Dah lama dah aku tak cerita sejarah hidup aku. Bukan apa, bila nak cerita pasal sejarah hidup ni, ceritanya kena cerita betul. Bila ceritanya cerita betul, penguasaan ruang dan roh agak terbatas. Untuk meluaskan penguasaan ruang dan roh, aku kena GALI balik sejarah hidup aku yang lebih dulu makan kiki bubble gam daripada korang. Untuk menggali bukannya senang - perlu ada konsentrasi dan mood yang bersesuaian. Sebab itu sejak kebelakangan ini, aku hanya mengupdate blog semata-mata untuk 'melepaskan kentut dalam lif'. Apa yang ada dalam kepala otak aku, aku main tulis aje.. tak kira la pantun ke.. sukan ke.. dan lain-lain lagi.
Baiklah anak-anak, tampa (saja je aku eja salah - sepatutnya 'tanpa' - ini hukum tajwid ikhfa' - bila huruf n mati bertemu huruf p) melengahkan masa, aku sambung la kisah hidup aku..
Masa darjah lima dulu aku teringin untuk dipilih jadi pengawas bila naik darjah 6. Kenapa aku nak jadi pengawas?
1. Sebab pengawas pakai baju kaler biru
2. Sebab pengawas pakai tai kaler merah
3. Sebab pengawas dapat jaga kelas lain masa cikgu meeting
Selalunya budak yang dipilih jadi pengawas ialah budak2 yang pandai. Aku adalah seorang budak yang pandai. Kadang-kadang aku juga jadi seorang budak yang pandir. Masa darjah 5 dulu aku dapat nombor 5 dalam kelas, dan jugak nombor 5 dalam sekolah. Kat luar sekolah aku tak tau la aku dapat nombor berapa. Dalam peperiksaan akhir tahun, aku telah mendapat markah matematik 98% walhal tak ada sorang pun budak lain yang dapat markah 90 ke atas. Memang tahun tu soalan susah sikit, sebab ada campur soalan syllabus darjah 6. Cikgu Sarip yang kejam itu telah memberikan aku hadiah berupa album gambar. Nanti kalau aku jumpa album gambar tu kat rumah mak aku, aku scan dan taruk dalam blog ni. Nasib baik la English aku lemah masa tu. Kalau tak, memang kompom dapat nombor satu punya.
Malangnya aku tak diterima sebagai pengawas. Padahal ada budak yang lagi bodoh daripada aku dapat jadi pengawas. Bukan setakat yang bodoh dari aku je, yang bodoh betul pun ada yang dapat jadi pengawas. Aku rasa satu sebab je yang menyebabkan aku tak dapat jadi pengawas - sebab pakaian aku lebih sesuai untuk jadi pengganas. Ye lah.. baju aku kadang-kadang ada kesan sambal nasik lemak. Seluar aku kepam. Ketiak aku masam. Seluar dalam pulak tak pakai.
Atau pun, mungkin sebab aku gemuk. Adakah budak gemuk tak layak jadi pengawas? Ini tidak adill!! Walaupun aku gemuk, tapi aku hensem, dengan syarat kena kasi make up dulu la. Tambahan pulak, budak gemuk lah yang sesuai untuk menjadi pengawas atau lebih dikenali dengan nama bouncer. Baru la budak2 takut. Betul tak? Lagi pun, bukan salah aku yang menyebabkan aku gemuk. Semuanya salah err salah sapa ha? Ye laa.. ye laa... salah aku laaa..
Oleh kerana aku terlalu frust sebab tak dapat jadi pengawas, aku pun bagi notis untuk tak nak datang sekolah selama dua bulan kat Guru Besar. Disebabkan Guru Besar tu takut dengan aku, dia pun setuju dengan kehendak aku tu atas alasan, memang time tu sekolah semua cuti. Heheheh *kata tadi kena buat cerita betul, ni apahal cerita tipu pulak ni?*
Sekian terim kasih.
p/s: errr.. kalau korang jadi cikgu aku, korang lantik tak aku jadi pengawas?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
aku lantik hang jadi pengawan, eh silap, pengawas jaga toilet. bile budak2 sekolah kluar toilet tgk kat dahi hang je, takyah tgk cermin dah.hehe...
