombor 1 sampai 11 walaupun hasilnya tak seberapa. Oh.. silap, masa aku kerja cashier kat Yaohan hasilnya lumayan. Banyak aku songlap duit. Nanti la aku cerita pengalaman aku ni satu per satu.

Kerja yang nombor 12 dengan 13 ada gaji tetap yang jadikan aku mampu kawin, beli rumah , beli kereta, ada 3 anak, ada orang gaji etc.. tapi, aku tak rasa happy lah.

Kalau ada bangsi hikmat kan best. Kalau lapar, boleh mintak nasik. Nasi kandarrr satu! apa daaa.. ikan apollo yang kau mintak. Air basuh tangan takde ke? Jilat je la tangan tu. Sabooooonnn di bilik mandiii.. sabooooonnnn... saboooonnn.

ohh.. aku teringat satu skrip best dalam cerita Laksamana Do Re Mi ni: "Ini bukan tanah haramm!! ini anak haramm!!" ha hah ha ha

Tuesday, June 19, 2007

Remah Nasik

Adakah kita sedar sejauh mana kemampuan diri kita sebenarnya? kalau diberi skala 1 hingga seratus, mungkin kita merasakan diri kita mampu sehingga 60, 70, 80, 90, dan ada yang 100.

Aku merasakan aku mampu membuat sesuatu sehingga 100. Tetapi apa yang aku kerjakan itu hasilnya orang lain yang dapat. Kalau dia makan nasi sepinggan, mungkin aku dapat makan remah-remah nasi dia saja. Still, dengan makan remah-remah dia saja pun aku rasa cukup selesa dan cukup kenyang. Bukan tidak bersyukur, tetapi rasanya tidak berbaloi. Sebab? ya.. sebab aku layak untuk ada pinggan sendiri dan nasi di dalamnya. Bukan setakat makan remah-remah. Aku manusia yang cukup sifat dan akal. Zalim kalau aku katakan aku tak mampu.

Persoalannya.. untuk mendapatkan sebiji pinggan bukannya mudah. Aku mungkin tak dapat makan remah-remah lagi yang dah biasa aku makan. Mungkin aku perlu ambik risiko yang tinggi dengan membuat pinggan sendiri. Mungkin tangan aku akan terluka. Mungkin pinggan yang aku buat itu pecah, dan aku terpaksa buat pinggan yang lain. Itu belum cerita nasi. Macam mana pulak aku nak dapatkan nasinya?

Yang pasti.. peluang untuk aku berjaya makan sepinggan nasi itu 50%. Bergantung kepada usaha, doa dan tawakal aku. Tapi kalau aku berjaya, aku boleh membantu ramai orang lain yang seagama dengan aku untuk ada pinggan sendiri. Itu impian aku. Dan yang pasti juga, jika aku meneruskan hidup dengan memakan remah, peluang untuk aku dapat sepinggan nasi sendiri itu hanya 0.1%. Itupun setelah kematu lidah aku menjilat bontot. Yaks!

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.

Aku telah merasa bahangnya!

Terima kasih kepada yang menyokong.

Huh! kalau aku serius.. memang serius. Tidak ada senyum langsung dibirku yang manis sebab ada taik lalat kat bawah bibir.

By the way.. kalau ada remah, kutip. Menangis nasik tu nanti. Kalau tak percaya, cuba cucuk earphone atau speaker kat nasik tu.

Wednesday, June 13, 2007

Kaji Selidik

Hai Kengkawan..

Boleh bagi saya 5 minit?

Silalah ke http://bajukerja.blogspot.com

Bukan mintak beli... mintak jawab soalan survey je.. boleh?

Kalau rajin, tolong la promote kat opismate, keluarga, mailing list kengkawan lama dan lain-lain lagi.

Terima Kasih

Tuesday, June 12, 2007

Ketua Darjah of Carribean

Masa darjah enam dulu, aku dilantik jadi ketua darjah. Cara cikgu pilih senang aje. Ciri-cirinya:

1. Lelaki
2. Bukan Pengawas
3. Ranking tertinggi masa final exam darjah 5
4. Berakal
5. Suci dari Haid dan Nifas

Yang nombor 4 dgn 5 tu saja je aku tambah untuk cukupkan 5 syarat-syarat sah. Kalau tiga je macam tak best la pulak.

