Tuesday, July 25, 2006

Encik Thomas Yang Dilaknat

Masa zaman aku budak-budak dulu, aku suka sangat beli buku-buku yang kena tampal sticker-sticker. Contohnya ialah buku stiker Thundercats, Silverhawk, The A Team, Voltron dan lain-lain lagi. Kalau penuh sticker kat satu page buku tu,boleh dapat hadiah kereta kontrol, pedang bercahaya, game and watch (video game dedulu) dan lain-lain lagi. Tapi, selalunya dalam satu page tu mesti ada sekeping stiker yang susah nak dapat. Kalau dapat pun, kat stiker tu ada cop. Aku rasa stiker yang ada cop yang boleh dapat hadiah mahal-mahal tu tak wujud la. Kena kencing buta-buta je. Tapi, ada sorang member aku pernah dapat hadiah pedang bercahaya. Kena pakai bateri la nak bagi cahaya keluar. Takkan nak pakai tenaga solar pulak. Kalau pakai tenaga solar nak bagi ada cahaya, baik tak payah sebab nak ada tenaga solar mesti ada cahaya matahari. Sebab tu sampai sekarang takde orang cipta lampu rumah tenaga solar, lampu picit tenaga solar dan sebagainya. Thomas Edison punya anak tiri pun tak nak buat.

Cakap pasal Thomas Edison ni, aku teringat cikgu muzik aku masa darjah 4 dulu. Nama dia Thomas. Orang India. Dia ni memang macam sial. Dia selalu tarik sideburn budak laki kalau dia nak denda budak tu. Budak tu termasuk la aku. Macam nak tercabut sideburn aku kalau dia tarik. Kalau budak pempuan pulak, dia cubit pipi aje. Apa kejadah? Itu bukan denda! Itu nak manja-manja! Pernah sekali aku kena berdiri dengan sebelah kaki sebab tak bawak rekoder. Dalam 10 minit jugak la aku kena berdiri sebelah kaki. Lenguh kaki aku ooo.. Disebabkan Cikgu Thomas ni la aku tak minat belajar main rekoder. Start darjah 5 baru aku terel tiup rekoder dengan tengok note yang macam taugeh tu. Ada not Semibrif, ada krocet, ada minim, ada quaver, ada semiquaver. Semua harakat lain-lain. Wehh.. aku boleh baca note muzik la! Jangan tak caya ho!

Apa rahsia aku boleh pandai baca note muzik dengan tiup rekoder ni? heheheh.. sebab Cikgu Muzik masa darjah 5 CUN GILLER!!!! Frust je aku masa dia kawin time aku darjah 6. Tak lama lepas kawin terus mengandung pulak tu! Bunting kelamin ke hapa? Bunting kelamin ni maksudnya ialah mengandung setelah first time bersenggama. Paham kan? Heh.. Blog aku sekarang ni pun dah rating 18SX dah. Tapi takpe.. inilah namanya PENDIDIKAN. Heheh..

Berbalik kepada Cikgu Thomas. Korang tau tak apa motivasi dia kat budak-budak supaya minat belajar muzik? Macam ni la lebih kurang:

"Nanti kalau awak semua pandai main muzik, boleh masuk TV. Nanti awak punya mak bapak ada suka hati tak kalau tengok awak masuk TV? Ada suka hati tak???" Terpaksa la budak-budak jawab "sukaaaa". Ek ellehhh... tah hapa-hapa tah. TV tu kecik, mana boleh masuk. Dah la mengajar dengan mata merah je. Aku ingat dia ni kuat tonggang beer la. Rambut pun kerinting macam Alleycats. Muka banyak bekas jerawat batu. Dah la kaler macam kuali. Piiirrahhhh mabuk!!! Aku rasa sebab Cikgu Thomas ni la Malaysia susah nak menang Piala Thomas!!

Macam takde klimaks je cerita aku kali ni. Ahh... sudah, sebelum aku elaborate apa maksud 'klimaks' dan cara-cara untuk klimaks, baik aku stop kat sini.

Nanti aku sambung cerita pasal stiker-stiker..

18 comments:

beruangcoklat said...

wah dasyatla kutukan ko terhadap Cikgu Thomas

Zetty said...

kesalahan penggunaan peribahasa nih...

Bunting Pelamin, bukan Bunting Kelamin.

Nak bunting memang kena guna alat kelamin.

Wakakakakakakakak...

azq said...

BUNTING PELAMIN daaaa... tak pernah pulak dengar bunting kelamin.. iysk.. iysk..

azq said...

buku sticker-sticker tu? tak pernah beli, tak pernah kumpul. dah tau dah mesti tipu punyer... heh heh..

Uda said...

Buku sticker 'M.A.S.K' tue, aku ada simpan sampai sekarang, dengan 3 page tak cukup satu sticker. Tak puas ati sungguh aku..... Cilaka nyer tokey buku sticker.... Dah la dulu mahal jual satu packet sticker tue.... 50sen (50 sen mahal tau bg budak2 dlm tahun 80'an ooooo...)

skiver said...

Aku punye buku sticker Survival (menatang2 liar), Dinosaurs dgn Smurfs complete :D. Dapat hadiah lagi!

CaZa said...

aku ada buku stiker barbie. hahahha..

aiyoh..

Tenno Miyake said...

tu la.. dah tau kena bawak recorder ko tak bawak.. padan muka.. nasib baik berdiri aje..

aku dulu kena baling dengan rekorder dek cikgu aku..

lagi padan muka.. kan?

passbyer said...

err... incik thomas edison tu ader anak tiri ek? :D

adekmanis said...

ntahnyer.. bunting kelamin.. kakakakakaakaka.. ko ni banyak sangat pikir perihal kelamin nih :p

chics@get-pretty! said...

cikgu muzik saya dulu agak hemseemmm tapi bila tgk skang [gamba dulu] tak hemsemm lansung.mengapakahh

13may said...

thunder...thunder..thundercats....
oooooooo........!!!!!!!!!

aku paling suka tengok cerita nih..

ayahana said...

aku dulu ada buku survival. aku dapat kumpul sampai abeh.. aku antar aku menang kete pakai bateri besar wooo..

pastu aku ada kumpul sticker apa tah.. dapat hadiah no3 hadiah kete amik kat kilang mamee.. tension aku. aku nak no2 dapat atari :)

huhuhu ko suka tengok kelamik ko ke taiko sampai sasul?

lilyliverbird said...

bunting kelamin ke bunting pelamin ke..okay lah..jangan sakit kelamin dah :P

Taiko said...

heh heh heh.. aku ingat memang bunting kelamin. Kalau bunting pelamin tu aku ingatkan akibat dah bunting, baru naik pelamin. Tu akibat kelamin dah gatal lah tu!

ILynn said...

kelamin...???
hahahahhaha
penggunaan ayat yg best..hehehe
len kali ckp bunting kelamin la...barulah mnarikkkkk teh tarikkk

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on!
»

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. auto dealers Aparaty voip buspar Bellingham washington rental cars