Assalamualaikum..
Ek ellehhh.. rupa-rupanya dah seminggu aku tak update blog. Kalau macam ni bila la cerita aku nak abis? Dah banyak post aku hantar tapi baru cerita sampai zaman darjah satu. Takpe.. takpe.. sabar tu separuh dari Iman.
Kalau korang nak tau now ni dah pukul 12:47 pagi. Aku ni bukannya kat rumah. Kat rumah aku takde line telepon pun untuk berinternet. Aku kat Nilai ni. Tengah kerja. Lepas hantar satu 'Command' kena la tunggu lebih kurang setengah jam, baru la command complete. So, aku pun memblogging la pulak. Aku sambung riwayat hidup aku la...
Haaa.. Masa zaman cuti sekolah darjah satu tu, ramai jugak penduduk rumah-rumah setinggan yang berpindah dari kampung setinggan tu. Kitorang dipaksa pindah oleh kerajaan secara berperingkat-peringkat. Mak sedara aku yang rumah dia atas bukit tu pun dah pindah dah. Semua penduduk kat kampung tu dioffer untuk beli rumah flat kat Taman Melati, KL. Bila dah pindah, rumah diorang akan diranapkan oleh traktor bajak dengan sekali kaut aje. Kalau dibiarkan je rumah tu sampai sekarang aku rasa value dia boleh naik sampai RM300,000 la.
Kat rumah mak sedara merangkap aunty aku yang dah kena roboh tu ada la sebatang pokok nangka. Eh.. nangka ke cempedak aku pun tak ingat. Tapi buah dia jenis yang rupa macam buah nangka atau cempedak tu la. Buah apa lagi yang rupa macam buah nangka atau cempedak kalau bukan nangka atau cempedak. Haa.. alang-alang aku cerita pasal buah, aku nak bagi korang teka teki la.
Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang boleh dimakan?
Jawapan: Buah-buahan
Dalam banyak-banyak buah apple, buah apple apakah yang ada mahkota di atasnya?
Jawapan: Pineapple. ha ha ha.
Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang ada 2 bijik dan boleh kena kanser?
Jawapan: heh heh.. malas nak jawab. Err.. buah pinggang la. Apa yang korang ingat? otak kuning la korang ni!
Berbalik kepada cerita buah nangka atau cempedak tadi. Sebelah rumah aunty aku tu, ada jiran dia yang tak pindah lagi iaitu pakcik Mat Isa. Pakcik Mat Isa ni sungguh buruk perangainya. Dia adalah seorang yang 'tamak selalu rugi' umpama anjing dengan bayang-bayang. Kenapa aku cakap macam tu? Haa.. satu hari tu Mak suruh la aku, Along, Bangcik, dan Angah pergi ambik buah cempedak atau nangka kat pokok aunty aku tu. Kitorang sebagai niece dan nephew (ok gak English aku kan?) nak menuntut hak keluarga la. Tapi si Mat Isa tu tak bagi. Dia kata pokok nangka atau cempedak tu dia yang punya, bukan Ahmad Albab yang punya. Ek ellehhh.. Dia ingat kitorang ni budak-budak ke sampai berani dia kelentong kitorang. Eh eh.. ye la.. masa tu memang la kitorang ni budak-budak lagi. Maafkan aku, aku tengah beremosi sampai terlupa bahawa aku sedang ceritakan secara 'Flashback'.
Kitorang cakap la yang rumah aunty kitorang tu ialah rumah aunty kitorang. Tapi dia tak percaya. Kalau la masa tu ada ujian DNA untuk membuktikan yang kitorang ni ialah niece dan nephew tuan pokok nangka atau cempedak tu, aku rasa sure malu je Mat Isa tu. Untuk menambahkan lagi kebengangan kitorang, Mat Isa tu pun ambik la sebijik buah dan kupas la depan kitorang. Lepas tu dia makan la buah tu dengan gagahnya tanpa menyedari bahawa 'itu bukan gagahh, tapi GELOJOH bodohh!!'. Memang gelojoh pun, sebab aku nampak rambut-rambut buah nangka tu tersidai-sidai aje kat bibir dia macam tanam tebu di tepi bibir.
