Aku memang tak sabar-sabar nak menduduki Peperiksaan UPSR. Kenapa kena pakai perkataan 'menduduki'? Mungkin sebab masa periksa tu kena duduk. Tak boleh berdiri. Kalau berdiri boleh nampak jawapan kawan sebelah. Tiba-tiba pulak aku teringat lagi satu perkataan yang menggunakan kata dasar 'duduk' iaitu bersekedudukan. Kalau korang nak tau, boleh dikatakan hari-hari aku bersekedudukan dengan orang yang aku tak kenal. Tak kira la lelaki atau perempuan. Kat tempat awam pulak tu. Gila! Dalam keretapi la. Aku gi kerja hari-hari naik ERL yang gi KLIA tu. Selalu la kongsi tempat duduk. Kira bersekedudukan la tu.
Berbalik kepada cerita UPSR. Aku betul-betul kompiden boleh dapat at least 4A 1B. Sebab masa trial pun aku dapat 4A 1B. Yang B tu English la. Aku memang benak, bangang dan bungkor sikit dalam English ni. Bikos I don andersten sepatah haram what de ticer is ticing. She macam syok alone when ticing. I memang hentam only when jawab the soalan.
Masa tu 5 subjek UPSR ialah:
1. Kefahaman Bahasa Malaysia
2. Karangan Bahasa Malaysia
3. Lisan Bahasa Malaysia
4. Matematik
5. English
Oral English ada tapi tak termasuk dalam keputusan. Lagi pun, kalau oral bukan best sangat. Sekarang ni, hari-hari aku mengamalkan oral. Korang jangan salah paham, aku cuma mengikut nasihat pakar-pakar pergigian untuk menggunakan berus gigi Oral-B. Ohhh.. Oral English aku pun memang dapat pangkat B. Itulah asal-usul jenama Oral-B. malangnya aku tak dapat royalti pun bila nama Oral-B dipakai. Siot je.
Kalau subjek matematik tu memang confirm la aku dapat semua betul. Tak heran pun, sebab lebih kurang 90% dari budak kelas aku dapat semua betul selepas cek jawapan dengan cikgu. Cikgu kelas aku memang menetekberatkan eh silap.. menitikberatkan pencapaian matematik. Memang aku la jadi ikon matematik masa tu. Apa tak nya, cikgu ajar kat papan hitam, aku boleh bangkang cikgu tu. Aku cakap apa yang cikgu ajar tu salah. Memang salah pun cikgu tu ajar. Dengan powernya aku membetulkan pengajaran cikgu tu kat papan hitam. Cikgu pun tersipu-sipu malu memuji aku untuk kaver line malu. Ini cerita betul ni, bukan aku tipu.
Tak baik menipu, hari ni hari Jumaat. Esok sabtu, setengah hari. Ahad public holliday. Kalau encik nak saya rompak rumah encik, hari Isnin boleh lah. *dialog cerita Ali Baba Bujang Lapok*
Bye
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
Weh Teko.. UPSR bukan Pat A je ke?
Yang kluar result sampai 5A tu Penilaian Derjah Lime..ke guaner? jaman aku Pat A je
patut ko bg idea kat Astro buat satu realiti show, IKON MATEMATIK or akademi matematik fantasia... br bernas sikit... nie asyik hiburan lagh'oo jer... haha!!
p.s. 'KASI PECAH LAAAA!!!!...'
aku ingat tadi ko nak mencarut ker hapa cakap yu pis yu pis... rupa-rupanyer upsr... ohh......
wei taiko, gua ader tag lu la (entry terbaru)... kalau lu takmo buat, bayar gua dulu 50 engget... gua takder duit nak isi minyak kete nie... hehe...
Hahha..
cite ko xde kaitan pn..
tetibe je masuk Oral-B..
bape result Yu Pi ASS Hole ko..?
trial 4A 1B..
p/s: cikgu tu menetekberatkn air muka dia..sbb tu die kaver line kn kn kn...
heheehe..lame ko xupdate..bzi ke.?
mcm tak caya ajer hang ni pakar matematik...hehhe :D
sbg penumpang bas yang setia, saye pun hari2 bersekedudukan dengan ramai orang, setiap hari tukar-tukar orang dgn org lain stiap pagi and petang.
lidi: itu jaman kau. jaman aku lain. nanti aku scan aku punya result upsr, aku taruk dalam blog ni. tunggu
uda: lebih kurang macam akademi alQuran la ye dak? kalau aku jadi juri, memang aku kutuk kau-kau punya dengan peserta yang lembab.
ahmad: bizi giller siot. result upsr nanti aku cerita la. hehe
13may: masa sekolah rendah je power. dah dewasa makin bengap. mungkin sebab skodeng banyak.
nanane: ha ha ha. naik bas penuh-penuh memang best. hihihi
maksu: mentang-mentang la blog aku ni banyak mencarut. siot je
ahaha
tak abis baca terus komen.. lepas word menetekberatkan tuh..
adeh sakit perut aku gelak weh
so kau konpiden dapat 4A 1B. Berana sebenar2nya kau dapat time exam UPSR bebetul??
kah kah kah.. ahaks
kelakau la mu ni...
zaman kami dulu takde lagi Yupis ni sumer, kami pakai penilaian jah 5 jer.. itupun kami tak merasalah dapat 5A tu.. tu pandai ngatla dah kiranyer!
ko mmg hebat la bro boleh pangkah balik cikgu matematik tu.. aku dulu asyik fumble sifir je. pantang last je kena berdiri atas kerusi sebab tak hafal sifir tujuh dgn lapan. dah la time tu siti sifir takde lagi kalau nak ajar kat tv pun. yu pi ass ar cukup2 makan..
PEACE!
wahh! pandai sungguh anda mengeja! patut la results pun powwwah!
ko kena buat oral sex baru la dapat result A untuk oral.
itu pun tak tau ke.
zetty: sabar.. keputusan belum keluar lagi masatu. He he he
umi ameer: ohh.. awak mesti dah tua kan?
nazz: takpe. belajar bodoh takpe, janji duit banyak. hehe
cikpijah: kalau buat karangan tak boleh salah eja, nanti markah kena potong.
tenno: itu yang aku cuba sampaikan secara bermoral. heheheh.
Thanks for writing this.
You = U
Piss = P
Ass = S
Are = R
Kamu Kencing ke Bontot..
blasah jer la..
Post a Comment