Cikgu Noraini terperanjat jugak kenapa aku tak jadi pengawas sebab base on ranking aku sepatutnya layak. Maksud aku dengan terperanjat kat sini ialah perasaan gusar, macam tak percaya, kompius, oh my god!, dan sebagainya. Bukannya terperanjat sampai boleh membawa kepada melatah carut atau terperanjat sampai terpaksa mengurut kawasan dada. Urut sendiri, bukan orang lain urut. Kalau orang lain urut, itu bukan terperanjat.. itu pergi SPA. Ada ke urut dada kat SPA? aku tak pernah pulak masuk SPA. Kalau ada, boleh la aku apply kerja part time kat SPA. Hehe

Memandangkan Cikgu Noraini tu garang, aku tak berani la protes untuk tak jadi ketua darjah. Jadi terpaksa la aku menggalas kerja-kerja seperti berikut:

1. Bangunnnn!! Assalaamualaikum cikgu!
2. Bangunnnn!! Assalaamualaikum ustazah!
3. Stand upp! Good morning teacher!
4. Bangunnnn!! Terima kasih cikgu!
5. Bangunnnn!! Terima kasih ustazah!
6. Stand upp! Tengkiu teacher!

Banyak kan kerja aku?

Walaupun aku jadi ketua darjah, aku mesra bersama rakyat. Aku tidak menjanjikan habuan-habuan hanya bila nak dekat pilihanraya sahaja. Aku tidak ada skandal dengan Julia Hana, Maya Karin, Norfazura, Fasha Sandha, Rita Rudaini, Ifa Raziah, dan Mawi. Aku tidak mengamalkan politik wang. Aku tidak mengamalkan kronisme dan nepotisme. Dan yang paling penting, aku tidak menaikkan harga tol Lebuhraya Damansara Puchong dari RM1 ke RM1.60. Gila betul!

Ohh.. lagi satu.. aku tidak racist!

Aku ingat kalau macam ni, Syed Hussain Al-Attas boleh ambik aku jadi penulis politik sambilan la.

Bye.

Friday, June 08, 2007

Keywords 2

Nampaknya kalau macam ni, aku post keywords je lah hari-hari. Tak payah susah-susah nak update blog. Heheh

8 Jun 07:01:55 www.google.de thomas korang
7 Jun 23:12:30 www.google.com.my taiko must die
7 Jun 23:12:05 www.google.com.my isteri lucah
7 Jun 22:55:07 www.google.com hazril taiko
7 Jun 22:31:37 search.yahoo.com resepi tempeyek
7 Jun 18:15:01 search.yahoo.com jolok pantat awek aku best
7 Jun 18:14:47 www.google.com.my ketuk ketampi depan kelas gambar
7 Jun 16:55:05 search.live.com hazril.blogspot
7 Jun 16:51:01 www.google.com bini curang
7 Jun 15:05:16 www.google.com kemaluan lelaki (belum sunat)
7 Jun 13:12:33 search.yahoo.com hazril.blogspot.com
7 Jun 13:03:18 www.google.com.au kuih masa lodeh
7 Jun 11:58:08 www.google.co.id bentuk hantu

Wednesday, June 06, 2007

Keywords

Ini adalah beberapa keywords yang pengguna internet search sehinggakan resultnya ke blog aku ni. Ha ha ha. Aku rasa, bagi siapa yang follow blog aku ni dah lama, atau pun yang rajin baca aku punya archive, mesti tahu mana punya entry yang ada keywords ni. Hah hahaha..

