Wednesday, October 18, 2006

TAG 5

TAG by Izham @ Tenno Miyake

1. How old are you when you started to fast?
(Berapakah umur anda ketika mula berpuasa?)

Lapan tahun. Macam nak mati rasa haus. Bukak puasa minum air je banyak. Time dedulu masa bulan puasa asik cuaca panas aje.

2. Have u ever forgotten that you're fasting, and what have you done?
(Pernahkah anda terlupa yang anda berpuasa, dan apakah yang anda telah lakukan?)

Pernah. Aku tertengok vcd porno. Ha ha.. acah aje. Aku terminum air masak sebelum gi sekolah depan mak aku. Kira rejeki lah tu.

3. What you do like about Ramadhan?
(Apakah yang anda suka tentang ramadhan?)

Banyak sangat lah yang aku suka. Berbukak puasa dengan family or kengkawan. Makanan best-best. Persiapan raya. Dapat Bonus (kalau bernasib baik).

4. What would you do if you really cannot stand fasting?
(Apakah yang akan anda lakukan jika anda benar2 tak tahan semasa berpuasa?)

Minum la... apa lagi. Kalau ada nasik sejuk, bedal aje la!! Lauk sardin lagi best. ha ha ha.

5. Any challenging activity during fasting, and how do you deal with it?
(Apakah aktiviti paling mencabar yang pernah dilakukan semasa bulan puasa dan bagaimana anda menghadapinya?)

Menonton adik aku makan aiskrim sambil menjilat-jilat, menitis-nitis dan menyonyot-nyonyot. Untuk menghadapinya, aku lari dari rumah (untuk lepak bersama member).

6. Any bad experience during Ramadhan?
(Sebarang pengalaman buruk sewaktu bulan Ramadhan?)

Terkantoi tak puasa. Ni aku dah cerita dah. Tengok balik entry aku yang lepas-lepas. Termasuklah cerita mengencing lemang Makcik Gemuk Bermulut Bontot Ayam. Click Here for further details.

7. Have you ever face any kind of unforgettable moment with firecrackers/ fireworks?

Ni pun dah cerita.

8. Have you ever did something that may void your fasting but you just ignored it?
(Pernahkah anda melakukan sesuatu yang membatalkan puasa tapi anda buat tak tahu sahaja?)

Pernah. Terkorek hidung sendiri dengan jari telunjuk tangan kiri. Nak buat macam mana, masa tu taik hidung berkeping-keping. Kalau tak korek, tergantung aje la taik hidung tu. Malu kalau orang nampak. Cuba korang bayangkan, masa korang nak ambik gambar untuk buat Mykad, tapi taik idung tergantung je. Tak hensem la gambar korang nanti. Nak photostate Mykad pun malu. Betul tak?

9. Have you ever been caught for not fasting?
(Pernahkah anda ditangkap kerana tidak berpuasa?)

Tak pernah.

10. How does Ramadhan effect your body weight?
(Bagaimana Ramadhan mempengaruhi keberatan tubuh anda?)

Kalau aku sahur, berat badan naik. Kalau tak sahur, berat badan turun. Kalau tak berbuka, confirm turun.

11. Do you like getting duit raya? What was the most amount you've ever got?
Adakah anda suka duit raya? Berapa jumlah terbanyak pernah anda dapat?)

Sapa tak suka dapat duit raya memang bangang la. Tanpa duit raya, apalah ertinya raya. Jumlah terbanyak ada la dalam seratus lebih. Keluarga miskin. Tak mampu bagi duit raya banyak2. Haa.. di kesempatan ini aku nak nasihatkan kat korang yang dah ada duit tu, jangan la kedekut nak bagi duit raya kat bebudak ni. Sekurang2nya hulur la seringgit. Kalau seratus orang kau bagi, baru seratus ringgit habis. Kalau sejuta orang kau bagi, baru setuja ringgit habis. Apa ada hal??

12. Which Eid was the worst for you?
(Raya yang mana satukah yang terburuk untuk anda?)

Raya tahun 1995. Along aku meninggal masa umurnya baru 22 tahun. Eksiden.

13. Have u ever got diarrhea during eid?
(Pernah tak cirit birit masa raya?)

Click Here.


Sempena Aidilfitri yang akan tiba ni, aku nak ucap selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua pembaca blog aku, tak kiralah kita pernah bersua atau tidak, yang mengenali atau tak mengenali diri ini dimana jua anda berada.

Kalau ada aku terkasar bahasa tu, atau bahasa2 aku yang korang tak berkenan, aku mintak maaf.

Berhati-hati di jalan raya aaa. Have a nice trip / holliday :)

16 comments:

Anonymous said...

Received this horror raya wish vie sms..

"Hawau kau berak merata,
Kaki besau ulau patok,
Rinduku padamu lebaran ini membara2,
Hinggakan malam tak boleh lentok.

Selamat hari Raya, jangan mati terlentang di jalan raya, nanti hang jadi hantu raya"..

Nefertiti

Anonymous said...

Salam Aidilfitri Taiko.... Maaf Zahir Batin....

p.s. Kirim salam sama semua ahlil keluarga ko....

Unknown said...

taiko!

selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin.

moga bertambah rezeki lepas ni kan?

AKULAH MASTURA.. said...

nak ucapkan selamt ari raye gak kat ko ,taiko..mintak ampun mintak maaf kalo ade tersilap kata tersalah bicara..duit raye nye mn..ko kene kasik kat aku..sbb aku lom kawen lagi..bleh ek.. (^_^)v

Ordinary Superhero said...

Salam Aidilfitri to you and family

Anonymous said...

Selamat hari raya utk semua
berhati2 di jalan raye
sayangi diri sendiri dan orang2 yg tersayang...

Anonymous said...

Taiko! Selamat Hari raya!!!

-Foxybabe-

mazezam said...

bro,
selamat hari raya aidilfitri...
maaf zahir dan batin...

13may said...

Salam AidilFitri...maaf zahir batin

Peragawati said...

Abg Taiko..Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin

Lily G said...

Selamat Hari Raya Taiko and family. Tak jemput datang rumah pun :p

l4dibird said...

amponn maaf sgala dosa. Selamat Berhari Raya.world peace!

HazuraHamzah said...

slmat ari raya!!!!

Izham Miyake said...

slamat hari raya babe.. sorryla bz banget ..

Anonymous said...

semua orang belum balik dari beraye ke? :p

Sanghamba said...

tak silap aku korek idung guna jari masih dibolehkan dan tak membatalkan puasa, jangan guna benda lain dah la contohnya doktor masukkan salur getah apa2 ke dalam idung.

nak detail lagi tanyaler ulama' yg disahkan halal oleh jakim