Thursday, May 03, 2007

Arena Sukan

Hari ni aku nak bercerita pasal sukan la pulak.


1. Bola Sepak

Pernah berlaku salah paham di sebuah negara dunia ke tiga dalam sukan ini. Ini adalah kerana ada puak yang membaca huruf 'e' dalam perkataan 'sepak' secara 'e pepet', dan ada yang membaca secara 'e taling'. Mereka bertegang urat untuk memastikan bola sepak di mainkan dengan menyepak bola dengan kaki atau menyepak (lempang) bola dengan tangan. Akhirnya semua rakyat yang bergaduh itu mati kena tendang dan tampar oleh Menteri Belia dan Sukan negara itu. Buat pengetahuan anda 'e pepet' takde kena mengena dengan sejenis kemaluan.


2. Sepak Raga (Sepak Takraw)

Pada asalnya sepak raga dimulakan oleh seorang suami yang panas baran. Si suami telah menyuruh si isteri pergi ke pasar untuk membeli kuih cekodok. Tetapi si isteri yang bodoh-bodoh alang itu telah membawa balik beberapa ekor kodok dalam raga yang selalu digunakan untuk pergi pasar. Dengan kemarahan berganda, si suami telah menyepak raga itu sekuat hati dengan cara lipat maut.


3. Bola Keranjang

Pada zaman Parameswara dulu, permainan bola keranjang hanya dimainkan oleh sepasang pengantin baru semasa majlis kenduri kahwin (lepas acara marhaban). Ianya bertujuan untuk memanaskan badan sebelum mereka pergi ke ranjang.


4. Bola Tampar

Merujuk kepada peristiwa ngeri dalam sejarah bola sepak di atas, penyokong puak-puak yang mengatakan bola sepak sepatutnya dimainkan secara melempang bola dengan tangan telah mencipta permainan bola tampar ini. Menurut sumber yang boleh dipercayai (seorang pengawas pusat sumber), mereka telah melukis gambar Menteri Belia dan Sukan pada bola tampar itu untuk memastikan spike yang dilakukan sekencang cerita Moero Attack!


5. Badminton

Nama asal permainan Badminton ialah Bulu Tangkis. *oleh kerana terlalu lucah, aku terpaksa mengkensel untuk ceritakan asal-usul permainan ini* Tapi, aku bagi clue la sikit.. *tak jadi la... sebab clue pun terlalu lucah* Kalau nak tau jugak, sila tanya Misbun Sidek dan Haliza Misbun.


6. Judo

Permainan yang tak bermoral ini berasal dari negara Jepun. Orang-orang Jepun suka sangat mengacau kengkawan tengah semayang. Sewaktu rukuk dan sujud, kengkawan yang tak semayang tu telah menyuntut jubo orang yang semayang dengan menggunakan hujung jari. Pada suatu hari, salah seorang mereka telah tersilap suntut. Ada ke pergi suntut jubo Pak Imam. Pak Imam yang sedang khusyuk itu telah melatah dan suaranya berkumandang di corong speaker melalui mikropon. Oleh kerana rasa terhina, Pak Imam telah membelasah penyuntut itu dengan teknik Judo yang kita kenali pada hari ini. Pada asalnya, qariah surau di kawasan kejadian itu ingin menamakan seni mempertahankan diri itu sebagai 'Jubo'. Tetapi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancungan telah mengubah namanya kepada Judo supaya nampak lebih manis mengikut adat resam ketimuran.

Heh hehh.. ada lagi sukan lain sebenarnya.. tapi tak larat pulak nak tulis. Makin lama makin merapu pulak nampaknya. Stop kat sini dulu la. he he he.

Majulah Sukan Untuk Negara

11 comments:

13may said...

hehhe....

lawan pedang camna plak????

shafarina said...

ha ha ha ha

aku nak tau gak asal usul badminton tu wehhhh

sukan judo? *giggles*

Anonymous said...

whr the hell did u get all those nonsenses and yet "carzy klako" ideas?kewl!!kalau sukan air plak cmner?

Zetty said...

giller tak leh tido aku malam ni sebab terkilan tak tau cerita badminton tu.

CERITA LAAAAA!!!

Mak Su said...

apa punyer penerangan ler taiko ni... huhuhu

Anonymous said...

Taiko,
Kalau ko ada masalah horny, cerita laa kat aku. jangan la malu-malu dengan aku. I'm a good listener u know!

Anonymous said...

taiko,

kalo ragbi camne pulak asal usulnya?

Unknown said...

harharhar.. kelakau.. kelakau..

Taiko said...

13may: lawan pedang lagi bahaya.. pada asalnya pedang yang digunakan semuanya tumpul-tumpul.

wan dan zetty: bulu tangkis tu apa dalam bahasa inggerisnya?

anonymous: idea itu didapat dari neraka ke tujuh. Sukan air pulak bergantung kepada air apa yang digunakan. Kalau air mutlak, kena buat ambik wuduk je la.

Mak Su: ini namanya penerangan dalam kegelapan.. huhuh

TheOne: adakah anda tidak mengenali saya? sesiapa yang mengenali saya memang tahu saya horny. tak payah nak cerita-ceriti.. he he

asri: ragbi tu asalnya permainan untuk babi yang duduk dalam rak. Rak-bi. Sebab tu kalau main ragbi kena sondol-sondol.

azq: takkan kelau-kelakau je.. belanja la tengok cerita spiderman.

Anonymous said...

hehee...
main sukan pn ade istory ka..
aku igt kn main blasah jee..
ekeke....


p/s: main telo tuh sukan gak ke.?
xde kt M'sia...wakakaa

Unknown said...

macam bangangg jer blog ko ni