Ada berita yang agak mengejutkan untuk aku masa tahun 1990 tu. Korang nak tau ke berita apa?
Jeng jeng jengggg (bunyi saspen sejak dulu)..
MAK AKU MENGANDUNG lagi!!!
Hah? Biar betul??
Ya betul.. Dah 9 tahun mak aku tak mengandung tiba-tiba jek boleh mengandung balik. Masa tu umur mak aku nak masuk 37 tahun. Ehh.. muda la lagi ye tak? Aku pun tahun ni masuk 31 tahun. Bermakna, kalau aku ni perempuan, aku boleh la mengandung dalam 4 kali lagi. Itu pun kalau aku ni subur. Kalau tak subur apa susah ye tak? Taruk la apa-apa baja. Subur la dia nanti. Ada sesapa yang nak volunteer jadi bapak kandungnya?
The last time mak aku mengandung ialah masa aku umur 4 tahun. Masa tu mana la aku paham apa-apa ye tak? Taik idung pun tergantung lagi kat dalam hidung masa tu. And for your infomesyen, masa aku tingkatan satu tu aku masih lagi tak paham macam mana pompuan boleh mengandung. Bukan setakat itu, aku tak tau pun yang bayi dilahirkan ikut saluran yang 'itu'. Alaa.. yang 'itu' laa.. tak payah la sebut betul-betul ye tak?
Aku ingatkan setiap kali pompuan bersalin, bidan atau doktor kena belah perut si ibu untuk keluarkan bayi. And then, bila aku fikir balik, macam mana pulak boleh ada bayi dalam perut yang penuh dengan nasik dan lauk ayam dan sayur tu kan? Mungkinkah ada 2 perut? Kekeliruan ini jugak berlaku masa aku belajar proses pembentukan awan. Aku macam tak boleh terima je yang awan terbentuk dari wap air. Abis tu, asap-asap orang bakar sampah tu pergi mana?
Masa tingkatan 2 baru la aku mengerti rahsia di sebalik proses mempermengandung. Sukahati aku je buat perkataan imbuhan berganda-ganda.
Tapi, ada bagusnya jugak bila mak aku mengandung ni. Bila malam je mak aku tak selera nak makan nasik dan lauk yang dia masak. Kadang-kadang nak mi bandung, kadang-kadang nak mi sup, kadang-kadang nak tom yam, kadang-kadang nak kuey tiau. Masalahnya sapa yang kena pergi beli kat gerai? Akuuuuu jugak. Tapi bila mak makan tak habis, sapa yang kena habiskan? Akuuuuu jugak. Sebab tu la walaupun aku tak mengandung, tapi perut aku banyak kandungan. Macam mengandung kembar 2 pulak tu kan? Perghhhh.. best giler jadi budak gemuk.. cute macam teddy bear.
Sambung lain kali. He he he..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
hehehe..
pas ni kamus dewan kne tmbah lg pktaan baru..
"mempermengandung"..
"diperngandungkan"..
ahahaa..
betul punyer tekezut ler.. rupa-rupanya kisah sejarah.
adik aku tgh ngandung gak. gila best ikut dia makannn... :D
masa wife ko pregnant? ko jugak kan yg kena berkejar sana sini carik makanan kan?? hehehe....
p.s. dan aku pasti ko yg habeskan makanan2 yg wife ko tak habes, unless.... wife ko pon buruk lantak mcm ko.... hehehe.... ;-)
hehhe hehhe hehhe....
adik ko laki ke pompuan???
1990 tu cam dah lama jek. apsal nak tekejut lak
best baca entry nih..
memang terkejut la sebab ko fikir mak ko dah tutup kedai ek, masa tu... tiba-tiba dapat adik sorang lagi, kan?
time tu ko manja sgt kot...tido pon sebelah mak..tu yg mak ko tensen tu..last2 dpt adek..padan muko tokleh nak manja2 lagi..
Tahniah buat mak you. I ada colleague, mak dia dipermengadungkan pada umur 60. Bapa dia masa tu dah 72. Sampai doktor siap kena slow talk ngan bapa dia--Salam Atok. Berhentilah. Kesian orang rumah.
hahahah...tak sabar nak tunggu sambungan...salam ziarah dan salam maal hijrah
ceis..asik2 sambungan...
mempermengandung?
kelakar la perkataan ko neh ekeke
mana hapdet? kata nak jadi 'baik'? :P
kejap...dimemperngandung pada umur 60?
fuhh..tahun bila ni?
hebat nya wanita tersebut..
kepermengandungan kepadaan keperumuran ke60an keperadalahan kesangatan keperhebatan.
lebih-lebih lagi proses permengandungan itu diperlakukan oleh keperseorangan keperlelakian keumuran ketujuhpuluhduaan.
-Ko ingat lenny gemuk x? mana dia eh?-
ahmad: anda memang seorang yang innovatif. tahniah!
maksu: tu belum kisah geografi lagi. Kalau tak, lagi terkezut!
ateen: jangan makan banyak sangat. nanti kau pulak yang 'mengandungi' banyak lemak.
uda: ya betullll.. sebab tu lah sebelum kawin berat aku 65. Lepas lima tahun berat aku jadi 100 kilo lebih.
13may: laki la..
na: sila baca blog saya dari awal. baru ada feel. he he he
umi ameer: ya betul.. nasib baik aku tak sakit jantung.
taik o ais: sila baca blog aku dari awal untuk tahu aku ni manja ke tak manja.
ailin in allborg: POWERNya atuk tu... he he he he..
shasha: memang kau kena sabar nak tunggu sambungan sebab aku malas giler nak update. hehehe..
terabot: kalau takde sambungan, habis la cerita aku he he he
lindosh: dah update dah.. he he
aku comel: semuanya atas kuasa tuhan. he hehe
tenno: keakuan kepunan ketaktahuan kedekatan memperdimana lehny mengitukan menyekarang.
Post a Comment