Masa darjah enam dulu aku terkena Chicken Pox. Aku rasa masa tu aku tak pernah lagi pun makan chicken chop. Tapi kenapa aku boleh kena chicken pox? Takkan korang tak tau kot.. Sebab.. chicken pox takde kena mengena dengan chicken chop.
Penjelasan: Kalau chicken chop ada kena mengena dengan chicken pox, sure korang boleh kena lamb pox kalau makan lamb chop. Kalau makan pakai chopstik, mesti korang kena poxstick.
*Aku rasa korang dah paham bahawa pox takde kena mengena dengan chop*
Bercakap tentang chop, chop ni ada tiga maksud.
1. Cetak. Contohnya cop syarikat, cop mohor, cop stem dan sebagainya.
Contoh perbualan: Kau ni hari-hari mintak duit kat aku! Ingat aku ni kerja cop duit ke? Dah la kerja malas. Muka pun tak hensem. Tua kutuk. Nak mampus! Baik kau pergi belajar main bola. Untung-untung boleh ganti pemain Malaysia. Pemain yang sedia ada pun dah kaki bangku. Lagi sekali kau mintak duit kat aku, aku tempeleng kau sampai ada cop bentuk tapak tangan aku kat pipi kau!
2. Pause: Kalau tengah bercakap atau tengah main, kita kena cakap 'chop!' untuk menghentikan perbualan atau permainan.
Contoh perbualan: Cop! aku nak terkentut kejap. Prottt... Ok. Boleh sambung makan balik. Silakan.. silakan... tambah lauk, jangan malu-malu.
3. Booking: Untuk memastikan orang lain tak ambik apa yang kita nak.
Contoh perbualan: Hello.. Air Asia ya? Saya nak chop tiket pergi Siam la... Apa? ada orang lain dah cop? Takkan tak boleh adjust? Hah? Tak boleh? Takpela kalau macam tu, saya cop awak aje lah. Ohh.. awak pun dah kena cop? Takkan tak boleh adjust? Boleh? Yahooo.
Apa daa.. sekejap 'chop', sekejap 'cop'.
Dalam banyak-banyak cop, cop apa yang kuat? Tettt.. masa dah habis. Space Cop Gaban.
Dalam banyak banyak ular, ular apa yang alim? Tettt.. masa dah habis. Ulama'
BYe
Monday, July 16, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
chop cop, rasa nak terkucil... lepas ni sambung baca balik.
chop...nak tanya, ni ape kejadahnya semua ini?
teka teki zaman kanak2..sangat tah apa2..nasib baik x pernah pulak orang tempeleng sampai ade cop bentuk tapak tangan kat muka sbb g teka taki sengal..hahahha
nak kentut pun siap bagitau kat orang? hahaha
hahahaha...
ko tu "chop" je taiko.... tapi sebenarnya tikus...
opss...
chop chop.... aku takutttt...
heheh
chop dgn tweet tak sama ke function dia ??
kat kawasan umah aku panggil tweet, tp kat kampung aku panggil chop.. heh..
p/s: FAM BOLEH.... BLAH !! dijemput menambah kutukan..
lagi satu teka teki.
dalam byk2 cop, cop ape bleh grip botol mustika ratu sebab nak tahan berak masa gi kenduri kawen umah taiko kat N9?tett...masa dah tamat.
jawapanya rizal iskandar.
errr...cop ada baca ke blog ko ni taiko?mampus aku kena tumbuk dgn dia kat ketiak.
haiyah, taiko aku sungguh memerlukan entry sebegini utk menceriakan hidup aku yang tgh gundah gulana dgn kerja..
TERIMA KASIH
nazztradamus : kat my place pun panggil tweet dengan signal tangannya sekali
hahaha!!! taik nyer entry.... hahaha!!!
p.s. Ulama' ialah ular di dalam semak....
rizal iskandar...? wauuuuu hensemnya nama..adekah orgnya sehensem namanya ?
hehe
rizal iskandar...? wauuuuu hensemnya nama..adekah orgnya sehensem namanya ?
hehe
chop cop....kah kah kah
aku suka main bola chop wehhh.....serious best chop orang....kena chop badan tu agak sakit gak la kan....
Salam Dunia Encik taiko..
Chop- merefer kepada no.2
You rock my day...
tah ape2 tah :P
mak su: lain kali kencing dulu sebelum baca. hihi
lizzam: ini namanya, nak tulis benda lain tapi tertulis benda lain.
peej: teka teki teka tekok, ular mati hisap rokok. Jawapannya ular berhantu sebab dah mati tapi boleh isap rokok.
passerby: itu namanya kentut sopan..
an2: itu wayang je beb..
nazz: chop dengan tweet sama. Penggunaannya ikut tempat dan musim jugak.
tiub: ohhh.. dia yang berak kat atas gunung masa panjat Gunung Rabung kat kelantan itu hari kan? lepas tu istinjak pakai daun je. hehe
terabot: SAMA-SAMA. Tweet!
uda: Ulama yang macam ular dalam semak pun dah banyak kan?
baybeh: aku lagi hensem la.
13may: kih kih kih.
fina: agak tomboy jugak la kau masa kekecik dulu ek?
goro: time kasih
lilith: entah. aku pun tak tau apa yang aku tulis. tau tau dah siap aje. heheh
agak tomboy???
SANGAT TOMBOY wehhhh.....kau kena tgk aku main hoki dulu..captain ok...
wahh.. mesti main hoki pakai skirt pendek..
HAHAHAHHAHA...walaupun aku lambat..tp aku nk gelak gak...!! Teka-teki dr aku..AYAM APA BOLEH BERANAK? kalau ko nk jwb ibu ayam itu adalah salah!!
Post a Comment