Haaaa.. bila aku visualize muka dia dengan rambut-rambut buah nangka kat mulut dia tu, baru la aku ingat bahawa buah tu ialah buah nangka, bukannya buah cempedak. Kalau buah cempedak, ulas-ulas buah tu tak melekat dengan rambut-rambutnya kan? Si Mat Isa tu pun makan sambil tunjuk-tunjuk kat kitorang la macam Abdul Wahub tunjuk-tunjuk duit kat Hussin Lempoyang.. Macam la kitorang terliur sangat nak makan nangka tu walaupun aku telan-telan air liur jugak la supaya tak meleleh. Nak kontrol macho punya pasal la.
Disebabkan kitorang bengang sangat dengan Mat Isa tu, kitorang gelar la dia sebagai KOGHO MAT ISO (Kera Mat Isa). Ni loghat Negeri Sembilan la. Memang muka dia macam kogho (kera) pun. Tapi dia tak dengar la kitorang gelar dia Kogho sebab kitorang pun bukannya berani sangat dengan dia sebab kitorang kecik lagi.
Lepas tu kitorang pun pulang la ke rumah dengan membawa khabar buruk untuk Mak bahawa nangka tidak dapat diperolehi sebab ada kogho yang dah makan.
Kepada Kogho Mat Iso, kalau kau masih hidup lagi, kau tunggu aku kat simpang tiga sana. Mari kita selesaikan hutang yang belum terlunas. Aku masih trauma dengan rambut-rambut nangka kat mulut kau tu!! Bila keranda diusung barulah bercucuran air mata!! Nah kau!!!
CHow.
Apa benda la aku cerita hari ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
brader..ceghito hari nie mcm emotional skit..tapi still lawak..haha
haha taiko betul..huhu..jawapan utk teka teki hr tu ialah: bantu-membantu :) have a nice day!
cakap pasal org tamak ..bos aku la org paling tamak.dia tau projek nk masuk juta juta..ade ke dia cipta krisis supaya dia bleh kick partner diA yg spenuh jiwa raga naikkan nama syarikat..jahat la bos aku yg botak tuuuuu..kill kill..die die...
sori taiko..memang x de kena mngena dgn citer ko..ohh
Orang tamak tak selalu rugi. Kalau ko ingat baik2, Lego adalah contoh orang tamak yang tak pernah rugi. Sebab dia bukan macam anjing dengan bayang-bayang. Hehehe..
Bila kau nak gaduh dengan Kogho Mat Iso tu? Nak join! Aku pun dah lama tak celepuk orang nih.. Last sebulan lepas kat KL Sentral. Celepuk budak ragut beg!
deyna: aku dah tau dah jawapan dia. Saja tak nak jawab betul, nanti kau kecik ati pulak.
l4dibird: lempang aje boss kau tu dengan kedua-dua belah tangan serentak. Cikgu aku masah darjah 5 suka buat tu.
izham: Lego babi bintik sebab tu la tamak selalu untung.
hahahahha... rambut-rambut nangka tersidai kat tepi mulut?? hahahhahaha...
p/s; aik? dah sampai opis ke?
dah sampai dah
ending dia dasyat la...mcm novel sastera melayu form 3.
Meremang bulu roma aku taiko huhuhuh...!
mmmmm hari ni tak dramatic dan tragis langsung...mnacam biasa taiko... mutu bahasa boleh dipertingkatkan...kiasan kiasan yang dibuat dirembat daripada komek komek ... penggunaan flora dan fauna kurang contohnya unta, lembu..monyent..jering ka TEMPE ka..jalan cerita sederhana..hanya pada awalnya baik tetapi ditengah tengah hancur, readability, mcm sebelum sebelum ni, background dia gelap tak ceria..watak balik balik Taiko gilo..masukkanlah watak watak rosyam ke..nasha aziz ka...tidak keruan, tak best, tak dapat bintang..lampu..penyapu..kambing. unta...penyu..hahahhahahahahahaha
macam celaka je mohawk.. eh silap.. moheik.. eh silap.. mohens..
Taiko.. apsal tu.. cam kantoi je..
Eh dah sampai office? Hehehe..
Mohen: kau kalau aku cerita pasal taik, haram kau nak menyampuk!
Izham: Hari tu aku kerja malam. Jadi azq ingat aku kiat rumah lagi kot.
Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. Cartoon of a fisherman Moblie freezer Tranny about me lingerie friends personal home page Short hair small tits Honda car cover used car donation Canada chrysler Celebrex equivalent generic Blowjobs from blacks
Post a Comment