Assalamualaikum..
Sekarang ni aku masih lagi mood raya. Aku rasa korang pun macam tu. Disebabkan mood raya inilah yang buat aku malas nak bekerja. Ye lah... sejak 2-3 bulan yang lepas aku asik kerja sahaja termasuk sabtu dan ahad. Tetiba pulak dapat cuti panjang. Hari pertama nak gi kerja (Rabu lepas) tu aku rasa sama je macam hari pertama masuk sekolah untuk tahun baru.
Dan, aku pun malas gila nak update blog walaupun banyak cerita untuk aku ceritakan sebenarnya.
Jadi, sempena hari raya ni, buat pertama kalinya aku menyiarkan gambar aku di dalam Blog aku. Bagi yang pernah jumpa aku, memang tau la aku yang mana satu. Tapi, bagi yang tak pernah jumpa aku.. aku adalah yang kanan sekali.
Gambar ini dipilih untuk disiarkan kerana ianya kabur, tidak cukup untuk korang meneliti berapa banyak taik lalat ada kat muka aku.
Monday, November 06, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
hahahahaha! berdasarkan gambar nih, aku rasa aku dah tau kau yg mana satu!!
waahh..TQ for the bday wish.
bukak kitab lama ke taiko? dah dekat 10 thn berlalu zaman lab kt melaka, baru nak cerita ceriti..
Ko bukan debab ker taiko...? Paling kiri kot... paling kanan tue mcm a.galak jer, minus misai lentik...
hehehe, kesian kena debab...taiko tipu...i dont think yang kanan tue....tak ada ciri2 lawak terpapar di mukanya...hehehe
lerr...aku ingat yang baju biru tuh..
wah wah wah....bergambar kat mana tuh???
heh heh.. :D
Nadya: Kalau nampak aku kat puchong, jangan segan tegur. Time aku bawak anak2 aku jenjalan lagi bagus. hulur la duit raya seketul dua.
Uda: heh heh..
Terabot: heh heh.
Faitty: heh heh..
13may: kat rumah atuk sedara orang rumah aku kat Tangkak.
azq: heh heh..
lego: ehhh.. kau pun ada blog? cunnn
selamat hari raya. maaf luar dalam ekekeke
misleading punya tips ni kehkehkeh.
taiko dia pakai pelindung tu.. kalau tak sure putih habis satu gambar tak nampak apa2 kecuali sinaran cahaya yang putih semata-mata.
* eh lego pun dah berblog?
*kabur*
apa pun selamat hari raya la.. kot2 terserempak gerenti aku huloq angpow kat anak2 hang..
sori la bai kalau lu terasa, cuma aku punya komen kenapa la gamba ni skema sangat... badan semua straight aje, macam iklan kopi jantan la plak!
taiko menipu.... dia yang tangkap gambo tu....
Post a Comment