7 Jun 09:12:32 search.yahoo.com hazril.blogspot.com

7 Jun 06:16:30 blogsearch.google.com roxette

7 Jun 00:18:28 www.google.com.my gambar orang sedang bersunat di kampung

6 Jun 15:50:11 www.google.com: buah dada melayu

6 Jun 14:22:33 search.yahoo.com: bidalan bidan terjun

6 Jun 12:53:52 www.google.com: skodeng awek

6 Jun 08:00:56 search.msn.com: tunjuk cara menjahit manik dan labuci

6 Jun 07:40:08 search.yahoo.com: cara sembahyang sunat tarawih dengan lebih detail

6 Jun 04:16:40 www.google.com: hazril taiko

6 Jun 01:23:08 www.google.com.my: bohsia punya port

5 Jun 20:26:55 www.google.com: gambar bulu tangkis powerpoint

5 Jun 16:43:24 www.google.com.my: nama kelakar

5 Jun 15:30:53 www.google.co.id: sejarah bola kaki

5 Jun 14:28:40 www.google.com.my: maklumat mba

5 Jun 14:24:54 www.google.com.my: gardenia lagu iklan

5 Jun 13:57:13 www.google.com: aku mintak doktor cek tekanan

Nampaknya lepas ni aku kena lebih berhati-hati dalam memilih perkataan.

Penyakit Ketumbuhan

Masa darjah enam, aku ditempatkan ke dalam satu kelas budak-budak pandai. Masa tu ada tiga kelas aje. Kelas pandai, kelas sederhana pandai, dan kelas tak pandai. Cikgu kelas aku bernama Cik Noraini. Anak dara Jawa yang sungguh garang. Masa mengajar jarang senyum. Kadang-kadang masam aje. Macam asam jawa. Memang dia garang gila. Siapa yang berkhayal masa dia mengajar akan terimalah sebatan pembaris panjang atau balingan kapur tepat kat dahi. Kadang-kadang dia nak baling orang lain, orang lain kena. Kesian orang lain tu.

Kalau dalam subjek matematik, kitorang ada buku latihan peperiksaan. Kalau salah jawab satu soalan, kena pukul tapak tangan dengan pembaris besar tu sekali. Sekali kena pukul pun dah rasa macam nak pecah tangan. Gila! Sampailah bebudak lali dengan sebatan itu. Lepas tu dia pakai denda ketuk ketampi pulak. Nasib baik yang perempuan semua pakai baju kurung. Kalau pakai pinnafore, sure nampak spender. Tu yang Pak Aji sukaaa tu!

Aku? aku jarang kena sebat sebab matematik. Sebab average mark aku 100. Hahahah.. entah, aku rasa masa tu macam kacang je subjek matematik ni. Baca soalan, tak payah buat kira-kira kat kertas aku dah tahu jawapan. Main congak dalam otak aje. Kalau 50 soalan kena buat dalam satu jam, aku setelkan tak sampai setengah jam. Betul semua pulak tu. Gila punya power aku punya penaakulan mantik. Korang sure geram je bila baca ni. Ha ha ha

Apa yang memeranjatkan aku masa darjah enam itu ialah perubahan fizikal bebudak perempuan. Ramai yang dah mula kena penyakit ketumbuhan. Mereka mengalami ketumbuhan punggung di dada. Aku ingatkan kena buatan orang. Rupanya proses akil baligh. Patutlah bebudak pompuan selalu jalan ramai-ramai. Bukan takut kena rogol. Tapi, sebab nak cover bontot member kalau bocor masa tak pakai pampers.. eh.. pad. Masa tu jenama yang terkenal ialah Sanita. Kotak kaler hijau. Panjang gila pad tu. Masa tu jenapa Whisper baru masuk iklan kat TV. Kalau lagu 'It Must Have Been Love' nyanyian kumpulan Roxette, ada ceritakan teknik pakai whisper:

Lay a whisper on my pillow,
Leave the winter on the ground.
I wake up lonely,
There's air of silence in the bedroom and all around.
Touch me now,
I close my eyes and dream away. (Close my eyes ke.. close my ass?)

Oooo.. macam tu rupanya nak pakai Whisper. Susahnya.. nak tunggu musim winter la pulak.

Aku belum akil baligh lagi masa tu. Walaupun begitu, nafsu skodeng dah membuak-buak dah. Heheheh. Apa daa.. tadi aku nak cerita pasal persekolahan, ini woman talk pulak. Sorry.. No Offense :P

Monday, June 04, 2007

Usahawan Baru

Hi Kawan-kawan,

Aku ada bisnes baju melayu untuk raya tahun ni.

