Thursday, January 31, 2008

Buat Pahala

He he he

Rupanya dah 2 minggu aku tak update ye? Agak bizi lah semenjak dua menjak ni. Takde mut je nak menulis. Puas aku kemut-kemut, tapi tetap takde mut. Hari ni baru ada sikit mut. Kalau tak, sure aku tetap mute. Ceh! macam ada rhyme pulak kan?

Kalau di waktu pagi kerja aku pergi pasar, di waktu malam pulak kerja aku ialah menjadi ustat sandaran. Bukannya aku pergi mengajar kat sekolah, tapi bebudak yang datang belajar kat rumah aku. Bukan ajaran sesat yang aku ajar, tetapi ajaran yang benar iaitu mengaji AlQuran.

Kalau korang nak tau, arwah atuk aku yang bernama Ujang adalah seorang tokoh ajar mengaji yang tersohor kat Kampung Jerjak, Padang Lebar, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Boleh dikatakan satu kampung tu bebudaknya semua belajar ngaji dengan atuk aku. Tradisi ini pulak diteruskan oleh Makmbong aku iaitu kakak Abah aku yang sulung. Kat mana-mana saja Makmbong aku duduk, dia akan mengajar bebudak ngaji. Penuh satu rumah. Pendek kata, di mana ada budak, di situ ada ngaji. Di mana ada ngaji, di situ ada Makmbong.

Abah aku pulak, bukannya dia yang mewar-warkan servis mengajar ngaji ni kat kawasan Taman Melati tu tapi mak bapak budak tu yang datang mintak tolong ajar anak diorang ngaji. Mula-mula tu 2 orang aje yang belajar. Tapi makin lama makin ramai pulak. Ye lah.. bebudak tu bagi tau kat budak lain. Budak lain tu bagi tau kat budak lain-lain. Budak lain-lain tu bagi tau kat budak lain-lain-lain dan lain-lain lagi atau dalam singkatannya dll. Macam buat multilevel la pulak kan? Last-last penuh pulak rumah aku masa time maghrib sebab bebudak datang mengaji. Kalau nak reject pendaftaran, tak sampai hati la pulak kan? Yang datang belajar tu tak payah masuk audition pun. Kalau tak, aku sebagai juri sure akan kutuk diorang giler-giler seperti picing ke laut la, tak menjiwai lirik la, tak cukup menggali la, dan 'jamban you tak bestlah!'.

Budak-budak yang datang mengaji ni ada yang terang hati, ada yang lembab, dan ada jugak yang basah (lembab gila). Yang bengap dan mengong pun ada. Apa taknya, bila first time datang, Abah tanya sebelum ni dah mengaji sampai mana? Kompiden giler la tunjuk muka surat yang dah advance. Sekali Abah aku test, rupanya hurup pun tak kenal lagi? Lepas tu muka toya je. Kena patah balik baca alip ba ta, pak aji mata buta, nak cium anak dara, tercium bontot kuda. Padan muka. Dengan aku, jangan harap la nak baca dari alip sampai ya. Kalau suruh baca dari alip sampai ya, sure betul punya tapi kalau tunjuk tang hurup mim, dia kena kira balik dari alip ba ta sampai la hurup mim tu, baru dia tau itu ialah hurup mim. Jadi, sapa yang belajar ngaji dengan aku, aku suruh baca dari ya sampai alip. Pening kepala bebudak tu. Nak tergelak jugak aku tengok. Tapi betul-betul efektif lah. Dua tiga hari je, terus kenal hurup.

Ada yang jenis baca sambil korek idung. Pelik aku! hari-hari dia ada taik idung. Korek hari ni, esok tumbuh baru. Korek esok, lusa tumbuh baru. Penyakit ketumbuhan ke apa? Ada yang jenis blur blur tu, bila bapak aku tanya "Ni baris 2 di atas ke, baris dua di bawah ke, atau baris dua di depan?". Aku bisik kat dia "dua baris di belakang". Dia ikut cakap aku. Mengong! Tapi bapak aku cakap, "mana ada baris 2 di belakang, 2 di belakang tu bontot!!" ha ha ha.. Toya je muka budak tu. Kesian pulak aku tengok.

Mak bapak bebudak tu kadang-kadang bagi la duit sikit. Satu kepala sepuluh ringgit. Kadang-kadang dapatla susu (bukan susu ibu), gula (bukan gula-gula), dan barang dapur (bukan dapur gas). Tapi tak bagi pun takpe. Bukan apa, jarang aku nengok kalau lepas habis mengaji, pelajar dijamu dengan makanan macam-macam. Hari-hari tau! Bukan malam Jumaat je. Kadang-kadang nasik goreng, kadang-kadang bubur kacang, kadang-kadang mi siam. Hoi nasik goreng! Hoi bubur kacang! Hoi nasiikkk.. Hoi bubur.. hoi nasikk.. hoi mi siam!! Kira apa yang mak bapak diorang bagi tu, dapat balik kat diorang la. Bak kata omputeh what you give you get back la. You get back, I give back hand la..

