Pagi tadi aku gi minum kat gerai india tepi jalan kat sebelah tempat kerja aku ni. Gerai ni dimiliki oleh sepasang suami isteri. Dua-dua kelakar. Si isteri yang bernama Lusi (Lucy kot??) komplen kat aku pasal laki dia.
Lusi: Yu tau aaa.. ini air singki pun dia tarak pandai tutup. Ini air banyak sudah keluar. Saya sudah warning dia satu kali, dia buat lagi. Saya kasi satu lagi warning, dia buat lagi. Ini sudah 3 kali saya warning sama dia.
Aku: Kalau kali ni dia buat lagi?
Lusi: Saya cakap aa.. kalau ini kali dia buat lagi, bukan itu air paip juga keluar. Tapi dia punya air juga saya kasi keluar.
Aku: Wakhh kah kah kah (gelak sekuat hati tanpa peduli alam sekitar)
Bukan apa, aku tak boleh imagine macam mana Lusi yang berbadan montel tu nak melaksanakan hukuman tersebut.
Teringat pulak aku kat satu cerita kelakar. Ceritanya macam ni:
Ada seorang lelaki yang mempunyai seorang isteri yang gemuk. Dia pergi mendapatkan nasihat doktor untuk menguruskan badan isterinya. Itu doktor cakap, suruh dia beli sekor kuda. Kalau bini dia naik kuda hari-hari, mesti kurus punya. Sebulan selepas itu, lelaki tu datang balik berjumpa doktor.
Doktor: Apa macam? sudah kurus ke?
Lelaki: Sudah kurusss.
Doktor: Itula saya cakap! mesti kurus punya.
Lelaki: Tapi haa... bukan bini saya yang kurus. Itu kuda juga yang kurus!
Itu sahajalah update blog aku hari ini. Heh he heh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Patut beli i-Gallop....
taiko, dtg kenduri aku.... klik sini...
http://udadannadia.blogspot.com
pakai la belt yg linda onn tu pakai kat iklan tu...
nanti sure kurus cam linda onn hahaha
belt ape tu aa?
hukuman ke tu? macam bukan hukuman je..
dia naik kuda ke, kuda naik dia?
Ekekeke.. aku pun gelak depan PC tak ingat dunia jugak baca n3 nih!
hahahaha....naik tambah naik la bil air tuh...hohho...
bolton 3 arsenal 1 ?
tak dapek den nolong!!!!!!!!!
Phuuuhhh,
Ganas gak Lusi ngko tu ... boleh main untuk Bolton kot ... :(
pk pk balik la... sape yang nak citer camtu kan...? ke ko yang tak pandai tutup air tu? jangan la malu bang...
oh lusi...lusii
aiyohh.. mcm tanda-tanda kena mula menguruskan badan. isk isk.. baca blog pun citer debab, dengar radio citer org diet. apakah maknanya ini?
Larger women have more to offer :D
uda: aku x dapat dtg la Uda. Sorry. Aku harap kau dapat mengasah bakat selepas berkahwin.
passerby: timing belt kot?
izham: dia naik kuda la. sebab tu kuda tu kurus. lembabnya kau.
wan: baguslah kalau tak ingat dunia. zuhud kau ni ya.
13may: naik mencanak-canak la..
jens pak leman: siol lu!
cipan: jangan dikenang lagi bolton tu.
youthgonewild: cis! ada ke aku pulak.. lusi punya laki la.
chics: nama penuh kau chikedis ke?
suri rahsia abang: kau pun gemuk ke? ha ha ha...
lego: hukum karma sutra kot?
awek owen: adakah awak larger? sila offer.
Post a Comment