Sila layari http://baju-melayu.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

Tolonglah war-warkan pada keluarga, saudar-mara, kengkawan, opismate dan sebagainya.

Kalau berjaya projek aku ni, aku belanja korang!

Salam sayang dari aku (hehe),

Taiko Must Die

Wednesday, May 30, 2007

Darah Tinggi

Semalam aku gi klinik.

Aku mintak doktor cek tekanan dara. Eh silap, cek tekanan darah.

Doktor kata tekanan darah aku tinggilah. Tapi aku lupa pulak nak tanya berapa meter tingginya.

Selalunya tekanan darah tinggi ni terjadi apabila kandungan garam dalam darah terlebih. Kalau aku masak, aku akan taruk garam secukup rasa je. Memang dalam buku resepi pun selalu mention 'garam secukup rasa'. Hmmm.. Adakah sebab masa kecik-kecik dulu aku ada terminum air laut masa mandi kat Port Dickson? Takkan sebab tu kot? Peristiwa tu dah lama berlaku. Masa tu bulu ketiak pun takde lagi.

Lagipun, kalau darah aku terlebih garam, kenapa kalau aku tak mandi sehari ketiak aku jadi masam? Maksudnya, aku terlebih asam, bukannya terlebih garam. Atau aku sebenarnya terlebih asam garam? Inilah asam garam kehidupan.

Cakap pasal asam garam ni, aku teringat masa aku bujang-bujang dulu, aku menontoned (past tense) cerita Roda Impian kat TV bersama housemate di Bukit Beruang, Melaka. Masa tu pengacaranya ialah Halim Osman. Ada sorang peserta tu, seorang lelaki berbangsa India, memang kelakar gila la. Nama dia aku tak ingat la. Situasinya macam ni:

Pembayang: Simpulan Bahasa

Jawapan: A-S-A-M ?-A-R-A-M

Memang tinggal huruh G aje yang tak bukak lagi. Sampai kat mamat India tu, dengan kompidennya dia cakap "Saya selesaikan Halim... ASAM HARAM!!"

Aku gelak macam nak kena histeria kat rumah tu. Halim pulak dengan selamba cakap "ohh.. asam masih boleh dimakan di Malaysia".

Berbalik kepada cerita darah tinggi. Mak bapak aku sebenarnya ada darah tinggi. So, aku memang berkemungkinan besar la untuk mengidap darah tinggi. Ditambah pulak, kerja aku 2 tahun kebelakangan ni penuh dengan pressure dan selalu kena kerja lebih masa. Kadang-kadang aku kerja malam. Kadang-kadang, balik dari kerja malam, aku 'kerja malam' lagi sebelum tidur. Heheh.

Atau, mungkin sebab masa zaman remaja dulu aku menyuap halwa telinga aku dengan muzik-muzik yang keras? Tak logik pulak aku rasa.

Atau, mungkin sebab hari2 aku minum nescafe?

Entahlah.. yang pastinya, aku perlu berjogging setiap hari. Aku rasa dah nak masuk 2 bulan aku mengamalkan jogging sampai tak larat nak lari dah. Kalau berterusan macam ni, aku ingat tahun depan aku akan jadi hensem la. Sila doakan kejayaan saya, kenang daku dalam doamu.

Terima kasih.

Friday, May 18, 2007

Enam Tahun Berlalu..

18 Mei 2001 - Hari Jumaat. Aku dinikahkan dengan isteri tercinta.

18 Mei 2007 - Hari Jumaat jugak. Aku dah ada 3 anak

Sekejap je aku rasa. Dah 6 tahun aku meninggalkan zaman bujang sunti. Buat pengetahuan korang, aku masih lagi teruna masa aku dinikahkan dulu. He he he.

Ohh.. gambar ni bukan gambar kawin. Tapi gambar sempena raya tahun lepas.

