Monday, October 16, 2006

Cara Khusyu' Sembahyang Tarawih

Bila bulan puasa aje sibuk cerita pasal mercun. Kalau tak cerita mercun pun, cerita tikam. Sungguh tidak bertamadun dan bertawaduk! So, hari ni aku nak ceritra pasal Solat Tarawih pulak. Baru sejuk sikit perut mak aku, walaupun mak tak minum air batu masa bukak puasa.

Dulu aku agak kompius antara perkataan tarawih dengan tawarikh. Aku rasa korang pun ada yang kompius jugak. Banyak jugak perkataan yang aku kompius seperti Lolipop dengan Golipop, 'hands up' dengan insaf, dan jugak pumping dengan bumping. Ohh.. ada satu lagi: Bunting Kelamin dan Bunting Pelamin.

Ada satu surau merangkap madrasah kat Taman Melati tu. Kat situlah kitorang lepak untuk semayang terawikh. Atau yang lebih jujur, kat situlah kitorang semayang terawikh untuk lepak. Memang syok gila bila semayang terawih tanpa niat ni. Ye lah.. niat yang utama ialah untuk bermain-main dan jugak makan moreh.

Selalunya masa solat sedang berlangsung, aktiviti mengacau kengkawan yang solat (atau buat-buat solat) pun bermula. Antaranya ialah:


1. Mengucapkan 'Amin' selepas bacaan AlFatihah secara kreatif. Contohnya "AaaAaAaaAAammmmIiinNnnnn". Dah macam bunyi tarzan panggil gajah dah. Ada jugak yang saja buat suara sengau, dan ada jugak yang mengalunkan iramanya secara mendayu-dayu macam Anuar Zain menyanyi.

2. Korek bontot member masa ruku' atau sujud. Memang geli-geleman lah rasa kat mencighit (dubur) beli kena geli dengan orang lain. Tapi kalau korek sendiri tak geli pulak. Apasal hah? Satu cara lagi yang lebih zalim ialah dengan menyuntut bontot member. Caranya ialah kita kena rapatkan kedua-dua tapak tangan seperti hendak menyembah sultan. Lepas tu cucukkan hujung-hujung jari kita tu kat bontot member. Kalau kena ni, memang senak sampai ke ulu hati. Bayangkanlah kalau orang kena sula macam mana!

3. Masa member tengah angkat jari telunjuk lepas baca tahiyyat, kita buat bulatan dengan jari kita dan masukkan ke dalam jari telunjuk dia. Ini adalah isyarat lucah yang aku pun sendiri tak berapa paham masa tu. Selain daripada itu, ada juga yang memasukkan hidung sendiri kat jari telunjuk member. Kalau yang menghidap selsema la best. Berlendir jari member tu. Sungguh kurang masam!!

Ada sorang member aku ni nama dia Hasan. Dia ni bersunat masa tingkatan 3 pulak tu. Eh.. aku bukannya nak cerita pasal dia punya sunat, tapi pasal lahanatnya perangai dia ni masa sembahyang kat surau. Ada ke bacaan-bacaan dalam sembahyang tu dia baca "ayam goreng, ayam sambal, nasik goreng, bubur kacang". Dia saja je baca kuat-kuat bagi orang sebelah dengar. Sapa yang duduk sebelah dia memang sakit perut la gelak.

Satu hari tu, masa kitorang sujud beramai-ramai, tetiba je rasa kena sebat kat bontot. Aduihhh.. sakit siot. Rupa-rupanya semua kena sebat kat bontot. Sapa yang sebat pun aku tak tau sebab bila aku toleh belakang aje dah takde orang. Mungkin Malaikat ataupun Jin Islam yang bengang je dengan kitorang yang buat surau tu macam sarkis.

Lepas peristiwa kena sebat tu, kitorang dah insaf dan tak datang semayang terawih lagi. He he he.

12 comments:

Anonymous said...

kahkahkahhh..
aku ingatkan insof terus khuyuk sembahyang, ini terus tak pegi
insof pekenama nye tu

Unknown said...

hahhahahahhahahahha.... gelak terguling dibuatnya.... haaa... nakal lagi, kan dah kena balasan setimpal...

Anonymous said...

Betul tue... Heran... Insaf, trus tak sembahyang.... hehehehe.... pelik2...

booGie said...

Sakit giler suntut tu.
Rasa mcm nak terkencing tp tak blh keluar.
Sadis.

booGie said...
This comment has been removed by a blog administrator.
13may said...

hahahaha...ada kes londeh kain atau seluaq dak masa semayang...

Anonymous said...

warghh!! pecah poghut!.masa angkat takbir ade dak yg kembangkan kepak kononnye tak sengaja menyekeh kapla org seblah? masa kecik memang best mendajal.

Izham Miyake said...

taiko.. kau ingat citer omen pasal imam terlondeh kain tak?

hehehe..

Anonymous said...

ada tak pasang mercun kat bawah surau...

Taiko said...

passerby: itu namanya hands up, bukan insaf.

azq: nakal tapi comel takpe.

uda: dari semayang tapi mengacau, baik tak semayang. sekurang2nya ada improvement. he he

Boogie: macam pernah kena aje?

13may: takde lah.. nanti nampak punai pulak.

mayatkarim: ha ha ha.. kau cakap ni baru aku teringat. ada. ada.

tenno: tak ingat lah.

azka: tak adalah. kitorang baik dan terpelajar. tak buat kerja tak senonoh macam tu.

Lily G said...

hahahaha...yang kenakan member masa rukuk/sujuk tu memang pernah nampak ..teruk betul budak laki laki ni :p

Ejoi said...

hahahahahahah
lawak la cerita kau..
aku ketawa bagai nak karam kapal bila baca posting ni...

masa kecik2 dulu pun kat tempat aku selalu jadi perkara yang kau cakap tu..
ada lagi best....
dulu ada sorang belia (arwah dah dia, kena aneurysm) nama dia Icok. Kalau sembahyang belakang Icok memang seksa. dia akan selak kain dia dari bawah naik ke atas dan tunjuk bontot dia kat saf di belakang.. (semua bebbudak je kat saf belakang tu...) tak pun dia kentut masa sujud.. dia sengaja bagun lewat untuk tahhiyat akhir.. bila semua budak saf blakang dah duduk tahiyat akhir, dia still dalam keadaan sujud, masa tu dka kentut...
lepas dia buat macam tu, semua lari keluar surau dan gelak sampai berguling kat tangga surau.