Sekejap je aku rasa dah nak sebulan kita puasa. Tak lama lagi raya lah kita. Bila sebut pasal raya ni, memang banyak sangat benda yang aku boleh cerita cuma aku malas aje nak cerita. Masa kekecik dulu memang best betul nak tunggu hari raya ni. Hari tengok anak bulan tu memang kompiden je esok tu nak raya. Seingat aku memang selalu la penyimpan mohor besar raja-raja tu umumkan raya jatuh pada hari esok. Eh! kenapa kita panggil anak bulan tu anak bulan? Orang Melayu ni senang aje nak namakan sesuatu yang kecik tu sebagai 'anak'. Contohnya anak tekak, anak telinga, anak mata, dan anak burung. Padahal ada jugak peribahasa yang mengatakan 'kecil jangan disangka anak, bersar jangan disangka bapak'.
Tak silap aku, anak-anak Allahyarham Ibrahim Pendek semuanya lagi tinggi dari Ibrahim Pendek. Kalau korang nak tau, adik-beradik aku semua lagi tinggi dari bapak aku. Itu bukan bermaksud yang bapak ku ialah Ibrahim Pendek. Bapak aku nama Ibrahim jugak. Aku tulis perkataan 'jugak' tu pakai j hurup kecik ya. Kalau aku tulis pakai hurup J yang besar, mesti korang ingat nama bapak aku Ibrahim Jugak (Ibrahim Bin Jugak). Nama atuk aku Ujang yaa.. bukan Jugak.
Berbalik kepada anak bulan atau dalam Englishnya the son of the moon. Bulan lebih bernasib baik berbanding dengan bintang sebab dia ada anak. Bintang tak ada anak. Setiap kali bintang meneran, bukan anak yang keluar tetapi taik. Sebab tu lah adanya taik bintang, tetapi tak ada anak bintang. Mungkin dia mandul. Walaupun begitu, bintang amat bernasib baik dari segi paras rupa sebab mereka berbentuk tajam-tajam dan sering digunakan untuk memberi grade kepada sesuatu. Contohnya hotel lima bintang dan jugak artis bertaraf bintang. Masa sekolah rendah dulu, cikgu aku akan rait buku aku dan bagi bintang kalau jawab semua betul. Kalau pening pun boleh nampak bintang. Selain daripada itu, bintang tak ada kena mengena dengan salah satu tempat di Selangor iaitu Banting.
Itu saja lah entry aku sebelum raya ni. Lepas raya ni baru aku sambung balik cerita diari aku. Sebelum aku berundur diri, aku ingin menyusun sepuluh jari kaki yang kadang-kadang ada bau cagu ni untuk memohon maaf seandainya korang ada tersinggung dan tersenggol dengan apa yang aku tulis kat dalam blog aku ni. Kalau memandu masa balik kampung tu, berhati-hatilah. Jangan ikut perasaan. Kalau ikut perasaan aku pulak, nak je aku lempang sekor-sekor orang yang bawak kereta macam babi bawak kereta tu. Kalau eksiden tak menyusahkan orang lain tak apa. Ni orang lain yang susah. Aku suka senang sebab tu aku tak suka susah.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.
Pecah Kaca Pecah Gelas,
Sudah Baca Harap Balas.
Pecah Kaca Masa Romen,
Sudah Baca Harap Komen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
Comelnya!
Salam aidil Fitri. Minal Aidzin Wa Faizin. Maaf Zahir & Batin.
Psst..Aku balik Muar. Parit Jawa. :D
Aku puji anak ko comel sesangat..mesti ISTERI ko lawa kan...hahahha
p/s : AZQ, betul kan.....
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN...
aku baru tau opis ko dekat gila dgn opis aku.
salam lebaran.
maaf zahir & batin.
bodoy la entry ni! hahahahaa.......!!!!! :))
ko rasa anak2 ko nie, sapa akan mewarisi bakat hang 'menulis' blog.... hahaha!!!!
p.s. nie sah2 gambar raya tahun lepas...
Pena biru
Pena merah
i terkutuk u
jangan marah
Selamat Hari Raya Taiko, Mrs Taiko and Taiko Juniors.
boleh pulak bintang mandul kan..hahahahaha...
selamat hari raya jugak..
lepas raya sile cepat2 update diari mu ini okay..
comel sungguh..anak sapa la ni????
anak kau la kan..heheh..
ape ke hey bintang mandul. anak kepada bintang kite tak panggil anak bintang, kita panggil bintang kecil daa. macam lagu ni.
“bintang kecil di langit yang biru
amat banyak menghias angkasa
aku ingin terbang dan menari
jauh tinggi ke tempat kau berada”
spookie eh.
salam ziarah blog...selamat menyambut lebaran yg bakal menjelang..lepas raya mesti hapdet yerrk..!!
bi, teramaaaat lah betulnya.......
heh heh....
hhmm, no komenlah.. ko siap pantun 2 kerat tu.. anyway, selamat hari raya ler.
mana kau tau anak bulan tu son of moon dan bukannya daughter of the moon?
oh, aku sokong TERABOT!
blackpurple: Ooo.. parit jawa.. aku ngeri nak masuk muar time raya. jam tak hengat! selamat hari raya..
terabot: kalau isteri aku tak lawa, takkan lah AKU YANG HENSEM ni boleh terpikat? he he he
zax: aku pun baru tau la opis kau dekat dengan opis aku. opis kau kat mana?
elevenappples: entry selamat hari raya kau kata bodoy? cuba baca balik sampai paham.
uda: aku rasa anak aku yang nombor 2 (kanan sekali). ya.. gambar ni gambar tahun lepas.
lily:
pecah kaca pecah bola,
masa raya takde lawan bola.
peej: insyaAllah aku update (tengah pikir alasan untuk tak update)..
naiji: itu macam lirik lagu Anuar dan Elina masa kecik aje. kalau ada kaset, bagi la pinjam.
shasha: selamat hari lebaran.. kurangkan makan supaya kelebaran punggung anda tak semakin lebar di hari lebaran.
azq: betul.. betul..
maksu: selamat hari raya..
zetty: aku tau la.. aku cek kemaluan dia. he he he
ehehe..
ade gak babi bawak kete ek..
aku xprnh nmpak g..
ahahaa..
slamat ari raye..
maap zahir batin..
p/s:ko hulur kaki bau cagu..aku pn salam pkai kaki jgak la..ehehe..
salam..salam..
weh babi mana buleh bawak keto..beliau tak mempunyai jari-jemari utk menggenggam stereng..laie satu cemano dia nak pogang nozel pam minyak petrol tu maso nak isik minyak..payah tu
ahmad: ada... yang asik nak menyondol-nyondol tu babi la tu.
anonymous: apa pulak babi tak boleh bawak kereta? dia macam kereta lembu jugak la.. tapi kali ni kereta babi.
gila babi kelakar!
Selamat Hariraya En Taiko dan keluarga
comei gitu anak incik taiko.
weh, aku dah pindah rumah, jengah2 la kalau rajin ek.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin..
selamat ari raya bro..
salam kemaafan dari van persie, diaby & kolo toure..
apa plak pecah kaca masa romen....patutnya pecah dara...
hahha hahha hahha :D
ps: Selamat Hariraya En Taiko dan keluarga
eh, 13may ada di sini?? nice writing.. terhibur je rasa.. kecuali tang pantun tu.. *horror*
Post a Comment