Thursday, May 17, 2007

WAJIB TONTON - SUMOLAH



Hi Kawan-kawan,

Malam tadi aku tengok SUMOLAH dengan wife aku. Cerita ni memang kelakar. Korang pergilah tengok. Ajak la mak bapak, adik beradik, kengkawan etc tengok sama-sama. Kalau korang tak gelak masa tengok cerita ni, elok korang jadi Zombie aje la. Lepas dah tengok tu jangan lupa tolong promosikan kat internet, radio ERA, RTM, TV3, balai raya, Pertama Kompleks, Stesen LRT, dan PLUS Highway.

Ayuh kawan-kawan... kita PECAH PANGGUNG minggu ni. Support brader Afdlin Shauki! Dia gemuk, dia kelakar, dia comel, dia kreatif.. macam aku jugak.

Kalau korang boleh support cerita Spiderman, takkan korang takleh support SUMOLAH. C'monlah..

Regards,

Taiko Must Die


Friday, May 11, 2007

Ibu

Hari ni aku nak cerita pasal Ibu la..

1. Ibu Jari (ke.. Jari Ibu?)

Walaupun jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelingking tidak dilahirkan oleh ibu jari , tanpa ibu jari susah lah jari-jari yang lain tu nak bekerja. Kecualilah kalau jari telunjuk hanya kita gunakan untuk mengorek hidung (bontot sekali-sekala), jari hantu untuk tunjuk isyarat lucah, jari manis untuk sarung cincin, dan jari kelingking untuk korek telinga.

Bayangkan kalau anda takde ibu jari? nak suap nasik susah, nak ambik barang susah, nak tumbuk orang pun tak sakit.

Cuma, nak basuh berak je senang. Saya tak taulah kalau anda includekan ibu jari masa anda basuh berak. Sebab itulah ibu jari tugasnya suci. Walaupun kita hanya ada ibu jari, kita akan sentiasa bersyukur sebab sentiasa tunjuk tanda 'good'. Heh heh

2. Ibu Roti

Walaupun ibu roti tak mengandungkan dan melahirkan roti, tanpanya roti akan jadi lempeng sahaja. Ya.. saya tahu, lempeng juga sedap dimakan kalau dapat cicah dengan sardin. Tapi, roti enak dimakan begitu saja. Kalau tak caya cuba dengar lagu iklan Gardenia.

3. Ibu Kota

Saya suka lagu 'Ibu Kota cinta' nyanyian Def Gab C. Walaupun suara penyanyi dia sengau sikit, tapi sungguh sesuai dengan genre lagu yang dibawak. Tahukah anda bahawa 20 tahun dulu, radio KLFM di panggil Radio Malaysia Ibu Kota (RMIK)? Apa kena mengena pulak cerita ni? heh heh

4. Ibu Mertuaku

Cerita P. Ramlee ini pernah memenangi anugerah dalam Pesta Filem Asia. Dalam kategori apa aku tak ingat la. Korang bayangkan lah kalau P. Ramlee takde ibu jari. Mesti dia susah nak main seksofon. Begitu jugak dengan Chombi, kalau ibu dia takde, entah-entah dia pun jadi buta. Silap-silap jadi bohsia. Dah la buta, jadi bohsia pulak tu. Hina sungguh! Aku takut kalau ada Bohjan ajak buat projek dalam kereta, dia nak pegang lain, tapi terpegang batang gear. Heh heh heh.

p/s: Kalau korang nak tunjuk kepada isteri korang yang korang lebih utamakan keluarga isteri korang dari keluarga korang, senang aje. Korang kena sayang ibu mertua isteri korang melebihi korang sayangkan ibu mertua korang sendiri.

5. Ibu Ayam

Ibu ayam sanggup merelakan dirinya bertelur untuk menyambung zuriat. Korang bayangkanla - Ingat senang ke nak keluarkan telur tu? Takde bidan yang sambut pun! Dah la telur tu besar. Lepas tu sanggup pulak mengeram telur sampai menetas. Korang sesuka hati je curik telur tu untuk makan. Cuba ayam pulak yang curik telor korang? Lebas tu diorang patuk-patuk telor tu untuk makan. Apa perasaan korang?

