Wednesday, June 06, 2007

Penyakit Ketumbuhan

Masa darjah enam, aku ditempatkan ke dalam satu kelas budak-budak pandai. Masa tu ada tiga kelas aje. Kelas pandai, kelas sederhana pandai, dan kelas tak pandai. Cikgu kelas aku bernama Cik Noraini. Anak dara Jawa yang sungguh garang. Masa mengajar jarang senyum. Kadang-kadang masam aje. Macam asam jawa. Memang dia garang gila. Siapa yang berkhayal masa dia mengajar akan terimalah sebatan pembaris panjang atau balingan kapur tepat kat dahi. Kadang-kadang dia nak baling orang lain, orang lain kena. Kesian orang lain tu.

Kalau dalam subjek matematik, kitorang ada buku latihan peperiksaan. Kalau salah jawab satu soalan, kena pukul tapak tangan dengan pembaris besar tu sekali. Sekali kena pukul pun dah rasa macam nak pecah tangan. Gila! Sampailah bebudak lali dengan sebatan itu. Lepas tu dia pakai denda ketuk ketampi pulak. Nasib baik yang perempuan semua pakai baju kurung. Kalau pakai pinnafore, sure nampak spender. Tu yang Pak Aji sukaaa tu!

Aku? aku jarang kena sebat sebab matematik. Sebab average mark aku 100. Hahahah.. entah, aku rasa masa tu macam kacang je subjek matematik ni. Baca soalan, tak payah buat kira-kira kat kertas aku dah tahu jawapan. Main congak dalam otak aje. Kalau 50 soalan kena buat dalam satu jam, aku setelkan tak sampai setengah jam. Betul semua pulak tu. Gila punya power aku punya penaakulan mantik. Korang sure geram je bila baca ni. Ha ha ha

Apa yang memeranjatkan aku masa darjah enam itu ialah perubahan fizikal bebudak perempuan. Ramai yang dah mula kena penyakit ketumbuhan. Mereka mengalami ketumbuhan punggung di dada. Aku ingatkan kena buatan orang. Rupanya proses akil baligh. Patutlah bebudak pompuan selalu jalan ramai-ramai. Bukan takut kena rogol. Tapi, sebab nak cover bontot member kalau bocor masa tak pakai pampers.. eh.. pad. Masa tu jenama yang terkenal ialah Sanita. Kotak kaler hijau. Panjang gila pad tu. Masa tu jenapa Whisper baru masuk iklan kat TV. Kalau lagu 'It Must Have Been Love' nyanyian kumpulan Roxette, ada ceritakan teknik pakai whisper:

Lay a whisper on my pillow,
Leave the winter on the ground.
I wake up lonely,
There's air of silence in the bedroom and all around.
Touch me now,
I close my eyes and dream away. (Close my eyes ke.. close my ass?)

Oooo.. macam tu rupanya nak pakai Whisper. Susahnya.. nak tunggu musim winter la pulak.

Aku belum akil baligh lagi masa tu. Walaupun begitu, nafsu skodeng dah membuak-buak dah. Heheheh. Apa daa.. tadi aku nak cerita pasal persekolahan, ini woman talk pulak. Sorry.. No Offense :P

15 comments:

Fina said...

Gila dahsyat nafsu serakah kau.....

tapi mesti ramai budak pompuan minat kat kau dulu kan, dah la hensem, terrel lak tu matematik kan...

Si Fakap said...

:)

Dulu aku dengan kawan kawan selalu curiga dengan budak-budak pompuan sebab asal pi kedai mamak saja mesti bawak balik satu bungkusan berbalut surat khabar...

Mati-mati ingatkan dadah.

ahmad_xkesah said...

ekeke..
bangga siot..mntang2 dh terer math..
ko ptut keje kt BSKL r..
bru leh test kepoweran math ko..
hahaha...ko ni bapak math ke bapak skodeng..??
sangap ek..??

nanana-ne said...

kenape tah bdk pmpn slalu malu pasal bende ni. i mean pad dengan dtg bulan punye cite nih.

seboleh2 nak pecut lari je lepas beli pad tu. malu yg hamat. padehal tadek kes pun sebenarnye.

saye pun malu jugak. tapi dah tue2 ni kurang sket kot.

Peej said...

yg balut2 ngan surat khabar tuh mesti kat area KG..n kedai runcit..
if beli kedai2 biasa xde pulak...

aku x malu beli pad..
tp sbb dorg yg buatkan mcm membeli pas itu sesuatu yg memalukan..
x pasal2..aku jadi termalu sekejap..
hak hak hak..

Taiko said...

fina: betul.. budak pompuan kelas pandai, kelas sederhana pandai, dan kelas tak pandai semua minat kat aku.

fakap: selamat datang! layan lagu punk ke? banyak mp3? boleh la derma kat aku sikit! aku kasi la kat kau apa yg aku ada.

ahmad: jangan la cakap pasal BSKL, aku dah la tak dapat share maxis dah ni sebab nak maxis nak jadi private. sial!

nanana: bagus la malu. kalau takde rasa malu, jadi la macam bebudak melayu sekarang ni, tak malu tunjuk kemaluan. ambik gambar pulak tu. tapi.. aku menumpang tengok jugak la.. haha.

peej: kalau beli kat tesco kena balut, memang nak kena balut la cashier tu. ha ha ha

Mak Su said...

jalan cerita melompat-lompat dari pandai maths ke skodeng, tapi aku enjoy ler baca blog ko ni.

azq said...

amboi! perasan sungguh! heh heh..

ahmad_xkesah said...

haha...
dh kene sound tu..
prasan sungguh...ekeke
BSKL..??
hahhaa..aku ckap psl basikal tuh..
emm...
aku rs maxis dh lame jd private..

umi ameer said...

Apa dah ko melalut, detail tu.. cara-cara pakai pampers!
Wakakaaa...
Jgn skodeng orang tengah pakai udah itu pampers sudah..
But, mmg fun baca blog u!

chi said...

Sanita kaler kuning laaa.. Kaler hijau tu mungkin yang berperisa limau kut?

Tenno Miyake said...

Azq jeles? hahahaha..

Keji betulla kau ni taiko.. cover2 la sket.. hahahahaha...

Taiko said...

mak su: kalau nak enjoy lagi baca cerita aku yg melompat-lompat, cupa melompat-lompat masa baca cerita aku.

azq: perasan la best.

ahmad: bertukarlah kepada digi

umi ameer: saya tak pernah skodeng orang pakai pempers, orang je yang pernah skodeng saya tak pakai panties. hah ha

chi: kan dia ada 2 perisa. yang lemon kaler kuning, yang limau kaler hijau. memang standard dia macam tu.

tenno: aku dah cover dah, tapi terlondeh pulak. nak buat macam mana.

Effizzul said...

hahahahahahahahahahahaahaahahahahaha...

lawat sekali blog2 kelakar di bawah :
http://anuox.blogspot.com/
http://amirhafizi.blogspot.com/

teruskan penulisan lawak anda!!!

daemon said...

haha... pasal dapat markah 100 tu ko tipu tuuuuu...

--> http://hazril.blogspot.com/2007/05/tak-dapat-jadi-pengawas.html

-aku yg menganalisa goblog ko-