Masa darjah enam dulu, aku dilantik jadi ketua darjah. Cara cikgu pilih senang aje. Ciri-cirinya:
1. Lelaki
2. Bukan Pengawas
3. Ranking tertinggi masa final exam darjah 5
4. Berakal
5. Suci dari Haid dan Nifas
Yang nombor 4 dgn 5 tu saja je aku tambah untuk cukupkan 5 syarat-syarat sah. Kalau tiga je macam tak best la pulak.
Cikgu Noraini terperanjat jugak kenapa aku tak jadi pengawas sebab base on ranking aku sepatutnya layak. Maksud aku dengan terperanjat kat sini ialah perasaan gusar, macam tak percaya, kompius, oh my god!, dan sebagainya. Bukannya terperanjat sampai boleh membawa kepada melatah carut atau terperanjat sampai terpaksa mengurut kawasan dada. Urut sendiri, bukan orang lain urut. Kalau orang lain urut, itu bukan terperanjat.. itu pergi SPA. Ada ke urut dada kat SPA? aku tak pernah pulak masuk SPA. Kalau ada, boleh la aku apply kerja part time kat SPA. Hehe
Memandangkan Cikgu Noraini tu garang, aku tak berani la protes untuk tak jadi ketua darjah. Jadi terpaksa la aku menggalas kerja-kerja seperti berikut:
1. Bangunnnn!! Assalaamualaikum cikgu!
2. Bangunnnn!! Assalaamualaikum ustazah!
3. Stand upp! Good morning teacher!
4. Bangunnnn!! Terima kasih cikgu!
5. Bangunnnn!! Terima kasih ustazah!
6. Stand upp! Tengkiu teacher!
Banyak kan kerja aku?
Walaupun aku jadi ketua darjah, aku mesra bersama rakyat. Aku tidak menjanjikan habuan-habuan hanya bila nak dekat pilihanraya sahaja. Aku tidak ada skandal dengan Julia Hana, Maya Karin, Norfazura, Fasha Sandha, Rita Rudaini, Ifa Raziah, dan Mawi. Aku tidak mengamalkan politik wang. Aku tidak mengamalkan kronisme dan nepotisme. Dan yang paling penting, aku tidak menaikkan harga tol Lebuhraya Damansara Puchong dari RM1 ke RM1.60. Gila betul!
Ohh.. lagi satu.. aku tidak racist!
Aku ingat kalau macam ni, Syed Hussain Al-Attas boleh ambik aku jadi penulis politik sambilan la.
Bye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
Berakal sunggu sekolah tu letak kriteria utk pilih ketua darjah...api aku dulu kene pilih sebab kakak aku ketua pengawas sekolah rendah...(betul ker cara cikgu tu pilih aku?) and yg bestnyer aku tak tumpah mmg tak macam dan jauh seperti kakak aku, satu hari ketua darjah itu di tangkap oleh ketua pengawas sekolah kerana lambat datang sekolah kes lambat bangun dan tak pakai lencana...aku kene kutip sampah depan ketua pengawas sekolah, balik umah aku report ngan ketua pengawas rumah(not my father but my mom)sebab kakak aku tinggalkan aku n tak kejut (dia kejut , aku jer ttdo balik) and akhirnya kami bersama-sama didenda didepan ketua pengawas rumah hari tu jugak(denda kedua aku hari tu)....padan muka aku...muahahahah.
p/s: Jawatan ketua darjah aku tidak dilucutkan atas kesalahan tatatertib...
aku tengah membayangkan betapa huru haranya kelas hang apabila hang menjadi ketua kelas....
hahha hahha hahha:D
hahaha..
bole plak jd ketua darjah..
cm lawak jek ekeke..
jap jap..nk byang muke ko bile ckap..
"bangunnn!!!assalamualaikum cikgu"
hahahah..nerd gile
masa tu kau dah hensem belum?
aku dapat jadi pengawas masa darjah 6..huahuahua..
membuatkan aku terperanjat..sambil mengurut2 dada..dimana masa itut sudah ade penyakit ketumbuhan*refer ur last post*
sungguh la x berkaliber aku nih..
tp berkaki lebar sudah pasti..la la la..
elehh... jadik ketua darjah pon nak cakap... org dulu jadik ketua pengawas perempuan takde bising2 pon......
Ko ( panggilan manja utk Taiko )..jom buat majalah lawak..lawak2 ko nih buleh dibukukan lah..cam A.Kadir Jasin buat tuh...membukukan blog..
masyukk wehh..cadangan jer lah!!...sebab lawak ko nih buleh tahan mantap walaupun lawak tepi ( side jokes)..hehe
nasib baik aku sekolah kat tempat lain, kalau kita sekelas, sah sah aku jadi ketua darjah ko jadi timbalan sahaja,
bangun!!!!!!!!!!!!! SELAMAT PAGIIIEEEEYYYYYYY CEKGUUUUUUUUU
fuiyooo, sungguh berkaliber jeritan aku hari ni.. canggih betul la kan.. sekali lagi..
bangun!!!!!!!!!!!!! SELAMAT PAGIIIEEEEYYYYYYY CEKGUUUUUUUUU
tugas berat? adui ler...
mami dini: selamat datang ke blog saya!
13may: memang huru-hara-haram heheh
ahmad: memang la nerd. kalau tak, takkan boleh jadi ketua darjah.
zetty: dah hensem dah. sebab tu awek ramai minat. hahaha
peej: hihihi..
azq: ketua pengawas bukan best pun. makan rasuah banyak.
Pakcik Kudin: tak boleh maaaa.. nanti KDN banyak potong aku punya lawak. sebab banyak berunsur seks yang tak keterlaluan.
kole: power power kau punya suara. Sampai berbunyi kat speaker opis aku ni. Terperanjat boss aku.
maksu: berat.. ada la dalam 30 kilo
kah kah kah, taiko... berat sebab cakap bangun, bangun, kena maintain piching tak lari, dan tak note tak flat.. hihihi
30 kilo? tang perut je kot
ade satu lagi la untuk ko...
ko kan dah 3G dah....
gebu, gempal dan gemok!!
maksu: suara saya memang sedap. tak perlu masuk AF ok?
sylphlike: 3G aku sebenarnya Gagah, Gantang (hensem dlm bahasa jawa), dan Gorjes hihi
yeke kau tak racist?
Vote Taiko For PM!
haha!
Post a Comment