6. Untukmu Ibu

Lagu nyanyian kumpulan Exist ni sungguh pelik.

" Ohhh Ibuuu.. kau disiram bayu pagi"

Ooo.. mungkin ibu dia kerja menoreh getah. Tak pelik.. tak pelik.. aku silap. Mintak maap.

Selamat Hari Ibu

Monday, May 07, 2007

Tak Dapat Jadi Pengawas

Dah lama dah aku tak cerita sejarah hidup aku. Bukan apa, bila nak cerita pasal sejarah hidup ni, ceritanya kena cerita betul. Bila ceritanya cerita betul, penguasaan ruang dan roh agak terbatas. Untuk meluaskan penguasaan ruang dan roh, aku kena GALI balik sejarah hidup aku yang lebih dulu makan kiki bubble gam daripada korang. Untuk menggali bukannya senang - perlu ada konsentrasi dan mood yang bersesuaian. Sebab itu sejak kebelakangan ini, aku hanya mengupdate blog semata-mata untuk 'melepaskan kentut dalam lif'. Apa yang ada dalam kepala otak aku, aku main tulis aje.. tak kira la pantun ke.. sukan ke.. dan lain-lain lagi.

Baiklah anak-anak, tampa (saja je aku eja salah - sepatutnya 'tanpa' - ini hukum tajwid ikhfa' - bila huruf n mati bertemu huruf p) melengahkan masa, aku sambung la kisah hidup aku..

Masa darjah lima dulu aku teringin untuk dipilih jadi pengawas bila naik darjah 6. Kenapa aku nak jadi pengawas?

1. Sebab pengawas pakai baju kaler biru
2. Sebab pengawas pakai tai kaler merah
3. Sebab pengawas dapat jaga kelas lain masa cikgu meeting

Selalunya budak yang dipilih jadi pengawas ialah budak2 yang pandai. Aku adalah seorang budak yang pandai. Kadang-kadang aku juga jadi seorang budak yang pandir. Masa darjah 5 dulu aku dapat nombor 5 dalam kelas, dan jugak nombor 5 dalam sekolah. Kat luar sekolah aku tak tau la aku dapat nombor berapa. Dalam peperiksaan akhir tahun, aku telah mendapat markah matematik 98% walhal tak ada sorang pun budak lain yang dapat markah 90 ke atas. Memang tahun tu soalan susah sikit, sebab ada campur soalan syllabus darjah 6. Cikgu Sarip yang kejam itu telah memberikan aku hadiah berupa album gambar. Nanti kalau aku jumpa album gambar tu kat rumah mak aku, aku scan dan taruk dalam blog ni. Nasib baik la English aku lemah masa tu. Kalau tak, memang kompom dapat nombor satu punya.

Malangnya aku tak diterima sebagai pengawas. Padahal ada budak yang lagi bodoh daripada aku dapat jadi pengawas. Bukan setakat yang bodoh dari aku je, yang bodoh betul pun ada yang dapat jadi pengawas. Aku rasa satu sebab je yang menyebabkan aku tak dapat jadi pengawas - sebab pakaian aku lebih sesuai untuk jadi pengganas. Ye lah.. baju aku kadang-kadang ada kesan sambal nasik lemak. Seluar aku kepam. Ketiak aku masam. Seluar dalam pulak tak pakai.

Atau pun, mungkin sebab aku gemuk. Adakah budak gemuk tak layak jadi pengawas? Ini tidak adill!! Walaupun aku gemuk, tapi aku hensem, dengan syarat kena kasi make up dulu la. Tambahan pulak, budak gemuk lah yang sesuai untuk menjadi pengawas atau lebih dikenali dengan nama bouncer. Baru la budak2 takut. Betul tak? Lagi pun, bukan salah aku yang menyebabkan aku gemuk. Semuanya salah err salah sapa ha? Ye laa.. ye laa... salah aku laaa..

