Wednesday, October 31, 2007

Erti Raya

Hish! Malas betul aku nak update. Kesian kat korang yang datang menjengah blog aku ni. Memandangkan kita masih lagi dalam bulan Syawal, aku rasa baik jugak kalau aku kupaskan tentang pengertian raya sepanjang hidup aku.

Raya semasa belum sekolah

Erti raya bagi aku hanyalah baju raya dan duit raya. Itulah setahun sekali aku dapat merasa baju baru dan seluar baru. Seluar dalam baru tak dapat sebab tak cukup bajet. Dan itulah jugak setahun sekali aku dapat merasa pegang duit lebih dari seringgit. Masa tu kira kaya habis lah tu. Apa yang best ialah dapat tidur ramai-ramai dengan sepupu-sepupu (bukan orgy) kat rumah kampung berlantai kayu beratap nipah. Malam raya memang susah nak tidur sebab ramai yang purak-purak tidur. Dah la tidur rapat-rapat. Lepas tu purak-purak mengigau cakap "pulut semangkuk" la... "rojak sepinggan" la.. buat buat bunyi kentut pakai ketiak la .. korek-korek bontot orang sebelah la (korek tanpa seluk seluar ya.. jangan salah paham). Lagi satu, masa time tu kasut raya yang mampu dibeli hanyalah capal. Sekarang ni aku tak jumpa pun orang jual capal. Pecal ada la..

Raya semasa sekolah rendah

Erti raya bagi aku hanyalah baju raya dan duit raya. Itulah setahun sekali aku dapat merasa baju baru dan seluar baru. Seluar dalam baru tak dapat sebab tak cukup bajet. Dan itulah jugak setahun sekali aku dapat merasa pegang duit lebih dari seringgit. Masa tu kira kaya habis lah tu. Apa yang best ialah dapat tidur ramai-ramai dengan sepupu-sepupu (bukan orgy) kat rumah kampung berlantai kayu beratap nipah. Malam raya memang susah nak tidur sebab ramai yang purak-purak tidur. Dah la tidur rapat-rapat. Lepas tu purak-purak mengigau cakap "pulut semangkuk" la... "rojak sepinggan" la.. buat buat bunyi kentut pakai ketiak la .. korek-korek bontot orang sebelah la (korek tanpa seluk seluar ya.. jangan salah paham). Lagi satu, masa time tu kasut raya yang mampu dibeli hanyalah capal. Sekarang ni aku tak jumpa pun orang jual capal. Pecal ada la..

Ha ha ha.. aku copy paste aje cerita raya sebelum sekolah. Sebab tiap-tiap tahun sama aje. Padan muka sapa yang baca. hahahah.. bestnya kenakan orang.

Cuma bezanya aku lebih merasakan perasaan raya sebab aku puasa. Puasa pun sebab Abah janji nak bagi seringgit untuk satu hari dapat puasa sebagai duit raya. Kalau tahun tu aku puasa 28 hari maka sepatutnya aku dapat duit raya $28 (masa dulu belum pakai unit RM). Tapi satu sen haram pun tak dapat. Mungkin kalau aku dapat pun, duit tu jadi haram sebab aku puasa tak ikhlas. Sebab tu satu sen haram pun aku tak dapat.

Raya semasa sekolah menengah

Erti raya bagi aku antaranya ialah mandi sunat aidilfitri. Pernah sekali terjadi mandi wajib aidilfitri sebab malam tu termimpi best pulak. Dah sampai kitar haid lah kiranya. Kemudian, erti raya bagi aku ialah Solat Sunat Aidilfitri. Lepas tu salam abah dan mak mintak mohon maap halal makan minum lebih kurang. Duit raya time ni memang best... Disebabkan aku budak sekolah asrama penuh yang cemerlang dalam pelajaran, aku dapat ekstra la. Hi hi hi..

Raya sebagai student IPT.

Erti raya bagi aku ialah dapat cuti dari datang kelas walaupun time tak cuti pun aku tak datang kelas. Ha ha ha.. Lepas tu rasa nak cepat je balik rumah sewa bujang aku sebab boleh login internet. Maklumlah, masa tu cinta antara benua. Hanya internet penghubung silaturrahim. Barang siapa yang memutuskan silaturrahim dapat dosa tau!

