Wednesday, March 08, 2006

Selingan

Malam semakin lanjut. Sukardi masih lagi menunggang motor honda cup tahun 78 untuk balik ke rumah. Motor itu aje la yang dia ada selain dari Handset Mototrola 3G yang dia beli semalam. Jauh lagi nak sampai rumah dia. Untuk sampai ke rumah, dia kena melalui jalan kebun getah yang seram sikit tu. Dia pun cuak jugak takut-takut ada pontianak yang datang bersaing dengan dia nanti. Kat kawasan tu dulu pernah terjadi seorang pemandu lori terjumpa pontianak. Lori yang dipandu dalam 60km/j tu diekori dari sebelah tepi oleh pontianak yang bergerak selaju 60 km/j jugak. Bila pemandu lori tu pecut, pontianak tu pun pecut. Nak bersaing jugak pontianak tu. Last-last lori tu eksiden sebab terbabas kat tepi jalan.

Mengingatkan cerita tu, Sukardi menjadi kecut jugak. TIBA-TIBA!!! enjin motornya mati. Apasal mati dia pun tak tau. Dia cuba try test start balik motor dia tu tapi tak sukses-sukses jugak. Sekonyong-konyong, kedengaran suara berdehem "Ehem!" kat belakang dia. Bila dia toleh ke belakang aje, seorang tua berkopiah putih bagi salam kat dia "Assalamualaikum". Tanpa bagi bisnes kad, orang tua tu pun tanya lah kat Sukardi:

Orang tua: "Apa masalah anak ni?"
Sukardi: Ni motor ni buat hal pulak. Tetiba je mati enjin.
Orang tua: Cuba cek meter minyak.
Sukardi: Laaa.. patut laa.. minyak abis rupanya.
Orang tua: Bangang betul kau ni! Takpe.. kau tunggu sekejap, aku nak ambik air kat sungai sana.

Beberapa minit kemudian, orang tua tu pun sampai dengan membawak sebotol air dalam botol mineral. Kat mana dia kutip botol tu, aku sebagai tukang cerita pun tak tau. Kemudian dengan selamba rocknya orang tua tu isik la air sungai tu dalam tangki minyak motor sukardi.

Sukardi: Eh pakcik! rosak la motor saya kalau isik air!
Orang tua: Kau jangan banyak cakap! aku ni ada magik. Cuba kau start motor kau tu.

Terperanjat Sukardi bila motor dia boleh start pulak. Ini dah kira macam David Blaine punya street magik ni!

Orang tua: Dah, kau boleh balik sekarang. Selagi kau tak bukak tangki minyak ni, selagi tu la motor kau boleh jalan tanpa isik minyak. Ingat pesan aku tu!
Sukardi: Baik la pakcik. Terima kasih daun keladi
Orang tua: Kasih diterima.

Lalu sukardi pun balik la dengan senang hati. Sejak pada itu Sukardi tak pernah isik minyak motor. Minyaknya full tank aje tak surut-surut.

Tamat.

Korang pernah baca tak cerita macam ni? Mana orang tua tu duduk ha? Sapa ada nombor tepon dia? Aku nak kontek la. Nak mintak dia isik air dalam kereta aku. Minyak mahal macam sial aje sekarang ni! cis! cis! cis! double cheese burger!!

7 comments:

Anonymous said...

Ada org kata, org tua tu duduk kat Brunei. Ada lak yang kata org tua tu tu dah naik ke langit buat kerajaan. Cite tu pun org tua tu yg sebarkan. Kasik naik rating dia kat langit.

sofea said...

oooo pakcik tu aku knal..duk sbelah rumah.. btw, cikgu econs aku kate minyak kat mesia senornye paling murah tp rakyat mesia je yg x sedar..kalo nak dibandingkan dgn negare lain, lagi mahal sebab xdpt subsidi from govenrment..nak suruh relax pun susah gak sbb mmg duit allocated for minyak naik gile tp besyukur la sebab negare kite nye minyak plg murah nak dbandingkan dgn ngr lain..sekian, berita terkini

Tenno Miyake said...

minyak kita memang la paling murah, kalau ikut relative value to value.

Tapi, kalau ikut value dengan nilai matawang yang gaji anda semua di bayar, kita punya minyak tinggi.

Diorang punya percentage expenses of petrol compared to their salary permonth still relatively lower than kita kat malaysia.

Itu yang kita kena fikirkan.

Kalau harga memang la kita murah.

faitty said...

izham che ros, ko nyer analisis pasal minyak & ekonomi kt m'sia ni mmg best (dr blog ko)..clear skit kepalahotak aku pk2..

Taiko said...

Apa kata kita menuntut ilmu jadi orang minyak? untung-untung boleh produce minyak.

Eh.. tak jadi la. Sebab orang minyak pakai minyak tar, bukan petrol.

Tenno Miyake said...

aku teringat dalam cite braveheart dia curah minyak panas kat kereta keal yang tolak pakai tangan masa dia nak menjajah YORK.

Main buang2 aje minyak.. giler best..

Anonymous said...

What a great site online credit report zoloft side effects diet pill ticket broker Low lowest price viagra phentermine xenical tenuate