Jika saya jadi cikgu anda?
Tak nak la.
Nanti pening kepala.
Habih anak dagho di jilek eh Taiko.
Oh! Terlupa pula saya.
Anda tonton TV malam tadi?
Kami juara!
Ya! Kami!
Juara!
Tiub_beskal: sekurang2nya dahi aku licin je. tak la macam hahi kau. kalau kapal terbang landing, mesti lari allignment sebab banyak jerawat.
boogie: ek ellehh.. juara pun kalau tiap kali main ngan arsenal bungkus buat apa. heheh... anyway, kongratulasi, tahun depan kita lawan lagi.
wakaka..
aku bru jek jupe blog ko..
ko mmg taiko beso..
bdn pon saiz beso..ekeke..
kalo aku jd cikgu ko..
bukan stakat pengawas..
pengawal skolah pn aku bg..
lahabaauuu
ko tak cuba nasib pengawas perpustakaan ke muahahahahah
aku anti pengawas!!!
saya suka kalau budak jahat jadi pengawas...nampak lebig hebat..
so kalau saya jadi guru besar, saya bukan saja akan lantik taiko jadi pangawas, sebagai ketua pengawas pun boleh
makin tua makin merapu la ko taiko.. suke lak aku membacanyer.. hehe
ina pon pengawas jigak. pengawas dapur. hehehe
aku tengah frust ngn kisah percintaan yang tak jadi ni boleh tergelak bace cite merapu ko ni.Keep it up,let`s cheer up da world
agak gila kuasa jugak kau ni kan.
apesal kat sekolah aku dulu baju pengawas tak kaler biru pon? yg aku dapat hanyalah tag besi yang tulis PENGAWAS, pin kat baju, dan bila berkarat menyebabkan baju sekolah kotor.
aku choose taiko jd pengawas kantin la. kene tengok budak tak berebut2, berbaris lurus, etc.
so, taiko cuma boleh makan bila bebudak lain dah abih makan.
lama2 mesti dia kurus, sebab makanan dah abih hehehh :D
kenapakah sangat klaka blog ini hinggakan aku telah mem-bookmark-kan ia.
kesimpulan entri ini ialah hang tergolong dalam budak pandai.
kalo aku jadi cikgu, aku amik budak yg aku tak suka jadi pengawas - tukang jaga kelas, tukang jaga barisan, tukang jaga budak datang lewat, tukang angkat buku dan tukang lain-lain.
aku rasa cikgu hang berpikiran macam aku..
kalau aku jadi cikgu...aku lantik ko jadi guru besar je la....amacam ?
Aku dulu dari ting 4- 5 pengawas. Tapi pengawas berhaluan kiri..Satu-satunya pengawas yang kena tangkap sebab berambut panjang dan bermain cinta...ha ha ha..
Psst...Kau Puchong di mana ekk?
ahmad: kau kah ahmad nurilham?
geegrik: pengawas perpustakaan sesuai untuk bapok2 saja ok?
13may: kau ni mesti suka isap rokok kat tandas sekolah ni!
nuraarin: sepatutnya memang begitu. terima kasih kerana setuju dgn saya
chi: aku masih 20an ok? belum tua lagi aaa
ina naim: ahh.. suara tak sedap! nyanyi lagu 'penawar rindu' sumbang gila!
zetty: aku bukan gila kuasa. aku cuma menuntut keadilan di metrofulus!
azq: cikai giler sekolahh...
passerby: kau jangan... kat kantin bukan senang nasik nak abis. silap2 aku makin gemuk sebab tolong makcik kantin clearkan nasik tak abis.
elevenapples: tima kasih.. lepas bookmark jangan lupa datang hari2 ya..
wan: aikkk... apasal tukar gambar? hari tu gambar stitch. anyway.. kau memang pakar dalam bab2 management ni! aku setuju!
anonymous: bodek nampak???
blackpurple: ohhh.. kau pengawas korup rupanya. Puchong? kat bandar puteri tuu.. ada korner sikit.. alaa...senang je rumah sayaaa..
kesimpulannya kau memang gila kuasa macam anak buah aku irfan jugak...
Post a Comment