Sekarang ni bebudak tu semua dah besar dah. Kalau terjumpa aku, diorang masih lagi tunjuk hormat. Tapi takde la sampai tabik hormat. Bak kata pepatah, budi yang baik dikenang juga, budi yang jahat jangan sekali. Apa taknya, daripada tak kenal hurup, aku ajar diorang sampai la boleh mengaji AlQuran dengan tajwid yang betul. Alhamdulillah. Bak kata pepatah; belakang parang kalau di asah lagikan tajam, jadi double sided la parang tu. Lagi satu; Ular menyusup akar tak akan hilang bisanya, kalau hilang mungkin tercicir kat akar tu tadi.

Bye.


P/S: Undilah Nabil untuk Raja Lawak Astro Musim kedua.

16 comments:

Anonymous said...

Lame dah tak makan nasik goreng, bubur kacang dan mi siam.. hehe

Anonymous said...

aku pernah dgr taiko ngaji time bulan pose kat ittm dulu..sedap gak dgr..sejuk je hati..
itu baru dgr tu...kalo dpt paham makna sebenarnye lagi la sayu kot..

Anonymous said...

tambah sket..tp bulan pose je la..bulan lain belasah lagu punk ..ntah apa2..

Maklongnya Bedah said...

taiko layan punk kah? takde rupa pun...

shafarina said...

hohohooh

anda nak panas?
tambah panas lagiii??
anda tunggulah esok tengahari!!!

*toink toink*

lawak sungguh si nabil tuh

Anonymous said...

agaknye oghang nogori sumer macam ni kan...nabil pun org n9..huhuh. kat opis tuh pun penuh org negeri.. sepesen je den tgk..huhuh

p/s: bak kata ebby yus.. "oghang nogori ni romantik.."

huhuh

neway... superb blog u have here.. keep rawking bro!

Anonymous said...

Aku dulu ngaji dgn ayah aku.... silap satu bacaan tajwid, kena rotan.... silap jer rotan.... berbirat aku.... tp Alhamdulillah.... kalau tak, tak kenal Al-Quran aku.... (FYI : ayah aku garang mcm rimau, cikgu besar la katakan.... hahaha!!!!)

p.s. tukang masak kejera nya enteng, bangun pagi masak nasik goreng.... ;-)

Mak Su said...

oh.. ko ni ala-ala tuk guru lah ya. atuk... atuk...

suriani said...

kah kah kuang...
kelakau giler baca entry nih..

Mama_Nofal said...

byknyer peribahasa, siap dimodenkan plak..taper...aku tetap soka kakakkakaka

Izham Miyake said...

Skrg ko tak ngajar ngaji ke.

Soghe ko kan sedap. Tu belum menyanyi lagi.. hahaha!

booGie said...

Tabik spring bro. Boleh ajar ngaji.

Mak saya, kalau ngajar, sekali menjerit... Suma senyap.

Macam malaikat lalu

Aku Comel said...

i think u should join Raja Lawak juge...kenapa tidak?
mengaji pandai blogging pandai buat lawak pon pandai sgt nih...serius tak tipu...

an2 said...

taiko tak leh kuar live... dia main belakang brani la.. huar huar huar...

Anonymous said...

aku rasa kalau Nabil tadak idea buat lawak die WAJIB baca blog ni. Konpom monang..pakcik kayooo..

Taiko said...

iz: order aje la kat kedai, bukan susah.

taik o: kau sapa ha? betul ke kau dengar aku ngaji? atau.. masa tu aku pasang kaset je? he he he.

taik o: dari kena lempang lebih baik dengar lagu punk.

ateen: uik? macam la pernah jumpa aku. Kau tau tak, dulu-dulu landak pun takut dengan aku tau!

wan: tapi nabil dah makin kureng lah sekarang. Tengok la malam ni punya raja lawak macam mana.

sap: oghang nogori bukan saja romantik, tetapi berbakat.

uda: bebudak sekarang ni je yang nak belajar ngaji pakai vcd, takde sapa nak rotan.

maksu: kalau kau nak tau, aku dah ada 2 cucu dah sebenanya.

umi: ha ah la.. kelakar la.. he he he

ms_mer: seperti kera mendapat bunga, kera pun pandai sambut valentine.

tenno: ajar anak aku aje la. tu pun pakai vcd je. he he he

boogie: kirim salam kat mak awak ye. he he

aku comel: tahun depan la aku try masuk raja lawak. vote aku ya.

an2: laaaa.. idup lagi.. aku ingat dah mamp.. he he

cik lidi: kalau dia cilok lawak aku, kena bagi aku la nissan latio he hehe