Thursday, February 23, 2006

Getah Paip Yang Teraniaya

Hai!

Aku meninggalkan darjah satu dengan rasa tak puas hati je. Nasib baik la ada cuti sekolah. Cuti sekolah tahun tu aku tak ke mana-mana. Duduk kat rumah aje. Aktiviti kat setinggan tu berjalan seperti biasa macam yang telah dijadualkan. Banyak jugak aktiviti senonoh dan jugak tak senonoh yang aku implement. Masa tu Along pun dah duduk dengan kitorang balik. Masa time sekolah dia duduk rumah Makmbong kat Jalan Gurney. Jadi bila cuti, dia duduk la dengan kitorang. Dialah yang menjadi perancang utama untuk menjalankan aktiviti alam ria cuti sekolah masa tu. Kalau takde dia aku rasa tak jadi la cerita yang aku nak cerita ni.

Kalau korang nak tau, kat kawasan rumah aku tu ada saluran paip getah yang tak tahu dari mana pangkalnya dan kat mana hujungnya. Paip getah ni ada air yang mengalir kat dalam dia. Untuk tujuan apa air tu pun aku tak tau la. Along yang dah takde kerja lain nak buat tu pun cucuk la getah paip tu dengan paku lalu terpancutlah air macam air pancut. Bila air tu terpancut ke atas, ia akan turun semula ke tanah sebagai air hujan pulak. Yahoooo… boleh la mandi hujan bila-bila masa walaupun hari tak hujan. Bukan setakat satu lubang aje yang kena tebuk, tetapi banyak. Kalau rasa nak mandi hujan jauh sikit dari rumah, kitorang follow aje la getah paip tu kat tempat yang jauh sikit, dan cucuk dengan paku, dapatlah mandi hujan secara berkelah. Siap boleh kumur-kumur lagi dengan air tu. Bukan apa, gigi bersih rakyat sihat.

Tapi kegunaan air pancut tu yang paling kreatif ialah bukan untuk mandi hujan tetapi untuk beristinjak atau dalam bahasa kampungnya ialah ‘basuh berak’. Selalunya kalau berak kat sungai, kitorang terus istinjak pakai air sungai aje. Tetapi disebabkan getah paip tu ada jugak kat tepi sungai, kitorang tebuklah satu lubang khas dan special untuk air basuh berak. Kelajuan air pancut tu lebih kurang sama dengan air pancut kat Car Wash. Cuba la korang bayangkan kalau air pancut car wash tu ditembakkan dekat anggota badan yang hendak dibasuh. Tak ke sekejap aje dah bersih? Tapi kalau ditembak dari jarak yang dekat, memang sakitlah bontot.

Untuk mengelakkan dari kesakitan dan kengiluan bontot bila ditembak dengan air pancut, maka kenalah bergotong-royong dalam membasuh berak. Gotong-royong di sini bukannya bermaksud aku gosok bontot orang lain, orang lain gosok bontot aku! Maksud aku, kalau aku berak, Alonglah yang kena tembakkan air pancut tu kat bontot aku dalam jarak lebih kurang sepuluh langkah. Aku tengok Along bukan main suka lagi tembak-tembak bontot aku. Dia siap suruh aku gerak bontot ke kiri, kanan, atas, bawah supaya dia pun boleh mengubah arah pancutan air mengikut posisi bontot aku. Mungkin masa tu dia imagine tengah berperang dan tembak orang jahat sebab muka dia serius semasa mengalihkan haluan air pancut tu seolah-olah sedang menembak musuh yang sedang mengelak-ngelak. Bila aku rasa bontot aku dah bersih pun, dia kata nanti dulu, dia nak tembak lagi. Sampaila dia rasa puas baru la dia stop. Bontot aku jugak la yang jadi mangsa fantasi dia. Aku rasa sebenarnya pun bukan dia nak buat kerja amal membasuh bontot aku, tapi sebab dia nak main air pancut tu secara tembak-tembak.

Lama-kelamaan semakin banyak lah air pancut yang terhasil daripada usahasama adik beradik aku. Abah tengok pun pelik. Apasal la banyak sangat bocornya paip ni? Takkan la kena gigit dengan kucing atau kena patuk dengan ayam boleh jadi bocor. Tebal jugak la getah paip tu. Bukan size macam yang boleh cucuk kat kepala paip kat rumah tu. Ni besar lagi macam saiz botol kicap. Nak tebuk satu lubang pun susah jugak la. Tapi Abah tak tau pun yang kitorang yang tebuk paip tu. Mungkin dia ingat budak-budak jahat mana punya kerja entah. Tapi aku tengok kadang-kadang dia guna jugak air pancut tu untuk basuh motor. So, kira dia merestui jugak lah kebocoran paip tu. Bila kontraktor paip tu datang cek paip, diorang tampal la balik lubang-lubang tu dengan getah. Habis diorang tampal sampai takde dah air pancut yang available. Tapi… guess what? Patah tumbuh hilang berganti.. kitorang tebuk lah balik paip tu ha ha ha ha.. jahat gila! Yelah.. Addict punya pasal.

Aku tak ingat macam mana Abah boleh tau bahawa kitorang yang tebuk getah paip tu. Tak silap aku, Along kena pukul jugaklah disebabkan kes juvana ni. Sejak dah kantoi tu kitorang pun dah tak tebuk paip tu lagi. Kitorang buat aktiviti lain pulak seperti pergi kedai dan tanam pokok ubi kayu. Jadi anak yang soleh la pulak. Tapi sekejap aje la. He he he he..