Oleh kerana aku terlalu frust sebab tak dapat jadi pengawas, aku pun bagi notis untuk tak nak datang sekolah selama dua bulan kat Guru Besar. Disebabkan Guru Besar tu takut dengan aku, dia pun setuju dengan kehendak aku tu atas alasan, memang time tu sekolah semua cuti. Heheheh *kata tadi kena buat cerita betul, ni apahal cerita tipu pulak ni?*

Sekian terim kasih.

p/s: errr.. kalau korang jadi cikgu aku, korang lantik tak aku jadi pengawas?

Thursday, May 03, 2007

Arena Sukan

Hari ni aku nak bercerita pasal sukan la pulak.


1. Bola Sepak

Pernah berlaku salah paham di sebuah negara dunia ke tiga dalam sukan ini. Ini adalah kerana ada puak yang membaca huruf 'e' dalam perkataan 'sepak' secara 'e pepet', dan ada yang membaca secara 'e taling'. Mereka bertegang urat untuk memastikan bola sepak di mainkan dengan menyepak bola dengan kaki atau menyepak (lempang) bola dengan tangan. Akhirnya semua rakyat yang bergaduh itu mati kena tendang dan tampar oleh Menteri Belia dan Sukan negara itu. Buat pengetahuan anda 'e pepet' takde kena mengena dengan sejenis kemaluan.


2. Sepak Raga (Sepak Takraw)

Pada asalnya sepak raga dimulakan oleh seorang suami yang panas baran. Si suami telah menyuruh si isteri pergi ke pasar untuk membeli kuih cekodok. Tetapi si isteri yang bodoh-bodoh alang itu telah membawa balik beberapa ekor kodok dalam raga yang selalu digunakan untuk pergi pasar. Dengan kemarahan berganda, si suami telah menyepak raga itu sekuat hati dengan cara lipat maut.


3. Bola Keranjang

Pada zaman Parameswara dulu, permainan bola keranjang hanya dimainkan oleh sepasang pengantin baru semasa majlis kenduri kahwin (lepas acara marhaban). Ianya bertujuan untuk memanaskan badan sebelum mereka pergi ke ranjang.


4. Bola Tampar

Merujuk kepada peristiwa ngeri dalam sejarah bola sepak di atas, penyokong puak-puak yang mengatakan bola sepak sepatutnya dimainkan secara melempang bola dengan tangan telah mencipta permainan bola tampar ini. Menurut sumber yang boleh dipercayai (seorang pengawas pusat sumber), mereka telah melukis gambar Menteri Belia dan Sukan pada bola tampar itu untuk memastikan spike yang dilakukan sekencang cerita Moero Attack!


5. Badminton

Nama asal permainan Badminton ialah Bulu Tangkis. *oleh kerana terlalu lucah, aku terpaksa mengkensel untuk ceritakan asal-usul permainan ini* Tapi, aku bagi clue la sikit.. *tak jadi la... sebab clue pun terlalu lucah* Kalau nak tau jugak, sila tanya Misbun Sidek dan Haliza Misbun.


6. Judo

Permainan yang tak bermoral ini berasal dari negara Jepun. Orang-orang Jepun suka sangat mengacau kengkawan tengah semayang. Sewaktu rukuk dan sujud, kengkawan yang tak semayang tu telah menyuntut jubo orang yang semayang dengan menggunakan hujung jari. Pada suatu hari, salah seorang mereka telah tersilap suntut. Ada ke pergi suntut jubo Pak Imam. Pak Imam yang sedang khusyuk itu telah melatah dan suaranya berkumandang di corong speaker melalui mikropon. Oleh kerana rasa terhina, Pak Imam telah membelasah penyuntut itu dengan teknik Judo yang kita kenali pada hari ini. Pada asalnya, qariah surau di kawasan kejadian itu ingin menamakan seni mempertahankan diri itu sebagai 'Jubo'. Tetapi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancungan telah mengubah namanya kepada Judo supaya nampak lebih manis mengikut adat resam ketimuran.

Heh hehh.. ada lagi sukan lain sebenarnya.. tapi tak larat pulak nak tulis. Makin lama makin merapu pulak nampaknya. Stop kat sini dulu la. he he he.

Majulah Sukan Untuk Negara