Friday, July 20, 2007

Sekolahku Syurgaku

Masa darjah 6 dulu aku cukup suka pergi sekolah. Aku pelik jugak sebab ada budak-budak yang tak suka pergi sekolah. Mungkin sebab masa darjah 6 dulu batch aku yang merasmikan bangunan baru. Kerusi baru, meja baru, papan hitam baru, malah jamban pun baru. Korang tau je la jamban kat sekolah macam mana condition dia kan? Bau dah la semerbak. Kadang-kadang ada taik melepet kat atas lantai. Anak sapa lah agaknya yang otot kemut dia tak kuat untuk menahan taik daripada terkeluar. Jadi, kalau ada jamban baru, ada la selera sikit untuk memburan (berak) kat sekolah.

Sebenarnya ada beberapa perkara yang menyebabkan aku suka pergi sekolah.

1. Dapat skodeng anak dara sunti.

Apa benda sunti tu ha? Suntut aku tau la. Tapi sunti tu apa benda? Ooo.. mungkin sebab masa tu kitorang kena suntik BCG. Eh.. BCG ke kancing gigi ha? aku lupa la. Alaa.. yang enjek kat bahu sampai berkudis tu la. Ke.. enjek rubella? Aku lupa la. Kancing gigi kot? Aku dulu tak tau apa sebenarnya kancing gigi tu. Kencing aku tau la. Tapi takkan nak kencing kat gigi? Buang tebiat ke apa.

Aku kalau bab enjek-enjek ni memang macho la. Masa umur aku 2 tahun dulu, mak aku cakap, jarum patah bila nurse tu cucuk bontot aku. Power giller bontot aku. Macam besi. Besi berani pulak tu. Satu level dengan Transformers la.

Berbalik kepada cerita anak dara sunti..

Best ooo skodeng. Itu saja.

2. Dapat semayang jemaah dengan kengkawan.

Lepas skodeng kena la bertaubat ye tak? Baru la dosa-dosa tu terhapus. Kalau nak pergi semayang, ada satu bilik darjah yang dijadikan surau. Cuma kalau nak ambik wuduk aje yang kena ambik kat singki tandas. Ada sorang member aku ni, agak pendek jugak la orangnya. Dia nak basuh kaki kat singki tu. Masa dia nak tarik kaki dia keluar dari singki tu, entah macam mana singki tu boleh tertarik keluar sekali, lalu terhempas ke lantai, pecah berderai seperti pasir di tepi laut.

Habisss.. terpaksa la kitorang mengaku dan pergi membuat aduan di bilik Guru Penolong Kanan 1, yang bernama Puan Asiah. Puan Asiah ni dah tua orangnya. Kurus kering, pakai tudung, dan bercermin mata. Kadang-kadang aku nampak dia ni macam nenek kebayan jahat dalam kartun Popeye. Popeye kan ada 2 musuh. Bluto dengan Pompuan tua tu kan? Haaa.. macam yang pompuan tua tu la si Puan Asiah ni. Cuma Puan Asiah ni takde bela burung enggang macam cerita Popeye tu la. Kalau ada pun, mungkin dia tinggalkan kat rumah. Kalau bawak ke sekolah, kena tangkap dengan pengawas, mesti dia malu.

Selepas kita kena bebelan dia, dia suruh kawan aku tu ganti balik singki tu. Dan, bilik darjah yang dijadikan surau itu pun tak leh digunakan untuk semayang. Sebenarnya ada sorang cikgu pompuan yang mintak bilik darjah tu dijadikan tempat semayang. Apa nama dia aku tak ingat la. Dia ni pakai purdah. Aku rasa dia ni pengikut Al-Arqam. Memula aku nampak dia pakai purdah, aku ingatkan dia ada menuntut ilmu Ninja. Tapi aku tak nampak la pulak dia bawak bom asap serta senjata bintang kecik. Kalau dia mengajar, baru dia bukak dia punya tutup muka. Tak cun pun. Hehehe

Apasal hari ni aku tulis banyak pulak ni? dah la.. buang masa aku je.

Bye

12 comments:

Anonymous said...

mmg la patah jarum tu dah kalo bontot tadek isi..tulang je...

Mak Su said...

transformer jadian ker ko ni? dah tu skodeng bahu pempuan plaks tu... hehehe

nazztradamus said...

aku pun kena buat latihan kemut bontot la tiap2 pagi nak bagi keras mcm bontot ko..

kikukuu..kikukuu..kikiku..kiku.. (bunyi bontot aku transform jadi besi cast iron)

Peej said...

kenapa kene buat2 lawak dalam blog??sampai terkentut2 saya gelak tau..cuba kemut pun x berjaya tahap kentut...
ninja???lawak okay..

Anonymous said...

alo bro..
lame aku xbukak blog ko..
xde beza pn..
lawak ko still power lg..
hahaa

erk..
chow lu..trasa nk berak plak

booGie said...

Saya suka pegi sekolah dulu sebab cikgu cun.

Cikgu tu pun cakap dia suka pegi sekolah sebab murid dia comel.

Anonymous said...

yg no. 2 tu ko tipu
(*bdk2 kecik mana ada dosa*)

//sila rujuk blog lama anda muka surat 108

terabot said...

kah kah kah, jarum patah tu!

agaknya masa kecik ko ala-ala baby MICHELIN kan. tu pun ada kena mengena transformers.

Taiko said...

taik: cheh.. aku yang berisik ni takkan ada tulang aje.

maksu: mana ada skodeng bahu pompuan? takde effect langsung. mana ada 'apa-apa' kat bahu!

nazz: kemut baik-baik ya. Nak senang, layan kacip fatimah. mesti kuat lah pulok!

peej: kalau tak lawak, tak best maa. kentut baik-baik ya. jangan sampai terkincit pulak.

ahmad: laaa.. aku ingat kau dah mampus. he he heh e

boogie: aku mengerti kiasan kau itu. aku ingat kalau kau raba cikgu kau pun, dia tak marah. he he he

daemon: apa pulak aklu tipu? maksudnya.. aku menghapus dosa2 yang mak bapak aku dapat disebabkan salah laku yang aku terlibat.

terabot: michelin? yang macam hantu ghostbuster tu ke?

13may said...

hehhe....ninja...
hahha hahha...

terabot said...

taiko : err..aahh...

Izham Miyake said...

taiko dulu bontot dia ada kurap batu.. tu yang tak lut tu..