Wednesday, July 04, 2007

Oghang Beghok (Beghokman)

Semalam aku nampak orang muka macam beghok (beruk). Alaa.. dekat stesen KL Sentral la. Masa aku nak balik dari opis. DUlu aku sekolah kat Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub Pahang Darul Makmur (Semesta). Ada sorang junior aku ni, orang panggil dia Beghok (beruk). Kenapa? Sebab dia punya muka ada iras-iras beghok la. Kalau ada iras-iras beghok, takkan nak panggil dia tu mengkarung, platipus, atau cerpelai pulak kan? Serius aku cakap, memang muka dia ada iras-iras beghok. Mungkin sebab struktur tengkoghak dia.

Disebabkan aku ni kadang-kadang peramah tak kenal tempat, aku pun panggil la mamat tu "woiii.. Beghok!!". Dia pandang aku semacam je. Aku tanya dia "kau budak Semesta ke dulu?". Alih-alih dia kata "Bukan", dengan muka masam. Aku pun dengan tersengih kerang busuk cakap "hehhe.. sorry la.. salah orang", dan terus berlalu sambil bersiul-siul ke arah langit.

Kesimpulan dari cerita ini: Theori Darwin adalah tidak benar walaupun ada orang yang muka iras-iras seperti beghok. Sebab? ada jugak member-member aku yang iras-iras kambing, unta, Ular senduk dan sebagainya. Ini bukan nak kutuk ciptaan tuhan ya. Ini cerita betul.. bukan cobaan! Ada sorang member aku lagi pulak, dia suka garu-garu jambang. Memang macam beghok. Bila aku dan kengkawan sound dia "kau ni seghabai la.. macam beghok! asik-asik garu jambang!" Dia jawab "Mana ada!", sambil garu-garu jambang dia. Betul tak Bai?

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)" (49:13)

Bye.

p/s: masa aku kecik-kecik dulu, aku ada baca buku cerita "Pulau Berukera". Best jugak cerita dia.
p/s2: bayi dilahirkan macam ular. Nauzubiilah

Added on 9/7/2007:

Kat ruangan komen aku ni ada yang kata tajuk buku 'Pulau Berukera' tu lain. Buku yang aku baca tu tajuk dia memang 'Pulau Berukera'. Tak percaya cuba tengok gambar ni.

18 comments:

taik'o' ais said...

Oghang Beghok (Beghokman)

mati2 aku igt beghok = berak
berakman rupenye beruk..beruk btol!

ahmad_xkesah said...

haha..
taiko taiko..
sume dak klas ko pelik2..
ade rupa menatang..
ko blaja kt sarkas ke hape.?
hahaa..

p/s: ko xde mmbe yg muke cm otromen ke..gaban ke..siput sedut.?

lilyliverbird said...

muka beghok tu macam muka Eboue ke?ke muka Keown? he he

Effizzul said...

Arsenal Basher is the BERUK!

nazztradamus said...

selamat datang Eduardo da Silva !! woohoo !!

mightygooners.blogspot.com

Peej said...

bayi yg mcm ular tuh scary kan..takutnyerr..nauzubillah...

passerby said...

ya rabbi.. betui ke baby tu?
macamana la mak ayah dia yer...

Mak Su said...

hahahha, macam-macam ler engkao ni...

Taiko said...

taik: mu kompiuh bitwing 'e pepek' dengang 'e taling' ko?

ahmad: ada jugak. Yang macam siput sedut orang panggil dia Siput, macam ultraman orang panggil dia Taro (ultraman taro). Yang macam lubang, orang panggil Lobang. Kalau macam aku, orang panggil aku Brad.

lily: tak... macam Owen. hihi jangan marah..

effizzul: MU banyak bapuk dan Gay. Kaum nabi Lut.

nazz: selamat datang. selamat datang.

peej: haaa.. sebab tu kita kena bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Tak payah la nak taruk botox. Wabillahitaufik walhidayah.

passerbye: kisahnya kat mekah, mak budak tu dah ada 2 anak pompuan. Dia teringin nak anak lelaki. Tapi bila mengandung kali ke 3 ni, pergi scan, doktor kata dalam perut dia tu anak pompuan. Dia frust la. Everytime orang tanya dia, anak dalam perut tu laki ke pompuan, dia jawab "anak ular". Masin mulut dia kan? Cerita ni berdasarkan email yang aku dapat la. Kalau salah, bukan salah aku aaa.

azq said...

betul ke citer tu? ngerinya!

13may said...

ular???

lilyliverbird said...

oik. tevez lah muka beruk haha

Anonymous said...

Pulau Berukera = Planet of the Apes = planet kau lah.
hihihi

Anonymous said...

bukan lah. tajuk buku tu "berukera dari planet alba"

aku pun baca masa kekecik

shohib

Taiko said...

azq: wallahualam

13may: ya.. ular

lily: tevez muka siamang la.

anonymous: tajuk dia 'pulau berukera' la.. kau baca buku lain tu.

terabot said...

wei..sesuke jer kutuk MU!!!

Name: Nunn said...

Salam, 'curi tulang' sat time bos takdak nih (blog hopping ler..) Buku Berukera tu jenis bersiri ke? aku pun cam penah baca...

Taiko said...

terabot: memang aku suker pun. hihihi

nunn: bukan.. ianya ialah sebuah novel kanak-kanak