Thursday, March 09, 2006

Berkawan dengan Iskandar

Masuk darjah 2 ni kelas aku dibahagikan kepada 3 kumpulan tempat duduk iaitu kumpulan A, B, dan C. Kumpulan A ni budak pandai. Kumpulan B sederhana dan kumpulan C budak bodoh. Aku masuk dalam kumpulan B padahal aku pandai. Ye laa.. kalau dapat nombor 4 tu kira pandai la kan? Kenapa aku dimasukkan dalam kumpulan B aku pun tak tau. Budak-budak kumpulan A ni belagak semacam aje padahal bengap dari aku!

Aku duduk sebelah 'Siti Fatimah Pelat Huruf R' dan jugak sorang budak yang bernama Iskandar. Walaupun nama 'Iskandar' ni macam nama lelaki hensem, tapi muka budak Iskandar ni macam kepala ikan nasik kandar. Gusi dia luas. Hidung dia kembang sikit. Bibir tebal. Tapi aku suka berkawan dengan budak ni sebab dia cool dan agak juvana orangnya.

Aku selalu makan dengan dia masa time rehat kat kantin. Dia ni jenis selamba gila. Satu hari tu dia tanya aku nak makan apa. Aku cakap la nak makan mihun goreng. Dia tak pergi beratur bersama-sama bebudak nerd yang lain tetapi dia masuk ke dalam dapur kantin tu. Dia bayar 60 seb untuk harga 2 piring mihun dan dengan selambanya cedok lagi mihun dalam besen untuk tambah dalam piring tu. Aku tengok dia cedok punya la laju sampai makcik kantin tu pun macam tak perasan aje. Kenyang aku makan mihun hari tu.

Dari Iskandar ni jugak aku selalu dengar cerita-cerita 18sx. Tapi kebanyakan cerita dia tu cerita tipu la. Ada sekali tu dia cerita kat aku yang dia pernah skodeng satu couple buat projek dalam tandas. Dia kata dia panjat dinding tandas tu dan tinjau dari atas. Dia nampak la kapel tu cium-cium dan lain-lain lagi. Dia pun gelak la kuat-kuat macam anak jin sebab dia rasa kelakar masa tu. Kapel tu pun kantoi la dia tengah skodeng. Yang si lelaki tu pun ambik la galah buluh dan jolok-jolok la bontot si Isknadar ni banyak-banyak kali. Iskandar ni pun mengaduh-aduh la. Bila dah tak tahan sangat, baru la Iskandar tu terjatuh. Memang cerita ni cerita tipu la. Sebabnya:

1. Macam mana pulak dalam tandas ada galah pulak? aku rasa maybe dia terpengaruh dengan pantun buah cempedak di luar pagar ambik galah tolong jolokkan.

2. Dia kata dia panjat dinding untuk skodeng, mesti la bontot dia kat luar tandas, dan cuma kepala dia aje yang dapat jenguk dalam tandas. Kalau bontot dia kat luar tandas, macam mana la lelaki tu nak jolok bontot dia dengan galah?

Tapi masa dia cerita kat aku tu aku percaya la. Bila dah besar, aku teringat balik dengan cerita dia ni, baru la aku tahu bahawa aku telah ditipu.

Satu ilmu yang aku dapat dari dia ialah ilmu 'kacau kucing berak'. Kalau kucing tengah berak, aku dengan dia kena cangkukkan jari kelingking antara satu sama lain kat belakang kucing tu. Jari kelingking aku tarik jari kelingking dia, dan jari kelingking dia tarik jari kelingking aku macam lawan tarik tali. Dia kata itu petua nak kunci bontot kucing tu. Bila bontot dah kena kunci, tak dapat la kucing tu nak melabur. Jadi jugak la!!!! cuba korang try!

Ada sekali tu, dia ajak aku kongsi beli burger selepas habis kelas. Time tu aku tengah tunggu bapak aku datang ambik. Dia pulak tengah tunggu van datang ambik. Lepas beli burger tu dia tak bukak-bukak burger tu sebab dia kata panas lagi. Lama jugak aku tunggu burger tu nak sejuk. Alih-alih bapak aku datang, terpaksa la aku balik. Bila aku dah naik motor ngan bapak aku, baru la dia bukak burger tu dan tanya "kau nak sikit ke?". Ek ellehh... aku dah nak balik baru kau bukak. Cilakak betul. Memang dia pandai kencing la. Aku kena tipu bulat-bulat. Cis tak patut!

Mana kau wahai iskandar? dah doploh tahun dah tak jumpa. Kau sekarang dah jadi penyangak ke? Kalau jadi 'orang' alhamdulillah la. Ganti balik burger aku!

Chow.

7 comments:

Anonymous said...

mmm let me be the first to comment...mmm bila ko nak beso ni baru darjah 2...lembab betol la ko ni huuhuhuhhuh

Izham Miyake said...

heheh..

aku pun ada kawan yang macam version iskandar kau jugak tapi nama dia mazlan.

tapi aku kenal dia masa derjah satu.

Aku sungguh tak faham bila dia masukkan jari dia ke dalam bulatan yang dibentuk daripada jari dan mengerang2. (korang faham ke tak ?)

Aku tanya apsal? Dia kata sedap. Apa yang sedap entah. Aku pun tak tau..

Tapi dia yang selalu kena tipu. Dia selalu cakap dia kaya, so aku selalu tipu dia cakap aku miskin. So hari2 dia belanja aku makan kat sekolah.

Tapi dia sekolah sampai setengah tahun je. Pastu aku dah tak jumpa dia dah..

Anonymous said...

izham che ros ni orang bercerita dia pun bercerita..cerita ceriti betollaa..
taiko..ko tulis story ko ni on the spot ka.kena berangan2 dulu..kalu on da spot, mmg 'jin'us la ko..ahaks

Taiko said...

tok moh: sekarang ni umur aku 29 tahun. So, lagi 21 tahun baru cerita aku ni sampai ke tahap aku berumur 29 tahun. Ha ha

Izham: hahaha.. macam sial lah kawan kau tu. Si iskandar ni pulak, bahasa isyarat yang dia pakai ialah memasukkan ibu jari antara jari telunjuk dan jari hantu. Aku pun tak paham, aku ingatkan itu tanda 'good' version gangster punya.

faitty: takde masa aku nak berangan, buat rangka karangan atau pun catit point penting sebelum tulis. aku main belasah aje la. janji ada cerita. Itu pun jinius ke? ek ellehhh...

Zetty said...

teruja la dengan ilmu 'kacau kucing berak'tu.

Agak kot buat kat orang...jadik tak? Cool jek diri luar jamban buat ilmu tu hihihi. Biar org dlm jamban tu sembelit.

Unknown said...

isshhhhh gila penipu member ko ni, ada hati lagi nak jumpa dia ke?? aku kalau orang dah cilok burger aku sorry babe nak kawan balik.....kalau dia ganti lagi ngan 2 ,3 burger takpe..kawan la balik.....

Taiko said...

zetty: nak buat kat orang boleh, tapi ingat! ada ubi ada batas. Tak caya cuba tengok cerita Long Khong. Nanti orang tu balas balik baru tau. Kalau tak pun, cuba tengok cerita Buli Balik.

Fina: Macam nak belanja aku makan burger aje bunyiknya :P