Kalau korang rasa cerita aku ni kotor, aku mintak maap la. Aku tak tau macam mana nak tulis cerita ni secara sopan dan tak straight to the point. Bagi aku, ini adalah pengalaman real yang tak sepatutnya aku lupakan dalam hidup aku. Bukannya aku suka cerita menda-menda yang berkaitan dengan taik, berak dan bontot ni. Tapi memang itulah ceritanya! Lagipun aku rasa, kawan aku yang bernama Mohen suka cerita-cerita yang genre macam ni. Tak gitu Mohen?

Sebagai penutup, aku nak bagi satu teka teki:

Pisau potong daging,
Daging potong apa????

Esok aku bagi jawapan dalam ruangan ‘Sampukan’.

Chow!

22 comments:

Anonymous said...

kari daging kot..takkan sekor2 nak wat kari..tul tak..ahaks

Anonymous said...

potong nyawa..mkn dagin merah banyak bleh kena strok..sakit jantung..obesiti nurhaliza kas kas kas...

Zetty said...

potong stim laaa abang taiko ni kehkehkehkeh..

p/s: bau perfume still ada ni ha.

Anonymous said...

pisau potong daging..
daging potong...hrmm..???
nie..aku tak pernah dengar...
aper jawapan nyer??:P

Unknown said...

muaakakakaa....betol betol aku sokong potong stim.....cikgu, petang ni saya siapkan sajak kerana eh?? semalam mc la...saje gatal2...

Unknown said...

heh heh heh...

tinidewi said...

cait! dah ler aku tgh makan coklat. hantu ko taiko :P

Taiko said...

faitty: salah!

anonymous: salah!

zetty: walaupun jawapan kau kreatif, tapi tetap salah!

bisu: cis! aku suruh bagi jawapan. Bukan soalan!

Fina: sokongan kau salah!

azq: salah!

tinidewi: mintak maaf.

Apa laa korang ni. Teka teki aku tu mesti la ada kena mengena dengan cerita aku tu. Ok laa.. aku bagitau la jawapannya.

Pisau potong daging..
Daging potong apa???

Daging potong TAIK la. Kalau kita berak, mana ada kita ambik pisau untuk potong taik tu bagi putus. ha ha ha ha ha.. pengotor sungguh teka teki aku.. tolong sebarkan teka-teki ini ya.

Izham Miyake said...

heh heh heh.. aku ni dah tak kira jawab dah ni kan.. aku baru nak jawab tapi disebabkan aku lambat bukak blog kau ni, so aku kira tak layaklah..

Tapi apsal azerque tersengih2 tu?

* musykil

Unknown said...

hahahahha... aku dah tau dah jawapannye... aku hanya mampu gelakkan korang je la... hahahhaha...

Izham Miyake said...

takci la korang tido sekatil.. ugut sikit sure taiko bagitau punya....

takci takci takci....

woi takci!

Taiko said...

tido sekatil... berak sejamban.. tapi berak asing asing.

Anonymous said...

brader.. ko kalakar giler la.. staf2 aku dah pelik tgk aku senyum sowang2...

deynarashid said...

ok..aku ade teka teki gak: dalam byk2 ban (atau bahse inggerisnye bun), ban ape yg baik? hoho

Anonymous said...

senang jer tuh tekateki ko deyna..bantal..di englishkan jadi 'buntal'..ahaks..bila ko nak update ni taiko..gian dah nih!!;-)

Anonymous said...

apa pendapat ko tentang sariberita, news blog tu... bagus kek?

Taiko said...

awek basikal: aku pun rasa kelakar je bila aku bercakap dengan aku

deyna: ban apa pulak ni?? bantai? bantut? jamban? bandangan? banting? bangat? roti boy?

faitty: aku sekarang ni curik2 masa aje nak memblogging tau.. kalau aku sempat jawab sampukan korang tu, kira bagus la tu he he

Taiko said...

anonymous: bagus... kirim salam kat awek yang baca berita tu.

Unknown said...

nape taik? tak paham....

Anonymous said...

tqjuabiiu http://www.free-mass-traffic.net/free-mass-traffic/free-mass-traffic-review Free Mass Traffic

Anonymous said...

[url=http://louboutinmart.co.uk]christian louboutin[/url] In this update of his 1993 discussion of the contentious issues of school censorship and selection, Reichman includes a school system preparedness checklist, ALA Library Bill of Rights, a workbook for selection policy writing, sample policy, guidelines for student publications, advice for treating concerns about library holdings, national resources, and summaries of legal cases (1969-98).. [url=http://dkgoose.com]Canada Goose tilbud[/url] Cpkvwwibm [url=http://csrhelix.com]Canada goose outlet [/url]
tjbeid 543767 [url=http://www.chilliwackbombersoutlet.com]canada goose expedition jacket sale[/url] 076727 [url=http://www.beatsbydreaonsales.com]beats by dre christmas sales[/url]

Anonymous said...

[url=http://www.mulberryinoutlet.co.uk]Mulberry Alexa[/url] Do you make resolutions every year? Do you keep them? I don't either!Instead I have decided to make some "lifestyle changes" this year -namely, to get up and move more, and to learn some new things. [url=http://dkgoose.com]Canada Goose Parka[/url] Axgjncrhz [url=http://www.louboutinoutletuks.co.uk]louboutin outlet[/url]
kvyzpg 702071 [url=http://www.chilliwackbombersoutlet.com]goose hunting in canada[/url] 428529 [url=http://www.officialcanadagooseparkas.ca]canada goose in toronto[/url]