Wednesday, July 11, 2007

Tiga Lawak Bodoh

Berdirinya saya di sini ialah untuk menyampaikan 3 buah lawak bodoh. Semoga boleh menghilangkan stress!

Lawak Bodoh 1

Di dalam satu bilik darjah, semua pelajar tidak dibenarkan untuk bercakap. Tetapi ada seorang budak yang bernama Manap bergegar-gegar sehingga mengganggu pengajaran yang disampaikan oleh si cikgu.

Cikgu: Manap, kenapa awak bergegar-gegar? Awak tak sihat ke?
Manap: Maaf cikgu. Saya terpilih opsyen 'vibrate'. Saya tukar kepada silent ya.


Lawak Bodoh 2

Satu perbualan telah berlaku antara seorang warga Malaysia dengan warga Indonesia.

Malaysia: Butuh kamu lah!
Indonesia: Kamu butuh aku untuk apa?
Malaysia: Supaya kamu jadi anak gampang
Indonesia: Waduhh.. aku bukan berasal dari keluarga gampang. Aku anak singkong.


Lawak Bodoh 3

Latip yang kurang pendengaran ingin meminta nasihat dari kawannya dengan meminta skrip yang sesuai semasa melawat Pakciknya di hospital. Kawannya pun memberikan skrip yang sesuai untuk di hafal oleh beliau.

Skrip asal..

Latip: Apa khabar pakcik?
Pakcik: Sudah semakin sembuh. Dua tiga hari lagi baiklah ni.
Latip: Syukur alhamdulillah.. semoga dipercepatkan hajatnya. Bagaimana makanan di sini?
Pakcik: Boleh tahan juga. Berselera Pakcik makan.
Latip: Bagusss.. Makanan begitu memang sesuai untuk Pakcik. Enak sekali! Bagaimana layanan yang Pakcik terima di sini?
Pakcik: Sungguh berpuas hati. Kerana pakcik dilayan seperti VIP.
Latip: Hebat sekali! Pakcik sungguh beruntung kerana memang pakcik begitu orangnya kalau di luar.

Tiba di hospital..

Latip: Apa khabar pakcik?
Pakcik: Aku terasa seperti mau mati. Lebih baik mati dari sakit seperti ini!
Latip: Syukur alhamdulillah.. semoga dipercepatkan hajatnya. Bagaimana makanan di sini?
Pakcik: Makanan yang aku dapat macam makanan kuda!
Latip: Bagusss.. Makanan begitu memang sesuai untuk Pakcik. Enak sekali! Bagaimana layanan yang Pakcik terima di sini?
Pakcik: Aku dilayan seperti bangkai bernyawa!
Latip: Hebat sekali! Pakcik sungguh beruntung kerana memang pakcik begitu orangnya kalau di luar.

Pakcik terus meninggal selepas bual bicara ini.

Bye

14 comments:

nazztradamus said...

nak dgr lawak lagi bodoh? msia kalah 5-1 dgn china.. hahaha.. Eh silap, tu bukan lawak bodoh pun.. err,tu bodoh jer.. dan tak lawak.. heh

http://mightygooners.blogspot.com

Mak Su said...

lurus bendul punyer budak latip...

Lizzam said...

China ada Shaolin Soccer...kita ada gol dan gincu je...

- G O R O - said...

Berkesan menghilangkan stress

elevenapples said...

Bwahahaha... Boley ada lawak bodoy camni..! tak pasal pasal aku vibrate kat sini karna menahan ketawa membahak ini.

Zetty said...

hahahaha..kelakar komen si Lizzam.

hi taiko hensem!

LiLithFaiR said...

hahahah lawaknyerrr lawak ni,
hai Taiko (err nak panggil abg kah?)
eh haritu tk sempat knal2 or sembang2lah, sembang sini ajelah ;)

-saya yang buat makan2 itu hari@mmu-

Taiko said...

nazz: tak kelakar ke kalau satu asia tengok orang malaysia kaki bangku? Bukan setakat kaki je yang bangku. Memang bangku pun! kerusi roda betul!!

mak su: latip dalam cerita ni takde kena mengena dengan latip ibrahim ya.. sekian.

lizzam: baik bagi fazura main utk melaysia. sure player negara lain beri laluan.

goro: syukurr.. alhamdulillah. semoga dipercepatkan hajatnya.

elevenapples: terel jugak aku buat kelakar kan? kelakar lah aku ni!

zetty: siot je.. lembu punya susu, sapi dapat nama. siot je. penat aku buat kelakar. orang lain yang kau puji. siot je.

lilithfair: ooo.. kau yang tokeh hari tu kan? boleh panggil 'abang'. takde masalah. Wife aku tak baca blog aku. hihihih

13may said...

hahha hahha hahha.....

adeh!

che'fara said...

alamak aku tak paham lah lawak number dua.mintak maap saya lembap sket hari inih.

daemon said...

Gol & Gincu!~
cayalah lizzam
citer nie dah memotivasikan ramai aweks2 malaya utk main futsal... so dpt la aku cuci mata... tula sumbangan die pada negara
sumbangan pasukan Malaysia? err... erm...

Taiko said...

13may: heheh

che' fara: lawak nombor 2 memerlukan perbendaharaan kata yang tinggi. Bagi orang indon:

butuh: perlu
gampang: senang

paham?

daemon: kaki skodeng ka?

azq said...

oits!

chell digiovanni said...

bodohnyerrr.....
mengalahkan Senario dlm tv...siapa x mati dgr lwk kdk ya dlm hospital???? :D