Friday, May 11, 2007

Ibu

Hari ni aku nak cerita pasal Ibu la..

1. Ibu Jari (ke.. Jari Ibu?)

Walaupun jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelingking tidak dilahirkan oleh ibu jari , tanpa ibu jari susah lah jari-jari yang lain tu nak bekerja. Kecualilah kalau jari telunjuk hanya kita gunakan untuk mengorek hidung (bontot sekali-sekala), jari hantu untuk tunjuk isyarat lucah, jari manis untuk sarung cincin, dan jari kelingking untuk korek telinga.

Bayangkan kalau anda takde ibu jari? nak suap nasik susah, nak ambik barang susah, nak tumbuk orang pun tak sakit.

Cuma, nak basuh berak je senang. Saya tak taulah kalau anda includekan ibu jari masa anda basuh berak. Sebab itulah ibu jari tugasnya suci. Walaupun kita hanya ada ibu jari, kita akan sentiasa bersyukur sebab sentiasa tunjuk tanda 'good'. Heh heh

2. Ibu Roti

Walaupun ibu roti tak mengandungkan dan melahirkan roti, tanpanya roti akan jadi lempeng sahaja. Ya.. saya tahu, lempeng juga sedap dimakan kalau dapat cicah dengan sardin. Tapi, roti enak dimakan begitu saja. Kalau tak caya cuba dengar lagu iklan Gardenia.

3. Ibu Kota

Saya suka lagu 'Ibu Kota cinta' nyanyian Def Gab C. Walaupun suara penyanyi dia sengau sikit, tapi sungguh sesuai dengan genre lagu yang dibawak. Tahukah anda bahawa 20 tahun dulu, radio KLFM di panggil Radio Malaysia Ibu Kota (RMIK)? Apa kena mengena pulak cerita ni? heh heh

4. Ibu Mertuaku

Cerita P. Ramlee ini pernah memenangi anugerah dalam Pesta Filem Asia. Dalam kategori apa aku tak ingat la. Korang bayangkan lah kalau P. Ramlee takde ibu jari. Mesti dia susah nak main seksofon. Begitu jugak dengan Chombi, kalau ibu dia takde, entah-entah dia pun jadi buta. Silap-silap jadi bohsia. Dah la buta, jadi bohsia pulak tu. Hina sungguh! Aku takut kalau ada Bohjan ajak buat projek dalam kereta, dia nak pegang lain, tapi terpegang batang gear. Heh heh heh.

p/s: Kalau korang nak tunjuk kepada isteri korang yang korang lebih utamakan keluarga isteri korang dari keluarga korang, senang aje. Korang kena sayang ibu mertua isteri korang melebihi korang sayangkan ibu mertua korang sendiri.

5. Ibu Ayam

Ibu ayam sanggup merelakan dirinya bertelur untuk menyambung zuriat. Korang bayangkanla - Ingat senang ke nak keluarkan telur tu? Takde bidan yang sambut pun! Dah la telur tu besar. Lepas tu sanggup pulak mengeram telur sampai menetas. Korang sesuka hati je curik telur tu untuk makan. Cuba ayam pulak yang curik telor korang? Lebas tu diorang patuk-patuk telor tu untuk makan. Apa perasaan korang?

6. Untukmu Ibu

Lagu nyanyian kumpulan Exist ni sungguh pelik.

" Ohhh Ibuuu.. kau disiram bayu pagi"

Ooo.. mungkin ibu dia kerja menoreh getah. Tak pelik.. tak pelik.. aku silap. Mintak maap.

Selamat Hari Ibu

14 comments:

Unknown said...

selamat hari ibu kepada semua termasuk diri ku sendiri.. heh heh... mcm buat ucapan kat radio daaa....

XRNH said...

taiko..

aku merinduimu.. ting tOngg!!~*

heheheheh...

geeGrik said...

taiko,
aku ingat ko nak citer pasal ibu ayam di lorong2 gelap. rupanya ayam betul hehehe

Anonymous said...

slmat ari ibu kt ibu roti..
aku ske mkn roti..
smpena ari ibu nih..
aku mkn lg byk dr biase..
heheee..

p/s: xde org wt rekod mkn roti byk2 ke.??

Unknown said...

kau memang creative kan?? tapi gila kosser....

13may said...

hehhe....

Selamat Hari Ibu!

Taiko said...

azq: tanpa bapak, siapalah ibu. hehe

tina: lama tak komen? blog kau hidup lagi ke?

geegrik: sebenarnya memang aku nak tulis macam tu, tapi tak sampai hati pulak.

ahmad: aku ingat kau suka makan pau. Pau Ahmad.

fina: mana ada gila kosser. aku cuma menegakkan keadilan.

13may: selamat menyambut hari 13 may pada 13 may yang lalu.

XRNH said...

taiko,

hidup lagi.. bak la email.. org invite ko gi reject buat apa.. cehhh...

geeGrik said...

taiko,
aku rasa ko boleh buat buku jenaka, mcm gila gila lah. sbb gila2 tatau apa jadik.
sure laku. ko try la. aku rasa cerita cerita ko nih boleh jual hehehe

Anonymous said...

hehe..
dlu mmg ske pau ahmad..
skrg taste dh laen..
roti lg best haha...

p/s: aku ske lgu Dajal nih..
best siott..

terabot said...

"Korang kena sayang ibu mertua isteri korang melebihi korang sayangkan ibu mertua korang sendiri."

wei...tak paham....ke sengaja buat ayat macam ni....

shafarina said...

ishk.. ibu jari?

oh aku suka juga lagu ibu kota cinta tu

Taiko said...

gee: malas la.. ni kira khidmat sosial je la haha

ahmad: best kan? masa derjah 3 ke derjah 4 tah lagu ni.

terabot: memang saja buat camtu. takkan tak paham kot. heheh

wan: best kan lagu tu? heheh

Izham Miyake said...

tak longgar ke kalau bertelur besar2 macam tu?