Tuesday, March 07, 2006

Masuk Darjah 2

Pada tahun 1985 aku dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke darjah 2 pulak. Aku masih lagi bersekolah dekat Sekolah Kebangsaan Polis Depot tu. Aku rasa banyak budak-budak yang sekolah kat sini ialah anak-anak polis. Anak-anak Gerak Khas pun sekolah kat sini jugak. Anak A. Galak, Abby Abadi, AC Mizal etc. Tak caya tanya Yusop Haslam. Lepas korang tanya Yusop Haslam mesti korang tak caya punya sebab Yusop Haslam pun tak caya.

Kelas baru aku ialah kelas 2 Kuning. Kali ni cikgu kelas aku berbangsa Cina pulak. Nama dia Puan Teoh. Walaupun nama dia Teoh, tapi dia takde la cun macam Lina Teoh dan takde la hodoh macam burung tiong. Rambut dia kerinting macam Pua CHu Kang. Pakai spek dan bermata sepet. Biasa la tu kan, orang China kan banyak mata sepet. Kalau tak, takkan la Yasmin Ahmad boleh buat cerita Sepet. Berikut adalah tajuk-tajuk movie Yasmin Ahmad yang akan datang:

1. Penyek (untuk yang berhidung penyek)

2. Kombang (untuk yang berhidung kombang)

3. Lebar (untuk yang berponggong lebar)

4. Tonggek (untuk yang berponggong tonggek)

5. Jongang (untuk yang bergigi jongang)

6. Suwok (untuk yang berdahi luas, except aku)

7. Boroi (untuk yang berperut boroi)

8. Pengkar (untuk yang berkaki pengkar)

9. Capang (untuk yang bertelinga capang). err.. korang perasan tak, telinga Siti Nurhaliza macam capang-capang sikit. Itu yang Dato' K suka tu. He he..

Ini sudah lari dari topik.

Berbalik kepada cerita Puan Teoh. Dia ni mengajar banyak subjek termasuk la subjek Bahasa Malaysia. Banyak jugak ajaran sesat yang aku terima dari dia dalam subjek BM ni. Apa taknya, dia punya pronunciation pun tak betul tapi dia anggap betul, lepas tu dia suruh student dia ikut pronunciation dia yang tak betul tu. Umpama ketam ajar anak berjalan lurus la. Contohnya, kalau perkataan 'rezeki' tu dia sebut 'REZEKKI'. Huruf 'E' dalam perkataan 'REZEKKI' tu hendaklah disebut macam sebut huruf 'E' bagi 'EPAL', bukan 'E' bagi 'EMAK'. Kalau untuk lebih ilmiah lagi, huruf 'E' tersebut ialah E pepet, bukan E taling. Korang takkan tak pernah belajar E pepet dengan E taling ni. Sapa yang bagi nama pepet dengan taling tu aku pun tak tau. Orang Petaling agaknya. Tapi macam mencarut pulak bunyinya. Tak senonoh betul orang tu. Nasib baik bukan E pundek. Kalau tak, confirm mencarut. Aku tak mencarut ye, aku nak jelaskan aje. ha ha ha. Eh,... sekarang ni banyak pulak words yang pakai huruf E macam email, e commerce, e wallet, e learning dan macam-macam lagi.

Ini sudah lari dari topik.



Ustaz Mat Nor dah tak ngajar kelas aku dah. Ada ustazah lain yang mengajar subjek agama Islam. Ustazah apa entah nama dia aku pun tak ingat. Aku tak ingat sebab aku tak suka sangat kat Ustazah ni. Dia ni pilih kasih sikit. Dia suka budak yang nama Zaki (yang aku ingatkan nama dia IKAN tu - rujuk posting aku pasal first day aku masuk sekolah). Dia suka Zaki tu sebab bapak si Zaki ni ialah ustaz kepada dia masa dia muda-muda dulu. Padahal si Zaki ni bukannya pandai sangat.

Ada sekali tu aku ingat aku ada buat kesalahan apa entah. Aku menyorok la bawah meja. Ustazah ni bengang dekat aku, dia joloknya aku dengan bulu ayam tu. Dia ingat aku ni ayam ke nak halau-halau dengan bulu ayam. Tapi memang salah aku pun. Budak nakal.. heh heh heh. Aku masa tu pura-pura bodoh aje bila time agama. Tapi, masa exam aku score 100, senyap ustazah tu. Si Zaki tu dapat markah 80 lebih aje. ha ha haha... Belagak!

Itu sajalah entry aku pada hari ni. Selamat afternoon.

16 comments:

awek basikal said...

la nape ustaz mat noor tu tak ngajo lagi ek? kalau tak leh jadik temporary ustaz lagi..

Sharida_Takuya said...

awat pendek noo cite ari ni.. baru gelak 5kg dah abis..

Zetty said...

hari ni cerita banyak terkeluar topik la. apa ni!

azq said...

aik? kat sini pun ada gossip siti dgn dato' k??? hahahahhaha...

Taiko said...

Awek beskal: ustat mat nor pencen kot masa tu.

Sharida: pendek salah, panjang pun salah. Pendek-panjang, tergolek-telanjang.

Zetty: walaupun keluar, tapi dia masuk balik. keluar masuk keluar masuk topik la

azq: Nak bagi rating tinggi sikit!

Anonymous said...

taiko,auntie suke la baca your blog. kelakar habis..kdg2 auntie tergelak sorang2 mcm org tak betul. auntie dulu stf gk mcm azq mce taun 74. krm slm kat azq ek...

faitty said...

perghh..ada auntie minat kat ko lak taiko..hebat!!..erkk silapp..minat blog ko..;-)

Taiko said...

auntie: tahun 74 tu saya tak lahir lagi. Maksu saya stf gak dulu. Tahun 70 an jugak tapi tak tahu tahun berapa. Nama dia Maziah bt Ismail. Ahli pancaragam. Saya dulu nak masuk stf gak, tapi reject sebab jantina lain.

faitty: aku cuma boleh buat cam ni aje :8)

Tenno Miyake said...

aku pun dulu nak masuk stf gak. sampai derjah tingkatan satu baru aku tau stf tu untuk bebudak perempuan.

tu pun cikgu sekolah aku bagitau.

azq said...

Maksu Maziah tu kalau tak silap MCE tahun 77 kot... ada gambar dia pakai uniform band yg skirt pendek kat rumah uwan perak sana... heheheh...

bai izham - jom la lawan futsal kalau kau berani... ajak geng-geng mozek kau dulu...

Anonymous said...

Keep up the good work
Beaded handmade jewelry precious semi Marine corps red formal jacket the best body jewelry

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. Asian teen girl finger fuck Chevrolet lumina vans apv Weight losss pill

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP cabinet hardware' Bmw 318 is parts Lunesta valium interaction Order vicodin online online scripts.com dryers fix national city http://www.xxx-black-drunk-sex.info/american-bikini-team-website.html Sexy woman web cam Apartments for rent and queens new york excel camping lists U-ways supplement Automobile theft insurance

Anonymous said...

This is very interesting site... mercedes vito elervating roof Vw jetta 2002 strut problem Statins in neurology lamictal drug information online xanax vicodin both buy it Area rug pastel shopping jvc video cameras City jeep and chicago il Area rug padding canada Female footwear 11 x 13 wool area rug area rug padding Weiss domains Protonix 40 mg tablet ec Disability insurance long stroke term surfboard area rugs Diazepam rectal gel online Cheri blum area rug Drivers download creative webcam software http://www.surveillance-0.info/unwantedsideeffectsofeffexor.html

Anonymous said...

Excellent, love it! » »

Anonymous said...

best regards, nice info »