Masa zaman-zaman tahun 80 an dulu, mercun buatan sendiri adalah jenis mercun paling top kat Tanah Melayu ni. Hari-hari ada keluar dalam sokkaba pasal budak putus jari, putus tangan, putus telinga, putus asa, putus sudah kasih sayang, dan putus harapan disebabkan mercun buatan sendiri. Diorang ni buat mercun pakai besi paip, memang la bahaya. Silap-silap kepala hotak pun boleh putus ooo.
Sebagai remaja belum akil baligh yang normal, aku tak terlepas dari gejala sosial tersebut. Aku dan member-member aku buat mercun pakai Spark Plug. Tak kira la spark plug motor atau spark plug kereta. Yang mana kitorang jumpa, itulah yang kitorang bedal. Korang tau ke rupa spark plug macam mana? Bagi yang tak tau, aku sertakan imej di bawah.
Macam mana spark plug boleh jadi mercun?? Stepnya adalah seperti di bawah. Sila jangan praktikkan di rumah OK?
1. Buangkan 'Dry and Wet fouling' (aku baru tau nama dia ni lepas tengok gambar kat atas). Susah jugak nak buang dia. Meh kita zoom gambar 'Dry and wet fouling' ni.
Macam-macam cara boleh dicuba untuk membuangnya seperti ketuk dengan skru driver dengan hammer. Lama-lama dia tercabut la. Bila dia dah tercabut, akan terbentuklah satu perigi buta yang kecil kat spark plug tu.
2. Ikatkan Skru di badan spark plug dengan dawai yang kuat. Saiz skru mestilah cukup untuk menutup lubang perigi kecik tu. Lebih padat lebih power. Untuk makluman semua, kumpulan Kru tak ada kena mengena dengan skru.
3. Ikatkan kain sepanjang satu hasta kat bontot spark plug yang tak sepower bontot J.Lo. Untuk makluman semua, bontot J.Lo memang power. Sapa tak setuju, memang takde napsu. Kasi potong je la, bagi anjing makan.
3. Beli bunga api yang banyak asap tu. Dulu harga dia seposen 3 batang. Buang pembalut kertas warna merah yang membalut belerang bunga api tu. Jari-jemari akan berwarna kelabu sebab kena belerang. Kalau rasa boring untuk buat benda ni, boleh nyanyi lagu 'Jari-jariku Sakit Semua' yang berirama Melayu Deli sambil membuang kertas merah bunga api tersebut.
4. Masukkan belerang ke dalam perigi kecik kat spark plug. Tutup dengan skru, seperti menatang minyak yang penuh. Ataupun seperti proses pembiakan manusia yang tak manis kalau aku ceritakan di bulan Ramadhan ini.
5. Pegang hujung kain yang di ikat kat bontot spark plug. Lambungkan setinggi yang boleh. Lambung secara 90 darjah. Jangan lupa baca bismillah 3 kali.
6. Spark plug akan jatuh menjunam ke tanah mengikut prinsip tarikan graviti. Bila dia jatuh, skru akan menghentak belerang dalam perigi kecik secara kuat, maka tenaga kinetik bertukar menjadi tenaga bunyi + tenaga cahaya + tenaga haba. Kalau nak lebih tenaga, minumlah power root, untung-untung boleh menang motor.
Kuat jugak bunyi dia. Bergantung kepada ketinggian lambungan dan jumlah belerang yang di isik.
Ada sekali tu member aku buat belerang padat gila, dia punya bunyik, macam bunyik bom. " "GedebomMmmmmMM!!!!!". Lepas tu aku dengar ada pinggan jatuh kat dalam rumah jiran. Lepas tu aku dengar bunyik makcik tu menjerit "Celaka punya budakakkkkkk!!!". Lepas tu kitorang lari carik port lain. Lepas tu kitorang main sampai habis bunga api.
Bahayanya main spark plug ni kalau spark plug jatuh atas kepala. Silap-silap otak boleh meletup, dan boleh jadi gila.
So... apa lagi? boleh la try.. aku cerita-cerita ni, gian pulak aku rasa nak buat menatang ni lagi. Tadi aku tak kasi praktikkan, ni aku ajak praktikkan pulak. Lidah bercabang betul!
Chow.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
tempat aku dah tak ada dah skuru skru kat perigi kecik tu... masukkan blerang banyak2 kasik terkeluar sikit. Pastu lontar ke atas, jatuh atas jalan tar, bunyi dia lagi kuat
Pastu kalau dah tahap terer dah tak ada lontar2... Plug tu (pegang kain dia) pusing2kan pastu hempas terus pakai tangan..baru le power...Tak power le orang KL punya bom
tempat aku kat melaka takyah taruk belerang.. taruk tahik je.. hahahahahahaha..!
kalau meletop sure busuk gila!
* maaf ni hanya utk yang memahami..
Hahahaha.... Pakai spark plug lori la best, lobang besau.... Belerang bole tarok bnyk2.... Dulu aku main benda nie, jatuh atas kepala member aku. Raya tahun tue dier pakai songkok manjang, pasal tgh2 kepala ader tompok bulat takder rambut... (hangus nyer kes)... HAHAHAHA!!!!!!
p.s. Aku pernah buat mercun isi belerang dlm botol minyak cap kapak yg besau tue.... Bunyi power, kaca berterabur.... nasib baik tak masuk mata aku.... (parut kesan mercun masih ada lagi.... hehehe)
Giler kreatif anda ini.
Sungguh kagum dibuat saya
aku wonder, kalau tak baca bismillah 3 kali ape efek dia aaa?
camne ar bila bab camni kan budak2 jadi kreatif & inovatif... ada je ideanya... bernas sungguh
ko patut try blerang isi dalam sarung peluru, alaa kelonsong peluru penabur tuu, bukan 'sarung tuuut'...kasi padat2 then sumbu bunga api sebatang..kasi panjang skit baru sempat lari..hehe
power siot bedil plug nie...silap2 hb kena kepala
oooo...selama ni hang yg dok ajaq budak2 buat mercun buatan sendiri yer???
tapi main mercun spark plug ni memang sempoi...
mohenz: orang jawa pun main spark plug ke?
tenno: aku paham, aku paham.
uda: minyak cap kapak takpe.. jangan minyak cap kopek. ha ha ha
boogie: bukan aku yang cipta daaa.. aku tiru orang jugak. Tapi.. terima kasih kerana kagum.
passerby: kalau tak baca, takde effek apa2. Cuma tak berkat aje la. Ni kan bulan Ramadhan.
achik: Budak2 banyak berimaginasi positif. Itu pasal.
faitty: mercun ni takde pakai api la. Dia pakai prinsip pistol.
azka: memang ada yang kena kepala pun. sib baik tak meletup.
13may: aku pun belajar maaaaa...
eh kenapa korang kagum eh?
aku rasa mercun spark plug ni macam sesuatu kebiasaan je..
aku tengok (dan aku pun tengok diri sendiri) orang main spark plug ni sejak aku kecik2..
skrg ni tak tau la.. mercun dah banyak sangat.. orang malas nak buat dah kot..
Tahun ni aku nak buat meriam buluh..!
Aku fobia dgn mercun plug tu.puncanye jari mber aku ptus mse hmpas plug tu pkai tgn.memg bhaya tp mse tu bdk lg bkn de akal sgt pn hehehe..
Post a Comment