Raya sebagai orang bujang yang dah bekerja.

Yang ni lain sikit.. maklumlah.. Dah ada pendapatan. Time ni lah pulak aku banyak belanja untuk Abah dan Mak, dan duit raya anak buah, adik-adik, anak-anak buah dan adik-adik sedara. Bangga je bila bagi duit raya berenvelopekan 'CELCOM'.

Raya sebagai suami

Yang ni lagi lain... Aku dah ada dua keluarga. Keluarga aku dan keluarga mertua. Lebih banyak tempat nak beraya dan komitmen yang perlu dilaksanakan.

Raya sebagai Suami dan Bapak.

Raya adalah untuk anak-anak. Pergi jalan raya pun dengan harapan anak-anak aku dapat duit raya. Kalau time sesak boleh la jugak aku pau. Ha ha ha ha.. Jadi, kalau korang nak ajak aku raya rumah korang, korang gwajib sediakan 3 ang pow yang dalamnya at least 2 ringgit. Walaupun aku datang sensorang, korang kena bagi jugak. Wahh.. best gila kalau ada 1000 anak, kalau average duit raya untuk seorang anak dalam RM100, bermakna aku boleh collect RM100,000 duit raya anak aku. Cukup 10 tahun aku dah boleh jadi jutawan. Yahooo!!

Jadi.. apa pengertian raya sebenarnya? Kalau anda telusuri maksud takbir hari raya, anda akan paham apa makna raya sebenarnya. Kalau tidak, ianya macam lagu-lagu biasa aje.

Bye.

13 comments:

Mak Su said...

pau jangan tak pau.. kalau anak tanya kata bapak gi simpan duit kat benk ya nak ya.. nanti dapat bunga

Salfiza said...

bila baca blog ko mesti teringat encik13may, baca lagi teringat lagi..

angaukah aku?? haha.. takde maknanya..

mana 13may?? ko tau tak??

Zetty said...

paragraph last tu yg buat aku termenung panjang. dalam maksudnya tu.

Anonymous said...

syahdu baca blog ko kali ni...apsal ko blom jd jutawan ye? syahdu tul...

suriani said...

Mmg kelakar cara ko menulis blog ini.. apakah ko memang kelakar orangnyer?

Aku setuju kalau kata raya untuk orang dewasa lebih kepada membahagiakan anak-anak, kan?
Aku paling seronok bab dapat makan... makan dan makan.. mana tak gebu? Akakkakaaaa!

shafarina said...

Aaaaaa.... cukai duit raya anak ekkk???

13may said...

asnor filza....aku kat sini weiii!!!

hahha hahha :D

Lily G said...

erti raya yang bab buruk lantak sampai se'eh tak cerita pulak :P

Unknown said...

oo.. patutla semalam kira duit raya banyak sampul yg kosong...

Taiko said...

mak su: macam biasa buat jek? he he

asnor: 13may tahun ni dah lepas.. tahun depan ada la..

zetty: kira aku punya tarbiah berkesan la kan? he he he

anonymous: sebab anak aku baru 3 maa..

umi: aku memang kelakar orangnya.. tiap kali aku bercakap, aku akan gelak dengar aku cakap ha ha ha.. lepas tu aku akan gelak bila dengar aku gelak ha ha ha ha..

wan: sebagai anak-anak mereka wajib membantu ibu bapa semasa kesusahan.

13may: yang kau pergi tutup blog apasal.. kan orang dah angau dah.. kau kan Dr love..

lily: itu dah cerita tahun lepas.. nanti orang jijik pulak weh heheh

azq: kat puchong sekarang ni kecoh pasal toyol mengganas.. tak ada dengar ke?

Unknown said...

sok open house aku...meh la datang...

http://lizzam.blogspot.com/2007/10/3rd-nov-my-open-house.html

Izham Miyake said...

toyol boncet pakai spek.

Anonymous said...

perghh..
1000 anak..?
gua tabik springggg sama lu..