Friday, November 30, 2007

Nama Bapakku Dipermainkan

Hi Semua.. Sori la lambat update. Penyakit malas melanda batin la...

Umur-umur masa tingkatan 1 dulu adalah time bebudak laki dah start bersikap kegatal-gatalan. Bukan sebab semuanya kena kughap kat kulit tetapi kena kughap kat otak. Samalah jugak dengan peribahasa yang baru aku cipta iaitu 'Otak Berkughap'. Otak berkughap bermaksud menggunakan otak untuk melakukan perkara-perkara gatal seperti skodeng, meraba, melihat bahan lucah dan lain-lain lagi ( 'dan lain-lain lagi' digunakan untuk menggambarkan lebih banyak lagi perkara). Bukan sekadar itu, budak perempuan pulak bersikap gedik santai. Apa taknya, ada yang kena raba nasik lemak pun, masih lagi rasa santai. Kalau marah pun, marah-marah sayang. No wonderlah bebudak melayu sekarang ni banyak sangat yang dah rosak akhlak. Dah la rosak akhlak, pergi rakam video pulak tu. Otak taruk kat kepala lutut agaknya.

Berbalik kepada cerita otak berkughap. Ada sorang member aku ni nama dia terpaksa dirahsiakan atas sebab tertentu lah kan. Dia ni agak pervert orangnya. Dia bawak gambar yang agak lucah kat sekolah dan bagi kengkawan aku tengok (termasuk aku la he he) kat dalam tandas. Dia memilih tandas sebagai lokasi adalah untuk mengurangkan risiko kantoi. Bukan sebab nak tengok sambil berak beramai-ramai. Berebut-rebut bebudak nak nengok gambar yang dia bawak bak kata pepatah seperti anak ayam berebut jagung. Korang nak tau gambar apa yang dia bawak? Ek ellehh... gambar perempuan yang menunjukkan teknik mengecheck payu dara bagi tujuan kesihatan. Pervert giller.. Tapi, itu pun jadi laa... Bak kata Farah Fauzana "Kita Layaaaann..."

Pada zaman tu jugak, adalah menjadi kebiasaan untuk mengejak kawan-kawan dengan nama bapak dan atuk. Contohnya, sebab nama bapak aku Ibrahim, diorang kutuk aku Ibrahim Pendek la.. Maka, selalulah kedengaran dialog dalam cerita Pendekar Bujang Lapok yang mana si Erni Gemuk mintak tolong dengan Ibrahim Pendek dalam gambar seraya berkata "Bang Brahim.. tulung Bang Brahim.. tulung..". Kalau yang nama bapak dia Selamat, setiap kali ucap "selamat sejahtera cikgu", masa sebut perkataan 'selamat' tu kitorang saja je cakap kuat-kuat sikit sambil pandang dia beramai-ramai. Kalau yang nama bapak dia Mamat pulak, nyanyian lagu "Pak Mamat ada kebun.. iya iya ooo" selalu la berkumandang. Kalau yang nama bapak dia Tajudin? Senang je... buat bunyi mesin gun "tajut tajut tajut tajut tajut din". Padahal punya mesin gun takde kena mengena pun dengan bunyi tajut. Tah hapa hapa tah..

Bye

15 comments:

Anonymous said...

hahaha!!!! betol2... kwn aku sorang nie kitaorg panggil pakai nama datuk dier.... lekat sampai sekarang weh.... nama dier betol2 pon aku dh tak tahu dh jadinyer... hahaha!!!!

Anonymous said...

ahahaa..
gmbr nk check payudara pn dh berebut..tp tu dlu..
skrg kecik2 lg dh ade fon canggih..
3GP blambak2..huhu..
otak kt lutut..

Anonymous said...

hehe..
name bapak jek..
name mak xde ek.?

Anonymous said...

nasi lemak lagih...Hurmmmm!!!
~geleng-geleng kepala~

peej said...

lawak lawak..betul tuh..apa kene mengene jauddin ngan bunyi machine gun tajut tah..

sama la..nama bapak ku burhanuddin..so dorg xde idea nak ejek..tetibe je ejek buah-buahan..x pun bubur..apa kene mengene tah..tapi kalau dah asyik ejek..mesti la jadi bengang kan..huhu..

Mak Su said...

apa ler korang ni

suriani said...

Aku pun ada pengalaman sama masa di sekolah menengah. Tatau kenapa bebudak lelaki paling gemar gelar2 nama bapak dorang.

Dorang tak cukup keje!

Unknown said...

mmg otak dlm kepala lutut diorang ni. lepas rakam video, seludup dadah kat luar negara pulak. elok beno la tu.

shafarina said...

hehehe skang encik taiko dah baik dah kak azq..

orang tambah 'imbuhan' je kat nama saya ni..

HAI-WAN :|

Izham Miyake said...

Korang ingat tak nama perogol ni, 'Mail Kobau'

dulu ada member aku nama bapak dia ismail..

bila dekat dengan dia jer bunyik.. nguak nguak nguak..

bunyi kobau..

13may said...

hehhe...hehhe...

time sekolah memang camtu...nama bapak kita, tokwan kita... yang tu kawan2 suka panggil :D

banjarconverto said...

aku berjaya merahsiakan nama bapak aku selama 6 bulan selepas masuk tingkatan 1. lepas tu bocorr...apa lagi, kena tahan telinga la..tapi aku tak teruk kena sebab aku tak panggil nama bapak member2 tu pun...ahakss

Taiko said...

uda: ya betul betul, aku setuju, sampai sekarang ada lagi lekat 'nama dia' tu nama bapak dia.

anonymous: banyak koleksi ke weh?

ahmad: nama mak lagi power. Sebab susah sikit nak dapat. Tapi kalau dapat, perghhh... pedih telinga wehhh..

cik seri: nasik lemak kan makanan ruji rakyat malaysia. he he he

peej: kalau kau satu eklas dengan aku dulu, sah-sah aku gelar kau Heliborange heheh

mak su: biasa la.. remaja.. hehe.

Umi ameer: kerja sekolah kitorang semua siap laa...

azq: tak 7 habbit langsung! he he

wan: saya memang baik daripada dulu lagi maa...

tenno: ingat.. ingat... memang ada pun meber aku nama bapak dia ismail. Memang mail kobau la orang panggil dia.. he he he.. nama atuk aku sebelah mak pun Ismail jugak, nasib baik diorang tak tau heheh.

13may: sekurang-kurangnya ianya boleh membuatkan kita ingat kat asal-usul kita... tak gitu?

banjar: bagus la kalau macam tu.. errr apa nama bapak kau? heh heh

nazztradamus said...

nama bapak cikgu pun jadi mangsa.. hahaha. paling glamer kat sekolah aku dulu nama "sidun".. (amik dari nama bapak dia: sudin) dia ni mmg pakar lempang sampai berbirat.. (babituret betul..)

nixa said...

haha.. kelakar la taiko ni.. haha.. kat sekolah saye dulu ramai benor umat name hafiz.. so nk bezakan dendorg.. panggil name bapak jer la..


p/s : ilang tension aku baca blog ni.. hehe..