Wednesday, December 26, 2007

Kelapa dan Orang

Apasal kalau cuti je kita rasa best? Best betul kalau dapat rasa best kan? Tambahan pula setiap rasa best tu ada keunikannya yang tersendiri. Kalau tidur pun rasa best. Makan dan minum pun rasa best. Kencing, berak, dan kentut pun ada rasa best masing-masing. Rasa best mereka tidak sama antara satu dengan yang lain. Tapi yang penting, semuanya best. Jadi bersyukurlah dengan kebestan yang kita dapat rasakan, wahai rakan-rakan sekalian.

Pejam celik pejam celik, minggu depan dah masuk tahun 2008. Cepat betul masa berlalu. Anak aku yang sulung pun akan masuk tadika tahun depan. Terasa tua la pulak. Tapi takpe orang-orang tua ada cakap, kalau buah kelapa lagi tua lagi bagus sebab banyak minyak. Tapi orang muda pun boleh jawab balik, kelapa muda air dia lagi sedap. So, apa kena mengena buah kelapa dengan orang? Mari kita buat penaakulan mantik.

Kelapa Tua = Banyak minyak
Kelapa Muda = Air Sedap.

Orang Tua = Banyak minyak
Orang Muda = Air sedap

Huh? Patutlah orang lelaki tua suka kawin dengan orang perempuan muda. He he he.

Selamat Tahun Baru 2008. Semoga tahun depan adalah tahun yang ONG untuk anda semua, termasuklah Ong Beng Tiong (bekas pemain badminton Malaysia), Ong Tai Kim (supermarket kat Gombak), dan Ong Wee Jin (budak Maxis).

p/s: aku sebenarnya malas nak update. Tahun depan aku akan cuba jadi blogger yang baik. he he he.

12 comments:

Mak Su said...

aik? apa punyer penaakulan mantik ler...

bai bai

Uda said...

aku suka panakulan mantik ko nie.... bernas!!!

p.s. aku pernah buat spek dekat satu kedai spek di ong tai kim.... HAHAHAHA!!!!!

taik 'o' ais said...

lucah gile mantik ko tuh..tp kretip..i like

13may said...

oh! kena berguru ngan ko ni nampak gayanya :D

Zetty said...

mintak2 ONGkos minyak pun tak naik tinggi sgt tahun depan.

selamat tahun baru taiko, dan isteri taiko dan anak-anak kau jugak.

shell said...

Selamat 2008

p.s.

Ong Tai Kim dah ada cawangan kat sentul..

ateen said...

minyak dgn air bukan tak boleh bercampur kah?? :P~

ahmad_xkesah said...

ahahaa..
aku nk tmbah lg..

Kelapa Tua = Dah bleh buat santan
Kelapa Muda = Banyak dijual tepi jalan

Orang Tua = Dah bleh jd setan (yg xsdar diri)
Orang Muda = Banyak "menjual" tepi jalan (prasan lawa)

hehehhee...

13may said...

Wishing you a happy and prosperous new year..

Tenno Miyake said...
This comment has been removed by the author.
Tenno Miyake said...

Kelapa tua - isi liat
kelapa muda - isi lembut

dara tua - liat
dara muda - hehehehehe..

Taiko said...

maksu: ini namanya penaakulan mantik terpimpin.

uda: ya.. memang ada nas.

taik: mana ada lucah.. lincah aje.

13may: meh la register jadi murid heheh

zetty: selamat tahun baru jugak kat kau dan adik beradik.

shell: selamat tahun baru. ya aku tahu kat sentul ada ong tai kim besar. tapi aku tak pernah pergi.

ateen: memang tak boleh bercampur, tapi boleh digauli.

ahmad: kau memang pakar.. aku bagi 3 bintang.

tenno: liat la sedap he he he